Wednesday, January 12, 2011

Bila Penembak Babi menembak Aduka...

Ada beberapa orang sahabat bertanya kenapa aku tidak mengulas mengenai isu Aduka Taruna dibelasah di Rusila..

Ini jawapan aku.. Bagi aku aku rasa aku tak layak untuk mengulas pasal isu ini kerana aku tidak tahu hujung pangkal cerita ini.. aku juga tidak berada ditempat kejadian dan tak ada sesiapapun yang menyampaikan kepada aku akan apa yang terjadi, jadi biarlah yang berada di sana sendiri melaporkan, lagipun aku tak setuju langsung dengan Projek Langgar Hadi Aduka Taruna tu..

Bagaimanapun korang boleh baca artikel dari Penembak Babi ni..


Coretan Pasal Adoka lagi...
Oleh Penembak Babi

Kalu luorang minat Keanu Reeves, pelakun Hollywood yang ada campor dgn Red Indian tuh, lu musti tak lupa dgn citer famous dia, The Matrix.

Bila wa ingat balik, citer Matrix neh, wa nak gelak bila baca n3-n3 bebudak gelabah macam cipan++ dan edyes (yang tak ada masa aduka kena cepuk..huhuh).

Dalam kesah Matrix, ada scene yang wa tengok, Neo (Keanu Reeves) lawan seorang je dgn beratus-ratus owang yang sama. Yang best sunglasses dia tak de jatuh pun rilex je...huhuuhu

Ini lah yang memeningkan puak pemfitnah Pas, dgn pelbagai citer-citer bohong. Ada kata Suhaimi Embong boleh jelma dalam dua tempat berbeza, ada kata batu api kat sini, dalam masa yang sama muncul pulak ditempat len.


Maka wa pun terfikir, yang sebenarnya alam fiksyen Matrix dah mula wujud...huuhu

Dua n3 penipu yang mengambarkan 'jemaah Rhusila' ganas dan samseng dgn menokok tambah bilangan orang yang 'menonton' aksi raja lawak Adoka di Rhusila tempoh hari. Cipan++ kata dalam lebih 100 orang, Edyes pulak kata dalam 90-100 orang. Okay, apa pulak kata Aduka? Aduka pun cakap lebih 100 orang! Tetapi kebanyakan report kata hanya tak kurang 20 orang sahaja...mana yang betul?

Wa secara peribadi tak salahkan luorang dalam masalah pengiraan. Mungkin lu betul-betul tak pandai mengira atau pun sesaja nak buat sensasi dalam blog! Namun wa ada dua teori dalam hal neh:

Teori 1:

TGHH seorang yang cukup istimewa pada Pas, malamnya berhajjud dan siangnya berjuang untuk Islam. Itu semua orang akur dan percaya. Walaupun si Adoka pergi dengan niat tak lain ingin menanyakan soalan-soalan cepumas, tapi pada wa dan semua owang setuju, adab bersama owang tua kena jaga! Maka teori wa yang pertama, kalaulah benar bagai dikata kekawan Aduka yang bacul tuh, maka mungkin apa yang dilihat bukannya manusia sebenar(???). Wa tak nak la cakap mereka itu malaikat ker atau haper, nanti luorang tuduh wa jadi fanatik Hadi sehingga terlampau memuliakan Hadi. Tapi, kalaulah wa berat nak percaya pada geng-geng Adoka, maka yang mereka tengok bukannya jemaah Rhusila (yang turut berjemaah dibelakang Hadi??) ditunjukkan sebagai 'orang'! Mmm...tapi yang 'cepuk' aduka dari belakang sape pulak....huhuhuhu...Wallahu a'lam bhai...wa pun tengah carik jugak...Ntah-ntah 'jin Islam'...huhuhuuu

Teori 2:

Kalaulah wa menolak angka-angka yang diberi, maka teori wa yang kedua adalah; mereka ini memang jahat dan musti ditentang habis-habisan! Mereka sengaja mencipta isu-isu jahat terhadap TGHH agar imej beliau tercalar! Pelbagai usaha dijalankan bagi memburuk-burukan Presiden Pas dalam blog mereka, tidak cukup dgn gelaran-gelaran jahat dan penipuan fakta yang songsang, mereka menggunakan tektik kotor dalam menjahanamkan karier politik Tok Guru! Siapa upah, wa tak tak peduli, tapi yang wa pelik, macamana ada blogger yang bangga mengaku Pas turut sama membela puak-puak yang terang-terang memusuhi Pas!

Adoka dengan jahatnya, seolah-olah menyamakan jemaah Rhusila dgn 'jemaah Balakong yang curi motor kawan lu Si Din Zaini! Lu tak pasal-pasal bagi menyirap lagi darah jemaah Rhusila!

Bhai, Orang Mujahideen masa kena serang kat Russia bukan sekadar ada sakinah, tapi diorang jugak ada perasaan mahmudah dan mujahadah yang tinggi terhadap Allah Ta'ala...setakat sakinah saja tak cukup, kalau mati, mati sia-sia bhai! Sifat penipu, menghina orang, memutar belit fakta, subuh jam 9 pagi....lu ingat lu ada beza ke dengan puak-puak Mujahideen?? Heheheheh, lu sepatut samakan dgn puak Kamikazee yang tak sembahyang tuh, bukannya Mujahideen bhai! Kalu lu nak link pasal kamikazee wa boleh kasik!

Dengan dua teori yang wa kasik tuh, kedua-duanya sebenarnya tidak menjejaskan imej Tok Guru. Yang wa makin nampak, dgn n3-n3 luorang kaki pemfitnah, semakin hari semakin menonjolkan sifat buruk luorang terhadap pemimpin Pas dan parti keseluruhannya!

Kalaulah dalam TKO dah siar gambar dari depan, wa jugak carik gambar dari posisi belakang. nak tengok, sapa yang pukul 'curik' si Adoka neh..huhuhu

"Cuba kira berape orang (mungkin boleh masuk bebudak kecik sekali..huhuhu) yang tengah menonton aksi raja lawak di atas, luorang musti baca dua teori wa kat atas!, selamat mengira!"


http://penembakbabi.blogspot.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails