Wednesday, January 19, 2011

PERCAYAKAH ANDA?


LABIS: Umno Bahagian Labis tidak akan melancarkan serangan peribadi ke atas calon PAS, Normala Sudirman ketika berkempen dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor.

Jaminan ini diberikan oleh Naib Ketua Umno Bahagian Labis, Hashim Daud ketika dihubungi hari ini.

“Banyak kerja lain yang kita nak buat. Itu bukan cara Umno membuat serangan peribadi terhadap calon lawan. Kita boleh tengok rekod Umno dalam mana-mana pilihan raya.

“Tetapi parti lawan yang sering membuat serangan peribadi terhadap Umno, bukan kepada calon sahaja tetapi juga ke atas para pemimpin Umno.


“Kita minta PAS jangan mulakan serangan peribadi ke atas calon BN (Barisan Nasional) kerana kita juga tahu hal dia (Normala). Dia, saya percaya tidak membuat serangan peribadi tetapi orang-orangnya,” katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Normala sebagai calon PAS dalam satu majlis di Tenang, 16 Januari lalu.

Calon BN dijangka diumumkan petang ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno di Tenang.

Beberapa nama disebut, antaranya Ketua Wanita Umno Bahagian Labis, Haslinda Salleh dan Hashim sendiri.

Hari penamaan calon akan diadakan Sabtu ini manakala pengundian pada 30 Januari. PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha dari BN pada akhir November lalu.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails