Thursday, January 13, 2011

Saya cabar Anwar berdebat: Umi Hafilda

Wah!! Nampaknya ramai yang berminat untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim setelah yang dicabar untuk berdebat oleh Anwar menolaknya dengan alasan bodoh..

Yang sudah tersenarai sekarang ialah Khairy Jamaluddin yang telah berkata mahu mengundurkan diri dari politik buat sementara.. dah nak undur tu.. undur sajalah..

Kemudiannya muncul pula Nazri Aziz mencabar Anwar berdebat pasal isu APCO..

Semalam Umi Hafilda pulak dah mencabar Anwar berdebat.. bukan Anwar sorang saja dicabarnya malah Azmin pun turut dicabar..

Saya cabar Anwar berdebat: Umi Hafilda
2011/01/13

SUBANG JAYA: Ummi Hafilda Ali mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya terlebih dulu berhubung kebenaran kes salah laku seks bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Program 100 Hari yang dicadangkan pakatan pembangkang.


Ummi Hafilda yang pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar turut mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga abangnya melakukan sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak terbabit dalam segala kes salah laku seks yang didedahkannya pada 1998.

"Saya cabar Anwar Ibrahim berdebat dengan saya. Buat apa dia nak berdebat dengan Najib. Saya cabar Azmin Ali dan Anwar Ibrahim berdebat dengan saya dulu sebelum mereka menawarkan diri menjadi pemimpin.

"Saya juga cabar mereka membuat sumpah laknat untuk menafikan segala tuduhan yang dikemukakan saya sebelum ini jika mereka tidak terbabit dengan kegiatan salah laku seks," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Berita Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails