Saturday, January 22, 2011

BN tetap menang dengan majoriti 5,000 kata Mat Sembab


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak khuatir sekiranya Pakatan Rakyat menjaja isu kematian Teoh Beng Hock dan buku kontroversial Interlok pada pilihan raya kecil di Tenang.

Malah, katanya, pembangkang sebenarnya tidak mempunyai sebarang isu selain menaburkan fitnah dan pembohongan. Justeru, sasaran BN untuk menang dengan majoriti 5,000 tidak akan terjejas sekalipun isu berkenaan dimainkan.


"Tidak ada banyak isu di Tenang. Tuntutan tanah oleh generasi kedua peneroka Felda sedang dipertimbangkan kerajaan,” kata Muhyiddin pada sidang medianya selepas proses penamaan calon.

Kempen lapan hari pilihan raya kecil Tenang bermula selepas proses penamaan calon selesai pagi ini.

Pilihan raya ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS.

BN menamakan Mohd Azahar Ibrahim, 39, yang sebelum ini merupakan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS mengumumkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu.

Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails