SHAH ALAM 20 FEB: Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan, yang membela Masyarakat Asal di Sarawak bercadang mendedahkan 49 syarikat ada kaitan dengan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya yang dianggarkan bernilai berbillion ringgit di serata dunia.Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian berkata ia adalah masa yang tepat untuk bertindak setelah sekian lama Taib Mahmud dan keluarganya mengaut keuntungan atas penindasan ke atas rakyat Sarawak.
"Masanya telah tiba, segala skandal Taib Mahmud dan keluarganya disebar dan dibuka,"katanya.
Menurut 'The Bruno Manser Fund' atau BMF, senarai tersebut akan diterbitkan minggu hadapan dengan meminta semua pihak berkuasa yang terlibat membekukan semua aset Taib bagi memulakan siasatan.
Senarai tersebut akan diterbitkan pada hari Isnin ini dengan memfokuskan kegiatan rasuah dan korupsi Taib Mahmud sepanjang tiga dekad mentadbir negeri Sarawak.
Namun, Baru mempersoalkan adakah pendedahan tersebut tersebut akan ditangani oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seadilnya.
"Kalau laporan ini dikeluarkan nanti, persoalannya adakah SPRM atau pemerintah akan mengambil berat laporan ini, terdahulu pihak kami ada membuat laporan berhubung harta Taib yang berbillion ringgit, sehingga sekarang tiada reaksi daripada SPRM," katanya kepada Tv Selangor.
Baru Bian berharap badan yang bertanggungjawan seperti SPRM mampu bertindak seadilnya tanpa pengaruh mana-mana kepentingan politik.
Mengulas kebangkitan rakyat Sarawak sejak kebelakangan ini, Baru Bian menyeru rakyat Sarawak khususnya masyarakat Orang Asal di negeri itu untuk membuat pilihan yang bijak dalam menangani masalah Tanah Adat Bumiputera (NCR).
Katanya, dasar kerajaan Umno-BN yang mengenepikan hak rakyat harus dihentikan segera dan kini sudah sampai masanya, perubahan benar-benar diperlukan di bumi Sarawak.
TVS

7 comments:
Politik basi PKR. macam biasa le bila nak dekat PRU, semua depa ada...lepas PRU apa pun takda, sebab tu Ezam cabut lari..sebab BOS kata ada 6kotak rahsia kerajaan BN, akhirnya kotak kosong buat simpan baju lama..
Salam ,,, rakyat yg kurang bijak sahaja yg tidak mengatahui kerajaan bn dan kroni taib ini tidak , rasuah, salah guna kuasa, mererka ini telah berbillion di lesapkan mereka ... tanya taib, jabu, geoge chan dan menteri yes man,,, mana wang royalti minyak yg berbilion yg kita terima selama ini...sudah tentu di kebas mereka ???? Jadi lah rakyat yg matang setelah kita merdeka 50 tahun ???? nilailah dgn cermat, nilai rumah menteri dan yb yg kita pilih selama ini, nilai kereta yg mereka guna ???? Itu sudah mencukupi memboktikan ahli 2 yb menteri kita merompak wang rakyat ???? Pendekatan yg harus kita ambil ialah memberi mandat kepada perjuangan rakyat PR ??? ini adalah pilihan yg memberi harapan kepada kita. tq
bongkar jgn tak bongkar bro`,waa cabar lu kalau betul sitengkorakni kebas billion wang rakyat sarawak,waa akan kempen seluruh daerah untuk menerajangkan BN dipilihanraya nanti,adakemunkinan betul cerita ni dah hebuh diseluruh bahagian sarawak semalam didaerah serian....
Salam Mamat Cun..
Sebenarnya memang telah diujudkan sebuah blog yang khusus menyenaraikan seluruh syarikat yang dimiliki kepentingannya oleh Taib Mahmud itu di Sarawak..
Semua dokumen telah dikeluarkan dari pendaftar Syarikat Malaysia..
Cuba tanya Al Tugaw dari Sarawak Headhunter tu..
banyak rahsia2 bn telah pun dibongkarkan. cuma kita sgt2 bharap supaya bila pkr memerintah tidak menjadi spt bn. kalu tak akan jdlah "cakap tak serupa bikin"..
My Kiddy World...
Tak susah.. kalau PR pula memerintah, diaorang buat macam BN pula kita tumbangkan mereka pula..
suka saya dengan kenyataan saudara ASD 11.55 AM.. baru dikatakan rakyat yang berkuasa dan menentukan masa depan mereka!
Achmad Abdollah
Post a Comment