Sunday, January 16, 2011

Isu Interlock : Muhyiddin seolah-olah sudah MATI.. (Video Inside)

Pada satu ketika, majlis ini panas apabila, ketua satu, Persatuan Penulis Johor, Amiruddin Mat Ali bangkit dan mendesak Timbalan Menteri, Datuk T Murugiah melepaskan jawatannya sebagai ahli dewan negera kerana mencampuri "urusan menteri pelajaran" dalam isu ini.

"Ahli dewan negara ada bidang-bidang khususnya, bukan mencampuri urusan orang lain," katanya.

Namun kata Amiruddin, mereka tidak akan terikut-ikut dengan membakar gambar Murugiah dan mereka yang menyokong Interlok diharamkan.

"Dia baru sahaja sertai MIC setelah dihalau oleh PPP dan mahu publisiti untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.


"Jadi dia mempolitikan isu ini untuk dapatkan sokongan. Dia pernah diminta letak jawatan dalam PPP, sekrang kita minta dia letak jawatan senator dan kabinet,” katanya.

Menurut Amiruddin lagi, Persatuan Penulis Johor berharap, Murugiah yang memulakan persoalan Interlok ini memperjelas kepada rakyat Malaysia kerana kebiadabannya yang tidak menghormati menteri pelajaran.

'Seolah-olah Muhyidin sudah mati'

“Beliau yang menyatakan Interlok ditarik balik seolah-olah Menteri Pelajaran sudah tidak ada, seolah-olah Tan Sri Muhyiddin sudah mati, bagi Murugiah barangkali," katanya.

Turut hadir adalah ketua II Gapena, Datuk Abdul Latif Bakar dan pelakon Abu Bakar Omar.

Abdul Latiff berkata perhimpunan hari ini bertujuan mempertahankan novel tersebut dari dipolitikkan, diharamkan penggunaannya dan dibuat pindaan ke atas beberapa ayat tertentu.

"Novel ini adalah sesuatu yang bernilai tinggi...satu resolusi berhubung isu ini juga akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran selain mengadakan rundingan meja bulat dengan semua pihak tidak mengira kaum," katanya kepada pemberita.

Abu Bakar pula mahu filem dan drama Tamil serta Hindi diharamkan jika masyarakat India mendakwa Interlok tidak mewakiili gambaran Malaysia yang sebenar.

"Kebanyakan drama dan filem yang dihasilkan dari India adalah fiksyen dan tidak mewakili masyarakat di negara ini, jadi ia juga sepatutnya diharamkan.

"Filem dan drama seumpama itu juga mesti dihentikan daripada dibenarkan masuk ke negara ini,” katanya dengan berang.- sebahagian berita dari Malaysiakini, sepenuhnya sila lihat di SINI


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails