Tuesday, November 30, 2010

Arman PERKASA Kurang Ajar - kata Yusmadi

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PKR mengecam Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah yang mengatakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai "pelacur politik."

Arman membuat kenyataan tersebut ekoran ucapan Dr Wan Azizah dalam kongres PKR di Petaling Jaya Sabtu lalu yang mahu orang Melayu meninggalkan konsep Ketuanan Melayu kerana ia hanya menguntungkan segelintir kroni sahaja.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, kenyataan Arman Azhar itu berupa kurang ajar dan tidak mencerminkan budaya orang Melayu.

"Arman adalah anak muda yang dayus kerana menghina seorang pemimpin wanita yang banyak berjuang untuk rakyat sejak tahun 1999.

Pulak dah!!

Semalam Media UMNO melaporkan..

Anwar janji lantik Kit Siang sebagai TPM

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) sudah sah akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Kit Siang berperanan membantu tugas-tugas Perdana Menteri yang sudah semestinya akan dipegang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Janji itu dilafazkan oleh Anwar dalam wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily yang disiarkan pada 26 November lalu (Jumaat) bersempena dengan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.sepenuhnya sila baca di SINI..

Dan hari ini The Malaysian Insider melaporkan..

Pakatan nafi tawar Kit Siang kerusi TPM jika tawan Putrajaya

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menafikan bahawa Penasihat DAP Lim Kit Siang ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya perikatan tiga komponen itu mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Dr M: I won't be here in 2020 .. (dah mati la tu...)

Mahathir kata.. “To look ahead 30 years is beyond the span of my life… I would not be around to see what happens in 2020 and that’s a good thing because nobody can blame me (if things failed)... I won’t be around for you to blame,” amidst laughter from the audience.

Terjemahannya lebihkurang macam ni.. “Untuk melihat 30 tahun yang akan datang ianya melampaui jangka hayat saya… Saya tidak aka nada untuk melihat apa yang akan berlaku pada tahun 2020, yang baiknya ialah tiada sesiapa pun boleh menyalahkan saya ketika itu jika Wawasan 2020 gagal.. Saya tidak akan ada lagi untuk dipersalahkan oleh anda sekelian”

Zahrain cabar Anwar serah darjah kebesaran

"Mereka ini tidak layak menerima darjah kebesaran itu. Anwar merupakan orang yang hipokrit besar kerana beliaulah yang mewujudkan konsep Ketuanan Melayu semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno." kata Zahrain

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Zahrain Hashim (Bebas – Bayan Lepas) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan darjah kebesaran dan ganjaran yang diperolehi dari keistimewaan orang Melayu.

Katanya, jika Anwar tidak mahu menyerahkan semula darjah kebesarannya itu, beliau memohon Tuanku Sultan menarik balik darjah kebesaran berkenaan.

"Mereka ini tidak layak menerima darjah kebesaran itu. Anwar merupakan orang yang hipokrit besar kerana beliaulah yang mewujudkan konsep Ketuanan Melayu semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Warisan Merdeka: Najib Membakul Sampahkan Pandangan Mahathir

Oleh Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetepikan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Warisan Merdeka - menara 100 tingkat yang akan dibina di ibu negara, sambil menegaskan projek itu harus dinilai dari sudut jangka panjang. “Apa yang penting yang perlu diingat, ini adalah projek jangka panjang,” kata Najib selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan Asean 2010 di sini hari ini.

“Ia tidak harus dilihat (sebagai projek) satu atau dua tahun. Ia projek 10 tahun dan (menjangkaui tempoh) selepas itu,” kata beliau.

Sambil sekali lagi menekankan bahawa projek itu sebagai inisiatif Permodalan Nasional Bhd (PNB), Najib mengesahkan Warisan Merdeka akan menerima lampu hijau kerajaan selagi ia berdaya maju secara komersial dan membawa peluang-peluang bisnes.

50 Tahun UMNO Memerintah, 90% Isi Rumah Miskin Adalah Melayu

Oleh Suara Keadilan

PETALING JAYA 29 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno menipu orang Melayu bahawa parti tersebut memperjuangkan hak serta mendakwa meningkat taraf ekonomi orang Melayu tetapi bukti menunjukkan keadaan adalah sebaliknya.

Merujuk kepada laporan Parlimen (Hansard) Anwar berkata daripada lebih 60,000 isi rumah yang berada di bawah paras kemiskinan berdasarkan pendapatan RM800, lebih 90 peratus terdiri daripada orang Melayu.

Justeru itu beliau berkata Umno berusaha menymbunyikan kegagalan dan pengkhianatan mereka terhadap bangsa Melayu dengan memfitnah bahawa Pakatan Rakyat dan KEADILAN akan menghapuskan hak keistimewaan Melayu sekiranya mereka memerintah.

PR Di Landasan Betul Tawan Putrajaya

SHAH ALAM 30 NOV : Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat dilihat sebagai satu 'turn around' yang membawa kembali Pakatan Rakyat ke landasan yang betul bagi menawan Putrajaya oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kit Siang juga menolak tanggapan Pakatan Rakyat sudah berkubur dan tidak lagi senada malah kini mereka bakal terus erat terutama selepas terbentuknya Resolusi Persidangan Shah Alam ini.

"Kita masih lagi bernyawa dan bersemangat dan merancang untuk terus ke depan dalam perjuangan politik di Malaysia. Saya percaya bahawa persidangan kemuncak ini ini merupakan peristiwa penting bagi 'turn around' Pakatan Rakyat, 'turn around' untuk mengembalikan momentum politik bagi melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.

Aduka Taruna Kena Pelempang Di Mahkamah Hari Ini.

Hari ini perbicaraan Aduka Taruna di Mahkamah Seremban.

Berlaku sedikit kekecohan di Mahkamah sebentar tadi apabila sekumpulan lelaki (3 orang) yang berlagak seperti samseng kampung dusun membuat huru hara.

Pada mulanya, Aduka Taruna telah di hampiri oleh 3 lelaki tersebut, dan salah seorang daripadanya berkepala botak dan berbaju biru telah menghampiri beliau dan bertanyakan nama. Aduka Taruna menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil mengaku bahawa beliau adalah Aduka Taruna... sudah la salam yang di hulur tidak bersambut.... dalam masa yang sama mamat botak tersebut telah melempang Aduka Taruna (terkena bahagian kepala).

DS Wan Azizah, Azmin "pelacur politik" ?

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacur politik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.

Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".

"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu,” katanya.

Tak salah bukan Islam petik ayat al-Quran, kata Nik Aziz

SHAH ALAM, 29 Nov – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR yang berakhir semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.

Pada Kongres Nasional PKR Ketujuh selama tiga hari yang berakhir di Petaling Jaya semalam, seorang perwakilan S Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul.

Mengulas isu itu, laporan Bernama menyebut, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat al-Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR semalam.

Monday, November 29, 2010

Pilih!! Antara Allah dan Anwar.

Dalam menyangkal kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah yang mengatakan bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah anugerah Allah beliau telah meminta Dr. Wan Azizah untuk menilai sama ada Anwar adalah anugerah atau ujian kepadanya serta ahli PKR untuk memilih Allah atau pemimpin yang melampaui batas.

Itu adalah gesaan yang telah dibuat oleh Senator Ezam Mohd Nor, seorang yang pernah Ketua Pemuda Keadilan Yang terkenal dengan Sumpah Keramatnya suatau masa dulu, bilamana beliau dan juga keseluruhan EXCO Pemudanya telah menjelajah hamper keseluruh Negara bagi melakukan sumpah tersebut.

Sumpah Keramat yang diucapkannya itu adalah sumpah atas nama Allah bahawa beliau TIDAK AKAN menyertai semula UMNO dan bahawa misi beliau adalah untuk menghapuskan UMNO. Beliau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak akan menyertai semula UMNO. Misi beliau adalah untuk menghancurkan UMNO.

Lantaran sumpah itu.. Ezam berusaha membongkar segala penyelewengan UMNO.. beliau bersungguh-sunguh mahu menguburkan UMNO..

SYABAS!! 2015 tarif air Selangor meningkat hingga 82%

Rakyat Selangor akan menikmati peningkatan harga air sehingga mencecah 100% dalam tahun 2015!! Syabas telah mencadangkan kenaikkan tariff air sebanyak 37% pada tahun 2009 dan 25% pada tahun 2012 serta 20% pada tahun 2015 dengan kebenaran oleh Kerajaan Pusat.

CEO Syabas yang juga merupakan Bendahari UMNO Selangor dibayar gaji sebanyak RM5.1Juta setahun atau RM425,000 sebulan ataupun RM13,346.00 sehari..




Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat!

Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.

Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.

Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.

PRU13, PR Jangan Harap Menang Mudah.

Oleh Boo Su-Lyn

SHAH ALAM, 29 Nov – Ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) mengadakan pertemuan di sini hari ini dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran pemimpin-pemimpin perikatan tiga parti itu agar tidak mengharapkan kemenangan 2008 akan berulang dengan mudah.

“Pakatan tidak boleh terlalu yakin bahawa mereka akan kekal berkuasa,” kata Menteri Besar Kedah (gambar) itu.

“Jadikan pilihan raya umum 2004 sebagai contoh, di mana PAS kehilangan Terengganu dan menang tipis di Kelantan,” kata beliau seolah-olah senada dengan pandangan Penasihat DAP Lim Ki Siang ketika merasmikan Konvensyen DAP Selangor semalam.

Dr M: Tak wajar bina menara Warisan Merdeka sekarang

Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia akan berhadapan dengan situasi bekalan hartanah berlebihan ekoran pembinaan menara 100 tingkat – Warisan Merdeka di ibu negara.

Sehubungan itu, Dr Mahathir (gambar) berkata negara mesti belajar daripada krisis kredit dialami Dubai ekoran bekalan hartanah berlebihan.

“Mereka boleh membina tetapi kemudian, bukannya sekarang,” kata Dr Mahathir pada syarahan mengimbas kembali Wawasan 2020 di sini hari ini.

Idea membina menara itu juga mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak.

Jenapala was an undischarged bankrupt

By : Jonson Chong

Please allow me to paint a concise picture about Jenapala and his alleged sacking. As far as I know, of course.

I first met him during the March 2008 general election. He was one of those asked to speak at a ceramah I organised in Brickfields (whilst I was the election agent of the candidate for Lembah Pantai, none other than Nurul Izzah). I had no clue who he was then. All I knew was that somebody up there wanted him to speak on that occasion. So he did.

Anyway, the next time I saw him was when both of us were appointed as deputy secretaries-general (together with two others) after the “successful” election campaign by KEADILAN. I was happy to continue working with Saleh (he was the election campaign manager for Nurul Izzah).

Final Journey of Tun Lim Chong Eu

Gambar-gambar sekitar pengkebumian (pembakaran) Jasad Tun Dr Lim Chong Eu..


Ramai pembesar-pembesar negara telah hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat mendiang..

Jasad beliau telah ditempatkan di Dewan Sri Pinang mulai Jumaat sehingga Ahad lepas untuk orang awam memberikan penghormatan akhir kepada mendiang.



Najib turut hadir

Bekas ketua SPRM nafi fitnah terhadap Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Adul Khalid Ibrahim berhubung siasatan kes dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid.

Beliau berkata kenyataannya yang didakwa memfitnah itu diucapkan secara suci hati dan tanpa mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan reputasi atau imej Abdul Khalid (gambar).

Menurutnya kenyataannya itu dibuat ketika menjawab soalan media pada satu sidang akhbar pada 20 Feb 2009 berhubung perkembangan hasil siasatan SPRM ke atas aduan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor itu.

UMNO punca masalah di Malaysia


Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

"Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.

70% kontrak kerajaan P Pinang diperolehi Melayu

Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'.

Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Lim (pertama dari kanan) berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja,

Hah! Bohong lah lagi Yeop!

Semalam aku dah tanya betui ka ayat yang hang sebut ni Yeop..“Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar.

Pasal aku nampak lain macam saja bunyinya… rupanya aku tak silap..


Zaid, penyokongnya tak pernah ajak Mustaffa keluar PKR sertai parti baru

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Datuk Zaid Ibrahim yang keluar PKR baru-baru ini dan mahu menubuhkan parti yang baru menafikan pihaknya pernah mengajak bekas naib presiden Mustaffa Kamil Ayub agar menyertai pihaknya untuk meneruskan perjuangan dari luar parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

“Sudah pasti tidak, pada bila-bila masa Datuk Zaid atau saya atau mana-mana orang kanan Datuk Zaid ada membuat tawaran kepada Mustaffa supaya keluar PKR dan menyertai parti baru yang hendak ditubuhkan, tidak, sama sekali tidak,” kata pembantu politik kepada Zaid, Muhammad Firdaus Christopher ketika dihubungi.

Sunday, November 28, 2010

Nik Aziz juga akui Anwar pemimpin anugerah Tuhan

GUA MUSANG, 28 Nov — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan “dianugerahkan oleh Tuhan.”

“Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup,” katanya (gambar).

Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, berkata Anwar adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat di negara ini.

Betui ka ni Yeop....

“Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar.

Betui ka tu Yeop??

Mustaffa: Saya tidak akan keluar PKR walaupun diajak orang Zaid, Muhyiddin

PETALING JAYA, 28 Nov — Walaupun tewas dalam saingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub berjanji akan terus bersama parti itu, sekali gus menamatkan spekulasi akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat itu.

Mustaffa berkata beliau telah memutuskan untuk terus bersama meskipun ada diajak oleh penyokong Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan PKR baru-baru ini dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zaid meninggalkan parti selepas memutuskan untuk keluar saingan timbalan presiden atas alasan pemilihan diselubungi kecacatan dan kepincangan.

Mustaffa juga meletakkan dakwaan itu tetapi terus bersaing dengan protes.

Beliau ditewaskan oleh Azmin Ali yang hari ini disahkan sebagai timbalan presiden.

Selangor Bakal Tumbang?

Petaling Jaya: Tokoh DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mungkin hilang Selangor jika pemimpinnya terlalu bangga dan tidak mengambilkira dengan sebarang kemungkinan.

Berucap di majlis konvenyen DAP Selangor di sini hari ini, beliau berkata, seharusnya mengambilkira amaran itu dan belajar dari sejarah.

PAS, katanya tidak menjangka merampas Terengganu 1999 dengan kemenangan 28-4 kerusi dewan undangan negeri. Bagaimanapun, pada 2004, PAS kalah dengan angka sama dan mereka tidak menjangkanya.

PKR dibenci Bukan Bermakna UMNO mula disayangilah Zahid..

Kebencian terhadap Barisan Nasional (BN) yang ditanam oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), terutama semasa pilihan raya umum lepas, kini mula terhakis berikutan pergolakan kepimpinan yang berlaku dalam parti itu sekarang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pendapat aku.. kata-kata Zahid itu salah.. yang dibenci didalam PKR ialah beberapa kerat pemimpin yang dilaporkan terlibat dengan penipuan untuk membolekannya mendapat undi yang banyak sebagaimana yang telah dilaporkan kepada JPP.

Contohnya.. Ada yang menghubungi Ketua-ketua cabang memberikan nasihat agar seluruh undi dari cabang tersebut diberikan kepada Calon pilihannya kemudiannya menafikan yang beliau telah menghubungi Ketua Cabang itu.. ada juga yang menghubungi Calon yang bertanding agar menarik diri supa memudahkan laluan bagi Calon pilihannya, juga menafikannya..

Mustaffa: Kenapa JPP bebankan saya kembali?

Calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub masih berharap aduannya terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung pemilihan parti terus disiasat dan beban itu tidak dikembalikan kepada pengadu.

Katanya, beliau berharap JPP lebih produktif dalam menyiasat dan menyelesaikan aduan yang diterimanya daripada pelbagai pihak, termasuk dirinya sendiri.

"JPP menerima (aduan) masalah, jangan ambil mudah dan jangan letakkan beban pembuktian kepada pengadu.

"Ia tanggungjawab bersama untuk menyiasat dengan serius dengan dakwaan yang dilakukan," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini.

Surat Pecat Jenapala : Siapa Temberang ?

Semalam, bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim telah membuat laporan polis kerana mendakwa tandatangannya telah dipalsukan dalam surat pemecatan Jenapala.Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung surat bertarikh 2 Feb 2009, yang kononnya ditulis dan ditandatangani Salehuddin.

Memandangkan Salehuddin merupakan antara 47 orang pemimpin dari PKR yang telah keluar PKR dari semenjak PKN lagi, banyak pihak yang mempertikaikan kredebiliti beliau, ramai yang tidak mempercayai langsung dakwaan beliau itu.

Tindakan Salehuddin itu dengan segera mendapat reaksi dari para Blogger yang menyokong Pakatan Rakyat. malah ada pihak yang meggelar Salehuddin ini sebagai kaki temberang.

Biasalah.. dengan satu kesalahan yang kita lakukan segala kebaikkan yang kita lakukan selama ini akan dipandang sepi.. itu lumrah manusia..

Jika dakwaan Salehuddin itu kita pertikaikan kerana beliau telah bertukar menjadi katak.. bagaimanapula dengan dakwaan yang dibuat oleh Jonson Chong yang disiarkan di dalam blognya dengan entry yang bertajuk “Lies, Damn lies and stupidity” yang juga menekankan bahawa beliau tidak ada keraguan tentang kepalsuan surat pemecatan Jenapala itu.

Saturday, November 27, 2010

Kepada YB Saifuddin dan Teman Reformis

Hakikat tidak boleh diselindung lagi. Nampaknya memang ada pertembungan serius para bangsawan PKR dengan ahli-ahli akar umbi. Ahli mendesak, pemimpin bertahan dengan penafian. Ahli dakwa pemilihan PKR tipu, Pemimpin kata tidak, semuanya sempurna, hebat, adil lagi bersih; kita menempa sejarah, semua parti di Malaysia ini tidak segagah kita.

Saya mengutuk sikap dan mempersoalkan kewibawaan Setiausaha Agung, YB Saifuddin Nasution. Saya berpendirian YB Saifuddin adalah ‘mangsa’, daripada seorang pemimpin yang disegani kini menjadi pemimpin paling dibenci gara-gara pemilihan PKR. YB Saifuddin adalah mangsa kepada ketamakan aliran politik merajakan Azmin Ali dan mendewakan Anwar Ibrahim.

YB Saifuddin,

Ingin saya beritahu YB dan sahabat-sahabat perjuangan sekalian, huru-hara PKR ini adalah ciptaan pimpinan parti. Tidak ada penyakit tetapi cari penyakit. Dulu orang tidak tahu kita ada pekong, kurap dan kusta. Sekarang semua orang dah tahu. Ini kerana pemimpin tidak sedar diri – nak petik bintang tapi kail panjang sejengkal.

Lies, damn lies and stupidity

After my polite final appeal to the president of KEADILAN was ignored... No, actually, she told us that the central election committee would carry out thorough investigations and that all candidates should stop using the media to criticise the party. Although that did not sit well with me, I respected her wishes so much so that even when I withdrew from the contest for a vice presidential position, I did it quietly.

Indeed, I know some shrewder politicians ridicule me for not taking the opportunity to make a public statement. Well, the rationale for me is simple. I quit because I found the entire party election to be such a disappointment and it completely lacked credibility. And it gave me neither profit nor pleasure in making the party look worse than it already was. (For your information, I tried contacting the president directly before I wrote my open letter to her.)

Now, I share my true feelings not because I want to embarrass the party but because I sense the presence of foolish arrogance in the voice of the party’s secretary-general. And I simply cannot remain silent in the face of bold-faced lies because I know it will eventually bring the party to its knees. Yes, I am talking about his statements vis-a-vis the sacking of Jenapala.

Penyokong Kottapan buat kecoh luar Kongres PKR (Video Inside)

Oleh Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Penyokong bekas Ketua Cabang PKR Kota Raja S Kottapan hari ini mengadakan protes penganjuran Kongres Nasional PKR kali ketujuh di luar Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kira-kira 50 penyokong Kottapan hadir sejak awal pagi tadi membawa sepanduk dan kain rentang bagi menunjukkan bantahan terhadap salah laku Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan campur tangan pemimpin tertinggi PKR sepanjang pemilihan parti diadakan.

Namun kehadiran mereka di luar pintu masuk utama MBPJ bagaimanapun tidak disenangi jawatankuasa keselamatan PKR yang bertugas sehingga menyebabkan timbulnya berlaku perang mulut dan provokasi dengan penyokong Kottapan.

Adakah benar berita ini?

Adakah benar berita ini? Atau sekadar berita yang disiarkan bagi memburuk-burukkan PKR, berita yang disiarkan oleh Media UMNO ini mengatakan bahawa 1300 Ahli PKR dari Cabang Hulu Selangor telah bertindak keluar PKR kerana tidak puas hati mereka dengan cara kepimpinan parti menangani kemelut pemilihan peringkat cabang itu yang didakwa dicemari dengan pelbagai unsur penipuan dan salah guna kuasa.

Tapi kalau benarpun apa yang nak dihairankan sangat.. mereka lebih baik keluar kerana mereka itu mungkin ‘Trojan Horse’ yang dihantar oleh UMNO kedalam PKR untuk merosakkan PKR dari dalam..

PKR akan bertambah kuat dengan keluarnya mereka yang kurang setia kepada Pemimpin Parti..

Lagipun kalau benar berita ini.. PKR kan ada 400,00 ahli jika ditolak dengan 1,300 yang keluar tu masih ada lagi 398,700 ahli.. tak berganjak pun dari angka enam digit tu..

Kongres Syok Sendiri?

Kongres PKR bagi Wanita dan juga AMK telah berlangsung semalam, tiada sebarang protes yang dijalankan biarpun sebelum Kongress itu bermula kedengaran khabar angin yang mengatakan lebih kurang 100 pemuda dari SAMM akan mengadakan demonstrasi bantahan.

Sebaiknya ianya tidak dijalankan demi menjaga nama baik parti, inilah yang dinamakan pengorbanan. Berkorban dengan memendam segala rasa ketidak puashatian terhadap pemilihan yang telah berlalu dengan berbagai dakwaan kepincangan yang masih tidak diketahui status siasatannya. Biar kita terluka asal mereka bahagia..

Adakah ianya disiasat atau kertas laporan penyelewengan itu disiat-siat hanya mereka yang tahu…

Risalah hentam pemilihan muncul di kongres PKR

Di sebalik kegagalan protes kumpulan "baju hitam" di Kongres Pemuda dan Wanita PKR semalam, asakan terhadap jawatankuasa pemilihannya berterusan apabila banyak risalah dan kain rentang mempersoalkan perjalannya muncul.

Risalah tersebut dikesan ditabur di sekitar Dewan Sivik Majlis Bandaraya MBPJ Petaling Jaya - tempat kongres nasional PKR berlangsung - sehingga ke kompleks membeli-belah Amcorp, berdekatan Jalan Sultan dan Jalan Barat.

Kelihatan beberapa kain rentang digantung, antaranya bertulis "We demand reform" (kami tuntut reformasi) dan "Reformasi dan keadilan 'tersangkut' akibat kronisme".

Dari Altantuya hingga ke Sikorsky...

Apa yang boleh dibeli dengan RM1 Billion?

Memang angka itu amat besar buat kita rakyat marhaen ini, malah untuk mengira sehingga ke jumlah itu pun kita mungkin akan terkial-kial.. dan mungkin juga ada yang akan gila jika dilonggokkan wang dalam jumlah itu didepan mata, err.. termasuk aku..

Kebanyakkan dari kita tidak menyedari bahawa peruntukan dari hasil Negara yang digunakan untuk membiayai persenjataan tentera kita sebahagiannya digunakan untuk membayar komisyen dan dalam banyak kes pembelian peralatan tersebut dipertikaikan.

Berbalik kepada apa yng boleh dibeli atau boleh digunakan untuk apa RM1 Billion itu. RM1 Billion secara kasarnya boleh digunakan untuk membina 10 Buah Hospital, 100 buah Sekolah dan 20,000 buah rumah yang berharga RM50,000 sebuah

Tetapi itu semua apa yang kita boleh jangkakan boleh dibuat dengan RM1Billion.. Tetapi percayakah anda dalam hanya satu minggu pada April 2010, Kerajaan BN telah membelanjakan RM10 Billion untuk membeli senjata dalam Kuala Lumpur Defence Fair .

Questioning arms spending in M'sia: From Altantuya to Zikorsky
Kua Kia Soong

What RM1 billion can buy? Most of us do not realize the proportion of the country’s wealth being spent on arms, the commissions being paid for arms and in many cases, questionable purchases of such arms. Compare that with the gross shortage of schools and hospitals, public transport and other social services that so many Malaysians face and the obscenity of it all can be clearly seen.

Friday, November 26, 2010

Jambatan Bengkok : Siapa Bohong ni? Najib atau Mahathir?

Ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Johor Sultan Ibrahim pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52, Isnin lepas supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor diteruskan. Najib berkata bahawa kerajaan perlu membuat kajian mengenainya kerana terdapat banyak implikasi daripada segi perundangan, kos dan juga halangan daripada kerajaan pusat dan kerajaan Singapura.

Itu menurut Najib, tetapi menurut Mahathir pula tiada masaalah yang dihadapi samada dari segi perundangan ataupun halangan dari kerajaan Singapura malahan tiada tentangan dari Negara jiran itu.. katanya "Saya dulu terlibat secara langsung dengan perancangan jambatan-jambatan ini, semasa saya kaji cadangan ini, saya telah kaji segala peruntukan undang-undang terutamanya yang melibatkan Singapura.

Protes ‘Selamatkan Keadilan’ tidak menjadi

Oleh Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Hasrat sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merancang untuk mengadakan protes dan menyebarkan risalah ‘Selamatkan Keadilan’ semasa Kongres PKR yang bermula hari ini nampaknya tidak menjadi sebaliknya dilihat masuk menyertai Kongres sebagai perwakilan.

Kumpulan yang menamakan diri sebagai Anak Muda itu pada mulanya dilihat berlegar di perkarangan luar Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada awal perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sejak awal pagi.

Apa kena mengena Budak ni dengan PKR?

"Apa kena-mengena dengan perjuangan parti? Tiada kaitan langsung! Persembahannya tidak mengandungi unsur perjuangan, malah tidak menyuntik semangat untuk perjuangan parti!"

Segelintir anggota terpinga-pinga dengan penampilan Adi Putra (gambar kiri, tengah), genius matematik berusia 11 tahun di Kongres Angkatan Muda Keadilan, pagi tadi. Adi Putra tampil selepas Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd. Akin menyampaikan ucapan dasar beliau, diberi sambutan yang meriah sebermulanya.

Setelah memperkenalkan diri, Adi Putra mempersembahkan bakatnya kepada perwakilan AMK, iaitu keupayaannya untuk menghafal sekumpulan angka digit, dan kemudian diulangi mengikut tertib songsang.

Jelutong Expressway ditukar ke nama Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu

26 Nov — Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini memutuskan untuk menamakan Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang sebagai Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu bagi mengenang sumbangan bekas ketua menteri itu yang meninggal dunia kelmarin.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diadakan pagi ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

“Mesyuarat Exco pagi ini telah membuat satu keputusan untuk menghormati mendiang Tun Dr Lim Chong Eu, bekas ketua menteri Pulau Pinang dengan menamakan semula Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang kepada Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Ini kenyataan medianya..

PENAMAAN SEMULA JALAN PESISIRAN PANTAI TIMUR PULAU PINANG (JELUTONG EXPRESSWAY & JALAN BAYAN LEPAS) KEPADA LEBUHRAYA TUN DR. LIM CHONG EU (TUN DR. LIM CHONG EU EXPRESSWAY)

Perwakilan dari AMK Permatang Pauh ke Kongress kemalangan


Beginilah keadaan kenderaan yang dinaiki oleh perwakilan dari
AMK Permatang Pauh menuju ke Kongress PKR ke 7 yang bermula
hari ini.

Kenderaan tersebut yang dipandu oleh Saudara Zulkillee Mat Silah atau Ijoi (AJK AMK Permatang Pauh) turut dinaiki oleh Saudara Amir Hj. Ghazali (Ketua AMK Permatang Pauh dan juga Ketua AMK Penang)dan Saudara Roselai (Kawan DS Anwar Ibrahim dari Keadilan Pmtg Pauh) serta seorang lagi yang aku dah lupa namanya menuju ke Kongress PKR ke 7

Penang Shall Always Remember the Father of Modern Penang (Video Inside)



"Penang Shall Always Remember the Father of Modern Penang" is the condolence message written by CM Lim Guan Eng in the orbituary book for Tun Dato' Seri Utama Dr Lim Chong Eu.

CM Lim who just touched down at the Bayan Lepas airport rushed to Tun Lim's house in Tanjung Bungah to pay his respect and also to offer his condolences to Tun's family. CM Lim was seen offering words of comfort to Lim Chien Aun who is Tun Lim's eldest son and other family members.

‘Third Force’ Mampu Gugat PR.

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

PETALING JAYA, 26 Nov — Senator Dr Syed Husin Ali khuatir Pakatan Rakyat (PR) akan berhadapan dengan nasib ikatan-ikatan tidak formal pembangkang masa lalu jika perikatan tiga komponen itu gagal menangani gabungan terbaru dikenali sebagai “Third Force” pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang akan melepaskan jawatan timbalan presiden PKR Ahad ini berkata, kini terdapat hanya satu gabungan yang boleh menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

“Namun ada percubaan untuk membentuk apa yang disebut sebagai ‘Third Force’.

Kongres PKR : Kumpulan 'baju hitam' muncul

Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR (AMK) menjadi tumpuan selepas ucapan perasmian oleh timbalan presiden, Syed Husin Ali ekoran kehadiran sekumpulan kira-kira sembilan orang yang memakai baju hitam dan lilitan tangan yang bertulis 'selamatkan Keadilan'.

Mereka yang dipercayai sebahagian daripada perwakilan - yang berkumpul di pintu depan Dewan MPPJ - tempat kongres itu berlangsung - dikatakan merancang untuk mengadakan protes kecil dan sidang akhbar berhubung proses pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Bagaimanapun, selepas setengah jam, tidak ada tanda-tanda protes itu akan berlaku.

Apabila wartawan bertanya kepada kumpulan tersebut, mereka menjawab, sedang menunggu calon ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai CheguBard keluar.

Kepimpinan Najib, Anwar penentu siapa milik Putrajaya

Oleh Shazwan Mustafa Kamal



KUALA LUMPUR, 26 Nov — Keyakinan pada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat akan menjadi faktor utama bagi pengundi yang belum membuat keputusan dan mereka yang akan buat julung kali keluar mengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya tergempar akan diadakan seawal Mac depan, kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan PR masih belum mampu menawarkan sebab-sebab terperinci dan meyakinkan bagi rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kemenangan penentu.

Belia Bukan Kayulah Muhyiddin..

PAS mengingatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, belia tahu menilai yang mana intan dan kaca.

“Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita.

“Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Thursday, November 25, 2010

Dajai Mana punya kerja ni??

Ada pihak telah menaikkan banner kononnya Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) membantah kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu memberi lesen kepada rumah urut dan wang judi..


Macam pernah ku lihat Banner yang luntur tulisannya seperti tulisan
di Banner ini..

PAS tahu siapa pasang banner tak nak wang judi

PULAU PINANG, 25 Nov: Nampak gayanya, ada pihak tertentu bagaikan cacing kepanasan dan hilang arah apabila menaikkan beberapa kain rentang ‘Kami tak nak wang judi’ berlambangkan PAS dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di beberapa lokasi.

Chegu Bard bakal berhadapan tindakan?

"Adakah kerana menegur kelemahan parti, berjuang untuk mendapatkan keadilan itu dianggap satu kesalahan dalam parti?

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Chegu Bard tidak menolak kemungkinan beliau bakal menghadapi satu lagi krisis dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila khabar angin mula bertiup dikalangan ahli parti beliau bakal dikenakan tindakan disiplin.

"Saya juga ada mendengarnya dari teman-teman termasuk daripada mereka yang menganggotai Biro Politik. Beberapa media turut bertanyakan kepada saya, tapi buat masa ini saya lebih senang mengambil sikap tidak mengambil tahu tentang rancangan mereka," kata beliau.

Beliau turut mengulangi peringatan yang dibuatnya sebelum ini terhadap Jawatankuasa Dispilin Parti agar tidak gentar dengan mana- mana pemimpin untuk bertindak adil terhadap segala salah laku ahli-ahlinya tanpa memilih bulu.

Protes bakal mewarnai Kongres PKR..

Oleh Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Kongres Nasional 2010 Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ketujuh yang bermula esok sehingga Ahad (28 November) bakal dicemari dengan protes daripada sekumpulan ahli parti itu sendiri bagi membantah kepincangan sepanjang proses pemilihan berlangsung.

Melaungkan slogan ‘Kempen Selamatkan Keadilan’, kumpulan yang dikenali sebagai Suara Anak Muda itu difahamkan akan memakai baju T berwarna hitam, selain riben ‘headband’ dan ‘armband’ yang sama warna sebagai tanda protes.

FMT juga difahamkan kira-kira 100 penyokong Suara Anak Muda akan mula mengedarkan risalah kepada perwakilan, pemerhati, media dan orang ramai sepanjang Kongres PKR yang dijadualkan berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bermula esok.

F5E : Bukan diculik la.. tapi ditahan kerana lari dari tugas..

SHAH ALAM: Sarjan Tentera Udara Malaysia (TUDM), N. Tharmendran yang didakwa bersubahat mencuri dua enjin pesawat milik TUDM ditangkap semula di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah di sini, Khamis.

Tangkapan dibuat oleh lima pegawai Jabatan Arah Provos Marsyal TUDM berpakaian seragam yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Razif Ramli atas dakwaan meninggalkan tugas.


Sarjan N. Tharmendran (kanan) dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang menghadapi tuduhan mencuri dua enjin pesawat F5, mendengar penerangan anggota TUDM, sebelum ditahan semula atas kesalahan meninggalkan tugas sejak 6 Sept lepas. - Foto BERNAMA

Penahanan dibuat semasa Tharmendran berada dalam kereta sedang bersiap mahu pulang selepas prosiding mahkamah terhadapnya tamat.

Tharmendran yang pada mulanya enggan menyerah diri mula menghubungi peguamnya, N. Surendran untuk datang ke tempat letak kereta.

Kes Bunuh Sosilawati : Tertuduh Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan

Oleh SALWA SHA’ARI

SHAH ALAM: Seorang pekerja ladang yang dihukum penjara tujuh tahun kerana melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya memfailkan notis usul bagi memgemukakan bukti baru berhubung dakwaan berlaku paksaan untuk dia mengaku salah atas pertuduhan tersebut.

K. Sarawanan, 19, turut mendakwa dipukul, disepak pada bahagian kemaluan dan diugut yang menyebabkannya berbohong mengaku telah melakukan kesalahan tersebut.

Sehubungan itu, dia memfailkan notis usul terbabit menerusi peguam A.S. Dhaliwal untuk memohon supaya Mahkamah Tinggi di sini, memanggil dan memeriksa rekod prosiding yang berlaku di Mahkamah Majisret Telok Datok, Banting, dekat sini bagi tujuan memastikan kebenaran, keesahan dan ketepatan prosiding terbabit.

Kongres PKR : Rumah Siap Pahat Berbunyi


Selepas sebulan pemilihan yang penuh 'kontroversi', kongres tahunan PKR mulai esok dijangka menjadi ibarat 'rumah siap pahat berbunyi'.

Semua mata kini tertumpu sama ada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berjaya menteramkan kemarahan sebilangan anggota parti, sekali gus memulihkan perpaduannya demi menghadapai pilihan raya umum ke-13.

Utusan Rugi Apabila Pembaca Menyampah.

SHAH ALAM 25 NOV : Kerugian yang dicatatkan akhbar Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, berpunca daripada pembaca yang tidak lagi menggemari corak laporan akhbar itu kata tokoh wartawan veteran, Said Zahari.

Melihatkan kepada perkembangan dan trend pembaca hari ini, Said berkata, sebenarnya pembaca mulai bosan dengan corak pemberitaan terkongkong yang diamalkan oleh Utusan.

Utusan katanya harus kembali sebagai sebuah medium yang bebas dalam melaporkan jika mahu memulihkan kembali jumlah edarannya.

Pegawai TUDM 'Culik' Tharmendran?

SHAH ALAM 25 NOV : Peguam bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N. Tharmendran mendakwa anak guamnya itu "diculik" oleh sekumpulan pegawai sayap Angkatan Tentera Malaysia itu di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini.

Memetik laporan The Malaysian Insider, N Surendran berkata beliau yakin tindakan pegawai-pegawai itu bertujuan menghalang Tharmendran daripada mendedahkan butiran mengenai skandal kehilangan enjin dua jet TUDM yang dilapor hilang dan kemudian didakwa dicuri.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails