Wednesday, January 12, 2011

Cabaran Debat : Tiada Manfaat atau kerana tiada Rosmah?

Dah agak dah.. tak ada Rosmah, Najib tak akan berani punya berdebat dengan Anwar, bagaimanapun Najib enggan mengatakan beliau menolak debat itu tetapi menegaskan, harus ada hasil daripada debat yang hendak diadakan.“Jika kita mahu debat, mesti ada hasil daripada debat itu.

Kata Najib lagi.. “Saya tidak melihat perkara itu dan apa yang penting ialah pandangan publik,”

Laa.. dah takut nak berdebat macam mana nak tahu apa hasilnya.. tapi kalau berdebat tapi kalah lebih teruklah imej Najib pada pandangan public..

Anwar sepatutnya mencabar Najib dan Rosmah berdebat dengan beliau, bukannya hanya Najib seorang.. bukankah selama ini Rosmah dikatakan mempengaruhi setiap keputusan yang Najib buat?


Program 100 Hari: Tiada manfaat debat dengan Anwar, kata Najib
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani


PUTRAJAYA, 12 Jan – Datuk Seri Najib Razak mengetepikan cabaran ketua pembangkang yang mengajak beliau berdebat dengannya berhubung dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat cabarannya semalam ekoran kecaman Najib mengenai inisiatif Pakatan Rakyat itu kelmarin.

Bagaimanapun Anwar membalas dengan berkata, Pakatan Rakyat mampu untuk membiayai Program 100 Hari mereka yang hanya memerlukan dana RM19 bilion.

Najib (gambar) enggan mengatakan beliau menolak debat itu tetapi menegaskan, harus ada hasil daripada debat yang hendak diadakan.

“Jika kita mahu debat, mesti ada hasil daripada debat itu.

“Saya tidak melihat perkara itu dan apa yang penting ialah pandangan publik,” kata beliau selepas menghadiri majlis makan tengah hari meraikan pasukan bola sepak negara yang membawa pulang Piala Suzuki AFF di Seri Perdana di sini.

Kata beliau, kedua-dua Pakatan dan BN boleh mengemukakan dasar-dasar ekonomi mereka dan ia harus diputuskan untuk orang ramai.

Semalam, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin mencabar Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat agar berdebat dengan beliau daripada mengajak Najib berbuat demikian.

Khairy melihat ketua pembangkang itu bukan standard Najib yang juga presiden Umno dan Pengerusi BN.

“Saya tidak akan menahan beliau,” kata Najib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pula mencabar Anwar berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.

Semalam, Anwar mencabar Najib berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

“Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu,” kata Nazri.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails