Friday, January 28, 2011

PRK Tenang : Cikgu Mala menjawab isu MC suaminya (Video)

Dalam minit yang ke 2:50 Videoclip diakhir entry ini anda akan mendengar satu soalan perangkap yang bunyi soalannya begitu bodoh sekali..

Soalannya " Kenapa mengambil MC pada hari Khamis dan Jumaat? sedangkan pada hari Sabtu dan Ahad tidak?" begitu lebih kurang bunyinya..

Nasib baik wartawan tu bertanya kepada Cikgu Mala..

Kalau dia tanya kat aku ini jawabnya “Awat hang bodo sangat!!! Hari Sabtu dan Ahad dah memang cuti.. nak ambik MC buat apa lagi??”

Dan ini pula adalah jawapan Cikgu Mala mengenai Isu MC yang dibangkitkan oleh blog-blog Pro-UMNO dan juga Media tunggangan UMNO...

Beliau mengatakan beliau tidak merasa tertekan dengan isu MC yang ditimbulkan oleh Media Tunggangan UMNO kerana beliau yakin dengan integriti yang dikeluarkan oleh pihak Hospital dan beliau percaya bahawa apapun tohmahan atau fitnah itu sekiranya terbukti sebagai fitnah, penganiayaan itu akan berbalik kepada sipembawa fitnah itu..


“Saya yakin dengan keberkatan hari jumaat yang juga dikenali sebagai penghulu segala hari yang penuh keberkatan, Insyaalah.. Allah akan melindungi kami semua sekeluarga dari fitnah dan hasad dengki manusia..”

Tambahnya lagi.. “Saya percaya Allah akan memberikan kekuatan kepada kami sekeluarga dan Pakatan Rakyat dalam menangani apa saja permasaalahan kerana saya yakin kiranya kita berada di pihak yang benar, Allah akan melindungi kita.. Insyaallah.. saya percaya.”



Video dari Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails