Tuesday, January 4, 2011

2 laporan polis Blog dianggap hina sultan


Gambar tuan punya blog YB Shuhaimi Shafie


2 laporan polis kenyataan dianggap hina sultan

2011/01/04
SHAH ALAM: Tiga puluh ahli Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor membuat dua laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie yang dianggap menghina Sultan Selangor.

Shuhaimi pada 30 Disember lalu dalam blognya menulis artikel yang disifatkan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan tindakan rakyat.


Kedua-dua laporan polis itu dibuat pada jam 3.30 petang di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam oleh Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin dan Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abdullah Mansor. Dalam laporan polis yang dibacakan di hadapan pemberita, Hamidzun berkata, laporan dibuat berdasarkan kenyataan Shuhaimi laman blognya di alamat http://srimuda.blogspot.com/2010/12/pandangan-saya-berasaskan-undang-undang.html.

Beliau berkata, antara tulisan dalam blog itu berbunyi:
“Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ia akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan.

“Tetapi, apabila Selangor diperintah pakatan pembangkang, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana.”


Berita Harian Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails