Orang Melayu perlu sedar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyaman akhbar Utusan Malaysia merupakan satu permainan politik pembangkang dalam usaha menutup antara warisan Melayu di negara ini kata Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir..Macam tu punya media pun dia nak jadikan warisan Melayu?? Aduss.. malu aku nak mengaku sebagai Melayu kalau media yang penuh dengan hasutan dan fitnah tu dijadikan warisan Melayu..
Kalau Bangunan UMNO kat Tanah Liat tu nak dijadikan warisan Melayu tak apa lah juga Datuk Musa Woi.. kalau bukan bangunan UMNO, dua biji rumah yang hang baru beli kat depan Politeknik yang berharga hampir RM1 Juta tu sesuai juga kalau diwakafkan sebagai Warisan Melayu..
Permainan politik pembangkang
KUALA LUMPUR 8 Jan. – Orang Melayu perlu sedar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyaman akhbar Utusan Malaysia merupakan satu permainan politik pembangkang dalam usaha menutup antara warisan Melayu di negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, sudah menjadi kebiasaan pemimpin pakatan pembangkang menyaman pihak yang membuat pendedahan dan teguran bagi menutup kelemahan mereka.
“Tidak terkecuali disaman adalah Utusan Malaysia yang menjadi warisan Melayu di negara ini kerana keberanian akhbar ini mendedahkan kelemahan pembangkang terutamanya di Pulau Pinang.
“Orang ramai terutama sekali orang Melayu perlu sedar permainan politik pembangkang yang menyaman kerana tidak mahu Utusan Malaysia banyak cakap di samping menutup salah satu warisan Melayu yang masih ada,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Guan Eng memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia pada 6 Januari lalu atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap beliau.
Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng mendakwa artikel bertajuk Kebiadaban Guan Eng yang disiarkan pada 20 Disember tahun lalu telah menggunakan perkataan tidak benar serta berniat jahat sehingga menyebabkan beliau mengalami kerosakan dan kerugian.
Dalam perkembangan berasingan, Musa turut bersetuju dengan dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kelmarin bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya menurut perintah Guan Eng yang dibantu pakar undang-undang dari Singapura untuk menimbulkan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
“Sebagai orang Pulau Pinang saya berbangga kerana Menteri Besar negeri lain (Selangor) mengikut telunjuk Ketua Menteri Pulau Pinang tentang apa yang perlu dilakukan.
“Saya bersimpati kerana Khalid terpaksa tunduk kepada Guan Eng tapi tindakan (meminda perlembagaan) yang memang tidak boleh menang tanpa majoriti dua pertiga itu menunjukkan beliau diarahkan berbuat demikian,” dakwanya.
Media UMNO

6 comments:
akhbar bangang tu warisan UMNO, kalau Utusan Malaysia tu bagi free pun aku tak ndak!!!
dulu utusan ini baik mangkin lama makin keroh dan kelabu.
Bagi generasi muda hari, Utusan Malaysia bukanlah sebagai WARISAN tetapi UTUSAN MELAYU(tulisan jawi) sewajarnya diangkat sebagai WARISAN. Kalau tak percaya tanya DSU Rais Yatim kerana beliau yang memegang WARISAN.
Diantara UTUSAN MALAYSIA dan UTUSAN MELAYU yang mana satu wujud dahulu di negara ini. Kenapa UTUSAN MELAYU lenyap begitu sahaja?
UTUSAN MALAYSIA TIDAK LAYAK DINOBATKAN SEBAGAI WARISAN.
utusan meloya dan memabukan selepas membaca,haram jadah aku nak baca lagi,alasan kepada melayu mamak yg hilang taring sahaja,poket kantung dah kontang selama PR memerintah PP,hai mamak mcm ni hanya layak tukang sapu majlis pembandaran PP
rakyat bolih menilai pemimpin tu bijak atau kaldai. LGE saman Utusan pasai buat fitnah. Bukan mcm si Rais...takut nak saman blogger RockyBru.
Harap 2 Najib ambik dia sebagai calon Raja Lawak edisi Kaldai
Kalau warisan melayu tak sesuai sangat.Sekiranya nak jadikan warisan juga,guna WARISAN MAMAK aje.Musa ni bukannya melayu pun.Mamak mali woi!!!!
Post a Comment