ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung sejak semalam.Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah berkata, Mohamad Hidhir, 54, kini menerima rawatan di Hospital Putra, Melaka.
Ahmad turut menafikan satu kiriman berita SMS dihantar Utusan Malaysia hari ini yang menyatakan Mohamad Hidhir telah meninggal dunia.
Beberapa orang wakil rakyat BN kini turut berada di hospital berkenaan.
Merlimau merupakan salah satu kerusi DUN di dalam kawasan parlimen Jasin.
Malaysiakini
