Pulau Pinang mesti mencerap masa depan untuk menjadi Bandaraya Pintar dan Antarabangsa yang membolehkan kita hidup bebas bermaruah dan dihormati
Tahun 2010 berakhir dengan penuh gemilang apabila pasukan bolasepak Malaysia membanggakan kita semua apabila memenangi Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam 21 tahun. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut pengumuman Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dengan mengisytiharkan cuti yang sama kepada semua kakitangan kerajaan negeri sebagai penghormatan kepada kejayaan bersejarah ini.Semua rakyat Malaysia bangga dengan kejayaan pasukan bolasepak negara kerana kita telah berjaya menewaskan jiran antarabangsa kita. Kita tidak mahu dilihat lagi sebagai jaguh kampung tetapi sebagai wira antarabangsa di rantau ASEAN.
Atas sebab yang sama ini, Pulau Pinang mesti mencerap masa depan. Masa depan Pulau Pinang adalah transformasi diri untuk menjadi sebuah bandaraya pintar dan antarabangsa. Kita boleh berjaya jika kita dapat menanggap bakat insan kita dengan mengumpul kekuatan tenaga mereka, mengasah kemahiran niaga mereka dan mencungkil kepakaran mereka.














































