Saturday, January 1, 2011

Bila PEMANDU Buta memandu negara..

Yang aku maksudkan ialah PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan) Badan pemikir kerajaan bukan pemandu bas atau pemandu lori..


PEMANDU ialah Badan pemikir yang telah dilantik oleh Najib bagi membantu menjalankan kajian bagaimana untuk merasionalisasikan harga barang setelah subsidi dipotong.

Biarpun mereka boleh dianggap sebagai pemikir yang bodoh kerana setiap kajiannya menyusahkan rakyat, namun gaji lapan pengarahnya dikatakan dalam lingkungan purata RM39,000 setiap bulan manakala pengarah bersekutu pula dibayar purata RM23,300 setiap bulan.


Pada Julai tahun lalu,setelah merasionalkan harga Minyak, Gas memasak dan Gula Pemandu, unit di Jabatan Perdana Menteri itu menganggarkan harga baru "teh tarik" adalah di sekitar RM1.0155 setelah program rasionalisasi dan pemotongan subsidi petrol.

"Malahan, dari setiap 70 item makanan dan minuman yang disenaraikan dalam kertas nota Rasionalisasi Subsidi, tidak ada barangan yang dijangka meningkat melebihi 1.9% selepas kenaikan semua harga barangan yang terbaru ini.

Dan setelah 2010 berlalu.. Laporan Sinar hari ini mengatakan harga sayur naik, antaranya Sawi dulu RM2 sekilo sekarang RM4 sekilo, Daun Sup dari RM7 Sekilo menjadi RM12 Sekilo, Asam Keping RM15 Sekilo kini menjadi RM35 Sekilo dan Terung dar RM2.50 menjadi RM4 Sekilo..

Teh tarik juga bukanlah berharga RM1.0155 tapi RM1.20 segelas..

Hairan.. bagaimana agaknya mereka menjalankan kajian itu? Adakah hanya didalam bilik pejabat mereka saja tanpa turun kepadang melihat hakikat sebenar atau mereka yang mengkaji itu memang buta??

Najib juga telah berkata program rasionalisasi dan pemotongan subsidi ini telah dikaji secara mendalam sebelum ianya dilaksanakan dan kerajaan akan memasti impak yang diterima oleh rakyat adalah impak minima..

Kepala Bapak Dia...


Bhat naik, Harga sayur impot naik

ALOR SETAR – Baru kecoh kenaikkan harga mendadak santan mentah diseluruh Negara, harga perbagai jenis sayuran di Kedah pula mengalami kenaikkan mendadak sehingga 125% dari harga asal sejak seminggu lalu.

Tinjauan Sinar Harian dipasar Borong Persatuan Saudagar-saudagar Ikan Kedah di sini semalam mendapati kira-kira 10 jenis sayuran mengalami kenaikkan antara 50Sen sehingga RM20 sekilogram, termasuk Sawi, Bawang Besar, Ubi Kentang dan Tomato.

Bagi Sawi harga naik daripada RM2 kepada RM4 sekilogram, manakala Terung meningkat antara RM2 hingga RM2.50 kepada RM3.50 hingga RM4.

Cabai Kering meningkat dari RM7 kepada RM9 sekilogram, Asam Jawa meningkat sebanyak RM10 bagi kuantiti pek besar, Daun Sup naik daripada RM7 sekilogram kepada RM12 sekilogram dan Bunga Kobis mengalami kenaikkan 50 sen sekilogram.

Kenaikkan harga tertinggi dicatatkan asam keeping daripada RM15 sekilogram kepada RM35 sekilogram manakala harga Ubi Kentang, Tomato dan Sawi pendek meningkat sekitar RM1.50 hingga RM3 sekilogram.

Ooi Ah Chai, 57, berkata peningkatan kos bahan api dan gula yang diumumkan baru-baru ini turut dianggap factor utama kenaikkan harga sayur sekaligus menyebabkan pihaknya terpaksa menanggung kos logistic yang semakin tinggi selain dari mengalami kekurangan bekalan dan kenaikkan nilai matawang Bhat..

Seterusnya korang belilah Sinar Harian…

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails