Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, January 17, 2011

Sekadar Renungan.....



Satu masa dulu,adik aku pernah menetap di UK selama lebih setahun. Tapi adik ipar aku duduk situ dah lama,dekat 6 tahun.Duduk situ,kerja bukannya kerja besar,kerja pun chef kecil-kecilan dekat restoran.Adik aku pulak kerja jadi baby sitter.Gaji,takde la besar, tak sampai pun seribu pound tak silap aku...tapi...

1. Baju kat sana 3 pound. Kat Malaysia baju2 tu hanya dijual di Pavilion,KL.Baju orang kebanyakan di UK,baju orang kaya di Malaysia.

2. Kasut Lacoste kat sana 20 pound.


3. Sewa bilik ada dapur 200 pound.

4. Transportation,takde,naik bas,naik tube,satu hari punya tiket 5 pound unlimited ride.Tak payah tunggu lama, paling lama tunggu bas,5 minit 2 bijik datang.Naik tube tak pernah rasa tak selesa.Ada Oyster kad,senang nak ke mana-mana.

5. Pegi Asda ke Tesco ke, beli barang dapur,satu troli 20 pound.Lepas untuk seminggu.

6. Tak pernah rasa nak beli kereta sebab membazir, orang kaya berlagak aje pakai kereta ke mana-mana.

7. Jalanraya sesuai untuk bawak basikal.Adik ipar aku, main transportation dia,basikal,undang-undang...wajib pakai helmet.

8. Tambang tube nak ke airport...3 pound.

9. DVD ori sekeping 3 pound.Aku beli Ice Age 1 dan 2 boxset 6 pound.

10. Apa-apa barang pun mcm pakaian, tak puas hati dengan produk, boleh pulangkan dalam tempoh 30 hari, takde banyak soal asal simpan resit dan tag tak dicabut.

11. Dan aku malas nak cerita pasal Black Friday dan sale musim panas...

12. Bayangkan anda mampu beli kereta Mercedes second hand cash... dengan hanya mengeluarkan 500 pound. Sini? Hutang 5 tahun untuk bayar kereta second hand.. kereta di UK tidak ada value sangat kerana... pengangkutan awam membuatkan kereta tidak relevan dan penting dalam hidup.Perkhidmatan teksi adalah sesuatu perkhidmatan premium sebab teksi tidak diperlukan sangat.

Bila dia balik Malaysia,

......kerja mesti kena ambik overtime, kalau tak duit tak cukup. Barang makanan sekali pegi beli Rm200.Nak pegi beli barang pun susah sebab public transport susah. Apa yang Ismail Sabri Yaakob pelik macam mana RPK boleh hidup mewah kat UK kalau orang Malaysia yang kerja dia waiter kedai makan dekat Malaysia Hall pun boleh hidup senang kat sana? Adik ipar aku balik sini, sambil hisap rokok dengan aku dia tanya aku, "Apasal hidup kat Malaysia ni susah sangat?"

Lagi la pelik bila menteri tanya apasal ramai orang lebih gemar migrate ke negara lain... Tukang sapu pun boleh hidup senang kat UK. Marah pulak diorang bila rakyat mempersoalkan "Kenapa menteri mampu hidup mewah kat Malaysia,layak ke diorang?"

10 comments:

PO'YA Leader said...

oleh itu marilah kita beramai2 undi BN untuk menyusahkan lagi hidup kita
HIDUP BN.

Anonymous said...

Satu persembahan politik yang baik untuk rakyat UK/Australia bilamana keadilan dan ketelusan berpolitik diamalkan. Yang hairanya org2 berpolitik ini adalah berugama kristian.

Mana lebih baik dengan pemerintah yang berugama islam di Malaysia?

Anonymous said...

aku setuju ngan tread ni....aku penah duk new york dan sekarang aku kat milan italy...kalu pegi supermarket bawak 50 euro atau 50 dollars tu mmg dah berlebih dah kalu nak beli makanan utk seminggu bagi keluarga yg besor macam aku nih...anak 5,isteri dan maid...bebearu ni balik msia..beli lotion anak..sabun mandi depa dan seplastik lampin aku dan tak cukup duit dah..100++...mana penah bawak duit banyak tu pegi shopping kat sini...setakat shopping mcm org kebanyakan le

MATauge said...

takpa nanti kita jawab undi umnogok kerajaan perintah skrang diPru13 apa susah pencacai2 umnogok yg undi dulu2 dah byk mati,skrang tinggal 35%je kalau yg ada ingin menambat hati umnogok dan beri undi pada BN walaupun fobia dipaksa silakan masih ada spesis undi mcm tu tapi jarang3 kita dgr selain dari nenek atuk kita dulu2,SEKALI LAGI KAMI MEYERU KORANG KALAU NAK UNDI UMNOGOOK UNDILAH SAMPAI KEANAK CUCU KEHIDUPAN KITA AKAN BERTAMBAH TERHEMPIT 5thn lagi...kah,kah,kah,`UNDILAH UMNO/BN SUPAYA KEHIDUPAN KITA NANTI MENJADI PEMINTA SEDEKAH DARI ORG UMNOGOK,mcm biasa lagi beras sekampit sarung sehelai itulah nilai undi makcik/pakcik...kah kah kah.....`HIDUP UMNO SAMPAI MATILAH....

Anonymous said...

Sedikit penjelasan...

Memang benar harga barangan pada umumnya lebih murah di UK berbanding dengan Malaysia; walau pun setelah diambil kira pertukaran matawang.

Tetapi harga perkhidmatan adalah tinggi, contoh makan di restoran; servis kereta; upah kontraktor walau pun setakat tukang paip.

Jadi jika kita tak banyak guna perkhidmatan, memang 'murah' duduk di UK.

Anonymous said...

BERITA TERGEMPAR !!!!!!!!

SAH yang mengundi BN dalam PRU yang lampau adalah hantu hantu belaka ... mana ada manusia yg bodoh nak undi sapa sapa yg menyusahkan mereka balik ...

raptorarena said...

there's something..

gaji seorang waiter di sana average cuma 200 pound seminggu..

if rumah pun dah 200 pound seminggu..so abis la dah duit dia..

gaji engineer planner sana dalam 500 pound seminggu..

rumah (200) + makan (30) + transport (35) = 300 pound..

so balance ada 200 pound..still as the same who works as engineer in malaysia yang tak memiliki kereta..!

so then our problem is mass transport..kalau kita dapat increase perkhidmatan kita dalam public transport ni..should be no problem at all..

but still..kita kena ingat..our next problem is setinggan..if kita nak increase our public transport, kita kena musnahkan beberapa kawasan setinggan and suma tu akan makan banyak hasil cukai kita dalam bentuk pampasan..

we are still far behind banding dgn UK..yes..it sounds cheaper there..but adakah seorang waiter akan beli ice age box set 6 pound tu sedangkan gaji dia dah sangat kecik di sana..?

p/s : yes..500 pound for mercedes..tapi mercedes 190E yang tak laku di malaysia nowadays..even BMW cuma 300 pound di sana..tapi bmw E30 E series yang sangat lama juga..

so..how..?

thehackersz said...

Betul tu bro,

Tunang saya study dekat leeds buat masters dekat Leeds Metropolitan University. Tiap-tiap tahun saya pergi sana jumpa dia. Barang sana memang murah, tak tipu punya. Barang makan terutamanya memang murah. contoh, anggur dekat malaysia nih RM14 sekilo, dekat morrison baru GBP0.89 (89 pence = lebih korang RM4.50)ada poundland, huhh... macam2 ada. Baju, peralatan sukan, barang-barang dapur, kasut. hurmm... tak tau nak type le lagik, tapi memang semuanya murah lah. Bayangkan kereta dekat sana, kebanyakannya bawah GBP5000. kalau kita call teksi suruh datang ambik kat rumah pun, takde kene charge extra cam kat malaysia nih.

Anonymous said...

Betul tu bro,

Tunang saya study dekat leeds buat masters dekat Leeds Metropolitan University. Tiap-tiap tahun saya pergi sana jumpa dia. Barang sana memang murah, tak tipu punya. Barang makan terutamanya memang murah. contoh, anggur dekat malaysia nih RM14 sekilo, dekat morrison baru GBP0.89 (89 pence = lebih korang RM4.50)ada poundland, huhh... macam2 ada. Baju, peralatan sukan, barang-barang dapur, kasut. hurmm... tak tau nak type le lagik, tapi memang semuanya murah lah. Bayangkan kereta dekat sana, kebanyakannya bawah GBP5000. kalau kita call teksi suruh datang ambik kat rumah pun, takde kene charge extra cam kat malaysia nih.

atong said...

Ni mesti tak penah duduk kat UK ni.
Cerita macam suma bende murah.
Mana ada baju 3 pound kat UK cuma jual kat Pavilion kat sini? Brand ape? kalo yang 90% discount tu ader la kot. Tu pun lebih kurang je.DVD ori sekeping 3 pound.. zaman bile nye citer ni?
Taknak citer ke french fries kat McD harge 2 pound? Kira la sendiri.

Cuba la duduk kat sana lama sket.. setahun dua ke, then compare sendiri ngan duduk kat sini. Banyak yang murah..tapi banyak giler yang mahal.

Archive

Related Posts with Thumbnails