Thursday, January 6, 2011

Beng Hock tidak dibunuh, bukan bunuh diri, tapi mati?

Daam penghakiman bertulis setebal 20 muka surat dan dibaca oleh Koroner Azmil Muntapha Abasa 40 minit itu hanya memberikan keputusan terbuka setelah beliau menolak teori mangsa membunuh diri atau dibunuh apabila mengetepikan penglibatan pihak ketiga.

Apa cerita ni?? tidak dibunuh, tidak pula bunuh diri tapi mati..


Adik tak puas hati



SHAH ALAM: “Selepas terlalu lama menunggu, ini saja keputusannya? Saya tidak berpuas hati,” kata Teoh Lee Lian, 31, adik mendiang Teoh Beng Hock, di luar Mahkamah Koroner, semalam.

Dia yang bertindak sebagai jurucakap keluarga, dilihat sungguh emosional sehingga menangis teresak-esak dan kadangkala seperti meraung apabila ditanya media mengenai reaksinya terhadap keputusan itu.

Malah, wanita itu yang hadir bersama ahli keluarganya dilihat mula mengalirkan air mata sebaik memasuki galeri awam di Mahkamah Koroner, jam 2.15 petang.


Lee Lian yang terlampau kecewa dengan keputusan itu berkata, dia akan mengadakan program jelajah ke seluruh negara sehingga Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian abangnya.

“Keputusan ini tidak membawa apa-apa makna,” katanya.

Ibu Teoh, Teng Shuw Hor, 57, yang cuba mengelak daripada dikerumuni media hanya berkata: “Siapa menyebabkan kematian anak saya, dia patut beri jawapan kenapa anak saya mati.”

Seperti prosiding terdahulu, Teng membawa bersama bingkai gambar dengan foto Teoh, 30.

Terdahulu, keputusan inkues yang sudah berlangsung lebih setahun setengah itu menarik perhatian ratusan wakil media tempatan dan antarabangsa, yang membanjiri pekarangan kompleks mahkamah sejak 11 pagi.

Sementara itu, peguam mewakili keluarga mangsa, Gobind Singh Deo berkata, keluarga mendiang Teoh akan memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan inkues yang mendapati kematian mangsa bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga.

“Kami berpendapat keputusan ini tidak dapat diterima. Walaupun tiada elemen jenayah, tetapi mahkamah bersetuju bahawa wujudnya kecederaan di bahagian leher mangsa sebelum mendiang jatuh dari bangunan itu.

“Persoalan tentang bagaimana Teoh mendapat kecederaan itu dan menemui ajalnya, masih menjadi tanda tanya dan mengganggu fikiran keluarganya. Kami perlu mendapat jawapan daripada SPRM,” katanya.


myMetro

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails