Thursday, January 20, 2011

Debat : BERNAMA BOHONG!!

Semalam kalau korang baca kebanyakkan Mainstream Media samada versi on-line atau versi cetak mesti korang terbaca laporan Bernama pasal debat.

Bernama melaporkan ‘ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang, sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik membabitkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.’ - sepenuhnya sila baca di SINI

Rupa-rupanya itu bukan kata-kata Anwar tapi berita rekaan Bernama sendiri..


Nasib baik aku tak hentam Anwar pasal apa yang dilaporkan Bernama tu semalam.. kalau tak kena mengadap la jawabnya…

Debat: Anwar tidak berganjak, nafi laporan Bernama
Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tetap tidak berganjak dari keputusannya untuk mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat.

“Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya, serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya,” jelas Anwar dalam satu kenyataan yang disiarkan di blognya, awal pagi ini.

Jesteru beliau menuntut agar Bernama menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19 Januari 2011 yang berjudul ‘Saya Tidak Ajak Perdana Menteri Berdebat, Hanya Berbincang – Anwar’.

Laporan itu memetik kenyataan Anwar sebagai berkata beliau tidak berniat untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi hanya ingin mengadakan perbincangan mengenai dasar ekonomi Najib dan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

“Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam laporan tersebut kononnya memetik kenyataannya di Alor Setar, selepas Majlis Wacana Maqosid Syariah di Kolej Universiti Insaniah di Alor Setar, semalam.


Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails