Monday, January 3, 2011

Wartawan TV hina orang Melayu (Video Inside)

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Rasanya tidak perlulah kita membesarkan hal ini, beliau bercakap ketika mabuk..

Kita tahu, Karam Singh Walia merupakan seorang pejuang alam sekitar dan sering membawa isu rakyat yang tidak mendapat pembelaan ke media masa bagi mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. Beliau telah banyak berjasa pada rakyat, setiap manusia pun pernah membuat kesilapan. Paling penting beliau berani untuk mengaku dan meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan. Tak perlu rasanya diperbesarkan isu ini, tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak.- panggungopera


Wartawan TV hina orang Melayu

SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.


Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar. -kosmo


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails