Thursday, January 20, 2011

ADUN Merlimau Sah Meninggal Dunia 8.10 malam Tadi

Al-Fatihah!! Kali ini memang benar-benar telah meninggal dunia..

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.

Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

Sebelum itu, portal media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.-mStar

Utusan yang menyebarkan berita bahawa beliau telah meninggal dunia petang tadi juga menyiarkan berita yang sama..sila lihat dibawah..




ADUN Merlimau meninggal dunia pukul 8.10 malam ini
20/01/2011 8:38pm

MELAKA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra kira-kira pukul 8.10 malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh doktor yang merawat Mohamad Hidhir, Datuk Dr. Suhaimi Mohd. Uda Tenang.





Ketika ini Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berada di Hospital Putra sebelum membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.

Utusan difahamkan jenazah akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau malam ini. - Utusan


Begitu juga Malaysiakini..

Merlimau rep dies, 15th by-election looms

Jan 20, 11 3:53PMUPDATED 9PM

Merlimau state rep Mohd Hidhir Abu Hassan at 8.10pm, triggering by-election no 15 and the first in Malacca.


Al-Fatihah buat Allahyarham dan takziah buat keluarganya..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails