Wednesday, February 23, 2011

Anak Bekas SU Agung UMNO kini SU Politik Guan Eng



Zairil Khir, Ketua Eksekutif RND Chocolate Labs Sdn Bhd, merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari yang telah menganggotai DAP hari ini telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng..

KM Pulau Pinang lantik setiausaha politik Melayu

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan setiausaha politik barunya Zairil Khir Johari berkuat kuasa hari ini.


Dalam pengumumannya, Lim berkata pemuda berusia 28 tahun itu akan ditugaskan membantu beliau dalam urusan politik dalam parti.

"Saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan yang positif kepada parti," katanya Lim lagi dalam satu pengumuman di ibu pejabat DAP Nasional di Kuala Lumpur hari ini.

Zairil berkelulusan sarjana dalam pengajian antarabangsa dan diplomasi daripada University of London.

Zairil juga berpengalaman sebagai seorang usahawan dalam industri coklat.

Lim berkata Zairil turut dipilih berdasarkan sikap "idealis dan reformis" pemuda itu.

"Bila anda kata mahu reformasi, anda bercakap mengenai idealisme praktis. Anda perlu juga menjadi pragmatik dan praktis bagi memastikan usaha dan tindakan dijalankan.

"Di sini saya yakin dengan pengalaman beliau yang begitu luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan positif kepada parti dan lebih penting lagi kepada masyarakat.

"Dia sangat terpelajar dan mungkin boleh ajar saya perkara yang saya tidak tahu," kata Lim lagi.

Dalam sidang media itu, Lim turut ditanya sekiranya pelantikan Zairil itu dibuat bagi meningkatkan sokongan daripada kalangan masyarakat Melayu.

Lim sekadar berkata, DAP mahu mendapatkan sokongan daripada semua golongan masyarakat dan bukannya dari kalangan Melayu sahaja.

Tambahnya, Zairil juga dilantik berdasarkan keupayaannya dan bukan semata-mata kerana pemuda itu seorang Melayu.- Malaysiakini




Perlantikan Setiausaha Politik Kepada Setiausaha Agung

Sukacita saya mengumumkan perlantikan Zairil Khir Johari sebagai Setiausaha Politik saya selaku Setiausaha Agung parti DAP. Perlantikan ini akan berkuatkuasa dengan serta merta.

Tugas Zairil adalah untuk membantu saya dalam urusan politik baik dalam parti mahupun pada peringkat kebangsaan. Beliau akan berpusat di Sekretariat DAP di Kuala Lumpur.

Zairil mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang. Beliau berkelulusan Sarjana dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London dan juga Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat. Beliau juga merupakan usahawan dalam industri cokolat tempatan, di mana beliau telah memperkenalkan teknologi percetakan penuh warna di atas cokolat yang pertama di Malaysia.

Saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan yang positif kepada parti dalam perjuangan kita untuk menongkah arus demi mencapai matlamat kenegaraan yang adil dan saksama untuk setiap warga Malaysia.

*Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails