Saturday, January 8, 2011

KSN, SUK putar belit pelantikan Khusrin

SHAH ALAM: Dakwaan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dan bekas SUK, Dato’ Ramli Mahmud bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan tentang pelantikan Khusrin sebelum 21 Disember tidak benar , demikian kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

“Menteri Besar hanya mengetahui pelantikan tersebut apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani menghantar surat kepada Menteri Besar pada 21 Disember memaklumkan pelantikan tersebut.

“(Dalam surat itu), Dato’ Munir mengepil suratnya kepada Ramli bertarikh 10 Disember berkenaan perkenan Sultan melantik Khusrin sebagai SUK menggantikan Ramli,” kata Faekah.


Menurutnya lagi, Menteri Besar langsung tidak dimaklumkan tentang pelantikan tersebut sebelum 21 Disember.

Sedangkan, di antara 10 Disember hingga 21 Disember, Ramli menghadiri lima majlis dengan Menteri Besar Selangor, tambah Faekah lagi.

“Lima majlis tersebut adalah dua mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) serta majlis persaraan beliau juga diadakan,”

Ramli. mantan SUK dalam akhbar arus perdana hari ini mendakwa beliau sudah memaklumkan senarai nama lapan calon SUK kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Namun, nama akhir calon yang dipilih Ketua Setiausaha Negara, tidak pula dimaklumkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebaliknya, Tan Sri Khalid Ibrahim hanya mengetahui perkara tersebut melalui pengumuman yang dibuat Setiausaha Sulit Sultan Selangor.


KeadilanDaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails