Sunday, January 30, 2011

PRK Tenang : Berhati-hatilah wahai para sahabat...

Kajian yang dijalankan oleh Ilham Centre yang telah dikeluarkan hari ini menunjukkan Barisan Nasional akan mengalahkan PAS dengan majority 3000 undi.

Dan jumlah tersebut adalah kurang dari apa yang diharapkan oleh Muhyiddin Yassin iaitu sebanyak 5000 undi, bagaimanapun ianya adalah sedikit peningkatan majority buat Barisan Nasional jika dibandingkan dengan apa yang telah dicapai oleh mereka pada PRU 2008 yang lalu.

Kajiselidik yang melibatkan 549 responden itu telah dijalankan antara 26 Januari lalu hingga kelmarin juga menunjukkan PAS gagal dalam mendapatkan peningkatan dalam undi dari kaum Cina.

Barisan Nasional dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 73.1% undi dari Melayu, 48.6% undi Cina dan 50% undi dari kaum India.

Bagaimanapun itu hanyalah satu kajiselidik yang telah dilakukan oleh Ilham Centre yang terbukti selama ini hasilnya tidak pernah tepat dan lebih memihak kepada Barisan Nasional, namun begitu ianya wajar juga diberikan perhatian oleh Pakatan Rakyat.


Dan seperkara lagi yang wajar diberikan perhatian yang lebih serius oleh Pakatan Rakyat khasnya petugas-petugas adalah terdapatnya maklumat yang mengatakan bahawa Pemuda Umno akan mencetuskan kekacauan mulai malam ini hingga tamat tempoh mengundi petang esok, seperti yang didakwa oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

UMNO perlu membuktikan bahawa Tenang dan Johor itu masih merupakan kubu kuat buat mereka walau dengan apa cara sekalipun kerana tumbangnya calon mereka di kubu kuat mereka ini sedikit sebanyak akan menjejaskan moral para penyokong mereka.


PAS bimbang Pemuda Umno akan buat kacau
Muda Mohd. Noor

LABIS: PAS mendapat maklumat Pemuda Umno akan mencetuskan kekacauan mulai malam ini hingga tamat tempoh mengundi petang esok, dakwa Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

“Maklumat yang kita dapat samseng Pemuda Umno itu akan membuat kacau termasuk ‘menyerang’ pondok petugas PAS.

“Mereka mahu mengulangi budaya samseng yang mereka lakukan semasa pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, dua tahun lalu.

“Ini maklumat yang kita dapat. Mereka mahu membuat perkara yang sama di Tenang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pilihanraya kecil Tenang menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mohd Azahar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dan Normala Sudirman dari PAS.

Esok adalah hari mengundi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad dalam sidang media harian di sini berkata, beliau bersama beberapa pimpinan PAS akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Shariff petang ini.

Katanya, pertemuan itu bertujuan untuk memastikan keselamatan pengundi esok dan menghindari kejadian yang tidak diingi.

Beliau juga mendakwa, petugas PAS tidak dibenarkan di dua tempat iaitu Ladang Labis Utama dan Ladang Bukit Datuk untuk berkempen.

Alasan yang diberikan oleh petugas kedua-dua ladang tersebut ialah la adalah arahan pengurusan ladang berkenaan.

Zulkifli berkata, apabila beliau menyuarakan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Johor, alasan yang diberikan ialah ladang berkenaan milik swasta.

Beliau berkata, Ladang Labis Utama adalah milik Sime Darby, manakala pemilik Ladang Bagan Datuk tidak dapat dikesan.

Ladang Labis Utama mempunyai kira-kira 30 pengundi, manakala Ladang Bagan Datuk seramai 300 pengundi.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails