Wednesday, January 26, 2011

Pusat juga tiada 2/3.. Jadi Muhyiddin tak nak letak jawatan ke?

Kali ini jelas kepada kita bahawa Muhyiddin @ Mat Sembab itu bercakap tanpa menggunakan otak, dan kata-katanya kali ini bolehlah diibaratkan meludah kelangit.. tapi mungkin juga beliau menyindir Najib.

Kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab “Seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan,

“Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN,” katanya semasa sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini malam tadi.

Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit. (sepenuhnya di SINI)

Aku pula kata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Perdana Menteri dan kabinetnya.


Jika diikutkan kata-kata Muhyiddin @ Mat Sembab itu Beliau dan Najib juga wajar meletakkan jawatan kerana Kerajaan BN di Pusat juga tidak mempunyai majority 2/3..

Kalau aku mengulas pasal ni.. nanti banyak pula perkataan BODOH yang keluar untuk Muhyiddin ni, taka pa korang bacalah apa kata Saudara Aspan Alias (Trojan Horse dalam UMNO) mengenai perkara ini..


Nak Tanya Muhyiddin - Mahukah pemimpin kerajaan persekutuan meletakkan jawatan sama?
Oleh : Aspan Alias

Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri kita telah menyarankan supaya MB Selangor TS Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai MB negeri itu kerana gagal mendapat 2/3 majoriti dam siding khas Dewan Undangan Negeri itu 24hb yang lalu untuk meminda perlembagaan bab 52 Negeri Selangor.

Dalam persidangan khas itu PR mendapat 34 undi dan selebihnya dari BN mengundi menentang usul untuk mendaulatkan Sultan Selangor dengan mengembalikan apa yang ada dari Tuianku Sultan sebelum dirampas oleh Perdana Menteri pada 1993 dahulu. UMNO/BN menentang usaha untuk mengembalikan kuasa itu kepada Tuanku Sultan dan kepada UMNO, PR adalah pihak yang derhaka kepada kebawah Duli Tuanku kerana PR hendak mengembalikan kuasa itu kepada Tuanku.

Rupa-rupanya UMNO ini sudah tidak keruan. Benarlah kata setengah orang yang UMNO kita ini sudah hilang hidayah. Menesabahkan PR pula yang derhaka kepada Duli Tuanku kerana hendak memberikan kuasa kepada Baginda? Patutlah ramai alim ulamak yang zuhud berkata yang kini dunia sekarang adalah dalam akhir zaman, yang salah nampak betul dan yang betul dikatakan salah.

Sekarang kita sudah nampak dengan jelas yang UMNO benar-benar tidak menghormatan perjanjian persekutuan dahulu dan jika ada usaha untuk mengembalikan kuasa bab52 itu kepada Tuanku Selangor itu adalah penderhaka. Ini pandangan yang sangat gila. DAN Muhyiddin meminta pula supaya Khalid meletakkan jawatan.

Sebagai salah sebuah negeri yang terkandung didalam Persekutuan, Selangor dan rakyatnya mesti dihormati mengukut lunas demokrasi dalam persekutuan ini. Biarlah rakyat dalam negeri-negeri yang berdaulat didalam persekutuan itu berbicara dengan Rajanya untuk menentukan apa yang patut dilakukannya terutamanya didalam isu Raja dan Kerajaan yang dibawah naungan Baginda.

Usaha untuk memecah belahkan kerajaan Selangor dengan kebawah Duli Tuanku Selangor nampaknya tidak surut-surut dan saya yakin ianya akan berhenti apabilan Tuanku Sultan sudah bersalah-salahan dengan rakyat Baginda sendiri. Jika ini berlaku maka mudah bagi pemimpin diPutrajaya melakukan semua perkara tanpa halangan, termasuk usaha untuk membunuh demokrasi serta Raja berpelembagaan negara kita.

Muhyiddin memberikan sebab kenapa Khalid perlu meletakkan jawatan, Kata beliau Khalid tidak mempunyai sokongan dua pertiga dari Dewan Lagislatif Selangor maka adalah wajar Khalid untuk berhenti.

Tetapi orang ramai ingin bertanya, kenapa Najib dan Muhyiddin serta keseluruhan pemimpin diPutrajaya tidak meletakkan jawatan kerana kerajaan BN diperingkat persekutuan juga tidak mempunyai sokongan 2/3 itu.

Saya adalah orang yang pertama yang akan memberikan sokongan kepada mana-mana kerajaan untuk meletakkan jawatan jika tidak ada kuasa 2/3 dalam Dewan-Dewan Lagislatif. Jika itu pandangan Muhyiddin mari kita memohon dengan cara yang baik supaya Muhyiddin dan kerajaan pimpinan beliau dengan Najib meletakkan jawatan dan memberikan rakyat membuat pilihan sekali lagi.

Selepas itu Kerajaan Selangor dan mana-mana kerajaan negeri yang tidak mendapat 2/3 sokongan didalam Dewan Undangan pun menyusul kemudian dan memberikan hak kepada rakyat Selangor pula untuk membuat pilihan. Apa-apa keputusan yang kita dapat kita terima dengan ‘gentleman’.

Apa macam Tan Sri?? Setuju??? Kalau bersetuju mari kita mulakan usaha itu mengikut lunas yang betul dan kita serahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan. Ok tak Tan Sri??? Saya seronok betul kalau kita mengaku yang kita juga tidak mempunyai sokongan 2/3 diDewan Parlimen dan memberikan rakyat membuat pilihan lagi sekali secepat yang mungkin.

Kalau setuju katakan setuju, kalau tidak setuju katakan tidak setuju!

Aspan Alias

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails