Thursday, January 13, 2011

Video : 50 Menentang, 1000 Menyokong PR Selangor.



Kira-kira 50 anggota Gagasan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS) berhimpun di pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, untuk mendesak beliau meletak jawatan ekoran kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Mereka berhimpun di pusat khidmat ADUN Sri Muda itu di Bukit Kemuning , mulai jam 12.20 tengahari tadi.

Polis memberi mereka masa selama 15 minit untuk berhimpun.


Sebelum itu, mereka berkumpul di sebuah restoran berhampiran, sebelum berarak menuju ke pejabat Shuhami.

Mereka turut membawa kain rentang bertulis 'Kami Menjunjung DYMM Sultan Selangor' dan 'Pakatan Rakyat merosakkan institusi diraja', sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita".

Mereka juga membawa dua patung - satu ditulis 'Shuhaimi' dan satu lagi bertulis 'Khalid gagap'.

Mereka tidak membakar patung tersebut, tetapi tertindak memijak dan menyepaknya.

Dalam ucapan ringkasnya, pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ISA terhadap mereka yang menjejaskan institusi raja.

Ketika itu, ada di kalangan mereka hadir melaung mencabar Shuhaimi keluar menemui mereka.

Bagaimanapun difaham, ADUN Sri Muda itu tiada di pejabatnya.

Kumpulan tersebut bersurai pada kira-kira jam 12.30 tengahari.- Malaysiakini


50 menentang


1000 menyokong Kerajaan PR Selangor.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails