Thursday, January 20, 2011

ADUN Merlimau meninggal dunia?

20/01/2011 3:02pm

Laporan dari Utusan Malaysia Online

PUTRAJAYA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.- Utusan Malaysia Online

Sebelum itu Berita Harian Online melaporkan beliau hanya kritikal... sekarang kalau korang klik dekat link yang aku bagi kat atas tu.. dah tak ada berita tu.. jika benar beliau telah meninggal dunia.. Al-Fatihah buat Allahyarham...

ADUN Merlimau dilaporkan kritikal

2011/01/20
EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, yang mengalami masalah jantung sejak minggu lalu, dilaporkan berada dalam keadaan kritika dan kini dirawat di Hospital Pakar Putra di sini, hari ini.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, difahamkan ketika ini berada di dalam bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam yang melawat Mohamad Hidhir sejak dari jam 3.15 petang tadi masih belum meninggalkan bilik berkenaan.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails