Tuesday, August 31, 2010

FITNAH terbaru Cyber Trooper UMNO..

Nak jadi apa ni? dibulan Ramadhan pun sanggup menyebar fitnah.. kalau nak mengejar hits pun bukan macam ni.. tak takut balasan Allah diakhirat ka?

Boleh jadi yang menyebar fitnah tu bukan Islam atau Kafir.. pasal tu lah dia tak takut dengan balasan Allah..

Kalau Islam... Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun..


Umno juara fitnah, cetus sentimen agama

Harakahdaily



KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.

Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.

Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.

Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.

“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi.

MERDEKAKAH KITA?

OLEH: JJ ANAK DESA (joharapat.blogspot.com)

Tanggal 31 Ogos adalah tarikh keramat, tarikh bersejarah, ulang tahun kemerdekaan negara kita, kini genaplah 53 tahun Malaysia merdeka dari belenggu penjajah British. Syukur kita ke hadrat Allah swt.

Tetapi benarkah kita sudah merdeka sepenuhnya? Pertanyaan itu harus dijawab oleh kita semua rakyat Malaysia. Benar kita telah merdeka dari cengkaman penjajah, itu hanya sudut luaran sahaja. Namun dari sudut dalamannya negara kita masih mengamalkan undang undang penjajah. Ini bermakna kita masih belum merdeka sapenuhnya.

Menurut Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Kemerdekaan sebenar adalah membebaskan bangsa dari belenggu penjajahan minda yang terikat dengan ketidakadilan yang diperjuangkan di dalam membela nasib sesuatu bangsa.

Itulah antara amalan jahiliah yang masih diteruskan oleh Umno selama ini sedangkan kedatangan Islam telah menunjukkan jalan terbaik kepada umat Islam bagaimana bentuk perjuangan politik mereka.

Oleh itu kata Ustaz Hadi bangsa Melayu wajar mengambil ajaran Islam sebagai tonggak perjuangan kehidupan mereka dalam usaha memastikan pemerkasaan bangsa berjaya ditegakkan dan keadaan sebaliknya terus berlaku jika mereka enggan.

Penurunan Al-Quran sendiri secara berperingkat selama 23 tahun jelas Haji Hadi adalah untuk menjawab semua persoalan semasa yang timbul di dalam mana-mana masyarakat sebelum, semasa dan selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Akibat dari meninggalkan ajaran dan hukum Al-Quran kini terbukti semua agama selain Islam, isme, ideologi dan kepercayaan telah tidak relevan sekarang ini dan ternyata gagal untuk menangani segala isu semasa dan konflik masyarakat.

Kita ambil satu contoh yang mudah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menahan seseorang tanpa bicara. Adilkkah ini atau satu akta yang zalim, sedangkan dalam Islam sendiri seseorang yang dituduh bersalah mesti dibicarakan di mahkamah. Jika terbukti bersalah barulah hukuman dikenakan. Tetapi negara kita tidak berbuat begitu.

Semua orang kata ISA itu zalim, yang kata tidak zalim hanya Umno. Seandainya pemimpin pemimpin Umno yang kena, ketika itulah baru mereka kata ISA adalah zalim. Selagi tidak kena batang hidung mereka, pasti mereka kata tidak zalim.

Zalim bukan mengikut pandangan Umno tetapi ia perlu menurut pandangan Islam. Zalim itu bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. saperti yang selalu Ustaz Datuk Ismail Kamus katakan, meletakkan kasut di kepala, songkok di kaki, itu namanya zalim kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Sudah 53 tahun merdeka tetapi otak Umno masih di tahap otak penjajah, meniupkan semangat perkauman Melayu yang sempit, sedangkan kedatangan Islam mahu membebaskan semangat perkauman (assobuyyah) kepada Islam. Tetapi Umno dan kunco kunconya termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan akhbar penjilat punggung Umno masih lagi memainkan sentimen perkauman. Inikah dimana merdeka?

Minda mereka sebenarnya masih dijajah diselaputi fahaman jahiliyah sedangkan Islam datang untuk menghapuskan jahiliyah termasuk jahiliyah moden yang amalkan oleh Umno dan sekutunya.

Tugas kita sebenarnya berat, kita mahu segala bentuk kezaliman, ketidakadilan yang diamalkasn Umno/BN dihapuskan, barulah kita menikmati erti kemerdekaan sebenarnya. Selagi Umno? BN berkuasa dan terus meneruskan melakukan kezaliman dan ketidakadilan dan rakyat masih menerimanya, selagi itulah kita masih belum merdeka sebenarnya.

Tugas kita kini untuk mentalkinkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti, misi ini perlu dijadiakan agenda utama rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan benci kepada sebarang bentuk kezaliman. Tugas ini kita pikul bersama, ucapkanlah SELAMAT TINGGAL PADA UMNO/BN mulai sekarang agar pada pilihanraya umum ke 13 nanti ucapan dan doa itu menjadi kenyataan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAN

Perutusan Kemerdekaan 2010 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Adalah menjadi kebiasaan menjelang tarikh 31hb Ogos setiap tahun, maka diulang-ulang naratif sejarah menuntut kemerdekaan dari penjajah. Naratif itu pula tidak pernah berubah apatah lagi dicabar. Melalui media yang dikongkong, “sejarah” ini adalah versi muktamad, tiada yang benar melainkan yang terpampang dan disogok itu. Walaupun begitu siapakah mampu menahan Kebenaran?

Mutakhir ini sering pula ada golongan yang seperti hilang sudah karamah diri, tanpa segan silu menuding mereka yang lain sebagai pengkhianat dan pembelot. Hilang sudah senjata untuk berhujah, mereka memperalat sentimen perkauman sempit dan agama demi laba politik semata-mata. Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna Kemerdekaan?

Kemerdekaan pastinya mempunyai makna teristimewa dan penting buat seluruh Rakyat Malaysia. Ianya menyedarkan kita akan kewujudan sebuah negara yang menjadi tempat berteduh dan berlindung. Jarang sekali Kemerdekaan dicapai tanpa sebuah perjuangan, walau wadah perjuangan itu tidak semestinya menumpahkan darah. Perjuangan hatta dengan tinta sekalipun tetap sebuah perjuangan. Apa yang lebih penting adalah niat dan makna yang mendasari perjuangan tersebut. Kekalutan yang ditimbulkan golongan pelampau serta tidak bertanggungjawab di negara ini menuntut kita untuk kembali menyelami makna sebuah Kemerdekaan dan erti sebuah perjuangan.

Menjelang 53 tahun kita mencapai Kemerdekaan, marilah kita bersama-sama beriltizam untuk:

-Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

-Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

-Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

-Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

-Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

-Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Moga usaha kita semua untuk memaknai erti sebuah Kemerdekaan diredhai dan diberkati hendaknya.

Dirgahayu Malaysia tanahairku.


ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN

Merdeka : Anwar selar pemimpin UMNO

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno yang disifatkannya tanpa segan silu menuduh orang lain pengkhianat dan pembelot demi kepentingan politik sendiri.

Sedangkan, menurut ketua umum PKR itu, pihak itulah sebenarnya yang memperalat sentimen perkauman sempit dan agama.

"Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna kemerdekaan?" katanya.

Dalam perutusan kemerdekaan hari ini, Anwar juga menegaskan keperluan mempertahankan perlembagaan dan menjaga hak dan kepentingan Melayu-Islam seperti termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau antaranya menyeru:

- Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan, melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri negeri Sabah-Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

- Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

- Memartabatkan pengunaan bahasa Melayu dan memperluaskannya sebagai lingua franca serta melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh turut mengulangi gesaan supaya akta kontroversi ISA dimansuhkan serta mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa.

Atas semangat persekutuan, Anwar juga berharap wujudnya hubungan yang adil antara kerajaan pusat dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.


Malaysiakini

Jaga adab di masjid dan surau, kata Hasan Ali

SHAH ALAM: Exco agama , Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam,Selangor, Datuk Hasan Ali berkata beliau akan cuba menasihatkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik supaya memberitahu rancangan kehadiran mereka kepada pihak berwajib supaya tatacara penggunaan surau dan masjid dipatuhi.

Katanya, dengan cara ini diharapkan kejadian yang berlaku di Serdang tidak berulang.

"Saya juga akan mencadangkan supaya digubal peraturan yang lebih mendalam dengan memperincikan langkah-langkah yang mesti diambil dan tatasusila yang mesti dipelihara bagi mereka yang berhajat menggunakan kemudahan surau dan masjid di negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hasan, beliau sudah berkata beliau sudah memanggil jawatankuasa surau Al Huda, Kajang Sentral untuk menjelaskan kejadian sebenar.

Katanya, beliau juga telah menerima penjelasan daripada ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dan menghormati hasrat beliau untuk menyembah ampun maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

"Saya akan memanggil Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammad Khusrin Munawi selaku Pengarah JAIS untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil oleh beliau berhubung dengan perkara ini.

Hasan mengulas penyertaan Teo dalam majlis bantuan kewangan kerajan negeri di surau itu dan ucapan ringkas ahli parlimen Serdang di majlis tersebut.

Katanya, Teo memang dijemput sebagai tetamu atas sifat beliau sebagai Ahli Parlimen Serdang.

"Beliau (Teo) telah dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas. Ucapan beliau tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan negeri dalam membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi," kata Hasan dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun, perkara ini telah dieksploitasi oleh pihak-pihak yang ingin menangguk di air keruh dan menimbulkan reaksi segera di pihak Majlis Agama Islam Selangor dan Jais.

Menurut Hasan, pengerusi serta bendahari surau dan pembantu khas Teo telah dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Pengerusi MAIS, Pengarah JAIS dan wakil Istana.

Beliau berkata, sejurus selepas pertemuan tersebut, keputusan telah dibuat iaitu membubarkan jawatankuasa surau dan Mais mengambilalih pentadbiran surau tersebut.

Tetapi, kata Hasan, akhbar telah melaporkan dengan begitu berat sebelah mengenai kejadian ini.

Pada 22 Ogos lalu, Teo berkunjung ke Surau Al-Huda untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut dan menyampaikan ucapan atas jemputan jawatankuasa surau.

Insiden itu bagaimanapun didakwa Umno dan Perkasa sebagai satu kesalahan dan mencemar imej Islam.


Free Malaysia Today

Monday, August 30, 2010

Pemilihan PKR : Kuasa dan Pengaruh jadi rebutan..

Oleh : Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menjadi parti politik pertama di Malaysia untuk menjalankan pemilihan langsung untuk memilih barisan kepimpinan mereka. Pucuk pimpinan tertinggi parti itu akan dipilih secara terus pada 17 September hingga 3 Oktober 2010.

Semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT), termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, empat Naib Presiden dan 20 anggota MPT akan dipilih terus oleh ahli-ahli parti.

Antara beberapa desas-desus yang menjadi perbualan hangat di warung-warung kopi di Bangsar dan Petaling Jaya adalah berhubung dengan pengenalan amalan demokrasi yang lebih mendalam ini di Malaysia.

Kebanyakan keputusan pun dibuat sambil minum teh tarik di warung kopi. Banyak persoalan yang tercetus apabila keADILan mengambil tindakan ini, antaranya amalan ini akan mempengaruhi pemilihan PAS dan DAP, sama ada amalan ini akan mempengaruhi mana-mana parti komponen Barisan Nasional, khususnya UMNO, dan mungkinkah amalan ini digunapakai untuk pemilihan barisan Kabinet suatu hari nanti?

Ketua AMK: Pertandingan empat penjuru

Selain itu, isu pencalonan juga menjadi topik hangat di kalangan anggota parti dan penyokong mereka. Ada pihak yang mengatakan bahawa Nurul Izzah (ahli parlimen Lembah Pantai) tidak akan bertanding apa-apa jawatan kerana khuatir parti terus dilabel sebagai parti anak-beranak jika menang.

Isu yang lebih hebat daripada itu berkaitan isu pencalonan bagi jawatan Ketua Angkatan Muda, yang dijangka akan melihat pertandingan empat penjuru. Isu ini menjadi modal sindiran hangat dalam twitter dan facebook beberapa nama besar dalam sayap pemuda itu.

Ada juga yang mendakwa barisan kepimpinan baru sudah pun diatur dan pemilihan yang bakal berlangsung hanya sekadar kelaziman untuk legitimasi.

Nama-nama yang menjadi sebutan ramai adalah Anggota MPT, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard; seorang intelek muda, Rafizi Ramli; Ketua Angkatan Muda sekarang iaitu Shamsul Iskandar Md Akin (gambar kanan, kiri); dan penulis ucapan untuk Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Cabang Parit Sulong Johor, Hasmi Hashim (gambar kanan, tengah) yang lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat penulis lirik lagu Ajaib yang dipopularkan oleh kugiran rock Spider.

Daripada nama-nama pemuda tersebut, hanya Badrul Hisham dan Hasmi Hashim sahaja yang boleh dikatakan popular di kalangan orang muda, sungguh pun bagi sebab-sebab yang berlainan.

Jika Chegubard dikenali dengan gaya streetfighter (pahlawan jalan raya) dalam berkonfrontasi dengan pihak dari parti lawan dalam arena politik, Buddhi Hekayat pula popular sebagai penulis lirik dan penyajak. Persamaan kedua-duanya pula adalah semangat idealisme orang muda yang membara-bara, dan sikap rebel terhadap pucuk pimpinan parti.

Sebilangan ahli parti mendakwa Rafizi (gambar kiri) adalah orang pilihan pucuk pimpinan parti, manakala Chegubard dan Hasmi pula adalah penghalang yang enggan mengikut telunjuk.

Yang jelasnya orang muda lebih cenderung menyokong Chegubard dan Hasmi Hashim, kerana mereka sering terlibat secara terus dengan orang muda, lantas lebih memahami kehendak dan keperluan generasi muda.

Ramai yang memandang enteng akan Hasmi Hashim dan menjangkakan pertandingan sengit di antara Chegubard dan Rafizi, sementara Shamsul Iskandar pula kurang menjadi tumpuan.

Chegubard dan Hasmi

Keserasian Chegubard dan Hasmi yang cuba mendekatkan diri orang muda dilihat sebagai kekuatan utama mereka dalam parti.

Jika Chegubard popular di kalangan anak muda, Hasmi pula lebih mesra dengan pimpinan-pimpnan mahasiswa dari universiti tempatan. Barangkali gandingan kedua-dua pemuda ini adalah yang terbaik bagi kepentingan parti, namun pihak atasan parti lebih gemar akan Rafizi Ramli yang jarang dikenali orang muda.

Sementara Chegubard diramal untuk memenangi jawatan tersebut, Hasmi pula dijangka melakukan kejutan atau keajaiban dalam pemilihan nanti.

Chegubard (gambar kanan) dari Negeri Sembilan dan Hasmi di Johor. Mereka sama-sama mempunyai jentera setia masing-masing, sungguhpun kadangkala puak berkepentingan akan sekali-sekala mengugut keluar parti dan masuk parti lawan.

Chegubard pernah menerajui kempen Black 14 (2004) yang menjelajah seluruh Negara berkempen untuk pemulihan sistem Negara dengan mengambil isu Anwar Ibrahim sebagai subjek utamanya.

Hasmi pula bergerak di belakang Institut Kajian Dasar dan Komuniti Jalan Telawi melalui program seni Apuke sekitar masa yang sama. Hasmi juga petah dengan pendekatan politik gimiknya sebelum ini seperti manifesto Angkat Semangat Zaman dan sebelum itu Pencerahan.

Persaingan sengit di Sabah

Selain daripada itu Sabah juga menjadi tumpuan pemilihan kali ini kerana persaingan sengit dijangkakan bagi semua jawatan di 26 cabang. Khabar angin hangat mengatakan terdapat dua kumpulan utama dalam keADILan Sabah, iaitu kumpulan yang pro-Jeffrey Kitingan dan kumpulan yang pro-Ansari Abdullah.

Cabang Kota Belud diura-urakan akan melihat pertandingan tiga pejuru oleh Saidil Simoil, Jalumin Bayogo dan Shukor Momin. Jeffrey pula dijangka akan meninggalkan Cabang Keningau dan bertanding Cabang Pensiang menentang Danny Andipai.

Ansari yang merupakan Ketua Cabang Tuaran akan ditentang oleh Edward Linggu bekas Adun Temparuli. Mozes Iking bapa kepada model Daphne Iking, yang menentang Joseph Pairin Kitingan di Tambunan dalam pilihan raya umum lalu pula dijangka bertanding di Cabang Keningau yang juga menjadi perhatian John Jinus Sibin.

Nampaknya cuaca politik Sabah jauh berbeza daripada di Semenanjung, mungkin kerana pucuk pimpinan pusat tidak dapat mengatur caturan mereka di negeri di bawah bayu itu.

Amalan demokrasi yang menjadi tunjang kepada keADILan telah melahirkan ramai penentang-penentang di dalam partinya. Selain daripada pelbagai aliran pemikiran yang kritis, keADILan juga melihat pertembungan idea-idea tua dan muda.

Secara keseluruhanya ini adalah suatu perkembangan yang baik dari segi amalan demokrasi. Sama ada ini adalah petanda yang baik kepada politik nasional, masih menjadi tanda soal dan hanya masa akan menentukannya.


Merdeka Review

Tindakan UMNO memalukan Islam

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Kerajaan Selangor menyifatkan tindakan Umno mempolitikkan isu kehadiran Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching bagi menyampaikan sumbangan di Surau Al-Huda, Kajang minggu lalu keterlaluan dan memalukan umat Islam, kata pegawai Menteri Selangor hari ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, apatah lagi tindakan pantas Teo memberi penjelasan dan memohon maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan seluruh umat Islam sepatutnya diterima semua pihak dengan terbuka.

“Tindakan wakil rakyat itu sepatutnya telah memadamkan sebarang unsur prasangka terhadap mana-mana pihak,” kata Faekah dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, ia juga menunjukkan komitmen pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk menyelesaikan isu lebih besar dan mutakhir yang boleh mengganggu gugat kestabilan negara antaranya; jenayah pembuangan bayi, rogol, rasuah dan jenayah sosial lain.

“Jenayah-jenayah inilah yang sebenarnya menghina kesucian agama Islam dan umatnya.

“Umat Islam diajar bersyukur kepada Allah di atas limpah kurnia-Nya dan berterima kasih kepada kebaikan manusia.

“Tindakan menyerang Teo yang menyerahkan sumbangan untuk membaiki pagar surau begitu begitu terpesong dari ajaran Islam dan memalukan umat Islam,” katanya.

Faekah berkata, beliau khuatir jika tindakan ini tidak dikawal ia akan melebarkan jarak pemahaman antara kaum dan agama yang sememangnya gagal ditangani secara bijak oleh pemerintah BN.

“Kerajaan Selangor memandang serius perkara ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang sengaja mewujudkan ketegangan dalam hal-hal agama mahupun kaum.

“Kerajaan Selangor pada masa yang sama, mengamalkan politik matang dengan meletakkan kepentingan rakyat teramai mengatasi ideologi politik itu sendiri,” katanya.

Kata beliau, kerajaan negeri sentiasa merai dan mengalu-alukan mana-mana pihak untuk mengimarahkan masjid dan surau dengan aktiviti keagamaan dan kebajikan.

“Berpaksikan prinsip inilah, kerajaan Selangor dengan hati terbuka membenarkan pemimpin dari kerajaan pusat dan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan di masjid dan serta surau di negeri ini bagi mengimarahkan rumah Allah sepanjang bulan Ramadan penuh berkat ini.

“Kerajaan Selangor mengambil pendirian bahawa sumbangan kepada golongan miskin dan memerlukan bantuan ketika ekonomi kian mencengkam ini adalah lebih penting dan melangkaui fahaman politik kepartian,” katanya.

Faekah juga menggesa semua pihak berhenti dari membuat telahan dan tohmahan jahat kepada mana-mana pihak yang akhirnya akan memberi kesan negatif kepada kefahaman agama Islam itu sendiri.

“Jangan sampai kesucian Islam dicemari semata-mata kerana sikap prejudis yang mengatasi akal dan budi.”


The Malaysian Insider

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke 53 oleh Setiausaha Agung DAP

Merdeka bererti kita bebas daripada penindasan dan pengekangan hak. Merdeka bererti Malaysia bebas daripada undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan banyak lagi undang-undang yang bersifat anti-rakyat dan anti-kebebasan.

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke 53 oleh Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng di Petaling Jaya pada 30 Ogos 2010:

Dengan rasa rendah diri, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Merdeka 2010 kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Tidak ada gunanya jika kita melaungkan Merdeka tetapi kosong tanpa amalan. Tidak ada gunanya bercakap soal perpaduan kaum jika ada anasir-anasir yang meniupkan api perkauman. Tidak ada gunanya mengaku anti-perkauman jika membiarkan musuh-musuh perpaduan menggalakan sikap benci-membenci antara kaum dan agama.

Saya ingin tegaskan bahawa DAP dengan penuh iltizam telah berjuang ke arah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dengan menawarkan peluang saksama dan keadilan untuk semua. DAP tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menjamin hak-hak setiap rakyat di negara ini.

Malangnya, iltizam dan semangat DAP ini cuba dipatahkan oleh segelintir manusia yang tidak mahu melihat masyarakat Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan kasih sayang.
Saya sendiri telah banyak kali menjadi mangsa fitnah dan pembohongan Utusan Malaysia dan beberapa pemimpin politik. Sahabat-sahabat saya dalam DAP seperti Tony Pua, Teo Nie Ching, Teresa Kok serta para pemimpin PAS dan PKR turut menjadi mangsa pembohongan kumpulan-kumpulan rasis ini. Dan yang menyedihkan, tidak ada tindakan tegas daripada kerajaan Barisan Nasional yang kononnya mengaku tidak mahu tunduk kepada perkauman.

Di kala DAP rapat dengan orang Melayu, golongan rasis telah memutarbelitkan niat murni kami untuk memupuk persaudaraan dengan orang Melayu.

Di kala DAP menghulurkan salam silaturrahim kepada umat Islam di Malaysia, kumpulan rasis yang sama itu memutarbelitkan hasrat suci kami untuk bersahabat dan mengikat tali persaudaraan dengan umat Islam.

Di kala DAP mengajak semua kaum di negara ini, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan sebagainya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, kumpulan-kumpulan rasis yang telah kehabisan modal terus membohongi rakyat untuk memastikan usaha perpaduan tulen ini gagal.

Mereka bertindak demikian kerana mereka sedar bahawa politik using secara pecah perintah dan syak-wasangka antara kaum sudah tidak diterima lagi. Mereka bimbang mereka tidak akan menjadi relevan lagi. Mereka takut kehilangan saki baki kuasa yang mereka pernah ada suatu ketika dahulu.

Erti Merdeka amat penting kepada kita semua kerana ia mencerminkan kematangan rakyat Malaysia dalam mengharungi cabaran, khususnya dalam usaha kita untuk memupuk perpaduan kaum.

Merdeka bererti kita bebas daripada penindasan dan pengekangan hak. Merdeka bererti Malaysia bebas daripada undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan banyak lagi undang-undang yang bersifat anti-rakyat dan anti-kebebasan.

Malah, Merdeka juga sepatutnya bererti Malaysia bebas daripada rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, diskriminasi dan perkauman. Merdeka bermaksud rakyat hidup aman damai tanpa rasa takut.

Bagi pihak DAP dan Pakatan Rakyat, sempena Hari Merdeka yang mulia ini, kami yakin rakyat akan membuat pilihan yang bijak dalam pilihan raya umum akan datang. Kami berjanji akan melaksanakan erti Merdeka yang sebenar untuk membebaskan rakyat daripada belenggu tekanan dan ketakutan.

Malah, apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, kami menawarkan RM1,000 kepada setiap warga emas, member perhidmatan wi-fi percuma untuk semua dan menghapuskan saman ekor. Ini hanya sekadar beberapa usaha kami untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.


LIM GUAN ENG

Panas!! Seorang lagi ADUN Wanita DAP memasuki Masjid!!

Soalnya Apakah Puak-Puak UMNO Akan Terus Meracau Melihat Aksi Terbaru YB Ini?

Dan adakah beruk-beruk peliharaan mereka akan terus menangkap dan memasukkan ke dalam mulutnya isu ini? Ala.. macam beruk telan mercun tu lah yang Mat Sabu kata di SINI

******************************************

KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Panas! Itulah yang boleh diperkatakan terhadap gambar wakil rakyat pembangkang ini. Biar pun isu panas susulan kes Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching berada dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral belum berakhir. Kini satu lagi kejutan berlaku, gara-gara tindakan wakil rakyat DAP. Namun, sekali ini ia agak berbeza dan pastinya memberi tamparan hebat kepada puak-puak UMNO BN sebenarnya.

Kini heboh dilaman facebook gambar YB Hannah Yeoh (foto), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya pula masuk ke dalam sebuah masjid di ibu negara. Menurut sumber beliau dipercayai hadir untuk program Iftar Ramadhan disamping menyampaikan sumbaangan derma untuk satu majlis berbuka puasa di Masjid Al-Falah dekat sini.

Apa yang menarik, gaya dan penampilan beliau mengalahkan pemimpin wanita UMNO yang kononnya Islam itu sendiri. Dengan mengenakan baju kurung Melayu dan bertudung, YB Hannah dilihat sungguh anggun bergaya untuk bersama rakyat disitu.

Jika sebelun ini, YB Teo Nie Ching dipertikaikan kerana masuk ke dalam masjid kemudian berucap di ruang solat utama tanpa menutup aurat. Kini segalanya jauh berbeza sama sekali. Dengan penampilan yang penuh adab dan tatasusila itu, apakah akan ada lagi suara-suara sumbang yang mempertikaikan orang bukan Islam masuk ke dalam surau-surau dan masjid seperti yang digembar-gemburkan sekarang ini.

Malah, penampilan YB Hannah Yeoh dilihat lebih Islamik daripada sebilangan besar pemimpin Wanita UMNO yang kononnya mahu bercakap soal Islam itu sendiri. Kini, terbukti bahawa puak-puak UMNO BN mula "terdiam membisu" tanpa sebarang hujjah lagi untuk mempertikaikan "larangan orang bukan Islam" masuk ke dalam rumah Allah itu.

Ternyata lidah mereka kelu tanpa sebarang kata-kata melihat apa yang berlaku ini. Soalnya sekarang, apakah mereka mahu terus meracau dan mahu mempolitikkan isu ini agaknya?


YB Hannah Yeoh sempat bergambar kenangan dengan muslimat yang hadir

Sesungguhnya apa yang berlaku ini pasti akan membuatkan puak-puak UMNO tidur tak lena. Mereka kononnya ingin memainkan isu ini bagi membuktikan bahawa pemimpin DAP menghina agama Islam. Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Malah, pemimin Cina dalam DAP lebih memahami dan menghormati kesucian agama Islam itu sendiri.

Melihat aksi YB Hannah ini, terkadang kita merasa sudah tiba masanya perpaduan sesama rakyat Malaysia itu menjadi agenda dan pokok utama Pakatan Rakyat. Perpaduan yang dicanang-canangkan dalam UMNO tidak mungkin akan berlaku kerana mereka lebih berselera untuk menggunakan "bangsa" sebagai alat perpaduan. Walhal, Islam itulah sepatutnya yang paling utama. Inilah yang berlaku, apabila Islam difahami maka orang bukan Islam tiada masalah dengan Islam.

Cuma, puak-puak UMNO yang gunakan media mereka untuk menakutkan rakyat sebenarnya.


Pahang Daily

UMNO jadi macam beruk telan mercun.

Bang Mat kata kat UMNO atau kata kat blogger Pro UMNO ni?? ayat kat bawah ni nampak macam kata kat blogger Pro UMNO saja..

"Umno tidak ubah seperti beruk yang menelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit kerana bahan itu meletup. Bila tuan beruk membakar mercun, dia baling ke atas, maka beruk ingatkan benda apa, lalu melompat dan terus memasukan ke dalam mulutnya.

Kan Blogger Pro UMNO selalu memainkan isu yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia tu tanpa usul periksa.. contoh terbaru isu Teo Nie Ching masuk ke surau.. depa kata bola tanggung tu.. kah.. kah.. kah.. blogger Pro UMNO tu macam beruk telan mercun tu lah.. Bila tuan beruk membakar mercun, dia baling ke atas, maka beruk ingatkan benda apa, lalu melompat dan terus memasukan ke dalam mulutnya. kah.. kah.. kah..


Umno jadi macam beruk telan mercun
Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 30 Ogos: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan, Umno kini tidak ubah seperti seekor beruk yang tertelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit akibat letupan ketika bermain bersama tuannya.

Apa tidaknya, tambah beliau, semua bahan dakyah yang direka khas untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat mahupun memperlihatkan kepada dunia bahawa PAS tidak patriotik terhadap negara akhirnya memakan diri Umno.

Katanya, kenyataan demi kenyataan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin hari kian berkumandang di dada akhbar atau media elektronik menghentam PAS dan Pakatan Rakyat.

"Umno tidak ubah seperti beruk yang menelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit kerana bahan itu meletup. Bila tuan beruk membakar mercun, dia baling ke atas, maka beruk ingatkan benda apa, lalu melompat dan terus memasukan ke dalam mulutnya.

“Apa lagi, pecah mulut binatang tersebut," ujarnya sinis ketika berucap pada program Ihya Ramadhan Perdana di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.

Turut berceramah ialah Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Halim Husain

Berucap dalam majlis anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri itu, beliau berkata, rakyat kini sudah matang berpolitik dan tidak menunjukkan reaksi terhadap isu yang ditimbulkan Umno itu.

Katanya, Umno BN begitu cemburu apabila melihat PAS bersama DAP duduk sepentas bercakap soal kebajikan rakyat, penyelewengan, penipuan pemimpin Umno dan banyak lagi.

"Fenomena itu yang membimbangkan Umno dan BN. Mereka kecut bila berhadapan dengan pembangkang seperti PAS yang tahu di mana kelemahan parti asobiah itu," jelas beliau.

Menurutnya, ketakutan Umno kepada PAS bertambah teruk apabila PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kini berperanan sebagai sebuah sayap terbaru parti untuk berhadapan dengan BN pada masa depan.


Harakah Daily

Teo Nie Ching dapatkan pandangan TG Nik Aziz (Video Inside)



Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari bagi mendapatkan pandangan mursyidul am PAS itu berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Pertemuan itu berlangsung di Rumah Kelantan di ibunegara selepas menteri besar dan delegasi kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur, di Jalan Duta.

Menurut Harakahdaily, selepas pertemuan itu, Nie Ching berkata, beliau gembira dapat bertemu dan mendapat pandangan mursyidul am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Teo mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang Sentral untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut dan dijemput jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut dan akan memberi surat amaran kepada Teoh.




Berita : Malaysiakini
Video : TVPas

Teo ke Surau lagi.. akan gila babikah penyokong UMNO?

Kali ini dengan sedikit kemajuan.. sudah tahu untuk bertudung biarpun bertudung seperti Rosmah Mansor.. sekurang-kurangnya beliau mula belajar tentang adab untuk masuk ke Masjid dan majlis juga diadakan diluar surau..

Teo hadiri satu lagi majlis di surau



Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.

Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

Malah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.

Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.

Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.

Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh.


Malaysiakini

Mengimarahkan Surau cara UMNO, the Video..

Menurut para penyokong UMNO yang semakin terserlah kebodohan mereka kini, Masjid dan Surau menurut mereka adalah kawasan terlarang buat 'seorang' bukan Islam.

Penyokong-penyokong dan juga pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sewajarnya belajar bagaimana mempergunakan Surau atau Masjid sebaiknya dari UMNO Parti Melayu terbesar di negara Ini seperti yang dipaparkan didalam video ini..

Ini adalah videoclip yang memaparkan bagaimana UMNO mengimarahkan surau ..

Videoclip ini juga membuktikan kebenaran dakwaan penyokong UMNO bahawa Masjid atau Surau itu adalah terlarang buat 'seorang' bukan Islam.. tapi terbuka jika mereka datang beramai-ramai..

Pengimarahan ini berlaku dengan meriahnya didalam sebuah Surau yang bernama Al-Falah disebuah sekolah .

Pertandingan rias pengantin ini telah diadakan di dalam sebuah surau bersempena denagn Karnival 'Juara' Rakyat anjuran MAYC & Umno Kuala Langat 9Mei2010.



Membangsatkan Nama Islam

By Syahredzan Johan

Malaysia sering diiktiraf di persada dunia sebagai negera majoriti Muslim yang moderat dan toleran. Malangya, kita tidak dapat lagi berbangga dengan kenalan ini. Saban hari bertambah laporan mengenai insiden-insiden berunsur ekstrimis dan zalim yang membangsatkan nama Islam.

Pada dekad pertama abad ke 21, akibat serangan pengganas yang dikatakan beragama Islam, dunia telah mengaitkan agama tersebut dengan keganasan dan ekstrimisme. Namun persepsi negatif ini tidak menular ke Malaysia. Untuk sekian lama, Malaysia dikenali di persada dunia sebagai “a moderate Muslim country.”



Malangnya, akhir-akhir ini kita tidak lagi boleh berbangga dengan panggilan ini. Kini kita menjadi tajuk utama seantero dunia kerana pelbagai perkara negatif yang dilakukan atas nama Islam. Islam di Malaysia semakin dilihat sebagai agama yang tidak toleran, angkuh dan melampau. Islam di Malaysia semakin dikatakan sebagai agama yang menekan hak-hak orang bukan Islam. Islam di Malaysia semakin disamakan dengan kezaliman.

Manakan tidak?

Dengan nama Islam, ada yang mahu menentukan nama tuhan yang boleh dipanggil oleh penganut agama lain.

Dengan nama Islam, ada yang membakar gereja.

Dengan nama Islam, ada yang membantah pembinaan kuil dengan berarak membawa kepala lembu yang telah disembelih.

Dengan nama Islam, ada yang memberi jusitifikasi penggunaan akta zalim seperti ISA.

Terbaru, sebuah NGO Melayu membuat laporan polis kerana membantah pementasan yang hendak dianjurkan oleh sebuah geraja di Shah Alam. Alasan yang diberikan adalah kerana Shah Alam adalah sebuah bandar yang majoriti penduduknya Muslim dan pementasan tersebut adalah pada bulan Ramadhan. Kononnya, ini akan “menyinggung sensitiviti” umat Islam yang sedang berpuasa.

Di Pulau Pinang, seorang khatib didesak untuk meminta maaf kerana telah mendoakan kesejahteraan seorang pemimpin bukan Islam. Alasan yang diberikan adalah kononnya perbuatan mendoakan orang bukan Islam adalah salah.

Terkini, isu yang hangat diperkatakan adalah kunjungan seorang ahli Parlimen bukan Islam ke sebuah surau untuk memberi sumbangan. Isu ini telah dipolitikkan oleh pelbagai pihak, sehingga ia melibatkan pihak istana. Maka jawatankuasan pengurusan surau itu digantung dan ahli Parlimen tersebut diberi amaran oleh majlis agama yang berkenaan. Saya tidak tahu sejak bila pula orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid atau surau. Tidak pula diberikan dalil atau hujah untuk menjustifikasi arahan yang tidak masuk akal ini.

Adakah ini cara kita berdakwah pada abad ke-21? Kita tolak orang bukan Muslim sejauh-jauhnya daripada Islam, kita berlaku zalim ke atas mereka dan kita rampas hak mereka untuk mengamalkan agama mereka. Adakah kita beranggapan bahawa dengan tingkahlaku kita ini, mereka akan lebih dekat dengan Islam? Kalau inilah strategi dakwah abad ini, saya berpendapat kita harus memikir semula strategi bodoh ini. Tindakan seperti ini memburukan nama Islam dan menyebabkan orang bukan Islam berfikir bahawa Islam itu adalah agama yang sempit, melampau dan zalim.

Kononnya, orang bukan Muslim seharusnya menjaga “sensitiviti” orang Islam. Kita harus bertanya, apakah “sensitiviti” yang dimaksudkan ini? Adakah terdapat justifikasi ke atas “sensitiviti” ini?

Sebahagian besar Muslim di Malaysia tidak pernah terdedah dengan kehidupan sebagai penduduk minoriti di sesebuah negara. Maka dari situ timbul retorik bahawa sensitiviti Muslim harus dijaga kerana Islam dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia. Menggunakan logika yang sama, sudah tentu Perancis boleh mengharamkan pemakaian purdah dan Switzerland boleh mengharamkan pembinaan mimbar kerana “menyinggung sensitiviti” majoriti rakyat negara-negara tersebut. Juga menggunakan logika sama, cadangan membina masjid di tapak berlakunya serangan World Trade Centre tidak boleh diterima kerana ia kononnya “menyinggung sensitiviti” keluarga mangsa kejadian. Mengikut logika yang digunakan, maka hak penganut agama Islam yang menjadi minoriti di negara-negara tersebut harus dikorbankan demi menjaga “sensitiviti” majoriti.

Apabila kita majoriti, terlalu mudah untuk kita jatuh dalam perangkap pemikiran bahawa kekuatan itu adalah kebenaran.

Adakah kita lupa bahawa ketika menyebarkan Islam, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengajar bahawa semua manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan seseorang itu hanyalah iman? Sudah tentu perkara ini “menyinggung sensitiviti” sebahagian besar Arab Quraisy pada ketika itu, lebih lagi mereka yang mempunyai status di dalam masyarakat Quraisy. Adakah Nabi Muhammad S.A.W. seharusnya menghentikan ajaran Islam pada ketika itu demi menjaga “sensitiviti” masyarakat Quraisy?

Ini bukan Islam yang saya kenali. Ini bukan Islam yang menjadi cara hidup saya. Islam tidak pernah mengajar penganutnya berfikiran sempit, bertindak melampau dan berlaku zalim. Islam mementingkan keadilan dan kesaksamaan. Islam adalah agama indah dan keindahan itu dapat dilihat melalui kehidupan dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W, junjungan umat Islam. Tindakan mereka ini adalah jelas bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh baginda.

Mereka telah membangsatkan nama Islam demi kepentingan sendiri. Lebih menyedihkan lagi, mereka adalah berpangkat, samada pemimpin politik atau agama. Orang Islam sering mempersalahkan media Barat kerana memberi gambaran yang salah tentang Islam, tetapi apa kurangnya golongan ini yang telah memberi gambaran negatif terhadap Islam melalui tingkahlaku mereka?

Harapan saya adalah bahawa orang yang bukan beragama Islam tidak tersalah anggap bahawa Islam yang sebenar adalah Islam yang mana namanya telah dibangsatkan oleh mereka ini.

Pemilihan PKR : Mampukah Adil, Bebas?

Tokoh sejarah negara, Prof. Khoo Kay Kim mempertikaikan kemampuan Pemilihan 2010 didalam PKR akan berjalan dengan adil dan bebas memandangkan terdapat isu-isu yang membabitkan kepimpinan parti tersebut yang masih belum selesai.

“Pemilihan yang berdasarkan akar umbi sememangnya baik kerana dapat mengelak dari berlakunya politik wang dan mengurangkan kewujudan kem-kem dan puak-puak dalam parti.

Tetapi kewujudan kem dalam mana-mana parti memang wujud sama ada dibuat pemilihan secara akar umbi atau melalui ketua-ketua yang dipilih. Ini sememangnya budaya dalam politik.”

Menurut beliau, sebagai ahli sejarah yang tidak condong kepada mana-mana pertubuhan politik, usaha memilih pemimpin melalui suara seluruh anggota parti disemua peringkat merupakan suatu sejarah kepada negara oleh sebuah pertubuhan politik.

“Sebagai orang luar saya meneydari telah wujud kem-kem dalam PKR yang masing-masing cuba untuk menjadi pemimpin. ada puak kiri dan ada puak kanan. Saya pun tak tahu siapa yang kanan dan siapa yang kiri tapi inilah gambaran yang ada. Bila wujud puak-puak dalam parti, sudah pasti sukar bagi diadakan pemilihan yang adil dan bersih.

Ada yang digantung kerana desakan dari pihak kanan atau jawatankuasa yang telah dilantik.Manakala keanggotaan dari sesebuah jawatankuasa tersebut dipilih terdiri dari puak kanan yang sudah tentu akan menekan pihak kiri atau pemimpin dari pihak kiri,” jelas Prof. Khoo.

“PKR perlu buktikan berlaku pemilihan yang adil dan bebas kerana ini akan memberi imej parti tersebut kepada rakyat. Malah saya yakin parti-parti politik lain samaada Pakatan atau BN mahu melihat perkembangan ini.

Rakyat sedang melihat banyak hal dalam PKR berhubung perlbagai isu yang dirujuk sebagai masalah dalaman yang masih belum berjaya diselesaikan.

Jangan biarkan rakyat menilai PKR sebagai sebuah parti yang terlalu ‘berpolitik’ sehingga mengabaikan matlamat memebela nasib rakyat,” jelas Khoo.


Sumber : UREKA.ASIA

William Leong : Saya dijemput berucap.

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Selepas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching “diserang” kerana didakwa memberikan ucapan di ruang solat sebuah surau, rakan sejawatannya William Leong yang menjadi mangsa terbaru Umno-BN, mempertahankan tindakannya sambil meminta jangan mencampuradukkan politik dan agama.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ahli Parlimen Selayang dari PKR itu berkata, kunjungannya ke masjid tersebut adalah untuk memberikan sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian Parlimen Selayang.

“Saya datang kerana dijemput untuk beri sumbangan dan bila saya sampai di kawasan masjid program tersebut sudah pun bermula.

“Tetamu yang berada di luar menyuruh saya masuk ke dalam ruang solat untuk memberikan sumbangan,” kata beliau yang juga Bendahari PKR.

Semalam, Mingguan Malaysia menyiarkan berita wakil rakyat itu dikatakan diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Serangan terhadap Ahli Parlimen Selayang itu berlaku selepas seminggu daripada kejadian yang hampir sama dengan Teo yang didakwa menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang minggu lalu.

Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Mengulas lanjut, Leong memberitahu, tindakan laporan akhbar tersebut seolah-olah mahu menjatuhkan imejnya sebagai wakil rakyat.

“Saya hanya menjalankan tugas dan tiada niat untuk mempermainkan isu agama.

“Saya datang hanya beri sumbangan kemudian disuruh berucap sedikit, itu sahaja. Malah saya tidak bercakap apa pun mengenai politik,” katanya.

Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ternyata kecewa apabila isu agama cuba dipolitikkan semata-mata mahu memberikan tanggapan negatif kepada beliau.

“Saya memang kesal kerana isu agama dan politik dicampuradukkan.

“Selain itu, saya harap isu ini tidak lagi dipolitikkan kerana bagi saya agama adalah agama bukan untuk dipolitikkan,” tegasnya.

Menurut Leong, sebanyak 10 masjid dan 17 surau di Parlimen Selayang akan menerima sumbangan sempena Ramadan.

“Saya hadir beri sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan saya, itu sahaja,” katanya lagi.


The Malaysian Insider

Ibrahim Ali melanggar Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Dalam satu sidang medianya semalam (29 Ogos 2010) Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali telah berkata “Perlu ada undang-undang bagi menghalang insiden bukan Islam memasuki kawasan surau dan masjid,”

Kenyataan bodoh dari Ibrahim Ali ini yang mahukan undang-undang digubal bagi menghalang bukan Islam dari memasuki kawasan Surat atau Masjid ini adalah jelas bertentangan dengan keputusan yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010.

Dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia itu telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Hujah-hujah mereka adalah

1.Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2.Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3.Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4.Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Jadi siapa Ibrahim Ali untuk mempertikaikan dan melanggar keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ini?

**********************************************

Perkasa mahu undang-undang halang bukan Islam kunjungi masjid

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Perkasa mahu undang-udang digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau meskipun tokoh agama berpandangan bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Muslim berbuat demikian.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa bukan Islam boleh mengunjungi rumah ibadat umat Islam.

Selain mereka, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga mempertahankan kunjungan bukan Islam ke masjid dan surau.

Malah pandangan Perkasa itu bertentangan dengan fatwa Mac lalu yang membenarkan pelancongan mengunjungi masjid.

“Perlu ada undang-undang bagi menghalang insiden bukan Islam memasuki kawasan surau dan masjid,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada sidang media di sini hari ini.

Meskipun beliau mengakui bahawa bukan Islam pernah memasuki masjid ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, Ibrahim berkata, menjadi tanggungjawab Islam untuk mempertahankan kesucian rumah ibadat.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini turut menuduh Nik Aziz tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

“Sebagai Muslim, taqwa mengatakan bahawa kita mesti memelihara kesucian masjid. Nik Aziz seorang yang beriman tetapi kurang bertaqwa,” kata Ibrahim.

Ibrahim menggesa Majlis Agama Islam Selangor agar mengambil tindakan ke atas jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda yang membenarkan Teo menyampaikan ucapan.

“Tindakan ini telah mencemari kesucian Islam,” kata Ibrahim.

Ibrahim menuduh wakil rakyat penggal pertama menyampaikan ucapan dengan bermotifkan politik.

“Beliau bercakap tanpa tudung dan tidak menutup aurat. Ia keterlaluan, beliau mempunyai niat politik,” kata beliau lagi.

Ibrahim berkata walaupun beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan di kuil-kuil selaku wakil rakyat tetapi lazimnya akan menolak jemputan sedemikian bagi mengelakkan politik dan agama bercampur.

“Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai,” kata beliau.


Berita dari : The Malaysian Insider
Keputusan Fatwa dari : e-Fatwa

Sunday, August 29, 2010

Kenyataan Media : Isu Bukan Islam Masuk Masjid

Kenyataan Media dari Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama Parti KeADILan Rakyat

PETALING JAYA: Bagaikan menahan lukah di pergentingan, Umno dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka.

Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, Umno dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini.

Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.

Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hukum hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini.

Empat pandangan mazhab

Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan Masjidil Haram dan kawasan tanah haram Makkah.

Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah SAW juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan Nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)."

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini.

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Sewajarnya, para wakil rakyat Pakataan Rakyat demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.

Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.

Kekecohan yang digembar-gemburkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu.

Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno ini.

Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.

Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan.

Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.

Dr Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat

Ketua AMK : Lawan Chegubard Lawan!!

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Perebutan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) - sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka jelas minggu ini apabila salah seorang bakal calon mengumumkan pendiriannya Rabu ini.

Rafizi Ramli yang pernah berada dalam AMK beberapa tahun lalu dijadual membuat pengumuman mengenai pendirian rasmi beliau sehari selepas sambutan Hari Kemerdekaan.

“Pendirian muktamad, ya (pada Rabu ini)... pendirian untuk menawarkan diri bersama-sama barisan adalah muktamad, saya dan rakan-rakan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat minggu ini,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Tetapi sudah tentu kita perlu peka kepada suara akar umbi yang akan dizahirkan melalui proses pencalonan di cabang-cabang,” tambah beliau.

Rafizi mengesahkan akan bertanding jawatan itu akhir minggu lalu.

Mengenai teras menawarkan diri tanding jawatan ketua AMK, Rafizi berkata, persoalan kepelbagaian pendekatan untuk mendekati pengundi muda yang dianggarkan 4.6 juta orang dan menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 hendak diberi keutamaan menerusi kepimpinan baru.

“Saya dan rakan-rakan saya rasakan AMK perlukan imej dan pendekatan yang pelbagai iaitu keluar dari imej tradisional yang dikaitkan dengan AMK selama ini agar boleh memikat pengundi-pengundi muda yang buat masa ini belum membuat keputusan,” kata beliau.

Katanya, persoalan ‘capturing their imagination’ ini sangat penting dengan membawa isu-isu yang dekat dengan golongan muda ke arus nasional dan perdana.

“Banyak isu ini bukan isu tradisional yang biasa dikaitkan dengan AMK... sebab itu AMK perlukan perubahan pendekatan, agar lebih berorientasikan kepelbagaian dalam menarik minat pengundi muda,” katanya lagi kepada The Malaysian Insider.

Berdasarkan pengumuman rasmi Rabu ini, penyandang ketu AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dipercayai akan berhadapan dengan saingan dua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Seorang lagi ialah Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham dan Rafizi merupakan anggota MPP.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider sama ada akan mempertahankan jawatannya, Shamsul Iskandar berkata, beliau akan mengumumkan pendiriannya dalam seminggu ini.

“Saya sedang memikirkan... akan membuat pengumuman dalam seminggu ini,” kata beliau.

Shamsul Iskandar juga dijangka akan mengumumkan barisan gandingannya minggu depan.

Difahamkan, kemungkinan beliau, seorang peguam, akan bertanding mempertahankan kedudukannya adalah tinggi.

Pemilihan kali ini dilihat sengit di sebalik proses pengundian secara langsung melibatkan setiap ahli parti.

Badrul Hisham, pemimpin dari Negeri Sembilan, yang mesra dikenali sebagai “Chegubard” tidak mengumumkan secara terbuka sama ada akan bertanding jawatan tersebut ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun beliau yang disebut-sebut akan turut bertanding telah menyatakan hasrat itu di kalangan rakan dan penyokongnya.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati beliau telah secara tidak langsung melahirkan hasrat itu menerusi tulisan di blognya sejak beberapa hari lalu.

Malah, setakat ini beliau telah menulis dua ‘warkah’ bertajuk “Angin pemilihan makin terasa’ dan tiga lagi dijangka menyusul.

Dua lagi siri bertajuk “Siapa ‘chai’ che’GuBard ?” dan “Apa perancangan terhadap AMK? dan “Tuduhan che’GuBard tidak punya idealisma?” akan menyusul.

Dalam siri pertama, Badrul Hisham berkata, “dengan ini menyatakan pendirian dengan tegas tidak akan membuat pengumuman bertanding.”

“Kita memilih antara yang terbaik dalam keluarga, kenapa perlu heboh-heboh urusan dalam rumah kita.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan media arus perdana tidak sama sekali menyebelahi kita dan sentiasa umpama serigala lapar bersedia memanipulasi apa juga cerita kecil untuk menyerang parti,” katanya.

Dalam siri kedua pula, Badrul Hisham berkata, “Chegubard sudah menegaskan sebelum ini tidak akan umum bertanding.”

“Biar ‘adik-beradik’ anak muda dalam parti memutuskan,” kata Ketua Cabang Rembau ini.

Katanya, tumpuan harus diberi kepada persiapan jentera parti dalam mendepani pilihan raya khususnya di Sarawak yang terlalu hampir.

“Chegubard baru sahaja pulang dari Sarawak, negeri yang cukup berpotensi tetapi tidak ada cabang ‘rasmi’ AMK yang boleh bermesyuarat. Kenapa ini berlaku?” katanya.

Badrul Hisham berkata, jika “Chegubard hanya memberikan tumpuan berkempen pemilihan parti, tentu Sarawak tak termasuk medan kempen tetapi kerana melihat parti di sana perlu dibantu untuk mendepani pilihan raya, maka Sarawak tetap dikunjungi dan dalam masa terdekat Chegubard sudah berjanji dengan Abang Zul, calon di Saribas yang tewas 94 undi dalam pilihan raya yang lepas untuk turun membantu di tempatnya.”

“Begitulah kita bekerja walaupun Chegubard tidak berada dalam kerangka AMK, namun semangat gerakan muda itu menyebabkan kita terus menerobos segala pintu membawa pembaharuan dalam perlawan anak muda,” katanya.

Rafizi pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004.

Rafizi dijangka digandingkan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amiruddin Shari, yang kini merupakan Naib Ketua.

Amiruddin akan bertanding kerusi Timbalan Ketua AMK.

Pengundian jawatan-jawatan peringkat pusat akan diadakan November ini.

Proses pencalonan peringkat bahagian sedang berlangsung.


The Malaysian Insider

Antara Teo Nie Ching, Rosmah Mansor dan Puteri UMNO..



Teo Nie Ching ialah seorang Ahli Parlimen dari DAP, beliau telah dijemput memberikan sepatah dua kata kerana telah memberikan sumbangan kepada Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos yang lalu malangnya lawatannya itu telah mencetuskan kontroversi setelah disensasikan oleh Utusan Malaysia yang mentafsirkan ucapannya itu sebagai takzirah.- lihat di SINI

Disebabkan beliau bukanlah seorang yang berugama Islam jadi beliau tidak menutup rambutnya yang juga sebahagian dari aurat tetapi pakaiannya memang kelihatan sopan.

Kejadian ini telah dikritik hebat oleh para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang dikuasai oleh UMNO/BN. Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau sedangkan suatu masa dulu JAKIM pernah mencadangkan agar MASJID DIJADIKAN SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN.- baca di SINI

Kemudiannya mereka mempertikaikan pula cara Nie Ching berpakaian yang tidak menutup kepalanya yang juga sebahagian dari aurat denga tidak memakai tudung...



Ini pula ialah gambar Isteri Najib iaitu Rosmah sedang memberikan takzirah (layak kah dia?) didalam sebuah Surau yang tidak tahu entah dimana.

Memberikan Takzirah dengan tidak menutup keseluruhan aurat (hampir sama dengan Nie Ching)di hadiri oleh para penyokong UMNO yang jelas kelihatan ada yang tidak menutup aurat didalam Surau tersebut.

Mereka adalah orang-orang Islam yang sepatutnya lebih memahami tuntutan Islam dalam menjaga adab dan tertib ketika berada didalam Masjid atau Surau. Dan sebagai wanita yang berugama Islam cara berpakaian mereka sepatutnya jauh lebih sopan dari Nie Ching yang bukan Islam itu..

Malangnya tiada sesiapapun dari para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang berani mempertikaikan kelakuan mereka itu.. Mereka memejamkan mata mereka...

Adakah kerana perempuan itu Isteri kepada Najib dan pendengarnya pula ialah penyokong UMNO mereka tidak tertakluk kepada undang-undang Allah?


Ini juga gambar Rosmah Isteri Najib yang dibanggakan oleh
penyokong UMNO/BN.. juga memperlihatkan aurat didalam Masjid.


Ini gambar lama.. err.. bukan gambar Rosmah. Puteri UMNO sedang
membaca Al-Quran sambil mendedahkan aurat


Ini juga gambar puteri-puteri UMNO dalam satu majlis disebuah
surau atau masjid.. ada yang penampilannya sama dengan Nie Ching.


PUTERI UMNO TERKECUALI DARI HUKUM ISLAM KE???

Sama tapi tak serupa..


Penunjuk Perasaan di UPAH kata Najib..

Baca apa kata Mahathir dan Najib pasal insiden membakar bendera Malaysia di Indonesia ini..

Menurut Mahathir insiden membakar bendera Malaysia dan melontarkan najis ke bangunan Kedutaan Besar Malaysia oleh sekumpulan penunjuk perasaan, Mahathir berkata ianya dilakukan oleh kumpulan kecil yang diupah untuk melakukan perkara tersebut.

Dan Najib juga menyifatkan kumpulan yang bertindak memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu merupakan perbuatan sekumpulan penunjuk perasaan upahan.

Selari kenyataan mereka kali ini.. Mahathir kata diupah.. Najib juga kata mereka itu diupah.

UPAH.. adalah satu perkataan yang kita faham amat sinonim dalam setiap gerakkerja yang dilakukan oleh UMNO.

Bagi Najib dan Mahathir mereka merasakan apa yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di Indonesia itu adalah sama dengan tunjuk perasaan yang kini kita sering lihat dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang dilakukan oleh penyokong-penyokong UMNO dimana UPAH diperlukan untuk menggerakkannya..

Ramai yang mengatakan peserta demo yang dianjurkan oleh UMNO biasanya dibayar untuk menyertainya.. lebih besar upahnya maka lebih ramailah yang menyertainya..

Kalau semasa Pilihanraka kecil pula kita pasti akan mendengar petugas-petugas dari UMNO yang memerlukan UPAH untuk memasang poster dan juga banner, jika tiada upah maka tiada kerja akan dilakukan.

Dan jika kerja telah dilakukan sebelum UPAH dibayar dan UPAH yang dijanjikan itu hilang ditengah jalan atau dalam lain ayat telah disonglap oleh pihak tertentu.. keesokannya kita akan mendengar berita ada bendera atau poster UMNO/BN dikoyak atau diturunkan.

Malah di Permatang Pauh pernah terjadi insiden bendera UMNO/BN dibakar oleh mereka yang dijanjikan upah tersebut, bila ditanya kenapa mereka membakar bendera itu, jawabnya “depa tak bayar upah kami bang…”

Disebabkan mereka telah biasa membayar upah untuk penyokong-penyokong mereka untuk melakukan demonstrasi maka mereka menganggap penunjuk perasaan di Indonesia itu juga sama dengan penyokong-penyokong mereka..

Tapi diupah oleh siapa pula ya??

Jangan kata diupah oleh Anwar Ibrahim pula sudahlah….


Penunjuk Perasaan Upahan




KUALA LUMPUR 27 Ogos – Tindakan memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu merupakan perbuatan sekumpulan penunjuk perasaan upahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu tidak perlu dihairankan kerana di Indonesia terdapat kumpulan penunjuk perasaan yang diupah oleh pihak-pihak tertentu jika timbul satu-satu isu.

Beliau percaya dalang yang mengupah kumpulan penunjuk perasaan dalam demonstrasi tersebut mahu merenggangkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

“Saya tidak hairan kerana di Indonesia ada kumpulan upahan. Kita mesti bezakan bahawa ini adalah tindakan yang diupah oleh pihak tertentu untuk merenggangkan hubungan kita dengan kerajaan Indonesia.

“Saya tidak anggap ini sebagai mencerminkan pendirian pemerintah Indonesia malah hubungan kita dengan Indonesia sangat baik dan sangat erat. Kita amat selesa dengan hubungan ini,’’ katanya.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan rakyat Indonesia memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta Isnin lalu.

Ekoran kejadian tersebut, pasukan keselamatan Indonesia telah mempertingkatkan kawalan di Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Bagaimanapun ia tetap berulang semalam apabila kumpulan itu terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di kawasan kedutaan tersebut.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu sambil berteriak ‘Ganyang Malaysia’ bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di sempadan perairan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, 13 Ogos lepas.

Najib dalam pada itu turut mengingatkan supaya tidak ada sesiapa yang sengaja merosakkan hubungan antara kepimpinan Malaysia dan Indonesia.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai amat meresahkan rakyat Malaysia, beliau menegaskan, tujuan penunjuk perasaan adalah untuk mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat negara ini.

“Itulah niat sebenar mereka. Mereka mahu kita bertindak balas, menimbulkan kemarahan supaya hubungan kita dan Indonesia menjadi renggang. Oleh itu kita jangan terperangkap dengan permainan ini.

“Di peringkat Kabinet kita telah membincangkan isu ini dan kita juga telah memanggil Duta Indonesia di Malaysia dan kita telah meminta pihak berkuasa Indonesia mengambil langkah kawalan lebih ketat bagi menghindarkan perkara seperti ini berulang,’’ ujarnya


Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails