Tuesday, January 25, 2011

Bakar Bendera : Betulkah Angkara Petugas Pakatan Rakyat tu??

Ada beberapa laporan dari Blog Pro UMNO yang telah menuduh penyokong Pakatan Rakyat telah bertindak liar dengan membakar bendera BN di Tenang sehari selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang diadakan di Majlis Daerah Labis kemarin.

(Gambar : Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menunjukan bukti bendera BN dibakar)

Betulkah dakwaan mereka itu??

Ini kisah yang telah berlaku semasa kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh dulu, juga mengisahkan tentang bakar bendera BN, yang kononnya dilakukan oleh penyokong-penyokong dari Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

Kisahnya begini.. ketika kempen PRK Permatang Pauh sedang rancak berjalan perkara utama yang sering menganggu ketenangan malam ialah gangguan dari Mat Rempit yang memakai ‘T' Shirt dengan logo Barisan Nasional.


Boleh dikatakan setiap malam Bilik Gerakan PKR yang berada ditepi jalan-jalan utama di Permatang Pauh akan diganggu dengan deruman motorsikal mat rempit-mat rempit yang telah diupah oleh UMNO untuk membuat provokasi di setiap bilik gerakan PKR.

Namum begitu kebanyakkan provokasi itu adalah sia-sia kerana tidak membuahkan hasil sebagaimana yang mereka harapkan.

Memang ada laporan polis telah dibuat tentang aktiviti mat rempit itu dan polis telah datang mengambil butiran dari bilik gerakan yang melaporkan kejadian itu dan polis telah bertindak untuk mengadakan sekatan jalan raya hingga ke pukul satu atau dua pagi tetapi bila sekatan jalanraya habi Mat Rempit-Mat Rempit itu muncul kembali.

Mat Rempit-Mat Rempit itu dikatakan akan dibayar sebanyak RM30 hingga RM50 satu malam dan setiap kumpulan mereka akan diketuai oleh seorang dari pemuda UMNO. Tapi kalau korang baca di SINI katanya RM100. bagaimanapun aku tahu hanya RM50 yang akan dibayar berdasarkan dokumen tuntutan yang aku dapat dari seorang sahabat yang aktif di pihak UMNO.

Mereka dijanjikan bayaran seperti yang dinyatakan diatas, tetapi pada malam yang pertama mereka tidak diberikan sebarang bayaran kecuali kupon untuk ditukar di bilik gerakan UMNO yang terletak di dalam Bandar Perda.

Begitu juga malam yang seterusnya, mereka masih diberikan kupon juga untuk ditukarkan di bilik gerakan UMNO hingga beberapa malam berikutnya.

Apabila tiba malam yang dijanjikan untuk mereka menukarkan kupon tersebut kepada tunai, mereka diberitahu supaya datang malam berikutnya pula.

Setelah malam yang dijanjikan tiba, mat rempit-mat rempit itu berkumpul di bilik gerakan tersebut.. dalam masa mereka menunggu pihak polis telah mengepung mereka dan dalam kepungan ini dua orang dari mereka telah terlepas.

Kesemua yang dikepung telah ditahan dan dibawa ke balai Polis Perda yang letaknya tidak jauh dari bilik gerakan UMNO itu untuk disoal, dan kebanyakkan dari mereka telah bermalam di dalam lokap.

Marah akibat ditipu oleh UMNO disitu kedua mat rempit yang terlepas dari kepungan itu telah bertindak membakar beberapa helai bendera BN dan tindakan mereka untuk membakar lebih banyak bendera BN telah dihalang oleh petugas-petugas dari PKR/PR yang kebetulan terlihat kejadian bakar bendera itu.

Apabila dihalang dan ditanya mengapa mereka membakar bendera BN.. jawab mat rempit itu kerana UMNO telah menipu mereka.

Memang menipu mereka tapi itu dari pandangan Mat Rempit-Mat Rempit itu, dari sudut pandangan petugas-petugas UMNO pula ialah itu strategi untuk menjimatkan kos, betul juga tu.. pasal kerja sudah dibuat, upah tak perlu bayar..

Seperti yang biasa dilakukan oleh pengusaha-pengusaha ladang getah atau ladang kelapa sawit dalam mengambil pekerja yang tiada permit untuk mengusahakan ladang mereka.

Gaji bulan pertama akan ditangguhkan ke bulan yang kedua, gaji bulan yang kedua dan pertama akan ditangguhkan kepada bulan yang ketiga, bila tiba bulan yang ketiga pekerja mula bising.. mudah saja panggil polis atau imigresen untuk menangkap mereka..

Kan sudah untung tu.. kerja siap upah tak perlu dibayar.. samalah dengan UMNO lakukan terhadap Mat Rempit-Mat Rempit tu..

Itu di Permatang Pauh di Tenang bagaimana pula?? nampak sama saja kerjanya tu...


PRK Tenang: Pembangkang Bertindak Liar Bakar Bendera BN

LABIS, Dua kejadian membakar bendera parti telah dikesan, sehari selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang diadakan di Majlis Daerah Labis kemarin.

Jurucakap polis bagi PRK DUN Tenang Supt. Abdul Aziz Ahmad mengesahkan menerima dua laporan polis berkaitan kejadian itu melibatkan empat bendera di dua lokasi di Taman Mewah di Jalan Kenari.

Pihak Polis telah membuat tindakan susulan, masih belum mengenal pasti individu yang melakukan pembakaran itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan bencana menggunakan api yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Insiden bakar bendera BN juga pernah berlaku di PRK Galas dan kejadian sama kini dilaporkan di PRK Tenang.

Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang diingatkan supaya jangan memperjudikan nasib mereka dengan memberi sokongan kepada Pas kerana dibimbangi budaya politik liar yang dipraktikkan oleh pembangkang menular Tenang yang tenang ini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails