Friday, January 28, 2011

Apa cerita Makkal Sakti ni?.. kata sokong tapi report Polis

Apa cerita Makal Sakti ni.. satu puak kata sokong Pakatan Rakyat di Tenang.. tapi hari ni pula.. satu puak lagi membuat laporan polis kerana mendakwa ada individu menyamar sebagai presiden parti itu dan menyokong serta berkempen bagi pihak pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

20 Januari lalu.. LABIS- Parti Makkal Sakti yang kini diterajui oleh Kannan Ramasamy selepas perlantikannya di Mesyuarat Agung Tahunan September 2010 menyatakan sokongan penuh kepada calon PAS, Normala Sudirman bagi PRK Tenang kali ini.


Sanjay Suramaniam selaku Naib Presiden parti tersebut memaklumkan antara objektif utama penubuhan Parti ini adalah untuk memperjuangkan hak kebajikan masyarakat India di Malaysia dan lebih bersifat natural terhadap mana-mana parti politik.

Menurut beliau, masyarakat India kini sudah bosan dengan pemberian hamper dan janji-janji manis Barisan Nasional (BN) terhadap mereka setiap kali pilihan raya berlaku.

Bercakap mengenai permasalahan presiden parti tersebut, beliau berkata;

"Sebelum ini, Parti Makkal Sakti adalah di bawah kepimpinan Rs Thanenthiran yang pro kepada BN.

"Tetapi, beliau tidak mendapat sokongan majoriti ahli parti kerana tidak membawa suara ahli seperti objektif sebenar penubuhan parti.

"Sehingga kini, beliau masih mendakwa dirinya sebagai presiden walaupun telah dilucutkan jawatan kerana tidak menghadiri mesyuarat lebih daripada 3 kali berturut-turut."

Beliau yang ditemui di Markaz Operasi PAS petang tadi, yakin bahawa majoriti masyarakat India di Tenang akan memberi undi kepada calon PAS disebabkan masalah rakyat tempatan yang diabaikan UMNO selama 53 tahun berkuasa di Johor dan khususnya di Tenang.


Hari ini 28 Januari pula..LABIS - Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa ada individu menyamar sebagai presiden parti itu dan menyokong serta berkempen bagi pihak pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Presidennya, RS Thanenthiran berkata, individu berkenaan memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) sedangkan Parti Makkal Sakti Malaysia sentiasa memberi sokongan kepada BN.

"Saya buat laporan supaya polis mengambil tindakan tegas kepada pengkhianat ini yang sengaja mengelirukan rakyat khususnya di Tenang," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Labis, di sini.

Thanenthiran berkata, tindakan individu berkenaan cuba menggunakan populariti parti bagi memancing undi terutama kaum India di kawasan Labis supaya mengundi calon Pas, Normala Sudirman juga disiarkan dalam akhbar beberapa hari lalu.- Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails