Berbincang mengenai surat aduan yang baru diterima.
Sebenarnya sepanjang hari ini aku telah bergerak bersama TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dalam program Ziarah dan juga program gotong royong di sekitar Penanti.
Pada sebelah petangnya kami telah bertolak ke Kuala Muda bersama TKM1 yang akan merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Warisan Anak Laut Bersatu (PERWIRA) dikawasan Penaga.
Sebuah kereta rasmi TKM1 dan lagi dua buah kenderaan pengiring, malangnya kami telah terlajak hingga ke Kuala Muda Kedah.. kawasan Ustaz Azizan tu..
Bertanya seorang sahabat "Kita ni nak pi mana? ni bukan negeri kita dah.. Tau kat Ustaz Azizan dia marah mampuih! pasai ceroboh kawasan dia"
Minta Maaflah ya Ustaz Azizan.. kami bukannya nak meluaskan jajahan.. tapi tersilap jalan.. dan dengan itu maka TKM1 pun berleter sepanjang jalan.. kah..kah..kah..
Meluangkan masa bersama pengundi dimasa hadapan..
Ini komen Ustaz Azizan pasal Gobala.. nanti bila ada kelapangan aku pula komen..
MB Kedah: Pengundi akan hukum Gobalakrishnan
ALOR SETAR, 30 Jan — Tindakan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikitpun tidak menjejaskan kekuatan pakatan pembangkang di Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Beliau berkata tindakan itu telah lama dijangka kerana Gobalakrishnan mungkin mempunyai kepentingannya sendiri kerana terlibat dalam banyak kesalahan di sisi undang-undang sebelum ini.
“Jadi, sebagai wakil rakyat, kalau dia buat sesuatu (keluar parti) mungkin orang akan hukum dia esok,” katanya kepada pemberita pada jamuan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Seri Mentaloon hari ini.
Azizan diminta mengulas tindakan Gobalakrishnan yang meletakkan semua jawatan dalam parti dan keluar PKR serta memilih menjadi wakil rakyat Bebas kerana tidak puas hati dengan kepimpinan parti itu semalam.
“Kita tidak goyah...malah kita jadi lebih kuat... mereka serang kita melalui televisyen pun kita tak terjejas,” katanya mengenai dakwaan Pakatan Rakyat semakin goyah. — Bernama

7 comments:
keluarlah gobala...buat la apa yg hang rasa ook..tak paham aku macha ni...
Tahniah kepada macha sorang ni...dia dah sedaq la..sedaq dimata dan di hati bukan macam blogger ni...buta terus
Macha ni dia sedaq ,,dia dah tak ada masa depan dalam PKR,,dapat jadi MP ,dia ulaq ayaq dok buat harta,,mentang2lah berjuang sejak zaman reformasi,,,hang dipilih untuk jadi MP pun sepatutnya hang dah bersyukur,,,sedangkan ada ramai lagi yang layakk
Alahai..MB Azizan nak kata apa pun takpa...sebab dia dah ketar..ketar lutut..tunggu nak terkencing aje...
Takpa lah dia keluar. Kita tak tahu apa masalah dia. Jika dia nak tubuh NGO atau parti lain untuk membantu rakyat, Tak da masalah kerana negara ini negara demokrasi dan rakyat bebas menyuarakan hak mereka dan pandangan mereka.. Ini adalah prinsip yang dipegang oleh Pakatan Rakyat selama ini bukan... dan harapan jangan prisinp itu memakan diri sendiri dalam isu Gobala ini..
Yang penting apakah tindakan selanjutnya oleh pihak PR dan PKR khususnya untuk memantapkan lagi parti agar ramai yang tertarik untuk menjadi ahli.. seperti kata sesetengah ahli politik.. parti bukan untuk perjuangan seorang individu sahaja.. tetapi perkara utama adalah untuk perjuangan rakyat, membela nasib mereka dari sudut ekonomi, pendidikan mahupun sosial! Jangan dok berlegar SAHAJA isu yang lapuk tapi tiada PEMBAHARUAN.
harap jangan berkecil hati dengan ulasan ini..
salam..
Achmad Abdollah
notoracist@gmail.com
yang pergi biarkan pergi, yang tinggal dilupa jangan.
Selalu aku sebut tentang agenda tersembunyi. Kini telah menjadi kenyataan. Mungkin ramai lagi akan keluar, biarkan......INSYAALLAH MEREKA AKAN SEDAR DISUATU HARI NANTI BAHAWA TINDAKAN MEREKA ITU TIDAK MENDATANGKAN MUDARAT KEPADA PKR. Namanya pun kita dah tahu, GO BE END.
Go Be end, THANK YOU FOR EVERYTHING AND HOPPING YOU WILL BE GREAT MAN EVER FOR EVER.
elok juga Gobala letak semua jawatan dalam PKR dan keluar PKR,nak elok lagi dia letak juga jawatan sebagai YB Padang Serai. Sebagai pengundi Padang Serai aku dari awal lagi tak berapa setuju si gobala ni jadi calun PKR tapi nak buat cam mana dah pihak atasan pilih dia... jadi mau tak mau kena juga pangkah si gobala ni...PRU 13 ni dia tahulah nasib dia.. pengundi padang serai suka tak dengan dia ... yang pasti kalau si gobala ni bertanding lagi .. jawapnya KALAH dan hilang wang pertaruhan. ....
Post a Comment