Monday, February 28, 2011

BERNAMA tidak akan melaporkan berita ini..

Kalau korang baca laporan dari Bernama, yang boleh kita lihat dan baca hanyalah Ahli PAS keluar PAS, Ahli PKR keluar PKR dan Ahli DAP keluuar DAP..

Berita ini adalah sebaliknya pula..


255 Ahli UMNO, MIC sertai KEADILAN Tambun

IPOH: Ketika media arus perdana giat menghebohkan, kononnya ahli parti pembangkang menyertai Umno, Cabang KEADILAN Tambun menambah 255 ahli, kebanyakannya dari Umno dan MIC.

Mereka dengan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kinta di sini, semalam.

Pertambahan ahli itu membolehkan menubuhkan tiga ranting baru ditubuh di DUN berkenaan iaitu Taman Berjaya, Bandar Mercham dan Tanjung Rambutan.


Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Cabang KEADILAN Tambun, Zulkifly Ibrahim, berkata mereka menyertai KEADILAN sejak 2008 tetapi akibat kekangan daripada Umno, penyertaan mereka hanya rasmi sejak semalam.

“Mereka memilih KEADILAN kerana bosan dengan sikap Umno yang tidak mengota janji tetapi hanya pandai berkata-kata sahaja. Bagi mereka, Anwar adalah pemimpin untuk semua kaum,” katanya.

Beliau berkata, pertambahan ahli baru itu membuktikan sokongan rakyat Perak kian bertambah, sekaligus menafikan laporan media arus perdana kawalan Umno Barisan Nasional (BN), kononnya rakyat tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat.

“Akhbar melapor ahli KEADILAN Tambun masuk Umno tetapi ia tidak betul kerana itu cerita lama tetapi dibangkitkan semula.

“Begitu juga laporan 150 Wanita KEADILAN sertai Umno. Ia satu pembohongan kerana siasatan kami, ia tidak pernah berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifly berkata, cabang Tambun aktif mendekati penyokong di samping mengadakan aktiviti bersama-sama, selain menyelami masalah rakyat.

“Kami cukup aktif, kita berjalan dari rumah ke rumah bagi mendekati rakyat dan menyerahkan bantuan kepada mereka. Program itu adalah persiapan awal menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.


keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails