Friday, January 7, 2011

'Balik India' : ADUN Komtar nafi menyebutnya..

Ng Wei Aik telah mengarahkan peguamnya supaya menghantar surat tuntutan terhadap Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kerana menuduh beliau menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali Mohamad Aliyar sedangkan beliau tidak menyebutnya..

Haa.. tengok, betapa cepatnya beliau menafikan, tak perlu mengambil masa yang panjang untuk merancang bagaimana untuk menjawab..



Saya tak sebut 'balik India', kata ADUN Komtar

ADUN Komtar Ng Wei Aik telah mengarahkan peguamnya supaya menghantar surat tuntutan terhadap Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kerana menuduh beliau mengeluarkan kenyataan rasis untuk menghina umat Islam di Pulau Pinang.


Ng, yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mahu kongres itu menjelaskan, menarik kembali dan memohon maaf kerana menuduhnya menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali Mohamad Aliyar .

Ng dilaporkan telah mengeluarkan kata-kata tersebut terhadap beberapa pekerja Syed Mohamad ketika menutup kedai nasi kandar bersama-sama dengan pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang dua hari lalu.

Ditanya wartawan di Pulau Pinang mengenainya, Ng mengulangi apa yang ditulis dalam tweetnya pagi ini di mana beliau bersumpah tidak pernah mengatakan 'balik India' terhadap sesiapa pun.

Ng berkata, beliau berada di premis tersebut pada malam berkenaan ketika dia dituduh mengeluarkan kata-kata tersebut apabila berlaku satu kemalangan di sana, yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah warung pemilik berkenaan.

"Kereta itu telah melanggar sebuah gerai yang dimiliki oleh restoran itu... nasib baik ia tidak melanggar pelanggan mereka... Jika tidak, apakah pemilik kedai itu boleh dipertanggungjawabkan?" soalnya.

"Jadi, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kami terpaksa membuang sebarang halangan di sepanjang kedai tersebut untuk menjaga keselamatan awam," katanya sambil menambah, tindakan itu boleh dipertahankan dan pihaknya tidak melanggar sebarang undang-undang.

"Saya tidak pernah menyebut India atau orang India ketika kejadian tersebut... kita mengambil tindakan bukan kerana seseorang itu Melayu, Cina atau India ... tapi menurut undang-undang."

Ng berkata, jika benar beliau menyebut kata-kata rasis tersebut, maka sudah tentu pemilik kedai itu atau kumpulan Melayu-Muslim akan terus bertindak.

"Mengapa Kimma hanya bertindak sekarang? Sesudah tiga hari," katanya.

"Saya yakin Kimma tidak akan boleh menjawab soalan ini," tambahnya.

Semalam, pengerusi Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Muhammad mempersoalkan sama ada seseorang wakil rakyat boleh melemparkan ucapan rasis dan bertindak kasar terhadap rakyat.

"Dia tidak profesional dalam melaksanakan tugasnya," kata Faruk kepada wartawan semalam.

Oleh itu, katanya, Kimma mahu kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap tindakan tersebut dan memohon maaf kepada masyarakat India Muslim di negara ini.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails