Wednesday, January 12, 2011

Dr M: Budaya `cantas’ penghalang BN tawan semula Kedah

“Yang jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas, bila yang tak naik ni naik, orang lain pula cantas dia, jadi tabiat ni patut dihapuskan,” kata Tun Mahathir..

Aku sangat setuju dengan kata-kata Tun Mahathir tu.. pasal bukan dalam UMNO/BN saja yang ada budaya tu sekarang dalam PKR pun ada jugak, lagi teruk ..

Yang kalah hantar SMS melaga-lagakan yang menang, yang tak puashati pasal kalah merajuk tak mahu beri kerjasama kepada yang menang.. habis tu nak jadi apa?


Dr M: Budaya `cantas’ penghalang BN tawan semula Kedah

JITRA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah sekiranya budaya ‘cantas’ dihapuskan di kalangan pucuk pimpinan khususnya dalam Umno.

Beliau berkata selagi budaya itu subur dalam Umno Kedah, BN tidak akan berupaya memenangi semula negeri tersebut.

“Yang jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas, bila yang tak naik ni naik, orang lain pula cantas dia, jadi tabiat ni patut dihapuskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan jubli perak Giat Mara di Giat Mara Prima Kubang Pasu, di sini hari ini.


Bekas Presiden Umno itu berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang BN merampas semula Kedah selepas rombakan badan perhubungan Umno negeri yang mana Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai pengerusi dan anaknya Datuk Mukhriz menjadi timbalan pengerusi.

Mengulas pelantikan Mukriz, Dr Mahathir berkata beliau tidak campur tangan dalam karier politik anaknya itu.

“Waktu jadi perdana menteri dulu pun saya larang anak saya terlibat politik takut orang kata dia anak perdana menteri, dan sekarang ni bapa dia dah tak jadi perdana menteri pun, tapi masih tidak pernah campur tangan,” katanya.

Sementara itu mengenai Giat Mara, Dr Mahathir berkata organisasi itu harus mengembangkan sayapnya ke peringkat antarabangsa untuk mendapatkan kemahiran baru bagi pelatihnya.

Setakat ini katanya, beliau berpuas hati dengan prestasi organisasi itu yang telah banyak membantu golongan muda.

Giat Mara ditubuhkan pada November 1986 dan sehingga kini terdapay 209 pusat di seluruh negara yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada belia.

-Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails