Saturday, July 31, 2010

Dakwaan rasuah: DAP pecat ahlinya.... tapi UMNO?

DAP hari ini memecat ahli Majis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock ekoran dakwaan amalan rasuah memperoleh kontrak RM1 juta daripada pihak berkuasa tempatan itu dengan menggunakan surat sokongan Exco Kerajaan Negeri.

Itu adalah tindakan yang diambil oleh pihak DAP terhadap ahlinya yang dituduh mengamalkan rasuah bagi memperolehi kekayaaan..

DAP ialah sebuah Parti yang majority ahlinya bukanlah berugama Islam dan sudah tentulah bukan juga berbangsa Melayu.

Biarpun ada pencacai UMNO mengatakan tindakan DAP memecat Tee ini umpama ‘habis manis , sepah dibuang’ sebenarnya apa yang tersirat disini ialah DAP tidak memerlukan Ahli yang mengamalkan rasuah terus kekal bersama mereka, tidak seperti UMNO.

Contoh paling jelas UMNO mengekalkan ahlinya yang terlibat dengan gejala rasuah ialah Isa Samad, beliau bukan saja dikekalkan keahliannya didalam UMNO malah telah diangkat menjadi calon bagi PRK Bagan Pinang yang berlalu pada 11 Oktober yang lalu.

Pada pagi 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang). Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahu 2004.

Tidak malukah UMNO terhadap tindakan DAP yang memecat ahlinya yang disyaki mengamalkan rasuah itu? Sedangkan boleh dikatakan keseluruhan ahlinya terdiri dari Melayu yang berugama Islam?

************************************************

Dakwaan rasuah: DAP pecat ahli majlis MPK
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

PETALING JAYA, 31 Julai — DAP hari ini memecat ahli Majis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock ekoran dakwaan amalan rasuah memperoleh kontrak RM1 juta daripada pihak berkuasa tempatan itu dengan menggunakan surat sokongan Exco Kerajaan Negeri.

Tee sebelum ini diminta mengambil cuti oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Tan Kok Wai selepas kes itu dilaporkan oleh akhbar awal minggu ini.


Pada sidang media di sini petang ini, Tan berkata parti mendapati ada asas yang kukuh terhadap dakwaan ke atas Tee (gambar).

“Sementara nilai kontrak belum ditentukan, kami dimaklumkan oleh jawatankuasa negeri Selangor bahawa salah satu syarikat yang anda berikan surat sokongan dikaitkan dengan anggota keluarga anda dan dilakukan tanpa kelulusan YB Ronnie Liu,” kata parti dalam surat pemecatan kepada Tee.

Tan memberitahu pemberita bahawa jawatankuasa disiplin sebulat bersetuju bahawa wujud elemen konflik kepentingan di mana Tee menyalahgunakan pejabat Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor bagi kepentingan diri.

Beliau menambah perbuatan Tee boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dan telah menjejaskan imej parti.

Jawatankuasa disiplin juga telah mengarahkan Liu supaya membuat aduan polis.

Tan berkata DAP akan meminta agar Tee disingkirkan sebagai ahli majlis MPK dengan segera.

Jawatankuasa disiplin juga akan mengadakan sesi pendengaran kedua untuk menentukan dakwaan bahawa Liu telah mengarahkan salah satu surat sokongan dikeluarkan.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Tee telah diarahkan bercuti sementara siasatan dilakukan ke atas dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyalahgunaan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kontrak MPK.

Tee bercuti bermula semalam sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

“Tee sendiri telah maklum dengan perkara ini dan beliau bersetuju dengan rela hati untuk bercuti buat sementara waktu,” kata Khalid.

Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyiasat dakwaan seorang ahli majlis MPK telah menyalahgunakan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Tee, ahli majlis penggal ketiga itu telah menafikan dakwaan itu sambil meminta MPK membentuk pasukan petugas khas untuk menentukan kebenaran.

Liu juga menafikan kepala surat beliau telah disalahgunakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, DAP juga mengecam tindakan pengeluaran surat sokongan bagi tujuan perniagaan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) dan pegawai-pegawai mereka yang tidak dipilih.

“Kesemua pegawai PR termasuk agensi-agensi negeri harus mengetepikan surat sokongan perniagaan yang dikeluarkan bagi memastikan kesemua urusan komersial mengikut aturan dan juga bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat tentang wujudnya salah guna kuasa atau pilih kasih,” kata DAP.


The Malaysian Insider

Mustapa Mohamed Bohong tentang FDI..

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009.

"Beliau tidak bercakap benar, berpusing-pusing beri alasan remeh," katanya kepada Malaysiakini di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar hari ini.

Razaleigh mengulas alasan menteri itu bahawa Malaysia hanya berjaya menarik FDI sangat sedikit berbanding ekonomi negara jiran kerana ia melibatkan skala pembangunan pada tahap berbeza, justeru tidak boleh menarik pelaburan infrastuktur.

Mustafa dilaporkan berkata ini kerana Malaysia tidak berminat menarik pelaburan dalam sektor pulangan rendah seperti yang melanda ekonomi kawasan lain.

Razaleigh yang juga ahli parlimen Guan Musang mengetepikan perkiraan bahawa pelabur tempatan lari ke luar negara kerana pasaran Malaysia sudah tepu.

"Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura? Awak boleh tanya mereka.

"Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan," katanya.


Malaysiakini

Takkan Ling Liong Sik sorang saja kot.... - Guan Eng (Video Inside)

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam mengulas mengenai dakwaan yang dikenakan terhadap Bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik yang telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia, menyifatkan dakwaan itu sebagai satu langkah ke depan.

Bekas Presiden MCA itu telah dituduh menipu kerajaan Malaysia bagi mendapatkan kelulusan pembelian tahan di Pulau Indah antara 25 Sept dan 6 Nov. 2002 di tingkat 4 Pejabat Perdana Menteri yang terletak di Bangunan Perdana Putra

Bagaimanapun Guan Eng mempertikaikan mengapa hanya Bekas Presiden MCA seorang sahaja yang dikenakan tindakan padahal adalah agak mustahil Bekas Presiden MCA itu melakukannya sendirian.

Kenyataan sepenuhnya sila lihat videoclip dibawah, sebelum itu berikut adalah sedikit fakta mengenai PKFZ.

Projek Port Klang Free Zone (PKFZ) adalah sebuah projek antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan United Arab Emirates yang bertujuan untuj menarik pelabur-pelabur asing ke Malaysia dan meningkatkan daya saing Negara dengannegara-negara lain serta menjadikan Pelabuhan Klang sebagai muatan utama di rantau ini.Projek ini akan menjadi pemangkin utama di dalam memajukan aktiviti ekonomi dan pembangunan di Pulau Indah serta menambah jumlah kargo yang dikendalikan di Pelabuhan Klang.

Jemaah Menteri pada 24 Mac 1999 telah bersetuju supaya Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli tanah seluas 830 ekar di Pulau Indah untuk pembangunan projek PKFZ.

Pada 14 Februari 2001, Jemaah Menteri bersetuju supaya Kerajaan menerima tawaran tambahan pembelian tanah di kawasan tersebut seluas 170 ekar lagi menjadikan jumlah luas keseluruhan ialah 1000 ekar.

Jemaah Menteri pada 21 Februari 2001 telah mengambil maklum bahawa kos tanah gagi 1000 ekar adalah RM1,088 Billion berasaskan harga RM25 sekaki persegi. Apabila diambil kira kos bebanan dan beban faedah sebanyak RM1,352 Billion jumlah keseluruhan projek menjadi RM2.44 Billion, walaubagaimanapun Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara telah membangkitkan kekhuatiran mengenai beban tersebut.



Friday, July 30, 2010

Kali ini tak nak bersumpah ke Saiful?

Dalam kesibukan berkempen dalam PRK Permatang Pauh yang lalu, perlu diakui bahawa tindakan Saiful yang bersumpah mengatakan dia diliwat oleh DS Anwar Ibrahim, meletakkan petugas-petugas Pakatan Rakyat dalam situasi sukar untuk meneruskan kempen.

Biarpun ramai penyokong tidak mempercayainya, tetapi Petugas masih perlu menyakinkan pengundi diatas pagar bahawa semua itu fitnah atau konspirasi politik untuk membunuh karrier politik DS Anwar Ibrahim.

Saiful Bukhari Azlan melakukan mubahalah atau Sumpah Laknat di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2008 beberapa hari menjelang PRK Permatang Pauh.

Sambil memegang Al-Quran, Saiful melakukan sumpah laknat tersebut, dalam pada itu Saiful telah melakukan beberapa kesilapan, antaranya ialah ketika menyebut kalimah ‘Watallahi, dan juga tersasul menyebut tarikh 26 hb Ogos 2008 sebagai waktu beliau diliwat oleh DSAI, beliau berjaya menyakinkan segelintir orang Melayu yang berugama Islam beliau tidak bersalah.

Sedangkan di dalam Syariat Islam, perlakuan sumpah tidak disyaratkan untuk memegang atau menjunjung Al-Qur’an. Tidak ada nas yang menyatakan demikian. Tiada juga disebutkan di dalam Islam bahawa sumpah perlu dilakukan di dalam Masjid. Bahkan dalam undang-undang Islam yang melibatkan perkara lafaz seperti Ila’, Zihar, Qadzaf dan Li’an, lafaz perlu dilakukan di hadapan hakim dan disaksikan oleh orang ramai.

Bagaimanapun kemunculan secara sukarela Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ust. Ramlang Porigi pada 25 Ogos yang mengambil Sumpah Saiful Bukhari pada 15hb. Ogos 2008 yang mendedahkan bahawa beliau diarahkan oleh orang atasan bahawa untuk ambil sumpah Saiful meletakkan petugas Pakatan Rakyat dalam keadaan kembali selesa.

Dan ketika menjelang PRK Permatang Pauh pula iaitu pada 22 Ogos 2008, Najib pula dilaporkan telah bersumpah mengatakan bahawa dia tidak kenal siapa itu Altantuya, biarpun teman karibnya Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan dengan Altantuya..

Sumpah Najib itu telah berlangsung di Masjid Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh.

Minggu lepas pada 22 Ogos 2010, satu pendedahan telah dibuat oleh Malaysia Today mendakwa Saiful mempunyai hubungan cinta dengan salah seorang dari pasukan pendakwaraya bagi kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim.

Beberapa hari kemudian anggota pasukan pendakwa yang dimaksudkan itu iaitu Farah Azlina telah digugurkan dari pasukan pendakwaraya itu, biarpun tuduhan mengenai hubungan cinta mereka itu belum disahkan mereka.

Hubungan cinta mereka itu adalah satu hubungan yang boleh dikatakan seseatu yang peribadi buat mereka.

Tetapi dalam kes yang melibatkan tuduhan liwat, dalam menunjukkan bahawa dia tidak bersalah dan dia adalah mangsa liwat, beliau telah bersumpah menggunakan Al-Quran bagi menyokong dakwaannya itu..

Najib juga telah bersumpah untuk menyakinkan masyarakat bahawa dia tidak mengenal Altantuya..

Jika dulu Saiful pernah bersumpah “Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.”

Kenapa tidak kali ini beliau kembali bersumpah sekali lagi di Masjid yang sama bagi membuktikan tuduhan tentang kisah cinta dan hubungan sex nya dengan Farah adalah tidak benar….

Bersumpahlah Saiful.. nafikan pula kisah ini..

UMNO Kedah telah lama rebah!

Umno Kedah sudah rebah. Ini hakikatnya dan kepada sesiapa yang masih mengatakan Umno Kedah belum rebah, ia sesuatu yang lucu. Lelucon ini memang sering berligar-ligar dalam politik Kedah kerana kebanyakkan orang Umno Kedah, mereka tidak suka bekerja tetapi banyak bersembang.

Oleh Safar Jumaat

Membaca tulisan Sobri Sudin (bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain) dalam sebuah akhbar arus perdana baru-baru ini bertajuk 'Formula menawan semula Kedah' menjentik fikiran untuk menambah sedikit pandangannya itu.

Penulis tersebut mengangkat kata-kata Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, yang sering diucapkan 'berubah sebelum rebah' sebagai pendorongnya melihat Umno Kedah masih mempunyai peluang jika mahu kembali berkuasa di negeri itu.

Persoalannya, 'berubah sebelum rebah' itu tidak sesuai untuk digunapakai di Kedah kerana Umno sudah rebah tetapi pemimpin dan ahlinya, masih tidak mahu berubah. Contoh terbaik, lihat sahaja apa yang berlaku di Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani yang diketuai, Ali Yahya, bekas Setiausaha Politik kepada Dato' Seri Mahdzir Khalid, ketika Mahdzir menjadi Menteri Besar Kedah, selepas Syed Razak.

Beranikah Umno memecat seorang perwakilan bernama Yusof Lazim yang dikatakan bangun menjerit bagi menghalang Ali daripada menyampaikan ucapan – sedangkan dalam mana-mana persidangan Umno, memang peraturan mesyuaratnya didahulukan dengan doa, nyayian lagu Umno dan kemudiannya ucapan alu-aluan ketua bahagian.

Jika Yusof Lazim menghalang Ali daripada berucap, bermakna Yusof sudah melanggar peraturan mesyuarat. Maka, tindakan perlu dikenakan kepadanya bersama-sama orang yang menyokong keceluparannya itu, seorang yang berjawatan tinggi dalam Umno peringkat Pusat.

Pastinya, Umno Pusat tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana Umno kini sedang sakit, mengurus dan mengecil walaupun ada beberapa orang gemuk masih berkuasa di sana – sekadar untuk memperlihatkan Umno itu segar dan bugar termasuk yang obesiti.

Umno Kedah sudah rebah. Ini hakikatnya dan kepada sesiapa yang masih mengatakan Umno Kedah belum rebah, ia sesuatu yang lucu. Lelucon ini memang sering berligar-ligar dalam politik Kedah kerana kebanyakkan orang Umno Kedah, mereka tidak suka bekerja tetapi banyak bersembang.

Kalau mahu mengkritik sesiapa, carilah pengkritik dari Kedah. Kalau mahu bekerja, jangan kerana mereka tidak pandai bekerja. Mereka tidak pandai belajar dari sejarah walaupun Kedah pernah melahirkan dua Presiden Umno dan dua Perdana Menteri.

Hari ini, Kedah yang melahirkan kepada Malaysia seorang Bapa Kemerdekaan dan seorang lagi Perdana Menteri paling lama berkuasa – sudah kehilangan kuasa. Ketika mereka kehilangan kuasa, mereka bergaduh sama-sama sendiri, hingga menyebabkan Presiden Umno terpaksa melantik seorang anak Sabah, yang bernikah di Kedah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Ketika Umno Kedah bangga kerana Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra dilahirkan sebagai seorang Perdana Menteri yang pertama, orang Islam di Kedah pula tidak mungkin dapat melupakan kelahiran Allahyarham Ustaz Dato' Fadzil Mohd Nor sebagai Ketua Pembangkang dan Presiden PAS yang cukup mashur yang juga datang dari Kedah.

Orang Umno Kedah tentunya berbangga kerana mereka dapat menafikan hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berhasrat menjadi salah seorang perwakilan tujuh (G7) ke Perhimpunan Agung Umno mewakili Bahagian Kubang Pasu, selepas 20 tahun memimpin Umno bahagian itu.

Hari ini, Dr. Mahathir tentunya melihat betapa beliau sendiri gagal memenangkan calon BN bagi kawasan Parlimen Pokok Sena di mana beliau sendiri adalah pengundi di kawasan tersebut kerana pengaruh PAS yang cukup tinggi.

Maknanya, Umno Kedah sudah rebah. Kena ulang-ulangi kata-kata ini buat kesekian kalinya. Jika tidak, akan ada nada penulis seperti Sobri Sudin tampil menulis dengan kata-kata 'berubah sebelum rebah' yang kononnya ditujukan kepada Umno Kedah.

Bukan, kata-kata 'berubah sebelum rebah' itu ditujukan kepada negeri-negeri lain, yang belum rebah kerana saat untuk rebah sudah semakin hampir. Di Selangor, negeri di mana Umnonya sudah rebah, ada bahagian-bahagian yang bercelaru seperti apa yang berlaku di Sungai Petani.

Di bahagian-bahagian lain juga begitu tetapi ia tidak dihebahkan kerana Umno cukup pandai 'berdendam'. Mereka merajuk cara pemimpin Umno merajuk. Diam-diam mereka akan mengundi pembangkang dan mustahil dengan jumlah keahlian 3 juta, Umno tiba-tiba kecundang. Rebah! Dalam PRU 12 yang lalu.

Di Kelantan, negeri di mana Umno sudah kehilangan kuasa sejak 20 tahun lalu, pergaduhan dalam Umno bahagian berterusan. Bahagian Rantau Panjang terpaksa mengadakan 'persidangan' dua tempat berasingan dan kedua-duanya dihadiri Naib Presiden Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Najib ke Kuala Kedah sebenarnya bukan untuk 'menyuntik' semangat kepada ahli Umno Kedah tetapi memenuhi undangan ketua bahagian itu yang kebetulan merupakan Pegawai Khas Perdana Menteri.

Begitu juga Najib ke Kota Bharu merasmikan Umno bahagian itu bukan kerana Najib mahu membakar semangat ahli Umno di Kelantan kecuali memenuhi jemputan ketua bahagian itu yang merupakan Setiausaha Politiknya.

Hari ini, ahli Umno di Kedah buat apa? Mereka buruk-memburukkan antara satu sama lain. Jika kita bertanya dengan mereka, rata-rata mengakui bahawa kepimpinan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak sekarang ini cukup baik dan berkesan.

Ketika Najib mengarahkan semua peringkat kepimpinan Umno menyerang pembangkang, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah cuba-cuba menyerang, tetapi serangannya hanya dengan bom asap, tidak meninggalkan apa-apa kesan.

Umno Kedah berpuak-puak. Umno Kedah kaki sembang. Umno Kedah tidak buat apa-apa kerja sebaliknya masing-masing hanya mahu 'mengerjakan' musuh politik masing-masing.

Masih ingat dengan nama Ustaz Fadzil Hanafi? Kononnya dia dibawa bertanding ke Kedah kerana mahu memberi nafas baru kepada Umno Kedah yang dilihat tidak mesra ulama. Malangnya, Ustaz Fadzil Hanafi hanyut dek permainan politik Umno bahagian.

Masih ingat dengan Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman? Di mana beliau sekarang? Adakah orang-orang Umno masih mengundangnya memberi ceramah di Kedah? Apakah orang Umno Kedah masih sudi mengundang bekas MB Kedah, Tan Sri Sanusi Junid yang dikira cukup berilmu untuk menyampaikan ucapan atau ceramah motivasi?

Umno Kedah sudah rebah. Ulang kembali. Umno Kedah sudah rebah. Mereka yang memegang jawatan ketua bahagian sebenarnya sedang menjadikan jawatan yang mereka sandang itu sebagai wahana memperkayakan diri dan keluarga sendiri.

Perangai inilah yang menyebabkan Sobri Sudin perlu tahu bahawa mereka ini bukan 'sokong kawan, makan lawan' tetapi mereka tidak suka 'makan berkawan sebaliknya mereka makan kawan-kawan'.

Ketika Umno Kedah merasakan mereka belum rebah, tanpa mereka sedari bahawa mereka sekarang ini sudah menjadi bahan sejarah kerana tidak pernah mahu mengakui hakikat bahawa mereka tidak lagi memerintah negeri Kedah, Jelapang Padi yang mereka gambarkan 'Kedah Menang, Kita Senang'.


http://warta-utara.blogspot.com

Hubungan Cinta Farah, Saiful tak dapat disahkan?

Jabatan Peguam Negara tidak dapat mengesahkan pelbagai tohmahan berhubung “hubungan romantis” timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diwarkan dalam media sejak awal minggu lalu.

Kalau tak dapat disahkan gugurkan Farah dari pasukan pendakwa tu pasal apa?

Hairan ya.. nak mengesahkan perkara beginipun begitu susah..

Padahal yang dikatakan bercinta tu cukup senang untuk mereka temuinya, tak perlu nak geledah seluruh Malaysia nak cari dimana mereka berada, kemudian tangkap dan bawa ke Pejabat Peguam Negara tu untuk disoal siasat..

Bukannya susah sangat nak mendapatkan pengesahan tu.. tanyalah mereka berdua tu.. nak tanyapun susah kah?

Tidak dapat mengesahkan atau tidak mahu mengesahkan ni..?

Kalau disahkan tercalarlah kredibiliti Jabatan Peguam Negara tu kan...


Tohmahan hubungan DPP Farah, Saiful tak dapat disahkan

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Jabatan Peguam Negara tidak dapat mengesahkan pelbagai tohmahan berhubung “hubungan romantis” timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diwarkan dalam media sejak awal minggu lalu.

Bagaimanapun menurut Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, perkara tersebut telah dibawa kepada pengurusan tertinggi Jabatan Peguam Negara.

“Perkara ini akan dibuat siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil,” kata beliau dalam surat respons yang dihantar kepada peguam Anwar, Sankara Nair hari ini.

Sankara meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara sementara kes itu akan disambung semula Isnin ini.

Mohd Yusof berkata Farah Azlina juga hanya menganggotai pasukan pendakwaan pada 20 Januari lalu dan hanya berperanan mengambil nota keterangan dalam perbicaraan kes Anwar.

Oleh itu kata beliau, Farah Azlina tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang lain.

Pada Selasa lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Anwar.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Selain itu, Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama.

Laporan media sejak awal minggu lalu mendakwa hubungan Farah Azlina dan Saiful.

Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

Katanya, Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

Gani berkata pasukan pendakwa untuk semua kes berprofil tinggi telah menetapkan peraturan bahawa kertas siasatan dan dokumen kes hanya boleh disimpan oleh Ketua Pendakwa atau Pendakwa Kanan.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.


The Malaysian Insider

Kabinet ditipu Menteri penipu?

"Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno BN yang anggota jemaah menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan,"

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Jika benar Tun Dr Ling Liong Sik menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang.

Ketika mempersoalkan perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika benar penipuan itu berlaku, mereka yang ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan hilang kelayakan sebagai anggota jemaah menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan menghadapi tuduhan menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet kini adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku.

"Persoalannya ialah bagaimana sebahagian yang kena tipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang dan menjawat jawatan yang lebih besar iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi anggota jemaah menteri pada 2002 yang turut kena tipu masih kekal dalam kabinet kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Jika tuduhan ke atas Ling benar, Mahfuz menyifatkan perkara itu sangat memalukan kerana perkara itu menunjukkan dalam kabinet kerajaan BN ada penipu dan ada yang kena tipu sehingga mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat.

"Yang menipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bangang.

“Yang tipu tak beramanah sementara yang kena tipu pun sama tak beramanah dan pak angguk dalam mesyuarat jemaah menteri.

"Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno BN yang anggota jemaah menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan," kata Mahfuz.

Malaysia, katanya, tidak akan maju jika jemaah menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu terus berkuasa.

Sambil menyatakan BN boleh dibaca sebagai "Bohong Negara," Mahfuz menyeru rakyat supaya "menyelamatkan Malaysia daripada penipu negara".

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap semua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik turut sama dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku itu.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, anggota kabinet bukan anggota pasukan bola sepak amatur.

Jika pasukan bola sepak amatur ditipu, katanya, ia masih boleh dimaafkan.

Tetapi, kata Salahuddin, anggota kabinet memegang jawatan berprofil tinggi yang memberikan kesan amat besar kepada kepentingan dan harta negara.

"Apabila mereka ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan, ia merupakan condict unbecoming kerana mereka sebenarnya melakukan act of negligence yang didefinisikan sebagai the failure to use ordinary care.

"Sebab itulah kesemua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu itu mesti bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan kerana kerugian yang telah ditanggung oleh negara berhubung perkara itu ternyata amat besar," katanya.

Beliau juga tidak mahu menolak spekulasi yang mendakwa tuduhan terhadap Ling itu sebenarnya adalah sindiran pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Perdana Menteri ketika penipuan itu didakwa berlaku.

"Beberapa pihak telah mula mendakwa dan membuat spekulasi bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya ialah 'dakwa Ling, sindir Mahathir'.

"Susah juga untuk terus menolak spekulasi itu," katanya.


Harakah Daily

Ronnie mahu saman Khir Toyo

Oleh Jamilah Kamarudin

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu Tian Khiew dan DAP Selangor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mengaitkan isu kecurian pasir dengan dirinya dan parti itu.

Khir Toyo melalui kenyataan dalam laman portal berita Malaysiakini yang disiarkan semalam mendakwa, gangster yang melindungi kegiatan curi pasir di Selangor mempunyai kaitan dan pernah berjumpa dengan sekretariat kerajaan Selangor.

"Gangster itu juga mempunyai kaitan rapat dengan DAP Selangor," dakwa Khir semalam.

Berikutan itu, Ronnie dan DAP Selangor memberikan tempoh 48 jam (sehingga pukul 12 tengahari Ahad ini) kepada Khir untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaannya itu.

"Dakwaan Khir ini palsu dan sangat melampau. Kami berikan tempoh 24 jam pertama untuk Khir kemukakan bukti termasuk dokumen rasmi mengenai kaitan DAP dan Ronnie dengan gangster pencuri pasir.

"24 jam seterusnya pula tempoh untuk Khir mohon maaf secara terbuka jika apa yang dikatakannya itu tidak benar.

"Selepas tempoh tamat dan tiada sebarang respon, kami akan buat laporan polis. Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang kerana kenyataan beliau sangat spesifik ditujukan kepada kami," katanya kepada pemberita di Bangunan SUK hari ini.

Turut hadir Setiausaha DAP Selangor yang juga ADUN Kampung Tunku Lau Weng San, ADUN Teluk Datuk Philip Tan Choon Swee, dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Ronnie yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Pandamaran berkata walaupun namanya tidak dinyatakan, namun sekretariat kerajaan negeri yang didakwa Khir itu berkait rapat dengan dirinya.

Ini kerana menurut beliau, pejabatnya pernah dikunjungi polis daripada Bukit Aman pada tahun lalu bagi melakukan siasatan termasuk mengambil buku log dan menyoal siasat kakitangan pejabatnya.

"Selepas kunjungan itu, pihak polis tidak membuat apa-apa siasatan lanjut pun. Mereka sudah berhenti siasat. Jadi kenapa Khir Toyo masih lagi mahu ungkit perkara ini," katanya.

Ronnie, atas kapasiti sebagai Exco Selangor berkata, cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang itu juga telah dirujuk dan diberikan ‘lampu hijau’ oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ronnie turut membidas dakwaan Khir yang menyatakan kurangya hasil diperoleh kerajaan negeri hasil daripada perlombongan pasir disebabkan banyak lombong pasir yang ditutup ketika itu adalah bohong.

Sebaliknya pula berlaku apabila satu pasukan khas yang ditubuhkan bagi membanteras kegiatan curi pasir iaitu Penguatkuasa SUK atau dikenali sebagai ‘the blue gang’ ditubuhkan semasa pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib, jumlah keanggotaan pasukan itu adalah seramai 80 orang.

"Namun selepas Khor Toyo ambil alih, jumah anggota itu kini hanya tinggal 12 orang sahaja. Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah beliau mengurangkan kuasa ‘the blue gang’ sebab tidak mahu muslihatnya terbongkar? Saya cabar beliau jelaskan perkara ini.

"Saya juga cabar Khir berikan nama gengster yang terlibat dalam kegiatan curi pasir. Jika beliau dedahkan, itu sudah jadi tugas pihak berkuasa untuk ambil tindakan selanjutnya.

Kalau beliau tahu siapa dalangnya cakap sahaja dan tidak perlu sembunyikan. Kalau tak tahu sila tutup mulut," katanya.

Sedia jadi saksi kes PKFZ

Sementara itu, Ronnie turut menyatakan kesediaanya untuk menjadi saksi mahkamah dalam kes skandal PKFZ yang membabitkan bekas Menteri Pengangkutan dan juga bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

"Oleh kerana saya merupakan individu pertama mewakili DAP yang membuat laporan polis mengenai penyelewengan PKFZ pada tahun 2004, saya bersedia jika dipanggil sebagai saksi dalam kes ini. Setakat ini saya tidak dipanggil," katanya.

Katanya, sehingga sekarang sebanyak empat laporan polis dan dua laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR, kini SPRM) pernah dikemukakannya terhadap PKFZ, Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy, serta beberapa pemimpin Umno namun tiada tindakan susulan daripada pihak berkuasa.

Berikutan Liong Sik yang dikenakan pertuduhan menipu berhubung skandal PKFZ semalam, Ronnie berkata langkah itu memberikan sedikit kepercayaannya terhadap ketelusan sistem undang-undang negara ini.

"Jika SPRM dan polis ambil tindakan sebegini sejak dahulu, sudah tentu hasil wang kutipan cukai rakyat sehingga hampir RM12 bilion dapat diselamatkan.

"Dakwaan yang dikenakan terhadap Liong Sik merupakan langkah bijak diambil Peguam Negara dan kerajaan Pusat," katanya.

Namun beliau tetap melahirkan keraguannya mengenai hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap Liong memandangkan kes berprofil tinggi membabitkan menteri dan orang berkepentingan jarang dikenakan hukuman yang berat.

"Biasa dilihat ‘jerung besar’ yang dihadapkan ke mahkamah seperti kes Eric Chia yang melibatkan RM76 juta wang Perwaja Steel lesap secara misteri dilepaskan begitu sahaja atas alasan tidak cukup bukti," katanya


Free Malaysia Today

Dah Gila ka apa, dia ni?

Pasal cadangan menghapuskan diskaun kepada bumiputera dalam memiliki rumah RM500,000 keataspun dia nak hapuskan DAP daripada peta politik negara ini?

YB... berapa kerat Melayu yang boleh beli rumah berharga RM500,000 tu.. kalau RM500,000 tu boleh bayar.. takkan 5% dari harga rumah tu tak mampu kot...


Zul Noordin: Haramkan DAP

Ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu berkata Pendaftar Pertubuhan perlu membatalkan pendaftaran DAP kerana didakwa "cauvinis, rasis, ala-komunis, anti-Melayu dan anti-Islam" dalam isu diskaun bumiputera bagi pemilikan hartanah tertentu Selangor.

Zulkifli Noordin berkata isu pemilikan hartanah komersial dan mewah - seperti disaran ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua - bukan isu diskaun semata-mata tetapi berkait dengan perlembagaan dan keharmonian kaum.

"Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu," kata wakil rakyat bebas itu yang dipecat daripada PKR sebelum ini.

Tony yang juga penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP mendakwa penghapusan pemberian diskaun itu mampu memberi kesan ekonomi lebih baik kepada Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Bagaimanapun, beliau sebelum dilaporkan berkata, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.

Menulis dalam blognya semalam, Zulkifli berkata, sekiranya tidak dibendung segera, "sikap melampau kepimpinan DAP" akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum.

"Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini.

"Ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini," katanya.

"Meminjam (gaya) kata-kata presiden (Iran) Ahmadinejad, kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini!"


Malaysiakini

Beranikah KJ berdepan Ibrahim Ali?

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mungkin serba salah untuk berdepan dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah forum yang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat.

Sehingga malam tadi, Khairy masih belum membuat keputusan untuk menyertai forum dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar ke-4 yang akan berlangsung Ahad ini.

"Ada apa Ahad ini, saya dijemput berdepan dengan... Ibrahim Ali. Patutkah saya pergi?" soalnya dalam nada serba salah.

Kedua-dua pemimpin popular tersebut dijadual berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam set minda rakyat Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 di ibu negara.

Bagaimanapun, forum tersebut dijangka panas ekoran Khalid dan Ibrahim sering bertembung secara terbuka dalam pelbagai isu, antaranya isu biasiswa Mara baru-baru ini, apabila mereka dilihat saling memperlecehkan antara satu sama lain.

Seorang lagi ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kelantangannya Khalid Samad turut ditampilkan sebagai ahli panel dalam sidang yang turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyampai ucaptama.

Menulis dalam laman Twitter malam tadi, Khairy juga bersuara, disebabkan beberapa pemimpin dan timbalannya yang tidak gemar berkongsi pentas dengan pelajar atau pemimpin pembangkang, beliaulah yang terpaksa menggantikannya.

"Jadi saya selalu dapat jemputan daripada pihak ketiga," katanya ketika mengemaskini status di laman blog mikronya itu.

"Jadi inilah jemputan di saat-saat akhir yang saya perlu putuskan. Nampaknya dua menteri menolaknya, jadi tiada sesiapa lagi (untuk mewakili Umno)"

Dalam masa yang sama, Khairy berkata, sesetengah media asing, terutamanya saluran televisyen sukar mendapatkan menteri bagi menyertai program mereka.

"Sayalah yang terpaksa wakili Umno. Tetapi, selepas (Datuk Seri) Zainuddin Maidin di (stesen televisyen) Al Jazeera...," tulisnya lagi tampa menghabiskan ayat tersebut.

Dalam reaksi terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada November tahun lalu, Zainuddin - menteri penerangan pada masa itu - menjadi bahan gelak ketawa banyak pihak, ekoran ulasannya berhubung 'perhimpunan haram' itu kepada Al Jazeera yang dilihat 'berterabur'.


Malaysiakini

Indira Gandhi tukarkan agama anak Redhuan? Kepada siapa hendak diharapkan?

Oleh : Ustaz Saiful Bahari

Mahkamah benarkan bicara penuh bagi semakan kehakiman tukar agama anak guru tadika

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan perbicaraan secara penuh bagi permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh guru tadika M.Indira Gandhi untuk membatalkan keputusan penukaran agama bagi ketiga-tiga anaknya.

Indira Gandhi yang turut hadir ke mahkamah hari ini memperoleh hak penjagaan bagi ketiga-tiga anaknya iaitu Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 13, Karan Dinish (Abu Bakar), 12, dan Prasana Diksa, 2, pada Mac lepas telah memohon untuk mengenepikan penukaran agama Islam daripada agama Hindu terhadap kesemua anaknya yang dilakukan oleh bekas suaminya Mohd Ridzuan Abdullah.

Hakim Zainal Adzam Abdul Ghani membuat keputusan dalam kamarnya di hadapan peguam M.Kulasegaran, N. Selvam dan Chong Xian Ci yang mewakili Indira Gandhi tanpa kehadiran peguam mewakili Mohd Ridzuan.

Pada 24 April 2009, mahkamah membenarkan permohonan ex-parte oleh Indira Gandhi, untuk mendapatkan hak penjagaan sementara tiga anaknya dan injunksi menghalang bekas suaminya itu daripada memasuki rumah mereka. Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak itu kepada Mohd Ridzuan.

Pada 11 Mac lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan hak penjagaan anak bongsunya Prasana Diksa yang berusia 22 bulan (kini dua tahun) diserahkan kepada Indira Gandhi selepas kes perebutan hak penjagaan itu berlarutan sejak tahun lepas.

- Harian Metro

Pada 1 April, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Mohd Ridzuan supaya mahkamah menangguhkan perintah hak penjagaan anak bongsunya yang diperoleh oleh Indira Gandhi itu.

Kes ini mendapat perhatian ramai kerana wujud konflik antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam menentukan hak penjagaan anak selepas salah seorang pasangan memeluk Islam. Isu ini pernah sampai ke peringkat parlimen bahawa mereka akan mengkaji kes-kes pertukaran agama anak-anak, tetapi tiada langkah konkrit diambil berhubung Akta (Pembaharuan) Perkahwinan.

Sebenarnya inilah kegagalan pemerintah dalam menjaga agama dan umat Islam di Malaysia. UMNO-BN yang diberi kepercayaan bagi menjaga hak-hak umat Islam gagal untuk memartabatkannya bahkan gagal untuk mempertahankan aqidah umat Islam.

Kita sedia maklum hukum hadhanah dalam Islam dan kalaulah keputusan mahkamah Syariah sebelum ini itu diketepikan, apa lagi yang ada bagi umat Islam di Malaysia ini. Mahkamah Tinggi wala’ mereka adalah perlembagaan Lord reid yang menjadi terlalu qudus untuk Negara Malaysia. Sedangkan ianya mengkesampingkan undang-undang dan peraturan Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Mana dia pemimpin-pemimpin yang mendabik dada memperjuangkan hak umat Islam. Mana dia lawyer-lawyer yang hebat-hebat itu? Takkan nak dibiarkan sahaja umat Islam di murtadkan. Kenapa Zulkifli Nordin menjdi bisu kelu. Bukankah beliau amat vokal dalam isu-isu yang seperti ini dulu. Siapakah yang akan membela dan mempertahankan hak-hak seorang bapa seperti Redhuan Abdullah dalam menjaga aqidah anak-anaknya. Bagaimana pula kes-kes yang seperti ini akan datang?

Mana dia NGO2 Islam. Takkan diam membisu sahaja. Janganlah nak diharapkan PERKASA sebab Mohd Redhuan adalah seorang India dan bukannya seorang melayu. Takkan lawyer2 hebat dalam Pas seperti Hanipa Maidin tak boleh membantu. Apa sebenarnya bidang tugas Lujnah Guaman dalam PAS. Kalaulah perjuangan Islam itu menjangkau batas-batas bangsa, maka kini Pas perlu kehadapan membela saudara kita, Mohd Redhuan Abdullah.

Di harapkan Dewan Pemuda Pas membuat sesuatu demi mempertahankan secebis aqidah anak-anak Redhuan Abdullah ini. Kalaulah kerana seorang Natrah, umat Islam digerakkan untuk menyelamatkan aqidah beliau bagaimana dengan 3 anak ini. Kalaulah Tun Salleh Abas meskipun seorang diri pernah membuktikan beliau sanggup mempertahankan aqidah seorang anak perempuan cina di Kota Bharu meskipun beliau akhirnya dipecat.

Sekarang siapa yang nak mempertahankan aqidah anak-anak Redhuan? Takkan nak diharapkan Karpal Singh pulak. Apakah isu ini sensitif kepada Pas demi menjaga kepentingan politik. Bagaimana pula M Kulasegaran yang menjadi peguambela kepada Indira Gandhi. Atas pertimbangan apa ianya dilakukan?

Isu agama ini lebih penting daripada kenaikan harga gula. Lebih utama daripada isu minyak dan gas. Kalaulah Umno sudah tidak boleh diharapkan untuk pembelaan ini. Apakah Pas boleh?


Ustaz Saiful Bahari

ADUN Galas dimasukkan ke ICU.


Ditemuramah ketika pulang dari China

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dari PAS, Che Hashim Sulaima kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital di Kota Bharu akibat penyakit barah ususnya yang dihidapi sejak kira-kira setahun lalu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Nasuruddin Daud mengesahkan mengenai keadaan Hashim itu yang sedang dirawat di ICU Hospital Pakar Perdana.

“Dia sudah masuk hospital sejak dua tiga hari lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Che Hashim pernah menjalankan rawatan susulan untuk barah ususnya di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 2009.

Wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan sebelum beliau pergi ke China, selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Dalam pilihan raya umum lalu, Che Hashim berjaya merampas kerusi DUN Galas dari BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman.


Bernama

Kisah Anak Pembesar Negara dan si Panglima Tua

Oleh KHALID SAMAD

Pada suatu hari, di sebuah Negara yang telah lama ditelan zaman, seorang Panglima tua telah diarahkan untuk menemani anak seorang pembesar Negara dalam perjalanan bersiar-siar di waktu petang. Kedua-dua mereka menunggang kuda. Panglima tua menunggang kuda yang telah berkali-kali dipacunya di medan perang. Anak pembesar Negara pula dengan kuda putihnya, cantik dengan pelana bertaburan baru permata.

Sambil menunggang kuda, di mana Panglima tua mengekori di belakangnnya, anak Pembesar Negara melihat ke kanan dan kiri, menikmati keindahan kawasan hijau hutan temperat di sekeliling mereka. Dia seorang yang muda, belasan tahun dan dibesarkan di dalam suasana yang serba mewah. Mukanya licin, telapak tangannya lembut, seperti kebiasaan mana-mana anak pembesar yang jarang membuat kerja keras. Panglima tua pula jauh berbeza, mukanya terukir dengan pengalaman zaman susah dan zaman perjuangan. Tangannya besar, kasar dan berparut. Perbezaan di antara mereka bagaikan bezanya zaman mewah dan zaman susah, zaman peperangan dan zaman perdamaian. Oleh yang demikian, perjalanan mereka pada hari itu merupakan satu perjalanan yang tanpa perbualan, kerana sukar untuk mencari tajuk yang boleh dibualkan bersama.

Secara tiba-tiba anak Pembesar berhenti sambil menunjuk ke arah se pohon pokok yang besar dan tinggi. “Lihat di situ”, katanya kepada Panglima tua. “Ada sesuatu yang berkilauan di atas dahan pokok itu”, katanya lagi sambil bergegas turun dari kuda tunggangannya.

Panglima tua pun mendongak ke atas, melihat dengan matanya yang sudah letih melihat segala kedurjanaan dunia serta tipu helah dan muslihat manusia. Ya, ada sesuatu yang berkilauan, jauh di atas hampir di puncak pokok tersebut. Dia menoleh pula ke anak pembesar Negara dan terkejut apabila mendapati bahawa dia sudah berada di bawah pokok berkenaan, menghentak-hentak kedua kakinya sambil melaung, “saya inginkan kamu, wahai yang berkilauan, mari, turunlah kamu ke pangkuan aku”. Anak pembesar Negara terus melaung dan merengek, menghentak-hentak kakinya, mendongak ke atas, langsung tidak menghiraukan si Panglima tua.

Si Panglima tua terfikir kepada dirinya sendiri, “Hmmm, mentang-mentang kamu anak Pembesar Negara, kamu ingat semua akan ikut kata-kata kamu?” Sambil menggeleng kepala, beliau turun dari kudanya dan melihat kepada pokok yang di atasnya terdapat barang berkilau tersebut. Panglima tua sedar bahawa sekiranya anak pembesar Negara tidak mendapat apa yang diinginkan, sudah pasti bapanya akan memarahinya. Itulah sebab mengapa mereka berada di sini, pada waktu yang sudah hampir senja, dalam cuaca yang semakin sejuk, semata-mata kerana itulah kehendak anak Pembesar Negara. Dan sepertimana kebiasanan, apa yang dihajatkannya, dia mesti dapat! Dan itulah tugas Panglima tua, untuk mendapat apa sahaja yang diinginkan budak yang terlalu dimanjakan oleh ayahnya.

Panglima tua melihat kepada pokok tersebut, betapa besarnya lilitan batang pokok itu, betapa kukuh kelihatan dahan-dahannya serta betapa licin permukaannya disebabkan lumut yang sudah mulai tumbuh. Beliau melihat ketinggian pokok berkenaan dan terpandang seolah-olah ada yang bergerak di atas sana. “Seekor burung agaknya”, katanya kepada dirinya sendiri. Tanpa berfikir panjang, Panglima tua membuka sebahagian dari pakaiannya, memasang tapak bergigi besi dikasutnya dan memegang sebilah pisau kontot di tangan kanan dan sebilah lagi di tangan kirinya. Pedangnya tetap berada di pinggangnya dan pada masa yang sama, dia meletakkan lilitan tali bagaikan selendang di bahunya.

Setelah membaca “Bismillah”, dia terus menuju ke pokok berkenaan dan memanjatnya. Pisau kontot digunanya untuk mendapat pegangan yang mantap dan kukuh sambil kasut bergigi besi menjamin beliau tidak tergelincir disebabkan kelicinan lumut.
Sambil Panglima tua memanjat, anak Pembesar Negara terus merengek di bawah sana. “Saya nakkan benda berkilau itu!” katanya sambil melompat-lompat bagaikan anak kecil yang mengamuk tidak mendapat gula-gula. Dia terus menangis sambil melambai-lambai tangannya dan meratib ayat yang sama berulang kali, “saya nakkan benda berkilau itu!”

Sambil itu Panglima tua terus memanjat sehingga ke peringkat pertengahan pokok tersebut tanpa menghiraukan rengekkan anak Pembesar yang berada di bawah. Dia melihat ke atas dan tersenyum, sambil berkata, “usaha memanjat kamu tidak sesukar yang dianggarkan semasa aku berada di bawah, wahai si pokok”. Seperti biasa, semua cabaran kelihatan sukar, sehingga kita usahakan secara terancang. Sejurus sahaja beliau berkata sedemikian, tiba-tiba ternampak seekor ular besar di sebelah kirinya. Selama ini ular itu bersembunyi di sebatang dahan yang rimbun yang ditutupi daun. Ular itu menyelar dengan cepat ke arahnya, melilit kaki kirinya, menuju ke badannya.

Anak Pembesar Negara yang melihat peristiwa ini terus menyahut, “Jangan apa-apakan ular tersebut! Ia penjaga benda yang berkilau. Berbaik-baiklah dengannya!” Sebaliknya Panglima tua tahu bahawa ular besar itu akan melilit tubuhnya dan mencengkamnya sehingga patah-patah tulang rusuknya. Selepas itu ular tersebut akan menelannya! Menyedari dirinya dalam bahaya, Panglima tua segera melepaskan pisau kontot yang di tangan kanannya dan dengan tangan yang sama, menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala ular tersebut. Bangkai ular itu terlepas jatuh, terhempas ke bumi.

Anak Pembesar Negara terkejut mendengar bunyi terhempasnya bangkai ular berkenaan. Dia berhenti seketika, menggaru kepalanya. Dia segera pergi ke bangkai tersebut dan selepas beberapa saat, kembali merengek sambil berkata, “Apa yang kamu buat ini? Bukan ini yang aku inginkan wahai Panglima tua! Dahlah tua, bodoh pula! Aku inginkan benda yang berkilau itu! Marilah sini wahai yang berkilau. Indahnya kamu wahai yang berkilau ke biru-biruan dan ke hijau-hijauan! Marilah sini, aku inginkan kamu!”

Panglima tua tersentak dengan kata-kata kasar dan biadap anak Pembesar Negara. Namun memandangkan dia pun sudah hampir mencapai benda yang berkilauan tersebut, dia meneruskan usahanya. Bila tibanya ke puncak pokok dia mencapainya. Ianya seutas rantai emas yang mempunyai sebiji permata berlian yang besar. Dengan hati-hati dia mengikat rantai tersebut dengan tali yang dibawanya tadi dan menghulurkannya ke bawah, ke tangan anak Pembesar Negara yang terus menjerit keseronokan. “Ianya rantai yang mungkin telah diterbangkan ke sini oleh seekor burung. Mungkin diambilnya dari sebuah istana yang tidak jauh dari sini” fikir Panglima Tua. “Sudah pasti pemiliknya cuai dalam menyimpannya dan oleh itu ia disambar burung. Si anak pembesar Negara juga seorang yang cuai. Besar kemungkinana dia akan kehilangannya juga”, fikirnya lagi sambil tersenyum.

KESIMPULAN

Rantai emas berpermata berlian dalam kisah ini menggambarkan kepimpinan.
Anak Pembesar Negara adalah ahli, penyokong dan pemimpin PAS yang inginkan PAS memperolehi kepimpinan tersebut, khususnya memimpin PR, tetapi hanya mampu menuntut dan mendesak dengan seruan “PAS mesti memimpin PR, PAS mesti memimpin PR”. Mereka menganggap kepimpinan ini boleh dimilikki dengan begitu sahaja, iaitu dengan tuntutan, desakan dan tindakan merengek.

Panglima tua pula bolehlah diumpamakan sebagai ahli, penyokong dan pemimpin PAS yang memahami bahawa kepimpinan mesti dimilikki dengan usaha ‘memanjat pokok kehormatan’ yang di puncaknya terletak kepimpinan yang diinginkan. Memanjat pokok kehormatan ini bererti menawan hati rakyat melalui usaha dan tindakan sehingga PAS disanjung tinggi dan dihormati. Ini memungkinkan rantai emas berpermata berlian diperolehi. Untuk memanjatnya, PAS mesti mempunyai kelengkapan dan pendekatan yang tepat. PAS mesti sedar betapa licinnya permukaannya, mana dahan yang kukuh serta mana pula ranting yang rapuh. Silap pijak, maka akan terjatuh atau tergelincir kembali ke bawah. Pendirian dan prinsip yang dilaungkan mesti dizahirkan melalui amalan dan pendirian. Dalam masa yang sama ia mesti tepat dan tegas serta kukuh, seperti kukuhnya pisau kontot yang terpacak ke atas pokok tersebut, tidak berubah-ubah dan ‘flip flop’. Barulah rakyat akan percaya dan hormat apa yang diperjuangkan.

Ular yang menyelar dan ingin ‘bersatu’ dengan Panglima tua itu tidak lain dan tidak bukan ialah UMNO. Ular itu hanya mengendahkan Panglima tua apabila beliau sudah berjaya memanjat pokok ke tahap yang tinggi. Semasa Panglima tua di paras tanah, ular tersebut tidak menghiraukan beliau. Ianya samalah seperti UMNO. Hanya ingin ‘berkawan’ bila PAS sudah dipandang tinggi dan mencabar kedudukan mereka.

Walaupun anak Pembesar Negara meminta Panglima tua berbaik dengan ular berkenaan, kerana yakin ular itu adalah pemilik rantai tersebut, Panglima tua yang berpengalaman itu tahu bahawa rantai tersebut akan hanya dimiliki dengan memenggal kepala ular itu. Ada yang menganggap UMNO adalah pemilik kepimpinan Negara, buat selama-lamanya. Oleh itu, cara PAS untuk memiliki kepimpinan, mesti melalui berbaik-baik dengan UMNO. Sebenarnya UMNO yang menghalang PAS dari mencapai kepimpinan itu dan usaha bekerjasama dengan UMNO akan menghancurkan PAS, dari dalam dan dari luar.

Kesimpulan dan rumusan lain bolehlah tuan-tuan perolehi sendiri dari kisah di atas. Yang penting, harapan saya, biarlah PAS kekal merancang, berusaha dan bersabar sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Panglima tua tersebut dan jangan sekali-kali tergopoh-gapah seperti anak pembesar Negara yang tidak memahami erti perjuangan.


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Thursday, July 29, 2010

Ini Jawapan Saiful..

Setelah hampir seminggu berlalu Raja Petra mendedahkan mengenai percintaan diantara Saiful Bukhari Azlan dan Farah Azlina Binti Latif hingga membawa kepada pengguguran Timbalan Pendakwa Raya tersebut daripada pasukan yang mengendalikan kes tuduhan liwat kedua yang dikenakan terhadap DS Anwar Ibrahim.

Malang buat perempuan itu yang dalam dia sedar bahawa Saiful itu tunangan orang dia telah bercinta dengan lelaki itu.. seolah-olah didunia ini telah ketandusan lelaki..

Pada 22 Julai lalu dalam postingnya yang bertajuk “The bizarre case of Sodomy 2 ‘ Raja Petra telah menulis.


Farah Azlina Binti Latif, one of the Federal Counsels of the Trial Unit of the Attorney-General’s Chambers who is on the prosecution team in the Anwar Ibrahim Sodomy 2 trial, is having an affair with Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Yes, that’s right, Farah Azlina is bonking Saiful Bukhari. Have you ever heard of any other case anywhere else in the world where one of the prosecutors in bonking the key witness in what can be considered the most important trial in Malaysian political history?

Namun hingga kehari ini tiada penjelasan dari mereka berdua, samada dari Farah sendiri mahupun Saiful. Mengapa?

Mereka masih mendiamkan diri seolah-olah apa yang digembar-gemburkan itu benar.

Kenapa mereka masih mendiamkan diri? Adakah mereka takut atau tidak mahu melukakan hati sesama mereka andaikata salah seorang dari mereka menafikannya dan seorang lagi pula mengiakannya?

Jka Saiful menafikan kisah cinta itu sudah pasti Farah yang telah digugurkan dari kumpulan pendakwa itu akan terluka jika kisah cinta mereka itu benar…

Saiful juga tidak menjawab penghinaan yang dilemparkan oleh Azwan Ali
terhadapnya dimana dalam satu posting yang disiarkan didalam Blog milik Azwan
Ali itu, Azwan telah menulis ….

Dan kecoh semalam....TIMBALAN PENDAKWARAYA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM...kena PECAT! Sebab GILA MAIN ASMARA dengan si KENA SUNTOT KOW KOW (sebagaimana dakwaan hanjj dia lah) SI GEBUZZZ ....SAIFUL Bukhary AZLAN !!!

'Eh hello HANJJJ ooi....KO masuk mahkamah....MENUDUH ORANG MELIWAT juborin bangkai ko pun....tak abis lagi....ADA HATI MAIN ASMARA !!! Sah sah SATU DUNIA tahu....betapa hilangnya maruah KO....mengaku KENA SUNTOT kannn??? Kes pun belum selesai...KO TAK ABIS ABIS....CARI PUBLISITI MURAHAN !!! Apa jenis manusia ko ni HA??? Tak payah NAK COVERINA lah KAK SAIFULWATI ooi.... BUANG KAREN jerrrr! SEDEYYYY!!! '

Azwan juga telah membidas Farah dengan menggelarnya sebagai betina Garek dengan menulis..

'Padan si BETINA GAREK tu pun....KO TU....konon bertaraf penting katanya!!! TIMBALAN PENDAKWARAYA....!!! Eh MINAH ooi.....DAH HABIS JANTAN ker TULIN ker...atas muka bumi ni ....untuk KO BERNAFSU???? Tolong lah.....!!!! SEMPAT lagi ni.....??? Memang HAPRAK punya BETINA....padan kena PECAT !!! Ko lah ???? TIMBALAN PENDAKWARAYA BUTA !!! Bekas kena SUNTOT pun...KO PERABIS ya???? '

Dan tanpa menjawab apakah spekulasi terhadap percintaannya itu benar atau tidak, menurut beberapa orang temannya yang bertanya melalui halaman facebook beliau Saiful menulis..

“Semoga segala fitnah dan kebatilan akan dilenyapkan oleh Yang Hak! Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali akan melatah dan menyerah kalah. Salam”.

Ringkas saja tulisan Saiful Bukhari Azlan di laman facebooknya Rabu ketika berita pengumuman Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengenai pengguguran Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif dari pasukan pendakwa kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disiar meluas di media.

Tulisan terbaru itu dipercayai merujuk kepada dakwaan beliau ada hubungan romantis dengan Farah memandangkan tulisan terakhir Saiful di laman itu ialah pada 19 Julai lalu.

Bekas Presiden MCA dituduh Pecah Amanah, Ikat Jamin RM1Juta.

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan pecah amanah berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tiba di mahkamah pada jam 4,45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.

Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.

Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Suan.

Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bekas menteri pengangkutan itu juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta.

Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok.

Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.

Pada jam 4 petang tadi, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.

Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.

Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Adalah dipercayai dakwaan itu mungkin berkaitan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kerugian berbilion ringgit.


Malaysiakini

Sumpah laknat Saiful Bukhari memakan diri ?

1. Dua hari lalu, Abdul Gani, pada sidang akhbarnya, mengesahkan Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Anwar.

Persoalan - Mengapa Farah Azlina digugurkan serta-merta setelah pendedahan dilakukan oleh Raja Petra ?

2. Beberapa bulan lalu, Farah pernah dipindahkan dari Bahagian Rayuan dan Perbicaraan kepada Unit Jenayah Komersial di bawah Bahagian Pendakwaan setelah dinaikkan pangkat. Farah Azlina pada mulanya bukan sebahagian daripada pasukan asal pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar tetapi dibawa kemudiannya selepas seorang daripada timbalan pendakwa raya yang ditugaskan mengambil nota perbicaraan meletakkan jawatan.

Persoalan yang harus difikirkan - Mengapa timbalan pendakwa raya yang asal (sebelum digantikan oleh Farah Azlina) meletakkan jawatan? Adakah kerana tidak mahu bersubahat dengan pasukan pendakwaan??

3. Sebelum kejadian itu iaitu sebelum pembongkaran oleh Raja Petra, Farah Azlina dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan tetapi membatalkannya seminggu sebelum tarikh yang dijadualkan itu. Sebab pembatalan itu juga tidak diketahui.

Persoalan - Mengapa perkahwinan Farah Azlina dibatalkan seminggu sebelum ia dilangsungkan ? Adakah ianya berkait rapat dengan hubungai romantis antara Farah dan Saiful ??

4. Difahamkan, sumber dari Suara Keadilan menyatakan bahawa Saiful dan Farah dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin bagi menggelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.

Persoalan - Mengapa terlalu kalut untuk cepat berkahwin? Adakah suatu kebusungan yang hendak disembunyikan??

Sumpah laknat yang dihamburkan oleh Saiful Bukhari telah memakan diri. Mungkin jika peristiwa ini berlaku di zaman para nabi, pastinya si pesumpah akan mendapat balasan secara 'cash' dengan kuasa Allah.

Tetapi di zaman ini, sumpah yang makan tuan itu ditunjukkan dalam bentuk yang mengaibkan peribadi seperti ditangkap khalwat dengan pelajar di bawah umur, dan mungkin juga didapati 'mengandungkan' seseorang ketika masih mempunyai ikatan pertunangan dengan orang lain.

Personaliti media yang bernama Janna Syariza harus tampil menyatakan status pertunangan mereka. Ini bertujuan untuk membersihkan nama Janna dari terus terlibat dengan kebobrokan sebuah pasukan yang cuba menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam apa jua kosnya.

Saudara dan saudari sekalian, mungkin apa yang kita lihat hari ini dan apa yang ditunjukkan kepada kita hari ini kesemuanya adalah berbentuk peribadi. Jika diikutkan, apa perlu untuk kita mengambil pusing perihal peribadi yang sedang hangat diperkatakan? Apakah rasionalnya?

Maka perlulah diingat bahawa, pertuduhan yang dilempar kepada DSAI juga sangat-sangat peribadi dan juga sangat mengaibkan. Seorang anak muda yang diberi kepercayaan supaya suatu hari nanti menjadi orang yang berguna kepada rakyat akhirnya menuduh tuannya dengan tuduhan yang tidak masuk akal - Kononnya diliwat ketika punya kekuatan untuk melawan.

Masalah peribadi yang dihadapi oleh Saiful Bukhari harus menjadi rasional untuk dibicarakan kerana ia telah menyebabkan keperibadian seorang pemimpin dicalar sehabisnya hingga mungkin bakal menamatkan karier politik seorang pejuang.

Oleh demikian, keperibadian 'orang yang menuduh' iaitu Saiful Bukhari perlu di ambil perhatian lebih-lebih lagi orang yang dituduhnya merupakan seorang pemimpin yang punya kredibiliti, kedudukan dan punya karisma. Jika benar Saiful diliwat, hingga dibawakan kepada kita sebuah sumpah lakhnat tujuh keturunan sejurus sebelum PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008, maka perjalanan yang dilalui oleh Saiful sepatutnya lebih dipermudahkan.

Apalah perlunya perbicaraan kes liwat DSAI ini diteruskan sekiranya orang yang menuduh tidak mempunyai moral setulus dahi legamnya. Sama-sama kita lihat di manakah berakhirnya konspirasi yang semakin kucar dan kacir, adakah ia berakhir di Sungai Buluh atau berakhir di Putrajaya. Mohon petunjuk dari Allah...

Akhir kata, masih ingatkah kita akan sumpah lakhnat yang dilakukan oleh DS Najib suatu masa dulu? Apalah balanya yang bakal dituruti sekiranya sumpah ini memakan tuannya, adakah ia berbentuk kekalahan teruk pada PRU akan datang? Sabar-sabarlah kita nantikan...


edyesdotcom.blogspot.com

Suara PERKASA : Vendor tak berani edar atau tak laku ni..

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sedang mengumpul maklumat jualannya akbarnya Suara Perkasa ekoran terdapat aduan bahawa pihak vendor tidak berani mengedarkannya.

Ketua editornya berkata, perkara itu mungkin disebabkan pihaknya pernah mendapat amaran keras daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menggesa Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong ditahan bawah akta ISA.

"Setakat ini kita belum dapat lagi maklumat (berapa naskhah terjual)," kata Daud Ibrahim ketika ditanya tentang sambutan terhadap akhbar itu yang sukar ditemui di kedai-kedai.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Daud berkata walaupun mengalami sedikit masalah jualan, pihaknya tetap akan meneruskan cetakan sebanyak 30,000 naskah di seluruh negara.

"Kita tidak perlu takut. Kita tidak langgar undang-undang. Kita satu-satunya akhbar yang tak ada main isu politik," katanya.

Walaupun dalam diam-diam, menurut Daud, terbitan akhbar dua kali sebulan itu kini sudah memasuki keluargan ketiga dengan mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap 1 dan 15 haribulan.

Edisi kedua Suara Perkara memfokuskan seruan supaya semua orang Melayu bersatu bawah PERKASA, jelas Daud.

Manakala edisi ketiganya pula mengetengahkan isu "pengkhianat bangsa" yang tidak menghormati hak keistimewaan orang Melayu, seperti termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Keluaran 1 Ogos dijadual berada dalam pasaran petang ini, tambahnya lagi.


Malaysiakini

Azwan Ali KUTUK Saiful..

Cuba baca apa kata-kata dari Azwan Ali kepada Saiful yang aku copy n paste dari blog Azwan Ali ini..

Tuesday, July 27, 2010
IDEA BANGANG KONSERT NORA DI MAJLIS TILAWAH! TIMBALAN PENDAKWARAYA BUTA !

"Sapa lah punya idea bangang jemput NORA ...nyanyi di MAJLIS TILAWAH??? Kenapa tak buat KONSERT NORA jer??? Eh hello....majlis MULIA...apa KEJADAH panggil artis KAK BANGANG ooi??? Dah habis IDEA ker??? Kalau Lagu...sesuai dengan MAJLIS tak pa...ni LAGU SYOK SENDIRI....harapkan LIRIK pasal PEDOMAN !!! Perrah.....dah lah nyanyi PUN MIMING !!!! Buang karen....BUAT MALU MALAYSIA...sebagai TUAN RUMAH!!!!"

Hambik ko......PADAN KAN MUKA penganjur dik dik nun !!!! Diva Azwan Ali setujuuuuu.......
ADA AKU KISAH??? Ada berani???? Jawap lah.........Hai PM MISAI PUTIH??? Apa CER???

Dan kecoh semalam....TIMBALAN PENDAKWARAYA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM...kena PECAT! Sebab GILA MAIN ASMARA dengan si KENA SUNTOT KOW KOW (sebagaimana dakwaan hanjj dia lah) SI GEBUZZZ ....SAIFUL Bukhary AZLAN !!!

'Eh hello HANJJJ ooi....KO masuk mahkamah....MENUDUH ORANG MELIWAT juborin bangkai ko pun....tak abis lagi....ADA HATI MAIN ASMARA !!! Sah sah SATU DUNIA tahu....betapa hilangnya maruah KO....mengaku KENA SUNTOT kannn??? Kes pun belum selesai...KO TAK ABIS ABIS....CARI PUBLISITI MURAHAN !!! Apa jenis manusia ko ni HA??? Tak payah NAK COVERINA lah KAK SAIFULWATI ooi....BUANG KAREN jerrrr! SEDEYYYY!!! '

'Padan si BETINA GAREK tu pun....KO TU....konon bertaraf penting katanya!!! TIMBALAN PENDAKWARAYA....!!! Eh MINAH ooi.....DAH HABIS JANTAN ker TULIN ker...atas muka bumi ni ....untuk KO BERNAFSU???? Tolong lah.....!!!! SEMPAT lagi ni.....??? Memang HAPRAK punya BETINA....padan kena PECAT !!! Ko lah ???? TIMBALAN PENDAKWARAYA BUTA !!! Bekas kena SUNTOT pun...KO PERABIS ya???? '


Diva Azwan Ali amat SETUJUUUUU........ADA AKU KISAH???



Si Lazer Azwan Ali

Mufti Perak hanya orang kecil, saya tak mahu layan - TG Haji Hadi..

Patutlah dalam riuh rendah pemimpin lain menjawab isu Perpaduan Melayu yang disuarakan oleh Harussani, TG Haji Hadi ni diam saja.. rupa-rupanya dia menggangap Harussani sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam..

Bahasa halus tu.. kalau bahasa kasarnya.. 'umpama ****** menyalak bukit, bukit tak runtuh.. menatang tu yang penat'


Presiden PAS: ‘Mufti Perak hanya orang kecil, saya tak mahu layan’
Oleh Syed Mu’az Syed Putra



KUALA LUMPUR, 29 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.

“Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.

“Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau,” kata Hadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.

“PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja.

“Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.

“Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.

“Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.

“Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti,” tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.

Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.



The Malaysian Insider

UMNO dicabar dedah Melayu dihalau kerajaan negeri Pulau Pinang

"Umno bangkitkan isu perkauman untuk kepentingan senario politik sempit mereka selain untuk melagakan PAS, PKR dan DAP. Bila berpecah BN dan Umno akan bersorak tetapi masalahnya setakat ini semua perancangan yang dibuat makan diri," tegas Guan Eng dalam pidatonya di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu yang aku terlupa nak pergi..

Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 29 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Umno mengemukakan nama individu Melayu yang pernah dihalau oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri daripada mendiami perkampungan sekitar Jelutong.

Jelasnya, apa yang berlaku sepertimana Kampung Pokok Asam di Jelutong atau Kampung Binjai di Bayan Lepas bukan masalah kerajaan negeri sebaliknya adalah arahan mahkamah kerana tanah yang mereka duduki telah dibeli atau dimiliki oleh pemaju.

Itupun katanya, kerajaan negeri masuk campur untuk mencari penyelesaian seperti mendesak pemaju di Pokok Asam agar menghentikan pelaksanaan projeknya selama tiga bulan untuk mengadakan perbincangan bagi manfaat penduduk.

"Mana ada individu yang Kerajaan Pakatan Rakyat halau. Kalau ada berikan saya satu nama, melainkan ia adalah arahan mahkamah kerana pemaju telah membeli tanah yang mereka diami dari pemilik asal. Macam tu kita tak boleh buat apa sebab tanah swasta," jelasnya ketika menyampaikan pidato di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti, malam tadi.

Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Di Kampung Binjai pula, katanya belum pun berlaku apa-apa lagi tetapi Umno sudah tunjuk 'hero' hendak membela orang Melayu walhal pelan perancangan belum dibuat lagi.

Begitupun, melalui media kepimpinan Umno Balik Pulau mengapi-apikan penduduk kononnya tanah yang mereka duduki sejak sekian lama akan diambil oleh kerajaan dan akan berlaku kejadian menghalau bangsa Melayu.

Katanya lagi, Umno sengaja membangkitkan isu tersebut untuk melahirkan penentangan di kalangan orang Melayu agar jangan tertipu dengan kerajaan berjiwa rakyat pimpinannya yang telah berjaya membawa perubahan ketara berbanding di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Umno bangkitkan isu perkauman untuk kepentingan senario politik sempit mereka selain untuk melagakan PAS, PKR dan DAP. Bila berpecah BN dan Umno akan bersorak tetapi masalahnya setakat ini semua perancangan yang dibuat makan diri," tegas beliau dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu.

Tambahnya, tindakan yang dilakukan Umno terhadap kerajaan negeri bermatlamat memberi gambaran jahat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat bertindak zalim terhadap orang Melayu jika diberi mandat memerintah negara.

DAP pula, katanya ditohmah parti anti Melayu apabila mengambil langkah menghalau orang Melayu dari perkampungan yang diduduki sejak puluhan tahun.

"Tujuan mereka hanya satu iaitu nak menakutkan orang Melayu di negeri lain jika biarkan Pakatan Rakyat memerintah, bencana akan terjadi. DAP akan melakukan sesuatu di luar dugaan dan negara akan jadi huru hara," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Justeru itu, beliau mengingatkan masyarakat Pulau Pinang sama ada Melayu, Cina mahupun India supaya jangan terpengaruh dengan dakyah Umno dan BN sebaliknya memahami dasar Kerajaan Pakatan Rakyat secara mendalam.

Katanya, Kerajaan Pakatan Rakyat akan membela rakyat selaras dengan dasar dan matlamat menjadikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera, aman, makmur dan ada integeriti.

Ini, ujarnya berbeza dengan BN yang asyik menyuruh rakyat mendahulukan sesuatu termasuk menghadiahkan rakyat dengan beberapa kenaikan harga barangan dan petroleum, baru-baru ini.


Harakah Daily

Apabila kes berprofil tinggi ditutup

"Tidak kira orang politik atau orang bukan politik, mereka tidak kisah sangat berapa tinggi timbunan fail di pejabat SPRM. Malah, sekiranya badan bebas itu hendak menyewa bangunan sepuluh tingkat hanya untuk menyimpan fail-fail kes pun, umum tidak berwalang durja. Mungkin mereka akan berduka sekiranya ada pegawai SPRM yang mati terhempap timbunan fail".

Oleh : Abd Jalil Ali

Sekiranya ada aduan rasmi dibuat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampaknya akan terpaksa membuka satu lagi fail dalam sehari dua ini. Dalam kalangan umum, termasuk orang politik, kes terbaru ini perlu disiasat segera.

Seorang Ahli Majlis tempatan di Selangor dikatakan menyalahgunakan kepala surat Exco Ronnie Liu untuk menyokong permohonan syarikat-syarikat kroninya bagi mendapatkan kontrak bernilai kira-kira RM1 juta.

Agaknya oleh sebab yang melakukan kesalahan tersebut ialah orang DAP, di negeri diperintah oleh PR pula, orang-orang politik BN segera membuat serangan. Ini biasa sangat di tempat kita! Jika yang melakukan kesalahan ialah orang BN, orang bukan BN akan segera melompat dan menjerit. Maka tidak pelik dalam kes ini pihak yang satu lagi pula menjerit.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mahu siasatan dilakukan segera untuk membongkar isu ini. Beliau hairan bagaimana kepala surat seorang Exco begitu berpengaruh untuk meluluskan satu-satu kontrak. “Sebagai Anggota Parlimen, kita juga selalu membuat surat sokongan tetapi tidak ada jaminan orang yang kita sokong itu akan berjaya dalam permohonannya,” kata YB Rembau itu seperti yang dilaporkan media.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, cepat-cepat menuduh PR mengamalkan ‘double standard’. Katanya: “Apabila kes penyalahgunaan kuasa terjadi dalam parti mereka, mereka cuba berdiam diri. Kalau terjadi dalam BN, mereka cepat-cepat buat laporan kepada SPRM.”

Dalam waktu yang sama reaksi segera Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ialah: “Kes ini meletakkan saya dalam keadaan yang mengaibkan.” Beliau memberitahu media pihaknya telah pun menjalankan siasatan mengenai perkara ini.

Sekiranya kes ini betul-betul dilaporkan kepada SPRM, satu perkara yang pasti ialah fail siasatan akan bertambah satu lagi, menjadikan timbunan yang sedia ada bertambah tinggi, mungkin sudah jejak ke siling. Ada beratus-ratus fail yang sudah lama tersadai di situ. Ada yang baru dibuka, ada yang sedang aktif disiasat. Dan, ada yang sudah ditutup. Ini pun biasa juga!

Tidak kira orang politik atau orang bukan politik, mereka tidak kisah sangat berapa tinggi timbunan fail di pejabat SPRM. Malah, sekiranya badan bebas itu hendak menyewa bangunan sepuluh tingkat hanya untuk menyimpan fail-fail kes pun, umum tidak berwalang durja. Mungkin mereka akan berduka sekiranya ada pegawai SPRM yang mati terhempap timbunan fail.

Apa yang diambil kira dan menjadi keprihatinan utama umum ialah bagaimana akhirnya mereka yang disebut dalam fail itu? Kalau kes penyalahgunaan kepala surat Ronnie Liu difailkan di SPRM, orang menunggu dan ingin tahu apakah Ahli Majlis yang terlibat itu akan dibicarakan dan dihukum.

Kes kepala surat di Selangor ini tidaklah sebesar mana sekiranya dibandingkan dengan fail-fail SPRM sebelum ini yang melibatkan jumlah duit rakyat berpuluh, beratus, malah beribu juta. Memang, rasuah perlu diperangi walaupun melibatkan hanya RM5. Tetapi, apalah RM1 juta berbanding dengan kes-kes lain yang jumlahnya juta, juta, juta?

Sementara beberapa kes telah berjaya dibawa oleh SPRM ke mahkamah, orang ramai masih menunggu apa yang terjadi kepada kes-kes besar yang dihebohkan sebelum ini. Apa sudah jadi dengan tuduhan rasuah terhadap beberapa orang bekas menteri? Apa yang telah dilakukan ke atas bekas seorang pegawai kanan menteri yang memiliki wang tunai RM1 juta di rumahnya? Apa kesudahannya tuduhan rasuah kepada bekas seorang Menteri Besar yang dikatakan memiliki banglo mewah yang harganya di luar kemampuannya?

Kes-kes berprofil tinggi yang sekarang diklasifikasikan sebagai ‘misteri’ oleh umum sebenarnya menguji keberkesanan dan kewibawaan agensi memerangi rasuah itu. Apa yang menyebabkan sesuatu fail itu terus diperam sedangkan pada pandangan umum penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sudah amat jelas.

Tentu sekali kesangsian dan kekecewaan umum semakin menebal, apabila mereka membaca berita ini, seperti yang disiarkan media, beberapa hari lalu:

“Kuala Lumpur - Sebanyak tiga kes berprofil tinggi yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan menteri dan Menteri Besar ditutup berikutan tiada bukti kukuh yang menyokong kes terbabit.

“Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Hadenan Jalil, berkata kes berkenaan adalah pemberian rasuah membabitkan kereta jenis Alphard kepada isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan penerimaan RM10 juta oleh bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berhubung skandal PKFZ.

“Satu lagi membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung siasatan jamuan hari raya pada 2008,” katanya pada sidang akhbar.

Bagi SPRM bukti diperlukan sebelum kes dibawa ke mahkamah. Oleh sebab tiga kes berprofil tinggi ini – juga beberapa kes bertaraf ‘jerung’ sebelum ini – tidak mempunyai bukti kukuh, kes ditutup. Tetapi, bagi umum penutupan kes itu akan menimbulkan berbagai andaian, termasuk yang paling biasa ‘pendakwaan terpilih’, ‘pilih bulu’, ‘tidak telus’, dan akhir sekali ‘mengarut’. Persepsi inilah yang berterusan sejak zaman ‘Badan Pencegah Rasuah’ (BPR), bertukar kepada ‘Biro Siasatan Negara’ (BSN), bertukar semula kepada BPR, dan akhirnya menjadi SPRM.

Kita semua boleh memperbaiki persepsi ini dengan melaporkan mana-mana amalan rasuah, dan mesti sanggup tampil untuk menjadi saksi yang jujur. Bukan saksi yang pada saat-saat akhir berpaling tadah, sehingga perasuah yang sepatutnya terhukum akhirnya terlepas begitu sahaja.


Sinar Harian

Wednesday, July 28, 2010

Rakyat perlu Ubah Gaya Hidup agar Najib boleh teruskan Gaya Hidup?

Pada 15 Julai yang lalu dalam membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaannya sehingga mencecah RM750 Juta, Najib telah mengumumkan kenaikkan ataupun penyelarasan semula beberapa keperluan asas yang melibatkan Minyak, Gas masak dan juga Gula.

Beberapa alasan bodoh untuk menipu rakyat yang disangka bodoh telah diberikan oleh Najib. Alasannya sila baca di SINI.

Penyelarasan harga itu telah mengakibatkan harga minya perlu ditambah 5 sen bagi setiap liter, harga gas memasak pula perlu ditambah 10 sen bagi setiap kilogram dan harga gula pula perlu dikeluarkan tambahan 25 sen setiap kilogram untuk membelinya. Err..Tiada perkataan barang tersebut naik harga kannn..

Dan disiang harinya pula setelah mengumumkan penyelarasan tersebut, Najib sibuk memilih baju baru untuk dipakai pada sambutan hari kemerdekaan . baca di SINI

Beberapa orang pemimpin UMNO/BN pula telah menyeru rakyat agar mengubah gaya hidup, lihat lakonan semula dalam videoclip dibawah..




Dalam sibuk menyeru rakyat agar mengubah gaya hidup,dan rakyat masih ternganga-nganga untuk mengubah gaya hidup bagi menghadapi Ramadhan yang bakal mnejelang..

Najib mengumumkan pula bahawa beliau akan bercuti keluar Negara mulai esok hingga ke 10 Ogos nanti..



PM bercuti ke luar negara mulai hari ini hingga 10 Ogos

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara mulai hari ini hingga 10 Ogos, menurut kenyataan akhbar pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan dua perenggan itu turut memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas-tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails