Sunday, January 9, 2011

Jika PKR dan DAP memerintah, Malaysia akan menjadi Republik?

Betapa durjananya tulisan penulis belaan UMNO ini, patutlah Faekah kata di ni biadap..

Dalam rencana pengarang dalam Mingguan hari ini,tulis penulis belaan UMNO ini mengenai isu perlantikan Khusrin sebagai SUK.."Tetapi iktibar daripada kemelut di Selangor itu ialah jika PKR dan DAP memerintah, lagi banyak berlaku kemudaratan. Yang paling pasti, Malaysia akan berada di ambang republik.."

Jelas satu cubaan untuk menimbulkan rasa marah orang Melayu yang masih membaca Utusan terhadap DAP dan PKR selain dari itu kenyataan itu juga boleh menimbulkan prasangka para Sultan terhadap PKR dan DAP...

Ayat ini pula.. "Di China baru-baru ini kerajaan negara itu melaksanakan hukuman mati dan penjara seumur hidup ke atas dua individu yang didakwa menyertai rusuhan dan menghasut."

Kenapa tak tulis juga bahawa di China selain hukuman mati bagi pesalah yang menyertai rusuhan dan menghasut, pesalah rasuah juga dihukum mati dengan ditembak dikepala dan kos bagi membeli peluru akan ditanggung oleh keluarga perasuah itu?


Iktibar kemelut Selangor

Tidak perlu rasanya Awang menulis panjang tentang isu yang paling hangat seminggu dua ini iaitu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Muhammad Khusrin Munawi. Perkara itu sudah disentuh dalam ruangan ini minggu lalu bertajuk Penderhakaan di Selangor.


Khusrin akhirnya mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Khamis lepas. Walaupun Menteri Besar, Khalid Ibrahim masih berdegil enggan mengiktiraf Khusrin, keadaan makin tidak memihak kepada Khalid.

Awang menjunjung kasih ke atas Sultan Selangor atas ketegasan baginda. Kenyataan pihak istana berhubung isu itu, membuktikan siapa sebenarnya yang bermasalah dan mempunyai niat serong.

Malah banyak persoalan yang berlegar berikutan apa yang berlaku itu. Pertama, apakah Khalid dengan didalangi oleh DAP sememangnya mahu mencetuskan krisis perlembagaan di Malaysia? Isu di Selangor itu dikatakan menjadi kes ujian sebelum Pulau Pinang dan akhirnya, di seluruh negara. Kedua, PKR dan DAP sengaja memainkan isu pelantikan Khusrin kerana mahu mengalihkan perhatian daripada kegawatan dalam PKR serta kelemahan kerajaan negeri.

Pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim dilihat sengaja berdiam diri kerana mahu rakyat tidak memberi perhatian kepada isu moral termasuk kes perbicaraan liwatnya. Analisis itu dikongsi oleh ramai orang termasuk pengendali blog dan bekas sahabat-sahabat Anwar.

Tetapi iktibar daripada kemelut di Selangor itu ialah jika PKR dan DAP memerintah, lagi banyak berlaku kemudaratan. Yang paling pasti, Malaysia akan berada di ambang republik. Kebangkitan badan-badan bukan kerajaan (NGO) terutama di Selangor menentang penderhakaan PKR dan DAP, membuktikan majoriti rakyat terutama orang Melayu tidak akan membenarkan cubaan itu berlaku.

Satu lagi harapan Awang agar ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafei dikenakan tindakan atas kebiadapannya terhadap institusi raja. Sudah banyak laporan polis dibuat, yang memerlukan siasatan segera. Penjelasannya tidak menyakinkan. Malah dia menggunakan orang lain untuk membuat penjelasan. Shuhaimi tidak boleh terlepas.

Bahkan, kelewatan untuk bertindak ke atasnya juga memberi isyarat yang salah kepada rakyat. Janganlah teragak-agak untuk bertindak. Kalau diikutkan sentimen ramai, Shuhaimi sudah sewajarnya dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Di China baru-baru ini kerajaan negara itu melaksanakan hukuman mati dan penjara seumur hidup ke atas dua individu yang didakwa menyertai rusuhan dan menghasut. Singapura juga bertindak tegas terhadap warganya yang menghasut dan tidak bertanggungjawab. Tetapi di Malaysia, orang yang menghasut dan menghina agama, raja dan Perlembagaan didiamkan seolah- olah tidak melakukan kesalahan sama sekali. Akhirnya si penderhaka itu yang dilihat menjadi hero..

Menjunjung kasih

Awang ingin merekodkan penghargaan yang amat istimewa kepada Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah atas perkenan baginda melawat Kompleks Sri Utusan di Bangi, Khamis lepas.

Seluruh warga kerja bersyukur atas keprihatinan baginda untuk lebih memahami operasi, cabaran, permasalahan dan hala tuju Kumpulan Utusan terutama penerbitan akhbar.

Baginda mencemar duli beramah mesra dengan lebih 300 petugas di kompleks tersebut. Raja Nazrin melanggar protokol - bersalaman dengan semua petugas, bertanyakan khabar dan membenarkan fotonya dirakamkan menerusi telefon. Seperti biasa, ramai yang teruja dapat bertemu dengan Raja Nazrin. Daya intelek yang tinggi, berkarisma, berwibawa dan titah-titahnya mencakupi pelbagai bidang yang menjadi perhatian orang ramai, menjadikan baginda cukup disegani.

Lawatan diraja itu mempunyai makna besar dan menyuntik semangat kepada seluruh warga Utusan untuk terus komited dalam peranan yang dimainkan. Ternyata Raja Nazrin mempunyai perspektif dan pemahaman yang baik serta tajam terhadap cabaran media masa kini. Awang akan menyemat kuat di sanubari, nasihat dan kata-kata perangsang baginda kepada Utusan dalam mengharungi cabaran mendatang. Ia bagaikan azimat. Menjunjung kasih, Tuanku.

Sumber : Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails