Monday, January 31, 2011

Bina sendiri, jangan ambil hak orang lain?

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya membina sendiri kemudahan untuk rakyat seperti dewan atau pusat komuniti kerana mempunyai lebihan perolehan yang besar setiap tahun.

“Memang tanah milik Kerajaan Negeri tetapi peruntukan membinanya disediakan Kerajaan Pusat. Janganlah suka merampas hak orang lain kerana ia juga untuk kepentingan rakyat tambahnya.

Hmm.. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO.. bukan mengakui hak kerajaan itu hak mereka.


Jika Kerajaan negeri Pakatan Rakyat membina sendiri dewan dan pusat komuniti, apa pula yang akan terjadi kepada Dewan dan Pusat Komuniti yang sedia ada? Hendak dibiarkan kosong begitu saja atau akan digunakan oleh UMNO sebagai harta mereka untuk dijadikan stor bagi menyimpan bendera mereka sepertimana dengan apa yang terjadi kepada banyak Dewan yang ada?

Kenapa UMNO masih gila mahu menguasai Dewan atau Pusat Komuniti yang ada sedangkan mereka tidak berhak sama sekali keatas Dewan atau Pusat Komuniti tersebut biarpun ianya dibina oleh Kerajaan Pusat kerana ianya bukanlah dibina menggunakan Wang UMNO sendiri?

Datuk Azhar Ibrahim diarahkan mengosongkan Pusat Komuniti ADUN Penaga dua bulan lalu oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang kerana dikatakan ianya telah dibina atas tanah milik kerajaan negeri.

Pemimpin UMNO Pulau Pinang seharusnya mencontohi ADUN Seberang Jaya Datuk Ariff Shah yang bertindak menyewa bangunan milik swasta untuk dijadikan Pusat Khidmat beliau, bukannya mendirikannya diatas tanah milik kerajaan negeri.


Bina sendiri, jangan ambil hak orang lain

KEPALA BATAS - Kerajaan Negeri perlu belajar membina sendiri kemudahan awam dan bukan memgambil premis yang sedang digunakan oleh wakil rakyat UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya membina sendiri kemudahan untuk rakyat seperti dewan atau pusat komuniti kerana mempunyai lebihan perolehan yang besar setiap tahun.

Beliau berkata sebaliknya, mereka suka mengganggu kemudahan yang sedang diselia oleh wakil rakyat UMNO dengan alasan tapak atau tanahnya adalah milik Kerajaan Negeri.

“Memang tanah milik Kerajaan Negeri tetapi peruntukan membinanya disediakan Kerajaan Pusat. Janganlah suka merampas hak orang lain kerana ia juga untuk kepentingan rakyat.

“Kita kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri yang kononnya berjiwa rakyat tetapi sebaliknya cakap tak serupa bikin,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam mengulas tindakan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara mengarahkan Datuk Azhar Ibrahim mengosongkan Pusat Komuniti ADUN Penaga dua bulan lalu.

Menurutnya, Kerajaan Negeri berbuat demikian kerana takut dengan pusat khidmat wakil rakyat BN yang makin dikunjungi orang ramai dan berjaya memberi perkhidmatan cemerlang berbanding pusat disediakan Pakatan Rakyat (PR).

Azhar pula berkata pusat komuniti itu yang mula digunakan pada 2006 menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai, terutama pada hari Jumaat apabila beliau turun padang untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

“Tengoklah orang ramai yang datang mendapatkan bantuan dan sokongan daripada saya untuk melengkapkan borang permohonan masing-masing. Saya membantu tanpa mengira kaum atau bangsa.

“Tindakan Kerajaan Negeri seolah-olah menganiayai rakyat. Kalau marah dan berdendam dengan saya, jangan jadikan rakyat sebagai mangsa. Mereka tidak bersalah,” katanya.

Menurutnya, setiap Jumaat, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Butterworth datang ke situ untuk kemudahan ramai.

Sementara itu, Ketua Unit Nelayan Bakau Tua, Zainol Khamis, berkata kira-kira 1,100 nelayan sering mendapat bantuan daripada pusat khidmat ADUN Penaga itu, terutama surat sokongan untuk bantuan sara hidup bulanan nelayan RM200.

“Pusat ini dekat dengan kediaman nelayan dan ia memudahkan kami mendapatkan surat sokongan atau bantuan lain tanpa mengira kaum atau parti politik," katanya.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails