Wednesday, January 12, 2011

SPR guna peti undi pelekat hologram.. untuk apa?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan peti undi bercirikan hologram bagi menghindar persepsi negatif dan dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya peti-peti undi terdedah kepada unsur-unsur manipulasi.

“Peti undi kita ini memang selamat, tapi ada orang kata peti undi ini boleh dibuang ke dalam sungai, ditukar dengan peti undi baru dan kertas undi lain, dimanipulasi... saya pun ketawa bila dengar dakwaan macam itu…

Aku pun ketawa bila membaca kenyataan dari Pengerusi SPR itu.. yang kita mahukan ialah penggunaan dawkat sebagai tanda bahawa seseorang pengundi itu telah mengundi bukannya penggunaan hologram seperti yang dinyatakan diatas.


Biarpun dilekatkan seribu sticker hologram sekalipun peti itu masih boleh ditukar oleh SPR dan kertas undi masih boleh ditukar oleh mereka kerana mereka yang mengawal peti undi itu..

Biarpun kosnya adalah kecil seperti katanya, kroni mereka juga bakal mengaut untungnya..

Walaubagaimanapun penipuan atau penukaran kertas undi ini dapat dielakkan hanya jika ‘Polling and Counting Agent’ (PACA) yang ditugaskan oleh pihak Pakatan Rakyat tahu menjalankan tugas-tugas mereka dengan baik.

Mereka perlu tahu berapakah jumlah pengundi yang telah keluar mengundi bagi setiap pengundi dan segala data itu perlu diserahkan kepada petugas-petugas yang bertugas di pondok panas bagi mengenal pasti berapakah anggaran kehadiran Penyokong Pakatan Rakyat yang telah datang untuk mengundi, dari situ kita boleh menganggarkan berapa undi telah berada ditangan kita..

Tapi.. adakah semua kawasan mengundi itu mempunyai ‘Polling and Counting Agent’ (PACA) yang telah di latih? Kalau tidak ada bersedialah untuk ditipu lagi…

SPR guna peti undi pelekat hologram, DUN Tenang perintis
Oleh G Manimaran
January 12, 2011

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
PUTRAJAYA, 12 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan peti undi bercirikan hologram bagi menghindar persepsi negatif dan dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya peti-peti undi terdedah kepada unsur-unsur manipulasi.

Buat julung kali peti undi yang membawa pelekat hologram keselamatan itu akan digunakan ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kerusi Tenang bulan ini sebelum diperluaskan ketika pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum kelak.

“Ia akan digunakan kali pertama ketika pilihan raya kecil di Tenang, kemudian di Sarawak dan semasa pilihan raya umum ke-13,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

SPR menggunakan peti undi lut sinar pada pilihan raya umum 2008 buat julung kali.
“Peti undi kita ini memang selamat, tapi ada orang kata peti undi ini boleh dibuang ke dalam sungai, ditukar dengan peti undi baru dan kertas undi lain, dimanipulasi... saya pun ketawa bila dengar dakwaan macam itu.

“Jadi untuk meyakinkan orang ramai, kita akan menggunakan pelekat hologram ini pada setiap peti yang akan digunakan,” kata beliau.

Difahamkan dakwaan seumpama itu dikeluarkan ketika pilihan raya kecil Batang Ai, Sarawak awal tahun lalu.

Katanya, kertas-kertas undi dalam peti undi tidak mungkin boleh diubah kerana ada borang yang memberikan butiran jumlah kertas undi dikeluarkan dan diperuntukkan.
Borang itu tidak boleh diubah sembarangan dan ditandatangani di depan ejen-ejen calon, kata beliau.

Justeru setiap peti undi akan mempunyai nombor siri yang berbeza, yang hanya dapat dilihat menggunakan alat khas, kata beliau.

“Masing-masing peti undi ada nombor keselamatan tersendiri, jadi tidak timbul soal meragui keselamatan peti undi, kononnya peti undi ditukar dalam tengah perjalanan,” katanya.

Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang akan diadakan hujung bulan ini dengan hari penamaan calon 22 Januari manakala pengundian pula 30 Januari.
Mengenai kos, kata beliau, langkah keselamatan terbaru itu tidak melibatkan perbelanjaan yang besar.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails