Tuesday, January 25, 2011

BN atau PR Guna taktik kotor kerana tertekan Muhyiddin?

Pembangkang menggunakan pelbagai taktik kotor seperti menyebarkan risalah berbentuk fitnah dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana ia semakin tertekan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tertekan? Apa yang menekan PAS/PR? Sedangkan PAS/PR bukannya mempertahankan kemenangan tetapi hanya berusaha untuk mengurangkan majority tapi kalau boleh menang itu lebih baik, rasanya tiada tekanan langsung disini.

UMNO/BN mungkin tertekan kerana mereka perlu pertahankan kemenangan lalu di Tenang ini dan yang kita lihat yang menggunakan taktik kotor ini hatta menyokong penghinaan terhadap ajaran Agama Islam sekalipun adalah UMNO yang mempermainkan Negara Islam itu adalah juga pemimpin UMNO dan yang menuduh penyokong Pakatan Rakyat membakar bendera BN juga pemimpin UMNO.


Mereka tertekan kerana kawasan Felda yang selama ini dianggap sebagai fixed deposit mereka telah mula menunjukkan perubahan, perubahan yang menyebabkan pemimpin UMNO/BN merasa tertekan.

Kerana tertekan pemimpin UMNO dan MCA mengeluarkan kata-kata yang jelas cuba menakut-nakutkan para pengundi di Tenang terhadap tertubuhnya Negara Islam jika PAS berkuasa.

Dan Muhyiddin sendiri lebih tertekan kerana Tenang berada di negeri Johor iaitu negeri asal beliau, tumbangnya UMNO/BN di Tenang akan membawa mesej jelas UMNO telah mula ditolak di Johor..


Guna taktik kotor kerana tertekan

LABIS - Pembangkang menggunakan pelbagai taktik kotor seperti menyebarkan risalah berbentuk fitnah dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana ia semakin tertekan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bagaimanapun yakin pengundi tidak mudah tertipu dengan fitnah dan tohmahan itu.

“Kita sedar mereka tidak akan berhenti mengeluarkan cerita-cerita yang mengejutkan untuk menakutkan pengundi. Itu adalah taktik biasa tetapi di dalam kebanyakan hal pengundi tahu perkara yang sebenar dan tidak tertipu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas bersama-sama pemimpin Barisan Nasional (BN) beramah mesra dengan pengundi dalam program tinjauan mesra di beberapa jalan utama dan pusat perniagaan di sini menjelang pengundian dalam pilihan raya kecil itu pada Ahad ini.

Muhyiddin meminta pengundi yang mempunyai bukti tentang taktik kotor pembangkang yang melanggar undang-undang supaya melaporkannya kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Selain penyebaran risalah berbentuk fitnah, terdapat juga dakwaan bahawa ada pihak mengambil kad pengenalan pengundi bertujuan menghalang mereka daripada mengundi," katanya.

Muhyiddin berkata terdapat juga dakwaan kononnya Wanita UMNO Bahagian Labis tidak menyokong calon BN dan perkara itu disebarkan menerusi risalah dan sepanduk.

“Isu mengenai calon BN tidak berbangkit langsung kerana semua pihak telah memberikan komitmen sepenuhnya untuk menyokong Mohd Azahar,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pembangkang akan tetap mengeluarkan tuduhan dan fitnah lain, yang direka-reka untuk menjatuhkan kredibiliti calon BN itu.

“Tiada isu peribadi calon. Calon kita adalah terbaik. Kita telah saring calon kita 100 peratus, kalau tidak kita tidak akan letak dia sebagai calon,” katanya.

Muhyiddin berkata bahawa disebabkan calon BN itu adalah bersih dan baik daripada segi perwatakannya, maka pembangkang cuba memburukkan perwatakan peribadi beliau.

Ditanya tentang peluang calon BN, Timbalan Perdana Menteri berkata, daripada penelitiannya hasil pertemuan degan pengundi, beliau mendapati mereka berkeyakinan terhadap Mohd Azahar yang merupakan anak bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud.

Mengenai keengganan calon Pas, Normala Sudirman bersalaman dengan pengundi lelaki, Muhyiddin berkata, BN tidak mahu mengeksploitasinya kerana ia merupakan soal peribadi.

“Kita biar pengundi membuat keputusan sendiri,” katanya. - Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails