Selasa September 28, 2010

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah), mengimamkan sembahyang jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima di
Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di Gua Musang, awal pagi Selasa. Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima, 46, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kerinting, di sini, awal pagi ini.
Che Hashim meninggal dunia di Hospital Al-Islam, Kampung Baru Kuala Lumpur pukul 4.30 petang semalam selepas dimasukkan ke hospital itu sejak tujuh hari lepas akibat barah usus yang dialaminya lebih setahun lalu.