Friday, January 21, 2011

PRK Tenang : UMNO/BN Kitar semula taktik lama...

Bila terbaca tentang Chua Jui Meng mengulas pasal cara berkempen UMNO/BN di Tenang.. katanya "Umno-Barisan Nasional kehabisan modal politik apabila menggunakan isu negara Islam bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Kecil Dun Tenang".. teringat aku satu kisah lama..

Dulu masa aku masih bersekolah dan belum boleh mengundi lagi.. err.. masa muda-muda dulu la.. bila tiba Pilihanraya ada beberapa kerat ayat yang aku akan dengar dari Nenek Saudara aku yang semasa itu memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Cawangan bila dia berkempen.

Nasib baik aku tak bodoh macam dia untuk terpengaruh dengan ayat-ayat dia... kalau tak sekarang ni aku sebaris dengan Papa Gomo agaknya.. he..he..


Dia selalu kata.. “Hangpa sokonglah PAS.. kalau depa menang habih kaki tangan orang Islam kena kerat pasai mencuri..” aku tak jawablah pasal aku hormat dia..

Pasal DAP pulak dia selalu kata “Jangan dok sokong DAP tu.. Cina kafir punya parti, kalau hang nak jadi Cina hang sokongla..”

Tapi bila aku dah boleh mengundi.. maka jadilah aku seorang Cucu yang derhaka kepada neneknya.. bila tiba satu pilihanraya nenek saudara aku itu datang berkempen lagi.. katanya “Jangan sokong PAS.. apa yang depa perjuangkan pun tak jelas.. yang depa tau hudud.. hudud.. hudud.. potong habih kaki tangan orang Islam..”

Memang aku menderhaka kali tu pasal aku jawab “ Kalau Tok Su tak boleh terima hukum Islam.. Tok Su pi sembah Tokong Hindu dekat Prai tu.. selama ni Tok Su hidup dengan mencuri ka? Pasai apa takut sangat dengan hukum Hudud?

Maka jadilah aku Cucu yang derhaka kepada Nenek Saudaranya yang dilahirkan di Sungai Derhaka..

Itulah beberapa taktik lama yang digunakan oleh UMNO, kerana kuasa mereka sanggup memburuk-burukkan hokum ugama mereka.. kerana kuasa mereka sanggup menimbulkan prasangka buruk terhadap bangsa lain..

Sekarang taktik yang sama dikitar semula…


Umno, MCA guna taktik lama raih undi bukan Melayu di Tenang

Umno-Barisan Nasional kehabisan modal politik apabila menggunakan isu negara Islam bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng.

Jesteru beliau menyelar kenyataan Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani dan pimpinan MCA yang mendakwa kemenangan PAS akan menyebabkan malapetaka kepada negara.

Menyifatkan tindakan itu sebagai taktik lama Umno-BN, beliau berkata isu Negara Islam cuba dimainkan semula Umno-BN bagi memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil itu.

“Kalau kita imbau semula sejarah, Umno sendiri sewaktu dipimpin Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam. Ini dapat dilihat dari polisi dan dasar yang beliau jalankan.

“MCA juga seringkali menggunakan taktik sama yang sudah ‘uzur’ untuk menakut-nakutkan orang Cina. Namun orang Cina sekarang tahu siapa sebenarnya yang begitu ‘bersemangat’ mencanang Malaysia sebuah negara Islam,” kata Jui Meng.

Menurut Jui Meng, Pakatan Rakyat secara prinsipnya mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan tidak timbul soal mewujudkan negara Islam seperti yang telah disepakati Pakatan Rakyat.

Sementara itu beliau menyelar janji Abdul Ghani untuk memberi sepertiga lagi tanah kerajaan negeri kepada orang India yang membuktikan Umno sekadar menabur janji-janji palsu untuk menang pilihan raya.

Ini kerana, katanya, walau pun Umno BN sudah berkuasa selama lebih 54 tahun di Johor, orang India masih lagi melarat dan merempat di negeri itu.

Jesteru Jui Meng berharap masyarakat bukan Melayu terutama kaum India di Tenang sedar dengan janji kosong Abdul Ghani yang sudah menjadi Menteri Besar selama lebih tiga penggal tetapi baru sekarang mahu memberi tanah kuil kepada orang India.

“Kebanyakan orang India bekerja menoreh getah dan mereka dibayar hanya 12 sen untuk sekilogram getah cair yang berjaya ditoreh. Sebulan mereka hanya mampu dapat kira-kira RM400. Malahan ada yang dibayar kurang daripada itu,” katanya.

Menurutnya, nasib orang India hanya akan terbela apabila Pakatan Rakyat mentadbir negara dan ia seharusnya bermula dengan memenangkan Pakatan Rakyat di Tenang.

“Kita akan laksanakan gaji minimum yang sudah lama kita perjuangkan. Melalui sistem ini, pekerja ladang akan dibayar gaji tetap dan bukannya hanya 12 sen sekilo unuk getah cair yang berjaya dipungut,” kata Jui Meng.


Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails