Thursday, January 27, 2011

Jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang



Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menjemput semua rakyat yang berbilang kaum untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang pada 3 Februari 2010 (Khamis) jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di Penang International Sports Arena (PISA), Relau, Pulau Pinang.


Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff, semua Ahli Majlis Mesyuarat Eksekutif Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Majlis MPPP dan MPSP serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan akan turut bersama serta bermesra dengan rakyat jelata dalam acara yang amat bermakna ini.

Semua rakyat tanpa mengira kaum, termasuk tokoh-tokoh pertubuhan-pertubuhan awam, tokoh-tokoh korporat, pemimpin-pemimpin agama, konsul-konsul jeneral yang berkhidmat di Pulau Pinang dan sebagainya adalah dijemput untuk hadir serta menikmati jamuan hidangan yang akan disediakan pada hari itu dan juga menyaksi pelbagai acara persembahan yang berunsur kebudayaan pelbagai kaum.

Ketua Menteri berharap persefahaman di antara Kerajaan Negeri dan rakyat jelata serta di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama dapatlah dipupuk dengan penganjuran serta penglibatan diri dalam acara Rumah Terbuka.

Ini merupakan kali pertama PISA dipilih sebagai tapak penganjuran bagi acara tersebut dan selain daripada menyertai majlis rumah terbuka, para peserta juga berpeluang untuk meneliti konsep baru pembangunan Penang International Convention Centre (PICC) yang kini lebih dikenali sebagai Subterranean Penang International Convention and Exhibition (sPICE) Centre yang sedang dipamerkan di PISA.

Para hadirin diminta supaya meletakkan kenderaan masing-masing di tapak-tapak letak kereta yang telah disediakan dengan mengikut arahan daripada pihak polis, anggota-anggota Rela dan penguatkuasa-penguatkuasa MPPP.

Pada masa yang sama, rakyat jelata juga dijemput untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 6 Februari 2011 (Ahad) jam 6.00 petang hingga 10.30 malam di Kompleks Pasar Awam MPPP, Balik Pulau.


Ng Wei Aik
State Assemblyman for KOMTAR/
Political Secretary to Penang Chief Minister
019-2459305 / 019-2106040

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails