Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, January 19, 2011

Pesta Kutip Duit Syiling



Seremban - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu, lapor Kosmo.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.


Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.




Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Harian Metro pula melaporkan, pemandu pacuan empat roda membawa wang berjumlah lebih RM70,000 berkenaan yang dikenali sebagai Zairulhisham Mansor, 28, berkata kejadian berlaku selepas kenderaannya dilanggar daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.

“Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda yang saya pandu hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan syiling dibawa bertaburan.

“Ketika itu, saya berada di lorong paling kiri dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Katanya, seorang rakan dalam pacuan empat roda bersamanya cedera ringan akibat kemalangan itu.


4 comments:

Anonymous said...

aku dpt 37.60 kutip siapa nak bagi,nak tunggu umnogok kasi, taikpaw...belanja minyak petrol,lepassss

Anonymous said...

Apa yang menghairankan aku ialah polis buat tak tahu aje terhadap pemungut2 duit syiling tu.Bukankah mereka itu sedang mencuri???Bukan duit mereka???Kalau mereka tolong kutip dan serahkan semula kepada tuan empunya tak apa la.Tapi kalau masukkan ke dalam kocek sendiri dikira mencuri!!!

acid said...

Dah takde rezeki lain ke nak cari? Duit org lain pun nk kebas. Bangga la tu dapat rm37.60. Bangga la dgn makan duit haram tu.

Anonymous said...

1sen pon kalau amik hak org lain tanpa ada persetujuan 2 belah pihak, dah kira mencuri, apatah lagi RM37.60.
kalau digunakan duit tuh walau utk isi minyak petrol utk pegi beli makanan utk anak bini, kira jd darah daging tuh. haram... biar susah asalkan Allah dlm hati...

Archive

Related Posts with Thumbnails