Friday, January 14, 2011

UMNO perlu contohi PAS - Ahmad Said



CHUKAI – Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak memburukkan sesama sendiri sebagaimana pemimpin Pas yang tidak menghentam sesama pemimpin dalam satu parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said me-ngingatkan pemimpin UMNO agar tidak memburukkan sesama sendiri sebagaimana pemimpin Pas yang tidak menghentam sesama pemimpin dalam satu parti.


Beliau berkata, jika masih terdapat pemimpin UMNO yang bersikap sedemi-kian ia akan membuka peluang kepada Pas mencari kelemahan kepimpinan UMNO seterusnya dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat.

“Saya minta setiap pemimpin UMNO di negeri ini janganlah memburukkan pemimpin lain yang dalam satu parti kerana musuh kita bukanlah orang yang sama parti dengan kita.

“Sebaliknya musuh kita adalah pihak yang cuba menjatuhkan kita termasuk Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis anjuran Veteran UMNO Bahagian Kemaman bersama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera; ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan ADUN Kemasek, Ir Rosli Othman.

Beliau berkata, sikap bersatu hati semua pemimpin serta pejuang UMNO boleh memastikan kemenangan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, ketika ini UMNO Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa sahaja.

“Sekarang kita memiliki jentera yang kuat, bagaimanapun ia tidak akan memberi makna sekiranya terdapat pejuang UMNO sendiri yang sanggup ‘cah keting’, bersikap api dalam sekam atau duri dalam daging.

“Jangan disebabkan tidak berpuas harti dengan UMNO, ada antara penjuang UMNO yang sanggup menjatuhkan UMNO. Sebaliknya sebagai pejuang sebenar, kita perlu sanggup mengorbankan jiwa raga demi memperkasakan parti bak kata orang ‘adat berparti, parti dipertahankan’,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan, Pas bukanlah sebuah parti yang boleh menjadi tempat kepada orang Melayu untuk dijadikan tempat bergantung, justeru rakyat diingatkan agar tidak terpedaya dengan tipu daya parti pembangkang tersebut.

“Meskipun ketika ini Pas sedang ghairah menaikkan poster ‘Pas Ganti UMNO’ di beberapa kawasan tetapi bagi kita UMNO tetap di hati,” katanya.

Katanya, kubu kuat Pas di negeri ini hanya di dua kawasan iaitu di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu dan Rhu Rendang, Marang.

Justeru beliau berkeyakinan kawasan lain yang dipegang Pas termasuk di Bukit Payong, Marang boleh dimenangi semula UMNO pada PRU13 akan datang jika semua pejuang dan pemimpin UMNO bersatu hati.

Sementara itu, sempena majlis berkenaan, Ahmad turut menyerahkan ban-tuan kerusi roda dan menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada 20 ahli Majlis Veteran UMNO Bahagian UMNO Kemaman yang banyak berjasa dalam perjuangan parti.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails