Thursday, January 13, 2011

Khir Toyo kata Najib Hipokrit?

Khir Toyo lagi..

Dr Mohd Khir Toyo mendakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bersikap hipokrit kerana hanya memperuntukkan dana pembangunan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat.

Tak tahulah kenyataan yang dia buat itu semasa dia waras atau tidak..

Jika Khir Toyo mengatakan Khalid Ibrahim itu Hipokrit kerana hanya memperuntukkan sebanyak RM1 Juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat sebagai dana untuk pembangunan, Khir Toyo juga telah mengatakan bahawa Najib itu juga seorang manusia yang hipokrit.


Hipokrit kerana Kerajaan Pusat yang dikepalai oleh Najib sendiri telah menafikan hak kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi mendapat peruntukan membantu pengundi di kawasan yang dimenangi mereka.

Pada tahun 2008 setiap wakil rakyat telah diperuntukkan Sebanyak RM1 juta sebagai peruntukan bagi membantu pengundi di kawasan mereka, malangnya yang menerimanya hanya wakil rakyat dari UMNO/BN sahaja.

Dengar cerita peruntukkan untuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu telah disalurkan kepada Ketua Bahagian UMNO, yang mana UMNO kalah di situ.

Begitu juga di Sabah, Musa Aman telah memperuntukkan RM1 Juta kepada setiap DUN yang dikuasai BN yang berjumlah 56 DUN semuanya tapi 3 DUN Pembangkang dinafikan haknya…


MB Selangor hipokrit nafi Adun BN dana, kata Khir Toyo
Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, 13 Jan — Dr Mohd Khir Toyo mendakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bersikap hipokrit kerana hanya memperuntukkan dana pembangunan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat.

Semalam, Khalid mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi setiap Adun Pakatan Rakyat untuk mengadakan projek di bahagian masing-masing, tetapi tidak kepada pembangkang negeri — Barisan Nasional (BN) memandangkan kerajaan pusat juga mendiskriminasikan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Dana itu diperuntukkan di sebalik cakap-cakap bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun ini.

“Khalid Ibrahim cakap tidak serupa bikin,” kata Dr Khir (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Pakatan Rakyat bertindak di peringkat pusat meminta agar peruntukan diberikan kepada ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat,” kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, jika Pakatan Rakyat merasakan tidak adil mereka sewajarnya mengagihkan peruntukan kepada barisan pembangkang negeri.

Bekas menteri besar itu berkata, BN mempertahankan pendirian dengan tidak meminta agar turut diberikan peruntukan kepada wakil rakyat-wakil rakyat pembangkang.

“Menjadi dasar BN tidak memberikan peruntukan kepada parti pembangkang. Jadi, saya tidak meminta peruntukan daripada kerajaan negeri,” kata Adun Sungai Panjang ini.

Ahli Parlimen Johor Baru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad juga membidas Khalid atas menteri besar itu melakukan perkara yang sama selepas selama ini menyalahkan BN.

“Saya ingat mereka kata apa yang kerajaan BN lakukan sebelum ini salah. Jadi mengapa mereka ikut kita? Anda kena membetulkan kesilapan dengan tidak mengulanginya; tetapi anda membetulkan yang salah dengan melakukan yang sama,” katanya.

Justeru kata beliau, BN bertindak betul apabila mengeluarkan pembangkang persekutuan itu daripada peruntukan bagi projek-projek bahagian.

“Mereka tidak menyokong strategi-strategi perdana menteri. Malah mereka mengundi menentang bajet. Jika mereka tidak sokong, macam mana mereka dapat peruntukan?” kata Shahrir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga menyifatkan tindakan Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, menyokong amalan BN tidak menyalurkan dana kepada ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

“Bagi saya, apa yang dilakukan oleh Khalid mengesahkan bahawa tindakan kami selama ini memang betul, apabila perdana menteri menyalurkan wang kepada ahli-ahli Parlimen BN sahaja untuk membangunkan negara,” katanya lagi.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong pula menyifatkan Khalid sebagai tidak konsisten.

“Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, cari alasan kukuh untuk menjustifikasikan tindakan anda,” kata beliau lagi.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor manakala baki dipegang oleh BN.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails