Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, February 5, 2011

Belajar dari kesan ulama Mesir yang ditutup mulutnya


KOTA BHARU, 5 Feb: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pihak yang mahu menutup mulutnya (dari terus memperkatakan Islam) supaya mengambil iktibar dari peristiwa ulama yang ditutup mulut mereka oleh pemerintah Mesir.

Beliau yang juga Menteri Besar mahu peristiwa yang berlaku ke atas Presiden Hosni Mubarak diambil ingatan oleh pihak berkenaan.


“Hosni Mubarak lama dah tutup mulut ulama, dan sekarang rakyat pula menutup mulut dia (dalam isu revolusi Mesir yang mahukan Hosni Mubaratk berundur),” katanya pada Kuliah Mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Terdahulu dari itu beliau mengimamkan solat hajat untukkesejahteraan rakyat Malaysia di Mesir. (gambar)

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa ‘fatwa’ yang keluar dari mulut Nik Aziz sering kali bertentangan dengan pendapat Dewan Ulama Pas dan parti itu, justeru beliau yang juga Menteri Pertahanan mahu supaya dicari jalan bagi ‘menutup mulut’ Nik Aziz.

Baru-baru ini Mursyidul Am PAS itu pada sidang media di Kampung Redong sempena kempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mendakwa pengundi yang tidak menyokong calon PAS sebagai orang jahiliah.

Mengulas dakwaan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Madya Mohd Noor Deris yang mendakwa Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan bercanggah dengan syarak, justeru mahukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Mursyidul Am PAS itu, Nik Aziz berkata beliau amat bersetuju kalau ada pihak mahu berdialog dengannya mengenai Islam.

“Saya setuju benar orang berdialog dengan saya. Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan ‘hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik’.

“Berdebat dan berdialog adalah ajaran agama, bukan hanya ajaran demokrasi.

“Saya bersetuju kalau orang berdialog dengan saya (dan hendaklah) ‘pegang Al-Quran’.

“Untuk majlis dialog itu, orang tengahnya ialah Al-Quran, tetapi kalau berdialog tidak ada panduan, mana boleh,” katanya.

Beliau turut meminta pemimpin negara ini ambil iktibar dari peristiwa revolusi Mesir yang hangat kini.

Beliau menyifatkan rakyat dan pemimpin Negara adalah sama.

“Namun rakyat mudah mendengar nasihat, tetapi yang payahnya pemimpin, ini kerana mereka merasakan mereka itu pemimpin yang cerdik berbanding orang lain.

“Tahu-tahu, dia kena guling, barulah dia reti,” katanya sinis.

Beliau menegaskan umat Islam mukmin wajib menolak ideology lain termasuk ideologi Melayu atau nasionalis.

“Kerana apa, kerana Al-Quran adalah lebih dari segala-galanya.

“Di Malaysia sendiri, Allah swt beri kepada orang Melayu agama (Islam), namun ada di kalangan orang Melayu sendiri menolak Islam dan mengambil kebangsaan (sebagai dasar perjuangan partinya). Ini menyebabkan timbulnya kecelaruan,” dakwanya.


Harakahdaily

5 comments:

joecharlie said...

ISLAM KONON... PIIIIRAAAAHHH... CAKAP AJERLAH BERTERUS-TERANG YANG HANGPA SOKONG ZIONIS ISRAEL!!!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 4:00 PM | |
Apabila 'kebangkitan rakyat' berlaku di Tunisia, puak-puak PAS di Malaysia begitu seronok. Apabila 'kebangkitan rakyat' pula berlaku di Mesir, masing-masing mula bercakap juah tentang Islam, tentang Ikhwanul Muslimin, tentang penegakan undang-undang syariah, tentang penyelewengan dan kukubesi Hosni Mubarak dan sebagainya. Yang terlebih penting, mereka cuba mengaitkan apa yang berlaku di Mesir dengan apa yang sedang mereka lakukan di Malaysia.

Teori tentang kejatuhan negara-negara Arab itu akibat dalang berkulit putih yang beribupejabat di Washington DC, tidak diendahkan. Mereka terlalu seronok dengan teori mereka yang kerajaan zalim telah ditumbangkan oleh Allah Taala, walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, Allah Taala sedang memasukkan sebuah kerajaan yang jauh lebih zalim daripada kerajaan yang telah digulingkan.

Amerika Syarikat tidak lagi menyorokkan belang mereka terutama apabila melihat sokongan yang bertali arus terhadap tindakan mereka di Mesir, Tunisia dan beberapa buah negara Arab yang lain. Terbaru adalah sokongan '10,000' Melayu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam yang konon-kononnya untuk menyerahkan memorandum bantahan, tetapi sebenarnya menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Amerika Syarikat dan Godfathernya, Zionis Israel.

Rakyat Mesir yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak kini perlu bersedia berhadapan dengan tindakan ganas ketenteraan oleh Amerika Syarikat yang akan diketuai oleh Frank G.Wisner III, Duta Amerika ke Mesir. Bapa Wisner adalah tukang perancang utama di sebalik penggulingan berdarah Perdana Menteri Iran Mohamed Mossadegh pada tahun 1953.

Seruan El Baradei agar tentera Amerika Syarikat masuk campur di Mesir, menambahkan keyakinan bahawa apa yang berlaku di Mesir sebenarnya adalah rencana teliti Amerika Syarikat yang ingin menguasai pasaran minyak dunia.

BERITA SELANJUTNYA DI UNSPINNERS

Ramai di Malaysia yang berharap penggulingan Hosni Mubarak Mesir merupakan usaha Islam. Dek kerana itulah mereka bersungguh-sungguh meraikan 'kejayaan' tersebut, sedangkan apa yang berlaku selepas ini, jauh lebih teruk berbanding penderitaan yang dialami oleh rakyat Mesir di bawah pentadbiran Hosni Mubarak.

Iraq kedua akan menyusul di Afrika Utara pula. Umat Islam yang baghal, bahlol dan bangang akan menang sorak tetapi tidak menyedari satu lagi wilayah Islam tergadai di tangan Amerika Syarikat yang sentiasa memastikan Zionis Israel akan terjaga.

Ikhwanul Muslimin Mesir sekadar boleh berangan-angan seperti mana Anwar Ibrahim dan PKR berangan-angan untuk menguasai Putrajaya.

PAS yang cuba menjadikan peristiwa di Mesir sebagai pengajaran utama kepada pemimpin Malaysia, barangkali sangat sedar bahawa mereka sedang menyokong Amerika Syarikat dan Zionis Israel tetapi memandangkan ia adalah sokongan yang membolehkan mereka menguasai Putrajaya, maka kepimpinan utama PAS menutup mulut dan membiarkan para propagandis mereka meracau-racau dengan cerita-cerita bahlol yang mengkhayalkan. ....Lu pikorlah sengili.

wazahu said...

PUAK UMNO NI BODO, BAGILA POK NIK BERSUARA SEMENTARA DIA MASIH HIDUP.

BUKAN SENANG NAK DENGAR ORANG MENGAKU ALIM MAKI ORANG, BUKAN SENANG NAK DENGAR FATWA2 BARU SELEPAS WAFATNYA RASULULLAH, BUKAN SENANG NAK DENGAR BOLEH BERKAWAN DENGAN SYAITAN..

LEPAS NI MUNGKIN ADA FATWA BARU PULA, HUKUM MAKAN TAHI TU PAHALA BESAR, MAKA BERDUYUN2LA ORANG PAS MAKAN TAIK

Amuraria said...

BILA LEMBU & KERBAU SEKUTU APCO BERSUARA !
SOKONG ISLAM KATA TAKSUB TAPI SOKONG PARTI SEKUTU APCO APA KES ?
JADILAH PEMBELA ISLAM DARI JADI PECACAI APCO ! KAH KAH KAH !

goodlistener said...

SEBAIK-BAIK NYA PUAK PARTI AJARAN SESAT MELARANG POK NAJIS DARIPADA BERKATA-KATA DI KHALAYAK UMUM TERUTAMA SEMASA PRK SUPAYA PAS AKAN MUDAH DIDEKATI OLEH ORANG MELAYU. TERLALU BANYAK KATA2 YG KELUAR DARIPADA MULUT POK NAJIS YANG MENDUKACITAKAN ORANG MELAYU ISLAM...SEDARLAH POK NAJIS SEKIRANYA DIA KATA PANDAI DLM ILMU UGAMA SEBENARNYA ADA RAMAI LAGI YG LEBIH MENGETAHUAI AGAMA ISLAM MELEBIHI BELIAU, SEDARLAH ILMU NYA TAK SETINGGI MANA. SEBAIK BAIKNYA PUAK PAS MINTA BELIAU BERTAUBAT DAN BUAT AMAL SEBANYAK MUNGKIN SEBAB HARI-HARI UNTUK BELIAU SUDAH TERLALU DEKAT DGN ALLAH

Anonymous said...

kepada joecharlie dan goodlistener...

Ciri utama sesuatu umat itu akan dimusnahkan ialah membelakangkan al-Quran dan Hadith. Semakin jauh kita dari al-Quran dan Hadith semakin dekat kita kepada kehancuran itu. Penyakitnya bermula dari dalam.Berpoya-poya. Rasuah. Harta negara dan wang rakyat dirompak.Meletakkan sesuatu, seseorang, institusi atau apa saja tidak kena pada tempatnya. Orang yang salah memimpin sesuatu jemaah. Orang yang bodoh dan tolol jadi pemimpin. Orang berilmu berdiam diri. Orang miskin terus melarat tiada pembelaan. Tiada suara mencegah yang mungkar dan menyuruh berbuat baik.

Contoh mutakhir umat islam dihapuskan oleh Allah ialah Bosnia, umat Islamnya terus meninggalkan agama dan hidup secara orang Kristian. Akhirnya Allah hancurkan mereka dengan menjadikan kenalan, jiran, sahabat mereka sendiri sebagai ejen pemusnahannya. Begitu juga dengan kehancuran umat Islam Abbasiyah yang telah dihancurkan oleh Monggol. Itu juga telah dirancangkan oleh Allah kerana umat Islam ketika itu telah begitu menjauhi Islam. Itu pengajaran.

Apa nak dihairankan jika Amerika dan Yahudi memusnahkan umat Islam kerana kegagalan umat islam memperbaiki kehidupan mereka kepada Islam? kerana itu sudah tentu ketentuan Allah menghantar orang kafir menyerang dan hancurkan pemimpin islam dan rakyat mereka (yang zalim.

sudahlah joecharlie... anda sendiri tidak memahami Islam itu secara mendalam tetapi kecoh untuk berdebat soal agama...

achmad abdollah
notoracist@gmail.com

Archive

Related Posts with Thumbnails