Nak dikatakan dihantar melalui e-mail rasanya tak mungkin kerana Robengah dikatakan tinggal di pendalaman Indonesia,sedangkan di Hulu Selangor pun banyak tempat yang tak ada kemudahan internet..
Nak katakan dikirim melalui fax.. juga tak mungkin rasanya pasal tak nampakpun sebarang tanda-tanda surat itu telah difax..
Nak dikatakan melalui pos.. takkanlah 07.01.2011 surat diposkan dari pendalaman Indonesia boleh diterima pada hari yang sama oleh penerimanya di Malaysia tak sampaipun 24 jam sedangkan kalau menggunakan pos lajupun akan mengambil masa lebih dari 24 jam..
Waduh!! pening aku memikirkan.. hebatya pos Indonesia..
Berita berkaitan..
Pembantu rumah nafi pernah diperkosa menteri Malaysia
JAKARTA, 7 Jan — Wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selama lapan tahun sehingga 2007, hari ini menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu.Menurut laporan portal berita detik.com hari ini, wanita itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang.
Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.
“Saya bekerja selama lapan tahun di rumah Datuk. Selama itu baik-baik saja, tidak pernah ada permasalahan, apalagi terkait perlakuan kasar serta tidak senonoh terhadap saya,” katanya dalam kenyataan itu.
Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat telah dilaporkan memberitahu detikcom mengenai pertemuan ini berdasarkan laporan empat petugas BP3TKI itu.
Sehubungan itu Jumhur menegaskan bahawa kes kononnya berlaku pemerkosaan terhadap pembantu rumah itu oleh Rais, tidak pernah terjadi.
“Sudah ada keterangan langsung dari pembantu rumah itu dan juga kenyataan bertulis bahawa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja dengan keluarga majikan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) di Malaysia, termasuk perlakuan lain yang tidak senonoh,” kata Jumhur dalam kenyataan kepada detikcom.
Jumhur berkata empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Semarang itu telah mengadakan pertemuan dengan pembantu rumah itu dan suaminya.
Pembantu rumah itu telah memberitahu keempat-empat petugas itu bahawa beliau bekerja di Malaysia sejak 1999-2007 di rumah Rais dan Datin Seri Masnah Rais, kemudian kembali ke kampungnya di provinsi Jawa Tengah.
“Saya juga sudah melaporkan penjelasan pembantu rumah itu kepada Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar,” kata Jumhur.
Jumhur meminta semua pihak agar berhati-hati dalam soal kes dakwaan kononnya berlaku pemerkosaan terhadap tenaga kerja Indonesia oleh Menteri Malaysia itu, “sebab, ini melibatkan nama baik pembantu rumah itu bersama keluarganya, yang
masa ini hidup tenang dan nyaman di kampungnya”.
Di KUALA LUMPUR pada Rabu lepas, Rais menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.
“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya dalam satu kenyataan.
Bernama
Sutar berkenaan yang diambil dari blog MIM
Perhatikan tarikh surat ditulis.. dan perhatikan kalender anda..
Bagi aku ini hanyalah satu percubaan memperbodohkan rakyat Malaysia oleh blogger Pro-UMNO yang taksub dengan pemimpin-pemimpinnya..


13 comments:
Salam bro. Betul la....gua caya sama lu.Cam ni la depa perbodohkan rakyat 1Malaysia!
INI KERJA2 NANGOI UMNGOK @ APCO ! MUNGKINKAH INI KERJA PANGLIMA2 SIBER DEPA YG KAKI PUTAR & REAL SPINNERS ?
PASAL FITNAH MEMFITNAH SERAH PADA GENG KEPALA LEMBU !
betul ka itu Robengah? yg kat gambar tu bukan nmpk cam umur 46 pun!
Penasihat2 iblis dah buat macam2 strategi dalam masa 2 minggu
Dulu masa dsu rais jadi mb negeri9, dia lari dari tanggungjawab pi belajaq... kononnyerlah. dpt pHD jadi menteri undang2 pusing2 auta2. Ini bukanlah contoh yg baik... lagi baik humbankan ke dalam penjara kalau terbukti merogol... tapi kalau suku dok jelebu, aku rasa dah lama suku pandai... sbb kalau ada menteri bodoh, tentu suku pandai...
magua_putra@2000
Haha. Tidakkah saudara/i perasan tentang pola yang sama yang digunakan untuk memperdaya rakyat Malaysia? Terdapat surat yang kononnya ditulis oleh Teoh Beng Hock tiba-tiba muncul. Sekarang kes Rais Yatim, ada surat dari pedalaman Indonesia yang dihantar melalui "neraka" ke Malaysia untuk menipu rakyat Malaysia. Namun, kita ini sudah maju, berfikiran kritis dan tidak mudah terpedaya.
Rais Yatim belajar??? PhD daripada universiti mana?? Universiti Bakal Perogol kot.
Ramai kawan yang mendapat biasiswa belajar luar negara. Mereka kebanyakannya daripada kalangan universiti tempatan. tapi, lepas 3 tahun, tak balik juga sebab minta perlanjutan 6 bulan dan kemudian 6 bulan lagi dengan gaji penuh dan biasiswa penuh. kalau gaji penuh sahaja pun, siapa tak nak untuk terus mendiami negara luar? Cuba semak cara perlanjutan biasiswa kerajaan asing. MESTI HABIS DALAM TEMPOH. KALAU TIDAK, LANJUTLAH TANPA BIASISWA. contoh: Chevening scholarship, commonwealth scholarship dll. di malaysia, kita bagi semua pensyarah scholarship tanpa tapisan. yang tak pandai pun diberikan scholarship, dan bila lanjut lagi lanjut dengan wang rakyat, akhirnya habuk pun tarak. mana akauntabiliti???? Saya tak mahu sokong kerajaan lagi atas dasar ini yang bodoh. tak perlu hantar mereka ke luar negara. buat dalam pun cukup lah. hantar hanya untuk bidang-bidang kritikal yang perlukan kepakaran yang takde dalam Malaysia.
pandai amah indon tu mengeja dan menulis.. amah aku haram xtau
di indonesia pelajar mereka diajar cara menulis sejak drp SD lg with their own distinctive style..dan saya strongly believe itu bukan tulisan orang indon...kalu tak caya pegi kat sekolah indon dekat the mall suruh budak budak sekolah kat situ tulis dan buat perbandingan..
surat yang tiada kesalahan bahasa. wow. seorang maid dari indonesia berumur 40an berkemungkinan tiada kemahiran penulisan bahasa melayu boleh menulis dgn tiada kesalahan bahasa... semua kata nama tempat adalah betul.... di bawah, di Malaysia, di Indonesia. Mustahil oleh seorang yg tiada pembelajaran bahasa Melayu.
Samada tulisan seorang Malaysia dan ditandatangani oleh Robingah atau surat palsu dan diconfirmkan oleh Robingah.
penafian robengah adalah penafian yang di bayar.
Saya ada ramai pekerja Indonesia , hampir semua tak tahu menulis, tanda tangan pun tak tahu, kebanyakan nya guna ibu jari untuk tanda tangan.
saya tak percaya ronengah bolih menulis begitu cantik.
tulisan macam akitek,
pos indon laju? mana boleh lawan pos laju kitorang..
"aneh" kita pernah cakap.
surat hantar hari ini, semalam sudah sampai!
apa-apa yang UMNO buat emuanya halal. Tak Lut oleh undang-undang.
Post a Comment