Wednesday, January 12, 2011

Zul Nordin:Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!

Kebelakangan ini kita melihat beberapa orang MP Bebas yang dulunya bersama PKR begitu galak menyerang PKR, tindakan mereka itu kelihatan seperti tindakan orang yang sedang lemas di dalam air yang akan berpaut pada apa saja yang terapung dan melintas dihadapan mereka untuk terus hidup.. biarpun yang dipaut itu adalah tahi sekalipun.

Ini adalah jawapan balas dari Dr.Samarudin Rejab,Timbalan Ketua Cabang PKR Segambut untuk Zulkifli Nordin dalam isu sapina Karpal sebagai saksi kes tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim..

Zul Nordin:Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!

Oleh Samarudin Md Rejab
10 Januari 2011

Shakespeare pernah menyatakan bahawa “the World’s is a stage and we are all the Actors” (Dunia ini adalah sebuah pentas dan kita semua adalah Pelakonnya).

Tetapi di sekitar ‘pentas’ dunia perundangan Mahkamah Tinggi di Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bermula dari awal 2010 hingga kini, kita hanya merupakan Pemerhati yang menyaksikan pementasan “Kes Konspirasi Politik Najib terhadap Anwar Ibrahim”. Kita bukan Pelakon-Pelakon nya.


“Kes Konspirasi Politik Najib” melibatkan Pelakon-pelakon yang telah diterima sebagai sah, bertauliah, dan berwibawa-pihak Pendakwaan, pihak Pembelaan,pihak Mahkamah Tinggi, Pengadu Saiful Bokhari Azlan, dan beberapa Saksi-saksi pihak Pendakwaan dan kelak Saksi-saksi dari pihak Pembelaan.

Baru-baru ini ada di antara kita sebagai Pemerhati telah dengan lantang dan tegas meminta supaya Pelakon pihak Pembelaan yang utama iaitu Encik Karpal Singh disapena sebagai saksi kerana beliau mempunyai bukti kukuh pada tahun 1997 mengenai “Kes Konspirasi Politik Mahathir terhadap Anwar Ibrahim” . Ini beerti lakonan Karpal Singh sebagai Peguambela ditukar kepada lakonan baru sebagai Saksi didalam “Kes Konspirasi Politik Najib Terhadap Anwar Ibrahim”.

Mengikut Ahli2 Parlimen Wee Kok Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohd. Hashim (Bayan Baru), dan Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), Karpal Singh pernah memberi komen bersabit dengan tuduhan Pegadu Azizan Abu Bakar terhadap Anwar Ibrahim didalam ‘Kes Konspirasi Politik Mahathir” pada tahun 1997. Pada tahun berikutnya gelombang dan pergerakan Reformasi mula merebak di Indonesia dan Malaysia.

Pada bulan September, Dato Seri Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri telah mengambil tindakan memecat Timbalannya , Dato Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat dan seterusnya mengenakan beberapa pertuduhan salahguna kuasa dan liwat. Dato Seri Anwar Ibrahim telah di hukum penjara selama enam tahun diatas penyalahan guna kuasa. Untuk pertuduhan liwat, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 2 .September,2004 bahawa beliau ( Anwar Ibrahim) tidak bersalah.

Persoalannya sekarang ialah ‘Adakah alasan atau cadangan untuk sapena Karpal sebagai Saksi didalam “kes Konspirasi Politik Najib” itu kukuh dan munasabah?” atau “Cuma merupakan publisiti murahan atau hanya menyalahgunakan proses Mahkamah?”

Pertamaya, ia melibatkan dua kes yang berasingan iaitu “ Kes Konspirasi Politik Mahathir” pada tahun 1998 (Public Prosecutor v Dato Seri Anwar Bin Ibrahim, High Court, FT Criminal Trial Nos 45-48-98;45-51-98) yang melibatkan antara lain Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali, dan “Kes Konspirasi Politik Najib” pada tahun 2010 yang melibatkan Pegadu Saiful Bokhari Azlan. Untuk “Kes Konspirasi Politik Mahathir”, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan pada 1998 inter alia bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas tuduhan meliwat pengadu Azizan Abu Bakar.Semasa perbicaraan pertama di Mahkamah Tinggi ,sepuluh (10) Saksi Utama telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan dan duabelas(12) Saksi utama oleh pihak pembelaan. Pihak Pendakwaan tidak menyenaraikan Karpal Singh sebagai Saksi walaupun dua Saksi utama Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berjumpa dengan beliau pada 1997. Kenyataan beliau didalam Parlimen terkandung didalam Hansard bertarikh 22.Oktober,1997.

Perbicaraan “Kes Konspirasi Politik Najib” masih berjalan dan kini ditahap keterangan oleh Saksi-Saksi dari pihak Pendakwaan . Sekiranya didalam “Kes Konspirasi Politik Mahathir” pada tahun 1998, Karpal tidak disinaraikan sebagai Saksi langsung,”bagaimana pula Karpal akan disapenakan sebagai Saksi untuk Kes Konspirasi Politik Najib?” Ini tidak masuk akal.

Kedua, peruntukan prosedur jenayah dan juga preseden-preseden yang ada menunjukkan bahawa Saksi-Saksi dipanggil dikhususkan untk kes-kes yang berasingan dan berkenaan sahaja. Sebagai contoh, sinarai Saksi untuk kes kecurian ayam berbeza sinarai Saksi untuk kecurian itek. Saksi untuk kecurian ayam tidak akan di panggil atau disapina untuk perbicaraan kecurian itek melainkan Saksi yang berkenaan mempunyai maklumat atau keterangan yang material berkenaan kecurian itek . Dalam konteks ini Karpal tidak perlu disapena untuk menjadi Saksi “Kes Konspirasi Politik Najib” sebab Pengadu Saiful Bokhari Azlan tidak pernah berjumpa beliau dan member keterangan atau maklumat bersabit dengan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim sebagaimana yang dilakukan oleh Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali.

Ketiga, pada hemat saya Karpal merupakan seorang Peguamcara dan Peguambela yang berwibawa dan mempunyai reputasi yang amat baik. Perlantikannya sebagai Peguambela kepada Anwar Ibrahim tidak langsung melanggar apa-apa peruntukan Peraturan (Amalan dan Etika ) Profesion Guaman 1978. Beliau juga merupakan seorang Ahli Parlimen yang “Senior”. Beliau nescaya arif bahawa apa-apa kenyataan atau keterangan yang dibuat didalam Parlimen dan didapati didalam Hansard tertakluk pada “Parliamentary Immunity”. Dalam konteks ini, sekiranya permohonan sapina dibuat ia hanya menimbulkan konflik perundangan ( conflict of laws).

Oleh itu pementasan “Kes Konspirasi Politik Najib” akan diteruskan juga. Temanya sama, aliran ceritanya sama,dan latarbelakangnya pun sama. Hanya Pelakon-Pelakon utamanya telah berubah- Yang Arif Augustine S Paul kepada YA Dato Mohamad Zainal, AG Tan Sri Mokhtar Abdullah kepada Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Aris Rizal Christopher Fernando, dll. kepada Peguam Karpal Singh ,dll...


Dr.Samarudin Rejab
Timbalan Ketua Cabang PKR Segambut
Peguam

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails