Friday, April 30, 2010

SALUT PADA PEJUANG – SEJARAH HULU SELANGOR ( Bahagian 1)

Tahun 2010 sejarah berulang lagi. Kali aku di Kuala Kubu Baru untuk menerangkan kepada warga Hulu Selangor bahawa ejen ejen Zionis Isreal telah mula meresap sekali lagi ke tanah air kita. Kalau dulu ejen zionis menyerap masuk melalui susuk Henry Gurney – kali ini ianya meresap dan merayap masuk diatas jemputan United Malays National Organisation.


DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Kempen politik sedang berjalan rancak di Hulu Selangor. Petang itu suhu alam di Kuala Kubu Baru agak panas lalu aku mencelah ke lereng bukit menuju ke arah Bukit Frazer. Wilayah yang sejarahnya dimiliki oleh budaya kiri.

Sesiapa yang ada yang membaca buku sejarah pasti akan bertemu dengan ‘babak’ selekoh Bukit Frazer - Henry Gurney, Ulu Yam dan Batang Kali.

Batang Kali, sejarahnya samalah seperti My Lai Massacre di Vietnam – dimana orang-orang kampong telah disusun berbaris kemudian di tembak mati seorang demi seorang kerana menyokong perjuangan anti kolonial.

Warga di sekitar kawasan lereng pergunungan ini kebanyakan menyokong perjuangan kiri – Kelumpang, KKB, Behrang, Slim River – semuanya memiliki sejarah kiri yang merah. Hanya kolonial British meletakan kawasan ini sebagai kawasan hitam – hitam untuk penjajah – merah untuk rakyat.

Manakala, disalah satu selekoh di jalan Bukit Frazer ialah tempat terkuburnya Henry Gurney. Henry Gurney ini adalah orang jahat. Di Palestine, susuk ini menjadi setiausaha kerajaan kolonial British Mandate ( 1946-1948 ). Orang jahat ini juga pernah bertugas di Afrika sebelum menjadi wakil kolonial British di Tanah Melayu.

Di lereng Bukit Frazer orang jahat ini telah di tembak mati oleh Gerila Pembebasan Rakyat Malaya dibawah pimpian Parti Komunis Malaya. Justeru setiap kali aku melintasi lereng Bukit Frazer aku akan bersurah kepada sesiapa sahaja yang duduk disebelah aku tentang babak bersejarah yang amat membanggakan ini.

Pada tahun 1971 bila aku mula berkenalan dan jatuh cinta dengan perjuangan rakyat Palestin aku terbaca bagaimana gembiranya rakyat Palestin apabila mendapat tahu yang Sir Henry Gurney telah ditembak mati. Ertinya ada pertalian darah yang amat intim antara Palestine dan Tanah Melayu.

Bukit Frazer di kaki banjaran Titiwangasa sebelah barat - pergununagn ini bersambung ke Pahang – ke Temerloh dan Lubuk Kawah. Lubuk Kawah adalah wilayah kelahiran Regimen Ke 10 Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Gunung ganang ini tidak dapat memisahkan setiakawan dan solidariti kaum tani progresif Melayu di Temerloh dengan kaum kiri buruh China di Batang Kali. Justeru bila aku datang ke KKB – aku hanya mengulangi pejalanan sejarah kiri yang gilang gemilang itu.

Setiakawan bangsa-bangsa amat ketara di wilayah ini. Solidariti ini berjalan dari awal lagi – dibakar – dicair dan di pahat di zaman menentang kolonial. Hulu Selangor adalah wilayah Ahmad Boestaman, wilayah Pak Sako. Di awal permulaam Perang Kolonial 20 Jun 1948 – ratusan Melayu Kiri di tahan di wilayah ini. Baca kembali sejarah – maka kita aka berbangga dengan warga Hulu Selangor.

Tahun 2010 sejarah berulang lagi. Kali aku di Kuala Kubu Baru untuk menerangkan kepada warga Hulu Selangor bahawa ejen ejen Zionis Isreal telah mula meresap sekali lagi ke tanah air kita. Kalau dulu ejen zionis menyerap masuk melalui susuk Henry Gurney – kali ini ianya meresap dan merayap masuk diatas jemputan United Malays National Organisation.

Zionis Isreal sekarang telah memasang jerangkap yang bertahan lama bukan sahaja dalam pentabiran kerajaan malah ianya meresap hingga ke struktur pertahanan dalaman negara kita.

Justeru sesiapa yang hadir dan bekerja di PRK Hulu Selangor minggu lalu sebenarnya kita sedang meneruskan tradsisi melawan penjajah. Kalau dulu PKM membunuh dan membasmi Henry Gurney yang menjajah Palestin - kali ini kita berjuang untuk membasmi – APCO-UMNO – zionis international dan zionis tempatan.

Petang itu aku ingin ke Pertak untuk merendamkan badan dicelah celah limpahan sejuk air gunung yang kini menjadi tadahan empangan besar. Meninggalkan pekan KKB – aku memasuk wilayah hutan yang redup. Kemudian di kaki bukit kereta kami ditahan oleh satu pasokan polis yang lengkap bersenjata. Ini mengingatkan aku kepada apa yang terjadi di Isreal di mana saban hari warga Gaza akan dihantui oleh pelbagai bentuk ‘road block ’.

Road Block ini adalah senjata yang telah digunakan oleh British untuk memagar anak-anak negeri di tanah tanah jajahan dari bebas bergerak. Di zaman perang Kolonial Anti-British di Tanah Melayu dahulu bukan sahaja road block diwujudkan malah pekan pekan kecil dan kampong kampong baru juga dipagar dengan kawat berduri.

Jentera kolonial British sesudah perang dunia kedua telah menggunakan pelbagai teknik untuk menundukkan rakyat Palestine agar menerima kewujudan Zionist Isreal untuk menduduki tanah Palestin pada tahun 1948. Penjajah British telah mengumpulkan pengalaman menjajah Arab di Palestine kemudian membawa teknik menjajah ini ke Tanah Melayu.

Dalam tahun 1948 yang sama , kolonial British telah melancarkan Perang Kolonial di Tanah Melayu. Lihat bagaimana pegawai kolonial British yang telah pernah bertugas di Palestine telah membawa pengalaman mereka menindas warga Arab untuk menindas orang Melayu. Kerana itu apabila Henry Gurney di bunuh di Bukit Frazer, warga Palestine bersyukur gembira.

Sejarah berulang sekali lagi. Hari ini APCO adalah badan zionist yang diupah untuk menasehatkan pentabiran regime Najib Rosmah. Tidak dapat tidak APCO ini memiliki strateji bejangka lama. Waspada ! Gerakan Zionist antarabangsa adalah anai-anai - licik dan tersusun.

Kereta yang aku tumpangi – satelah dipereksa – dibenarkan begerak. Kami terus meluncur mendaki jalan berliku-liku ke arah pegunungan Bukit Frazer.

Pengundi tak puas hati buat laporan polis

Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.

"Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara," kata Othman (kanan, berjaket).

Beliau menambah, ada dari kalangan mereka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi.


Malaysiakini

Majoriti BN 1,725 Undi Diilhamkan Oleh Pihak SPR Sendiri !!

Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, nampaknya semakin panas dan menimbulkan kontroversi.

Terkini, beratus orang pengundi berdaftar di Hulu Selangor dijangka akan membuat laporan polis di IPD Kuala Kubu Bharu esok (1 Mei). berikutan kekecewaan mereka dengan perjalanan pilihanraya kecil itu baru-baru ini.

Antara perkara utama yang akan didedahkan ialah perihal sogokan wang supaya mengundi calon BN, nama dikeluarkan dan dipindahkan dari senarai undi, ada pihak lain yang telah mengundi untuk mereka dan banyak lagi.

Belum cukup dengan itu, calon PKR yang tewas iaitu Datuk Zaid Ibrahim juga telah mengeluarkan kenyataan akan memfailkan petisyen agar keputusan pilihanraya kecil itu dibatalkan dan diistisytiharkan tidak sah.

Anehnya, Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusoff dengan selamba mengherdik tindakan tersebut dengan mengatakan jika SPR tidak telus kenapa Pakatan Rakyat menang dalam tujuh pilihanraya kecil yang terdahulu, sedangkan BN hanya menang tiga kerusi sahaja setakat ini.

Kenyataan Aziz SPR ini agak mengelirukan dan seolah-olah mengiyakan lagi yang beliau telah mencaturkan kemenangan BN di Hulu Selangor baru-baru ini. Tindakan beliau jelas melambangkan betapa dangkalnya mentaliti pengerusi SPR yang sepatutnya berkecuali dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan.

Aziz seolah-olah menjadi jurucakap UMNO BN dalam usaha untuk mengesahkan sesuatu yang telah diketahui penuh dengan penyelewengan itu. Baginya SPR bersikap telus dan adil kerana Pakatan Rakyat menang tujuh pilihanraya kecil.

Sedangkan, dalam kemenangan itu juga ia dipenuhi dengan berbagai tipu helah dan penipuan yang sudah diatur oleh SPR, JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan UMNO BN itu sendiri.

Sungguh malang kita mempunyai seorang pemimpin seperti ini yang ditugaskan mengendalikan pilihanaraya di dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sejak sekian lamanya.

SPR Ilhamkan Kemenangan Majoriti 1,725 BN

Percaya atau tidak itulah hakikatnya, mungkin ia hanya satu mistik dan telahan semata-mata. Namun, terbukti kemenangan majoriti 1,725 calon BN itu kemungkinan besar diilhamkan oleh puak-pauk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri.

Buktinya, cuba lihat pada tarikh "Hari Pencalonan" pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. SPR menetapkan hari Sabtu (17 April 2010). Manakala tarikh "Hari Pembuangan Undi" pula ditetapkan pada hari Ahad (25 April 2010).

Jika dilihat sekali lalu mungkin ramai yang tidak perasan akan perkara ini. Mungkin inilah dia bukti jelas bahawa kemenangan BN dengan majoriti 1,725 itu diambil daripada tarikh "17 April" dan "25 April" maknanya nombor yang terjadi ialah 1+7+2+5 = 1,725.

Sama ada ia secara kebetulan atau pun kenyataan, segalanya telah terjawab kini. Malah, kemenangan calon BN itu sah sebanyak 1,725. Apakah ini semua satu petanda yang SPR telah memainkan peranan untuk mengilhamkan kemenangan BN itu.

Segala teori ini hanyalah "mistik" semata-mata. Namun, ia mungkin juga ada kebenarannya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Samalah seperti "Teori RAHMAN" yang seringkali diwar-warkan suatu ketika dulu.

Teori yang menyatakan nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dan R=Tunku Abd Rahman, A=Abdul Razak, H= Hussein Onn, M=Mahathir, A= Abdullah Badawi dan N=Najib menjadi RAHMAN. Namun ada juga yang terlupa bahawa nama Tunku Abd Rahman itu hujungnya ialah AL-HAJ, maknanya "A" yang berikutnya ialah Anwar Ibrahim. Nantikan semua ini berlaku biarpun ia sekadar teori semata-mata. Inilah yang amat ditakuti oleh puak-puak UMNO.


Pahang Daily Online

MCA didesak keluar dari BN.

Kesian MCA ni.. sudahlah berkempen sampai menangis-nangis merayu undi untuk Kamalanathan, hasilnya majoriti kaum Cina di Hulu Selangor tetap menolak BN.. Ini pulak Ketua UMNO Bahagian Paya Besar mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional..

Dah jadi macam kucing kurap pulak MCA ni ya..



KUANTAN – Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional (BN) daripada terus menuding jari di atas kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina di pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ahmad Tajuddin mendakwa kegagalan MCA meraih sokongan pengundi Cina tidak hanya di Hulu Selangor tetapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu juga keadaan sama berlaku.

Menurutnya, pilihan terbaik kepada MCA adalah menarik diri sebagai parti komponen supaya tidak terus membebankan BN dengan kegagalan meraih kepercayaan pengundi Cina.

“Keluarlah dari BN untuk elak daripada terus membebankan parti komponen lain. Jangan menuding jari kepada sesiapa berikutan kegagalan kita sendiri. Sepatutnya mereka mengakui kesilapan bukan menuduh orang lain sebagai penyebab.

“MCA perlu mengaku bahawa mereka tidak lagi diberi kepercayaan daripada kaum Cina. Ia bukan berlaku pada pilihan raya kecil tetapi pada PRU 2008 lalu juga berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan MCA menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menjadi penyebab kekurangan undi masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Parlimen Hulu Selangor.

“Dakwaan MCA sekadar untuk menutup kegagalan mereka meraih sokongan masyarakat Cina. Pada saya ia tindakan yang tidak bertanggungjawab. MCA gagal meyakinkan masyarakat Cina supaya menyokong calon BN daripada MIC di Hulu Selangor.

“Jika UMNO mampu meyakinkan pengundi Melayu untuk menyokong calon MIC, mengapa MCA tidak boleh?. Jangan mencipta alasan yang tidak bijak untuk menutup salah,” katanya.

Sinar Harian

ALLAH HU AKHBAR!! Telaga Minyak pun Hilang?

Apa nak jadi dengan negara ku ini??

Dulu kita kehilangan Pulau Batu Putih.. lepas tu kita kehilangan enjin Jet sekarang kita kehilangan telaga minyak pulak dah..


Misteri Kehilangan Dua Blok Padang Minyak

A kadir Jasin

ADAKAH benar dakwaan bekas Pardana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan akhbar The Edge bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi telah secara diam-diam menyerahkan dua blok padang minyak (oil fields) kepada negara Brunei?

Dr Mahathir menulis dalam blongnya semalam bahawa Blok L dan M telah secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Petronas diserahkan kepada Brunei walaupun Petronas telah menandatangani perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikat minyak Amerika, Murphy Oil.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas berkata dua blok itu dituntut oleh Malaysia berasaskan fakta sejarah dan dianggarkan mempunyai simpanan minyak mentah mutu tinggi sebanyak 1 bilion tong.

Laporan The Edge dan The Brunei Times mendakwa dua blok padang minyak itu tidak lagi dimiliki Malaysia.

Akhbar ekonomi The Edge pada 22 April memetik Murphy Oil sebagai berkata Petronas telah menamatkan kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok L dan M kerana padang minyak itu “bukan sebahagian daripada Malaysia lagi".

Murphy Oil berkata Petronas telah memaklumkan kepadanya pada 21 April bahawa “berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009, kawasan penerokaan luar pantai yang diberi nama Blok L dan M bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.”

Kerajaan wajib menjawab sama ada dakwaan Dr Mahathir dan laporan media massa itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, ini adalah perbuatan menyembunyikan maklumat yang boleh dianggap satu pengkhianatan.

Kalau benar, kenapakah padang minyak itu tiba-tiba bukan lagi milik kita dan adakah benar pemilik barunya adalah Brunei?

Adakah ini ada kena mengena dengan penyelesaian yang kononnya telah dicapai dengan Brunei mengenai tuntutan negara itun ke atas Limbang, Sarawak?

Pada 16, 2009 Bernama memetik Abdullah sebagai berkata di Bandar Seri Bengawan bahawa “Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya yang lama ke atas Limbang.”

Abdullah berkata pengguguran tuntutan oleh Brunei itu adalah sebahagian daripada Pertukaran Surat-Surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Tetapi dua hari kemudian, pada 18 Mac, Menteri Luar dan Perdadangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng, dipetik oleh akhbar The Brunei Times sebagai berkata “isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang menyelesaikan isu dua-hala yang tertangguh antara Brunei Darussalam dan Malaysia.”

Dr Mahathir dalam blognya berkata Kementerian Luar Negeri Malaysia tidak pernah menafikan kenyataan Brunei itu.

Jadi adakah kita kehilangan dua padang minyak kepada Brunei tetapi Brunei tidak menggugurkan tuntutan ke atas Limbang?

Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan tanpa sebarang percubaan “cover-up”.

Setelah kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada zaman singkat pemerintahan Abdulllah, kita berhak untuk tahu apakah kepentingan dan kedaulatan kita di Sarawak juga telah disabotaj akibat kedangkalan pemerintah waktu itu.

Kita takut padang minyak yang kita kendong telah berciciran dan pembebasan Limbang daripada tuntutan Brunei yang kita kejar tak dapat.

Kita tidak mahu cerita si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya terjadi kepada kita. Si Luncai tak apalah. Labu-labu itu miliknya. Tapi dua padang minyak dengan potensi hasilnya dianggarkan RM320 bilion itu milik kita. Ia bukan milik mana-mana Luncai.

Saya telah beberapa kali menyuarakan secara terbuka keraguan saya terhadap kemampuan penasihat-penasihat hal ehwal luar dan perundangan Abdullah, khasnya dalam hal Pulau Batu Putih. Keraguan itu terbukti apabila kita kalah perbicaraan menuntut pulau strategik itu pada 23 Mei, 2008.

Soalnya, kalau betul dua padang minyak itu diserahkan kepada Brunei oleh Abdullah, apa yang menteri-menteri dan penasihat-penasihat beliau ketika itu buat? Adakah mereka bersubahat (complicit) atau mereka tertidur?

Kita juga ingin tahu kepada siapa kontrak pengeluaran minyak di dua blok itu diberikan oleh pemilik barunya. Bukan apa, tetapi takut-takut si Luncai terjun ke sungai sambil itu mimum air. Manalah tahu, di depan kita si Luncai buat bodoh, tetapi di belakang dia sapu.


http://kadirjasin.blogspot.com/

Scandal KD Altantuya bakal terdedah (Video Inside)



Skandal pembelian kapal selam Scorpena bakal didedahkan tidak lama lagi dengan tibanya peguam dari perancis ke Malaysia bagi memaulakan siasatan terhadap isu ini.

Peguam Joseph Breham yang sebelum ini memfailkan aduan dalam mahkamah Paris berkaitan skandal perjanjian pembelian berbilion US dolar kapal selam Perancis oleh Malaysia itu dijangka tiba di Kuala Lumpur untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai kes tersebut dan dijadual bertemu dengan anak guamnya, sebuah organisasi hak kemanusiaan suara rakyat Malaysia (Suaram).

Perjanjian pembelian itu diatur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2002 (ketika itu Menteri Pertahanan) yang didakwa memberikan kuntungan komisen sejumlah RM3.7 bilion kepada rakan sekutu terdekat Najib, Abdul Razak Baginda.

Pembelian itu membabitkan dua kapal selam berdiesel Scorpene yang dibina oleh Armaris, anak syarikat pertahanan terbesar DCN Perancis (dahulunya Direction Des Construction Navales), dan kapal selam lama yang dihasilkan oleh usaha sama antara DCN dan syarikat Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes itu bagi pihak Suaram berkata, mahkamah Perancis telah pun memulakan siasatan awal dan beliau akan menasihati anak guamnya untuk mengambil langkah wajar seterusnya.

Selain Breham, Renaud Semerdjian dan diketuai peguam William Bourdon sebelum ini memfailkan permohonan untuk menyiasat dakwaan jika terdapat sebarang unsur rasuah terhadap DCN pada 4 Disember lalu dan turut memfailkan dokumen tambahan pada 23 Februari lalu. -EraPakatan


Hulu Selangor membuktikan Jentera Pilihanraya PKR Selangor Lemah!

Kita perlu belajar menerima kritikan untuk maju. kata siapa tah. aku pun dah terlupa…

Jadi buat yang terlibat dengan PRK Hulu Selangor ini adalah berita tentang kelemahan Jentera Pilihanraya PKR Selangor..

Difahamkan walaupun penafian telah dibuat oleh pemimpin PKR bahawa perletakan jawatan Setiausaha PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat melemahkan jentera Pilihanraya PKR ia sebenarnya memang melemahkan hingga hampir melumpuhkan jentera pilihanraya PKR..


By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, April 30 — PKR might be seen as the lynchpin for Pakatan Rakyat (PR) but last Sunday’s Hulu Selangor by-election has revealed its partners to be equally effective as the pact’s driving force.

PKR put up Datuk Zaid Ibrahim as the candidate, promoting his national stature in all their campaigns, but lost to MIC’s P. Kamalanathan, who was voted in with a 1,725-vote majority on mainly Malay and Indian support.

While PKR’s campaign was marred by news of party members defecting almost on a daily basis, both PAS and the DAP remained solid in terms of both supporter loyalty and organisational prowess.

It is understood that contrary to denials by PKR leaders that the defections were of no impact to its campaign, the resignation of one of its leaders — Hulu Selangor PKR division treasurer, Dr Halili Rahmat — had almost brought the party’s machinery to a total halt.

“For PAS, the campaign was organised in three waves. For the first wave, it was generally agreed that PKR would handle it entirely,” a PAS official told The Malaysian Insider on condition of anonymity.

“Our observation indicated PKR was in a mess. The resignation of Halili had almost paralysed them as he was influential there and also the purse stringer.

“It was only when we came in, at the second wave, that PR’s machinery begin to move especially in the Malay areas,” he added.

The PAS official revealed that PKR had no virtually no network on the ground in Hulu Selangor. It had but a single branch in each voting zones whereas PAS, despite being the outsiders, had three branches working for each polling zone.

“Even so, their branches were virtually ineffective, and we had to go in and give them a help. If not, God knows...” added the source.

Innuendos pointing to PKR’s ineffective campaign were everywhere.

PAS secretary-general Datuk Mustapha Ali had recently said, “I don't mean to belittle PKR but it was our machinery that worked hard to campaign in the Malay areas”.

Another was Klang DAP MP, Charles Santiago, who was on PR’s campaign trail throughout the by-election. He had blamed the inefficiency of PKR’s machinery, among others, as cause for their defeat.

This was admitted by party elections director, Fuziah Salleh, who pointed to the “lack of competence and experience on the part of the local level leaders” to handle the massive by-election.

This flagging performance was also blamed on the splits within PKR’s machinery. It is understood that the machinery was divided into three camps: one of Tan Sri Khalid Ibrahim who was hand-picked to lead the campaign; the second, of vice-president Azmin Ali; while the Hulu Selangor candidate himself, Datuk Zaid Ibrahim, wielded the third.

“So what this shows is that, even at the most crucial of times, PKR cannot put aside its differences. Are we betting that they would in the future? After Hulu Selangor, it looks unlikely,” said another PAS leader who did not want to be named.

Fuziah, however, denied that their machinery was divided, saying it had instead brought the allegedly warring leaders like Azmin, Khalid and Zaid together.

Another key element missing within PKR is its ideological strength said the PAS leader further. Other parties, the leader contended, have their unique “element” to keep the party intact except for PKR.

“BN’s support have always relied on money. That is their ‘element’. For PAS, we have Islam and the concept of loyalty and discipline. That is what holds us together. I don’t know what DAP has but it seems to be working. Only PKR is hit with desertions. I don't see what are the ‘elements’ that hold PKR together,” said the PAS source.

This view is generally shared by political observers, who noted that PKR has yet to project a solid ideological image apart from its enmity towards its rivals, BN.

In the meantime, PKR is betting only on the frail consensus that its de facto leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim, is accepted by both PAS and DAP as a possible prime minister should PR take over federal power.


The Malaysian Insider

PRK Sibu : 3000 Undi Pos untuk BN.

Banyak tu.. penat lagi kali ni..

Agi Idup Agi Ngelaban, begitu kata-kata keramat yang menjadi pegangan jentera Parti Keadilan Rakyat menghadapi cabaran Pilihanraya Kecil Sibu.

PKR bersama-sama parti-parti komponen Pakatan lain seperti DAP, SNAP dan Pas telah melakukan persediaan awal bagi memastikan jentera pilihanraya kali ini benar-benar bersedia, teratur dan berkesan.

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Wan Zainal Abidin Wan Sanusi mengakui tugas Pakatan Rakyat memenangi hati dan minda rakyat Sibu bukan mudah, namun erti putus asa sebelum berjuang tidak pernah ada dalam kamus aktivis PKR Sarawak.

"signifikannya begini kalau pr menang sibu ia akan menjejaskan prestasi dan imej bn di pilihanraya akan datang tak lebih 12 bulan. ini penting untuk kita menang bagi menaikkan reputasi kita. dan utk hadapai pilihanraya dan membina persepsi kita terhadap orang"katanya beliau.

Wan Zainal menjelaskan antara rintangan yang dihadapi Pakatan Rakyat adalah isu undi pos, yang selama ini membantu BN meraih majoriti besar di Sibu.

"taktik bn yang diketahui umum akan boleh menimbulkan persainag tidak sihat. satu daripadanya ialah undi pos yang hampir 3 ribu di kawasan itu"katanya.

Wan Zainal menjelaskan PKR akan mensasarkan isu-isu setempat seperti permasalahan banjir serta isu hak pemilihan tanah yang gagal diselesaikan BN sejak berpuluh tahun.

Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihanraya kecil kawasan Sibu Sarawak ialah pada 8 Mei manakala hari pengundian 16 Mei.Pilihanraya kecil ini adalah berikutan kematian Ahli Parlimen BN Datuk Robert Lau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April.


erapakatan

Pak Lah melepaskan 2 Telaga Minyak kepada Brunei

Tun Mahadet dalam posting terbarunya mempersoalkan terlepasnya dua medan Minyak Blok L dan M milik Malaysia kepada Brunei.

Ia mungkin sebahagian dari persetujuan yang ditandatangani oleh Pak Lah dengan Sultan Brunei pada 16 Mac 2009 - Letters of Exchange (LoE) - 19 hari sebelum Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Apa yang dipersetujui Pak Lah diteruskan oleh Najib. Surat Petronas untuk menamatkan perjanjian perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil Corp telah dikeluarkan pada 7 April baru lalu. Di Bawah CEO baru Petronas dalam era Najib. Lagipun, Najib masa itu adalah TPM.

Murphy Oil mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan penamatan perjanjian oleh Petronas itu dan seorang Menteri Brunei pula mengesahkan kedua-dua blok minyak yang dulunya menjadi milik Malaysia telah secara rasmi menjadi milik Brunei.

Acara penandatanganan itu ikut dihadhiri oleh kedua-dua Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, serta Menteri Luar waktu itu, Rais Yatim dan Menteri Kabinet, Hishammuddin Tun Hussien - seperti laporan Bernama bertarikh 16 Mac 2009.

Rais dan Hishamuddin masih menjadi anggota Kabinet sekarang dan tentulah mereka boleh memberikan penjelasan atas pelepasan khazanah berharga kita semudah itu. Bahkan seluruh kabinet Najib harus bertanggungjawab dan memberikan penjelasan.

Tun M mengganggarkan paling kurang USD 100 B atau RM 320 B khazanah kekayaan negara kita terlepas kepada Brunei.

Bayangkan! Untuk membayar royalti yang terhak kepada Kelantan yang bernilai hanya beberapa billion, mereka menggunakan berbagai alasan untuk menafikannya. Pada masa yang sama, mereka sanggup melepaskan khazanah yang beribu kali lebih tinggi nilainya dengan sebegitu mudah.

Janganlah Tun M hanya nampak kelemahan Pak Lah tanpa berani bertanya Najib kenapa surat penamatan rasmi dikeluarkan oleh Petronas dan secara terang menyebut pemilikan Malaysia ke atas Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia.

Isu sebesar ini hanya layak dijawab oleh PM.

Pilihanraya Sibu memberi peluang rakyat Sarawak memberikan pandangan awal mereka tentang sebahagian kekayaan negeri mereka juga telah tergadai.

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan.

Thursday, April 29, 2010

A murder by the police?

I would have written about this earlier had I not been away.

I read with total disbelief about the totally unprovoked, unnecessary and unprofessional killing of a 14-year-old boy by the police in the early hours of the April 26, 2010.

The police as usual, with its standard apathetic “statement” to the media, said:

“Seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam… sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun… suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

(A person who was a suspected robber was shot by the police early this morning at section 11 Shah Alam .... a machete was found in the car which was suspected as the weapon used in robbery .... a second suspect successfully ran away ...” ) — translated by me.

YB Khalid Samad has a clear account of the incident on his blog.

I am aghast at the statement issued by the police. It is insensitive, irresponsible and in fact laced with so much bad intention.

On what ground and evidence did the police conclude that the 14-year-old victim was a “suspected robber”?

Read the account at YB Khalid Samad’s blog. Read also the police report lodged by the “second suspect” who had apparently successfully ran away.

The police were clearly chasing the car driven by the victim for some traffic offences. That was all. Was there a necessity to shoot the driver? Can’t 2 patrol cars overtake a Proton Iswara and stop them? What kind of drivers were the police, so much so that they have to resort to shooting the driver to stop a Proton Iswara driven by a 14-year-old?

And to repeat my first question, what made the police to conclude that the 14-year-old boy was a suspected robber and his passenger friend a “second suspect”?

The “parang” story was obviously an attempt at justifying the killing. So, if someone carried a parang, he could justifiably be shot to death is it? Even on that assumption, how did the police see the parang in the boot before shooting the 14-year-old boy?

As could be seen from the “second suspect’s” police report, he had wanted to surrender. But he was kicked and stepped on by the policemen. He then ran away.

This kicking culture among the police is well known. That was what happened to Norizan Salleh, the woman who was shot not once, twice or thrice, but a good FIVE times by the police but fortunately lives on to tell the tale. She was also stepped on and kicked after being shot five times.

In the incident here, was there a necessity to kick the boy? Can’t the police see that he was just a terrified boy? The boy was coming out from the driver’s side which means he had to move the body of his 14-year-old friend who was then dead. Wasn’t it a priority to check what had happened to the victim who was then lying dead rather than to kick the other boy?

And when he ran away, was he chased? Was there any attempt to arrest the “second suspect”? Or are the police trying to imply that 3-4 adult policemen could not chase and apprehend the “second suspect”, who also happened to be a boy?

They drove a patrol car and could not overtake an Iswara. Then they also could not chase and apprehend a boy?

Why didn’t they just shoot the “second suspect” then? After all he, like the victim, was a suspected robber, no? Why the double standard? Just shoot him, like what they did to the victim. After all, there was a “parang” in the car. And the “parang” was suspected to have been used in robberies.

The response from the police later left me numbed. The 4 officers had now been assigned to desk duties.

Why were they not suspended? The case has been classified as a murder case, according to the police themselves. And that was done to show how serious the police are about the case.

So, now, we have 4 police officers, who are being investigated in a murder case, who are still carrying weapons and a police identity card. What if they use their position as such to intimidate the “second suspect”, who is just a boy? How?

Sometimes I wonder where some of us have retired their brains to. Junksville?

The response from the Home Minister is almost standard. We are sorry. We will investigate this fully and transparently. We will have a special task force to do this. And rest assured the task force will be independent and there will be no interference. Blah, blah, blah... (Kesha’s song is running in my head now!).

The thing is this. Let us all not forget that this has happened far too many times for our comfort. Kugan has died. After Kugan, there was another case of death in the cell. Norizan was shot. Now Aminulrasyid. Every now and then, we read or hear news about the police opening fire and “killing 6 suspected robbers/gang members/whatever”.

I read somewhere yesterday that the Indonesian government is questioning the killing of three of their citizens recently.

We can have this and that task farce, eh, sorry, task force. We can have a 40,000 word report about this and that incidents. Nothing is going to change the police and their propensity for pulling the trigger.

The rules and regulations pertaining to the discharge of fire arms by the police must be tighten and made public.

And there must be tangible effort to restore public confidence in our police force.

The establishment of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC), as recommended by a Royal Commission, would be a good starting point.

I wonder why the Home Minister and the government so reluctant in establishing the IPCMC. After all, it wasn’t some Tom, Dick or Kamal who had suggested its establishment. It was recommended by a Royal Commission established by the government itself!

I hope Aminurasyid did not die in vain.

Al-Fatihah to him. And my deepest condolence to his parents, family members and friends.


artharun.blogspot.com

BN Menang kerana PERKASA - Tun Mahadet

Kalau Tun Mahadet sendiri dah kata macam tu.. Najib, Muhyiddin dan kawan-kawannya tak perlulah bermegah kerana korang dah menang di Hulu Selangor tu..

Kemenangan UMNO/BN hanya dibantu oleh PERKASA yang perkasa itu.. kalau nak harapkan UMNO,MCA dan MIC mungkin tiada harapan untuk menang..

Kesian... Parti yang dah berusia lebih dari 50 tahun memerlukan bantuan pertubuhan yang usianya tidak sampai setahun untuk menang...


Dr M: PERKASA bantu BN rampas Hulu S'gor

Apr 29, 10 5:02pm
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini memuji Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya berjaya meningkatkan sokongan masyarakat Melayu kepada Barisan Nasional pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

“Mungkin, sumbangan PERKASA, kerana kebanyakan orang Melayu mengundi untuk BN. Kita tak tahu, Dulu ramai orang Melayu tidak sokong BN. Jika BN tidak menyokong PERKASA, kita tidak akan mendapat undi Melayu.

“Dan jika kita tidak mendapat undi orang Cina, undi itu akan pergi ke Pakatan (Rakyat) lah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan kertas kerjanya yang bertajuk '"Malaysia As A Maritime Nation - Are We There? di Institut Maritime di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga mengulangi bahawa isu-isu perkauman tidak harus dibincangkan secara terbuka kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum.

"Seorang bercakap sesuatu, maka orang lain akan membalas. Jika anda cakap orang itu bersikap perkauman, maka mereka akan kata anda seorang bersikap perkauman," katanya.

Awal minggu ini, Dr Mahathir berkata BN harus melakukan analisis mengenai sokongan kaum Cina yang berkurangan kepada gabungan itu pada pilihan raya kecil tersebut.

Ditanya sama ada krisis dalaman MCA yang berlarutan sebelum ini merupakan salah satu faktor, Dr Mahathir berkata: "Semua parti komponen BN - MCA, Gerakan, MIC dan Umno, juga mempunyai masalah masing-masing."


Malaysiakini

Kawan-kawan!! Musa Hassan dah Merajuk ooiii!!!

Setelah dikritik hebat dari berbagai pihak samada dari Kerajaan ataupun Pakatan Rakyat berhubung tragedi menembak mati seorang pelajar, inilah jawapan professional yang rakyat Malaysia perolehi dari seorang Ketua Polis Negara.

Katanya jika kita tidak mahu Polis menguatkuasakan undang-undang beritahu saja, beliau akan mengarahkan anggotanya supaya tidak menguatkuasakan undang-undang..

Sangat Proffesional jawapan itu.. macam budak-budak.. sikit-sikit merajuk..

Jadi kalau Polis yang sepatutnya bertindak menguatkuasakan undang-undang tidak mahu menguat kuasakan undang-undang apa guna ada Polis?

Apa guna kerajaan membayar gaji anggota Polis yang ditugaskan menguatkuasakan undang-undang itu jika mereka tidak mahu melaksanakan tanggungjawab mereka?

Takkan nak mentekedarah gaji buta saja kot....

KPN sedia arah anggota polis undur
Apr 29, 10 6:02pm

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja.

“Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, - termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” katanya yang dipetik The Star Online ketika kempen menderma darah sempena sambutan Hari Polis 203 di Kuala Lumpur hari ini.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu.

"Ia berlaku sekitar jam 2 pagi dan kenderaan itu dibawa dalam keadaan yang mencurigakan. Anggota saya tidak tahu sama ada pemandu kereta itu orang dewasa ataupun tidak kerana keadaan adalah gelap.

"Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa.


Malaysiakini

Memandu Tanpa Lesen, bukan Mati hukumannya - Wee Ka Siong

Saya berasa kesal dengan kematian Aminulrasyid Amzah, dan marah kerana polis memperlekehkan nyawa rakyat. Remaja ini tidak seharusnya mati di tempat kejadian. Masa depan seseorang remaja terkubur begitu sahaja hanya kerana kesilapan polis ketika membuat tafsiran.

Aminulrasyid Amzah tidak harus dilihat sebagai penjenayah tegar, malah tidak mempunyai rekod jenayah lama. Mengapa remaja sebegini dilihat sebagai penjenayah besar? Ia tidak memperlihatkan kewajaran.

Isu remaja ditembak mati polis telah mencungkil perbincangan umum, terutamanya di laman sosial, Facebook. Tidak kurang pelayar internet yang menganggap bahawa polis membunuh mereka yang tidak berdosa.

Kita ketepikan isu sama ada Aminulrasyid Amzah disyaki melakukan jenayah atau tidak buat sementara. Bagaimanapun polis tidak harus menembak mati remaja ini. Polis mempunyai banyak cara untuk menghentikannya, termasuk menembak dengan menghala ke atas, menembak ke arah tayar keretanya, tetapi bukan menembak ke arah seorang remaja berumur 15 tahun.

Saya (gambar kiri) amat kesal dengan prestasi polis. Beberapa bulan kebelakangan ini, pasukan polis bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk membina imej mereka.

Malah, Perdana Menteri Najib Razak telah memutuskan untuk mempertingkatkan kebajikan polis, dengan harapan untuk memperkemaskan pasukan polis, lantas mengembalikan kewibawaan polis. Namun, kini polis disyaki memperlekehkan nyawa rakyat, membunuh mereka yang tidak berdosa, mengakibatkan usaha sebelum ini disia-siakan begitu sahaja.

Saya amat yakin, Aminulrasyid Amzah bukanlah penjenayah yang terkenal dengan rekod buruknya, malah beliau tidak mempunyai rekod jenayah. Dalam keadaan sedemikian, saya anggap beliau cemas dan cuba melarikan diri kerana memandu tanpa lesen. Tetapi, polis seharusnya boleh menafsir pada ketika itu. Realiti membuktikan bahawa polis yang bertugas salah tafsir. Malah, hukum mati bukan jawapannya seandainya kesalahan memandu tanpa lesen dibawa ke mahkamah.

Sementara sesetengah pihak menyalahkan pengundi Cina tidak mengundi BN kerana tidak tahu bersyukur, kita seharusnya faham bahawa isu seperti Aminulrasyid Amzah adalah punca pokok mengapa Cina hilang yakin kepada kerajaan BN. Isu ini menjurus kepada hilang yakin rakyat terhadap polis, tidak kira warna kulit mangsanya, dan ini menyebabkan imej kerajaan terjejas.

Saya berharap, sementara kerajaan mengendalikan kes Aminulrasyid Amzah ini, kerajaan juga harus bertekad untuk memperkemaskan pasukan polis, termasuk menggunakan segala penyelasaian untuk memperbaiki imej polis, barulah meningkatkan kewibawaan kerajaan BN di kalangan rakyat.


Wee Ka Siong ialah Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran.


Merdeka Review

PKR!! Salahkan diri sendiri la...

Nampaknya budaya kelam kabut atau terhegeh-hegeh bekerja hanya bila DS Anwar Ibrahim ada juga ujud di dalam PKR Selangor.. aku sangkakan hanya di Permatang Pauh saja..


PKR campaign a comedy of errors

By Zefry Dahalan

KUALA LUMPUR: PKR was quick to accuse Barisan Nasional of corruption when its candidate Zaid Ibrahim was defeated in the Hulu Selangor by-election.

However, sources told FMT that PKR itself was in disarray throughout the seven-day campaign period.

The sources said while PAS and DAP were in full throttle, PKR, which governs Selangor, had failed to mobilise its people.

As the host, PKR was expected to lead the assault in Hulu Selangor.

“But they (PKR leaders) were nowhere to be seen,” a vexed Pakatan Rakyat grassroots leader from Johor said on condition that FMT does not name him.

"Our team was completely lost; we are not locals and we do not know the housing areas and villages there. Nobody from PKR Selangor helped us out,” he said.

“Even on the fourth day of our door-to-door campaign, we did not receive any pamphlets, or the candidate's biodata and manifesto. Is this how you run a campaign?” he asked.

To make matters worse, he said there were those linked to the Malay pressure group Perkasa which was roped in to help out in the campaign.

Perkasa chairman Ibrahim Ali was campaigning for BN candidate P Kamalanathan instead.

No food and shelter

Another outstation Pakatan leader complained that they (the campaigners) had to look for their own food and lodging and had to use their money for this.

According to him, all the divisions in his state contributed money to rent three houses, and for food and election campaign work.

"During our stay in Hulu Selangor, nobody from the state PKR assisted us in terms of logistics. We took money out of our own pockets because we believed in the struggle,” he said.

The disappointed leader said the 100 volunteers from his state worked tirelessly to ensure a victory for Zaid.

“We took annual leave, left our jobs and families behind to help PKR. The least PKR Selangor could have done is put a roof over our heads and food on the table.

“Why couldn't PKR Selangor with all its resources, state assemblymen and MPs organise an effective campaign?

“The party has been governing the state for two years, and it has failed to carry out such a simple task,” he added.

Apart from this, there were also reports of how PKR leaders only swung into action whenever their chief Anwar Ibrahim comes around.

In one particular housing estate, a source said that PKR Selangor was not involved in the campaigning work there since day one.

“But on the night before polling day, suddenly a PKR Selangor divison took over the ceramah from PAS. It was running about here and there looking busy.

"When Anwar came (for the ceramah), he was given the impression that his PKR boys have been doing all the work,” added the source.

Why did Indian votes swing?

The Sunday by-election also witnessed a swing in Indian support for BN.

In Bukit Beruntung, a local Indian village head, who declined to be named, also blamed PKR Selangor and the state government for this.

He claimed that state exco Dr Xavier Jayakumar promised funds for a temple in the village during the campaign period.

“Until 7pm on the eve of polling day, the money did not come. However, MIC handed RM10,000 a few hours later.

“If the exco (Jayakumar) had given us the money earlier, I would have tried my best to convince the 213 voters in my area to support PKR. But under these circumstances, I could not do anything,” he said.

The village head, who claimed to be a staunch PKR supporter, said the opposition party lost Indian votes because the state government dragged its feet in providing land titles for Tamil schools in the area.

"The state should have done it at least a year ago. It did provide land title for a Tamil school during the campaign period but it was too late,” he said.

He said another reason was that Pakatan Indian leaders, including the MPs and state assemblymen, hardly did any work on the ground.

“They just showed their faces whenever Anwar came,” he said.

Meanwhile, a PKR leader from Perak told FMT that the entire campaign was riddled with holes and poorly organised, especially in the Malay-majority Felda areas.

“Most of the Pakatan leaders were just interested in being speakers at the ceramah instead of helping on the ground.

“In a battlefield, it's important that the soldiers have a leader. But when the leaders go missing, what can the soldiers do?” he asked.


Freemalaysiatoday

IBU Menangis angkara Zionis..

IBU MENANGIS ANAK DIBUNUH DI SHAH ALAM OLEH
APNO AJEN ZIONIS


IBU MENANGISI ANAK DIBUNUH ZIONIS DI GAZA





Tolong hebohkan: cucu saudara mentua Pyanhabib, Aminul Rashid mati ditembak polis!

- TAYAR sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!

- Sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah dan mendakwa lima kali ditembak tetapi tidak mati!

-Kasih sayang, ajal maut, kuasa tuhan, ya. (gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua tidak pertikai `kuasa' polis tetapi kenapa ada polis salah guna `kad kuasa'?)

-Jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?

-Jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!

-Lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki'.

-lebih 10 tahun lalu, adik gua dilokapkan seminggu tanpa dibenar hubungi keluarga, juga kerana `disyaki'.

NOTA :aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak. dan rakannya itu anak pegawai polis!

PYANHABIB

Dicopy dari Tukar Tiub

Ezam sebagai Senator, Kemana Khairy selepas ini?

Artikel ini dipetik dari blog Azli Shukri seorang penyokong UMNO, satu-satunya blog penyokong UMNO yang penulisannya kelihatan agak intelektual jika dibandingkan dengan blog-blog penyokong UMNO yang lain seperti Parpukari contohnya..

Ezam Mohd Noor 2010, Ke Mana Khairy Selepas Ini?

KUALA LUMPUR 28 April - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengenai berita pelantikannya sebagai senator itu tetapi enggan mengulas lanjut.

"Ya, benar Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas majlis angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta, bertugas,'' katanya ketika dihubungi di sini malam ini. Beliau juga Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan, turut akan dilantik sebagai senator ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat. Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin ini. Bagi Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia. Pelantikan itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga disebut-sebut akan diberi jawatan dalam kerajaan. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara, Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi malam ini juga mengesahkan pelantikan itu tetapi enggan mengulas lanjut.


Ulasan Azli

1. Terdapat beberapa pandangan dalam soal ini - antaranya, ada dalam kalangan sebahagian besar ahli UMNO yang tidak berapa selesa dengan bekas ahli-ahli PKR yang kembali ke pangkuan UMNO. Menurut golongan ini - bekas ahli-ahli PKR inilah yang dahulu sangat ganas membelasah dan memburuk-burukan UMNO, malah, mereka juga dicop sebagai penderhaka kepada UMNO, sehingga UMNO dilihat begitu jijik serta kotor dalam kalangan rakyat jelata. Dan sekarang, ramai dalam kalangan ahli UMNO akar umbi yang tidak berpuas hati atas layanan yang diberikan kepada mantan pemimpin-pemimpin PKR, khususnya Ezam Mohd Nor.

2. Persoalan kedua - terdapat juga tanda-tanya dalam kalangan ahli UMNO akar umbi berhubung soal, perlukah UMNO diperkukuhkan dengan cara mengutip kembali ahli-ahli PKR yang sudah kembali ke pangkal jalan - bagi tujuan melondeh dan membuka pekung Anwar Ibrahim dan saki-baki kuncu-kuncunya? Menurut golongan ini - mereka bertanya, apakah UMNO tiada kekuatan sendiri? Sehingga terpaksa menggunakan bekas ahli-ahli PKR untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada UMNO? Apakah UMNO tidak mempunyai cukup pemidato dan penceramahnya bagi mendapatkan semula sokongan rakyat? Golongan ini, tidak mahu UMNO dilihat seolah-olah terpaksa mengambil "orang luar" dan mengenepikan "orang sendiri" bagi mengukuhkan parti.

3. Persoalan ketiga ialah - apakah Ezam Mohd Nor akan diberi tempat dalam barisan kepimpinan DS Najid pada masa akan datang? Baik dalam kabinet, mahupun dalam parti. Dan tidak mustahil Ezam akan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Pusat, sekaligus memegang potfolio seorang menteri. Apakah sejarah Anwar Ibrahim yang di bawa masuk oleh Dr Mahathir akan berulang?

4. Persoalan keempat - Kembalinya Ezam ke pangkuan UMNO dan dengan restu DS Najib - maka UMNO sudah mempunyai seorang pengucapan awam yang hampir setanding dengan Anwar Ibrahim - soalnya, ke mana Khairy Jamaluddin selepas ini? Apakah ini merupakan mesej daripada DS Najid bahawa Khairy telah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda UMNO? Dan apakah kumpulan pengucapan awam Pemuda UMNO yang dibentuk oleh Khairy telah gagal dengan fungsinya? Sehingga kita terpaksa mengambil Ezam bagi menyaingi kehebatan oreta Anwar Ibrahim?

5. Sememangnya, secara jujur kita akui Pemuda UMNO di bawah Khairy sangat lemah keadaanya. Tidak menonjol dan tidak ada banyak perubahan. Malah, jika di banding dengan dengan Dewan Pemuda PAS - mereka kelihatan lebih ke hadapan. Dan kehadiran Ezam dalam pentas arus perdana - setelah beliau dinobatkan sebagai senator - akan membawanya kembali ke tengah gelanggang politik, sekali gus menjadi pahlawan baharu UMNO di barisan hadapan, khususnya dalam PRU ke-13 kelak. Kehadirannya, mungkin tidak memberi apa-apa persaingan kepada Khairy dalam tempoh yang singkat - namun demikian, untuk tempoh yang panjang, ia bisa sahaja menjadi duri dalam daging kepada mana-mana pemimpin muda UMNO yang mempunyai sejarah hasad dengki dan iri hati.

6. Tetapi - bagi saya, secara berterus-terang dan jujur - saya mengalu-alukan Ezam kembali cergas ke barisan hadapan - bagi mempertahankan UMNO, andaikata tugas ini telah gagal dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia secara berkesan. Malah, saya juga secara jujur mahu melihat kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia mempunyai persaingan yang sihat, dan ahli-ahli pemuda UMNO diberi kebebasan dalam memilih ketuanya yang berkualiti dan bukan liabiliti.

7. Ezam - pada saya merupakan aset baharu UMNO dalam usaha menggempur barisan pertahanan utama Anwar Ibrahim. Malah - andaikata DS Najid melantiknya sebagai menteri penuh sekali pun - saya fikir ahli-ahli UMNO akar umbi tidaklah perlu gelisah dan beralih arah. Sekurang-kurangnya - UMNO semakin bertambah dengan kepimpinan yang berkualiti.

8. Saya tidak tahu sejauh mana hubungan Ezam dengan Khairy - tetapi, setidak-tidaknya kemunculan Ezam di Parlimen, tetap akan memberi persaingan kepada Ketua Pemuda UMNO itu. Dan sesunggunhnya - untuk masa yang akan datang, persaingan yang sihat harus ada dalam memilih dan menentukan pucuk pimpinan parti.

9. Kita juga sedar - terdapat pemimpin-pemimpin UMNO yang kurang senang dengan kehadiran semula Ezam di pentas politik UMNO. Namun demikian, DS Najid tidak berupaya memuaskan hati semua ahli UMNO, bersyukur dan berfikiran terbuka, amat dituntut pada masa kini.

10. Saya percaya Ezam boleh pergi lebih jauh dalam hierarki kepimpinan UMNO pada masa akan datang. Dalam usianya yang masih muda -43 tahun- dan dengan sokongan DS Najid - tidak mustahil beliau kembali menjadi ikon golongan muda di dalam UMNO, apatah lagi dengan kelebihan pengucapan awamnya yang hebat, bertenaga dan pengalaman politiknya dalam UMNO dan PKR - menjadikan masa depan politik Ezam serba mungkin - Bahkan, jangan terkejut beliau mungkin mampu mendaki tangga Naib Presiden pada satu hari nanti.

11. Nampaknya - ramai yang tidak sedar, kehadiran semula Ezam dalam politik UMNO - bakal menyaksikan landskap politik UMNO berubah ke fasa yang baharu. Jika dahulu rumah UMNO pernah dipenuhi dengan "orang-orang ABIM" bawaan Anwar Ibrahim, maka pada kali ini - untuk permulaan yang baru ini - rumah UMNO akan mula dipenuhi dengan kehadiran "bekas orang-orang PKR" bawaan Ezam Mohd Nor. Ia terpulang kepada kita - bagaimana mahu menafsirnya. Jika dahulu Anwar Ibrahim dikatakan anak emas Dr. Mahathir, kerana membawa beliau menyertai UMNO (sekaligus menguatkan UMNO untuk bersaing dengan PAS), maka tiba giliran DS Najid pula "mungkin" menjadikan Ezam sebagai anak emas yang baharu untuk UMNO melangkah lebih jauh.

12. Walau apa pun alasanya - Ezam tetap diperlukan demi melemahkan Anwar dan PKR - hanya itulah cara yang paling segera dan pantas untuk mengembalikan semula sokongan orang Melayu kepada UMNO - setelah kaum Cina membuktikan tiada tanda-tanda bahawa mereka tetap tidak bersama BN dalam PRU yang akan datang. Kini, fokus BN adalah sedaya upaya untuk mendapatkat sebanyak mungkin sokongan orang Melayu dan India, bagi mengimbangi undi kaum Cina yang semaki hari semakin menyebelahi PKR dan DAP. Dan Ezam - merupakan kunci saktinya!.

13. Untuk masa yang akan datang - yang timbul hanyalah - apakah jenis hubungan yang akan wujud antara Ezam dengan Khairy? Sebagai pesaing, pelengkap, atau musuh? Dan bagaimana pula hubungan Ezam dengan Mukhriz? - Semua persoalan ini akan menjawab ke mana kepimpinan muda dan pelapis UMNO selepas ini.

Kes Aminulrashid : Kerajaan perlu Minta Maaf

KUALA LUMPUR, 29 April: Kerajaan digesa memohon maaf secara terbuka kepada keluarga arwah Aminulrasyid Hamzah, 15 ekoran kenyataan pihak polis yang mendakwa remaja adalah suspek geng samun.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Kementerian Dalam Negeri harus bertanggungjawab terhadap kenyataan pihak polis tersebut kerana telah mencemarkan imej mangsa dan keluarganya.

"Walau apa pun keputusan kabinet semalam, nama arwah dan keluarganya sudah tercemar, kononnya arwah ditembak sebab dia geng penyamun.

"Menteri Dalam Negeri sekurang-kurangnya kena minta maaf mewakili Polis kerana mengfitnah arwah sekeluarga," jelas beliau kepada Harakahdaily pagi tadi.

Menurutnya, tindakan menyuarakan rasa simpati seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Noh Omar, adalah tidak memadai.

Tambahnya lagi, Noh selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani sepatutnya boleh mendesak kerajaan secara tegas supaya arwah sekeluarga mendapat pembelaan.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoal layanan istimewa kerajaan terhadap kesemua empat anggota polis yang disyaki membunuh remaja terbabit.

"Kalau yang membunuh ini orang adalah orang awam atau saya sendiri, tentu akan direman Polis beberapa hari."

"Tetapi, saspek adalah anggota dan mungkin sebab itu mereka dilayan istimewa hanya ditukarkan ke kawasan yang lain serta merta," ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mendesak Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar supaya bersikap adil kepada keluarga arwah.

Dalam pada itu, beliau mewakili PAS menawarkan khidmat bantuan guaman kepada keluarga arwah, walaupun keluarga dilaporkan telah melantik seorang peguam, kelmarin.

Apa yang dilakukan PAS, menurut Mahfuz, demi memastikan remaja terbabit mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajarnya dari kerajaan.

Kes Aminulrashid : Kezaliman begini hanya di Israel - Guan Eng

SHAH ALAM 28 APR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tindakan polis terhadap remaja 15 tahun, Aminulrashid Amzah dan menyifatkan perbuatan seumpama itu seakan-akan kezaliman pihak berkuasa Israel

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika mengunjungi rumah keluarga mangsa di Jalan Makyung, Seksyen 11 kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ramai saudara mara berhimpun di rumah mangsa sebagai tanda simpati kepada keluarga berkenaan. Masing-masing berwajah sugul, malah ada yang menangis.
Sebuah khemah turut dipasang depan perkarangan rumah.

Ketika ditemui TV Selangor, Guan Eng menegaskan siasatan bebas perlu dibuat dan berharap tiada mana-mana pihak cuba melindungi individu yang melakukan kekejaman ini.

Beliau juga membidas media arus perdana dan polis yang melulu mengeluar kenyataan hingga mengguris ahli keluarga mangsa.

"Dalam peristiwa yang menghibakan ini cuba berikan keadilan, sudah cukup menghibakan dan jangan cuba mengaibkan ahli keluarga lagi. Kita mahu satu siasatan bebas tanpa ada unsur melindungi polis terlibat.

"Saya ingin tegaskan kita bukan anti-polis, kita hanya anti satu dua yang merosakkan nama baik polis," katanya yang turut mengucapkan takziah dan mengutuk kezaliman ini.

"Ini satu tragedi yang amat menghibakan dan kita juga memberi sokongan. Kita juga ingin melahirkan kecaman sekuat-kuatnya sekali ke atas tragedi ini.

“Jangan biarkan satu lagi nyawa kehilangan begitu saja kerana ini adalah satu kezaliman yang amat ketara yang hanya kita dapat lihat hanya di Israel," katanya


TVSelangor

Wednesday, April 28, 2010

Kes Aminulrashid : Cerita dari Khalid Samad

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.

Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.


Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.


Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.

Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.

Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.


Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

Adun Kubang Rotan tak perlu mohon ampun - Ustaz Azizan

Videoclip penjelasan oleh ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir sila lihat di bawah..



ALOR SETAR, 28 April — Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa daripada Pas, tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lepas yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah tentang kuasa raja yang tidak dihormati dan beliau bukannya mempertikaikan tentang kuasa raja sebagai ketua agama.

“Yang timbul isu itu sebab wakil rakyat Barisan Nasionl tak faham,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Azizan berkata perkara berkenaan telah dibincangkan dengan Tuanku Abdul Halim semasa beliau menghadap baginda pada majlis perasmian Merdeka Beach Resort di Pantai Merdeka pagi semalam.

“Tak payah jelaskan kepada Tuanku sebab baginda dah faham dan semalam pun saya hubungi pula Setiausaha Sulit Tuanku dan depa (beliau) kata, abaikan saja,” katanya.

Dua hari lepas, persidangan menjadi panas apabila Mohd Nasir mengajukan soalan yang dianggap oleh Adun daripada Barisan Nasional sebagai mempertikai kuasa Sultan Kedah dan ini memaksa Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail membuat keputusan dua soalan itu tidak perlu dijawab.

Mohd Nasir bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Ekoran itu, Persatuan Kerabat DiRaja Kedah menuntut agar Mohd Nasir memohon ampun kepada Sultan Kedah dan memintanya menarik balik soalannya itu secara rasmi dalam persidangan dewan.
Bernama



Satu lagi campur tangan BN dalam kebebasan media TV

Satu lagi campur tangan Barisan Nasional dalam kebebasan media di stesen televisyen!

Kalau minggu lalu penerbit ntv7 mendedahkan bagaimana stesen televisyen swasta tunduk kepada aduan Jabatan Perdana Menteri dan isteri PM, kini penerbit TV2, Chou Z Lam (gambar kiri) pula membongkarkan bagaimana rancangan dokumentari, Galeri Mandarin Nasional ditarik dan dibatalkan, kerana "tidak baik" untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri Sarawak yang bakal dijalankan.

Rancangan dokumentari ini diterbitkan oleh Chou Z Lam, merakamkan pengalaman kira-kira 10 ribu orang asli yang dipaksa pindah ke Sungai Asap dan Sungai Koyan untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun pada akhir tahun 1998.

Siri dokumentari ini mempunyai 10 episod keseluruhannya, mula disiarkan pada 26 April, tetapi ditarik secara tiba-tiba dan dibatalkan penyiaran seterusnya pada 28 April, iaitu hari ini. Mengikut jadual asal, siri dokumentari ini akan ke udara pada 12.20 tengah hari di TV2 setiap hari minggu, mulai 26 April hingga 7 Mei 2010.

Bagaimanapun, setelah disiarkan episod pertama dan keduanya, rancangan ini terpaksa ditarik dan dibatalkan. Chou Z Lam percaya bahawa pembatalan ini merupakan satu lagi cubaan campur tangan BN dalam kebebasan media. Beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pengarah Bilik Berita, Jumat Engson yang mendakwa bahawa arahan ini datang dari Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ibrahim Yahya ; yang juga mencerminkan pendirian Jumat Engson.

"Rancangan ini mungkin mengandungi unsur sensitif yang tidak baik untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri yang akan datang." Demikianlah jawapan yang diterima oleh Chou Z Lam, malah Jumat Engson tidak menolak kemungkinan untuk memberi lampu hijau kepada penyiaran ini apabila keadaan mengizinkan (selepas pilihan raya negeri).

MerdekaReview telah menghubungi Ibrahim Yahya untuk mendapatkan komen daripada beliau, namun beliau mendakwa dirinya sedang berada dalam mesyuarat.

Cuba mendapatkan bantuan Timbalan Menteri KPKK

Zhou Z Lam yang kesal dengan keputusan pihak atasan stesen televisyen awam ini, cuba mendapat bantuan daripada Heng Sai Kee, Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan & Komunikasi. Zhou Z Lam menaruh harapan agar Heng Sai Kee menggesa Ketua Pengarah Penyiaran RTM untuk menarik balik keputusan pembatalan rancangan tersebut, atas pendirian menjaga kepentingan rakyat.

Namun, Zhou Z Lam dihampakan untuk kali kedua, apabila Heng Sai Kee melalui setiausahanya, memberi jawapan yang berbunyi, "Timbalan Menteri enggan campur tangan dalam hal ehwal dalaman kamu."

Suara orang asli

Demikianlah luahan oleh Zhou Z Lam dalam satu kenyataannya yang dipaparkan pada blognya, hari ini. Malah, dalam kenyataan tersebut, Zhou Z Lam meluahkan kekesalan dan memohon maaf kepada orang asli di Sungai Asap, yang ditemuramah olehnya ketika rakaman dokumentari ini.

"Campur tangan dalam kebebasan media telah menyekat suara dan pandangan mereka daripada didengar dan diambil berat oleh negara, rakyat di Malaysia Barat dan Timur. Arahan pembatalan ini bukan sahaja mencabul kebebasan bersuara orang asli di Sarawak, dan hak untuk mendapat maklumat audien, malah bercanggahan dengan semangat 'Rakyat Didahulukan' dalam gagasan 1Malaysia oleh PM," kata Zhou Z Lam.

Beliau menyambung, "Seandainya faktor PRK Sibu dan pilihan raya negeri Sarawak boleh dijadikan alasan pembatalan rancangan ini, apa yang diamalkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran RTM sebenarnya penapisan diri yang berlandaskan 'Politik Didahulukan', yang langsung bertentangan dengan etika dan profesional kewartawanan."

Zhou Z Lam bagaimanapun berharap agar Ketua Pengarah Penyiaran RTM mempertimbangkan semula arahan tersebut, untuk mengembalikan kredibiliti RTM yang semakin menjunam. Beliau juga berharap kebebasan bersuara orang asli Sarawak dan hak infomasi audien boleh dipertahankan.

Yang berikut adalah episod siri dokumentari yang dijadualkan:

Pertama: Masalah ekonomi yang dihadapi 10 ribu orang asli di 15 rumah panjang, dan cadangan penyelesaiannya. (Telah disiarkan pada 26 April 2010)

Kedua: Masalah kemiskinan yang timbul berikutan tanah tanaman yang tidak subur dan tidak cukup. (Telah disiarkan pada 27 April 2010)

Ketiga: Bantuan kepada petani yang diberikan oleh kerajaan, dan maklum balas petani. (Dijadual untuk disiarkan pada 28 April, ditarik secara tiba-tiba)

Keempat: Masalah berhenti belajar kanak-kanak yang disebabkan masalah pengangkutan dan ekonomi. (Dijadual untuk disiarkan pada 29 April, telah dibatalkan)

Kelima: Apakah kesudahan tanah, rumah panjang, pampasan perpindahan yang pernah dijanjikan oleh kerajaan kepada orang asli. (Dijadual untuk disiarkan pada 30 April, telah dibatalkan.)

Keenam: Sejauh manakah Empangan Bakun diperlukan? Kajian keperluan elektrik. (Dijadual untuk disiarkan pada 3 Mei, telah dibatalkan.)

Ketujuh: Nasib kubur orang asli di kawasan hulu Empangan Bakun, dan budaya perkuburan kaum tersebut. (Dijadual untuk disiarkan pada 4 Mei, telah dibatalkan.)

Kelapan: Kesan Empangan Bakun terhadap ekosistem kawasan hilir, dan 10 ribu penduduk di situ. (Dijadual untuk disiarkan pada 5 Mei)

Kesembilan: Adat dan hak tanah orang asli di kawasan hilir empangan, dengan kes kajian Long Bangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 6 Mei)

Kesepuluh: 12 tuntutan daripada penduduk Sungai Asap terhadap kerajaan dan pemaju empangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 7 Mei, digugurkan)


Merdeka Review

Kematian Aminulrasyid satu pembunuhan

Sila baca Report Polis yang telah dibuat oleh kawan Amirulrasyid dibawah

Kematian Aminulrasyid satu pembunuhan - peguam

SHAH ALAM, 28 April: N. Surendran (gambar kanan), peguam bagi keluarga Aminulrasyid Amzah remaja yang ditembak polis berkata, apa yang berlaku kepada mangsa adalah satu pembunuhan.

"Kita melihat ini sebagai satu pembunuhan," ujar beliau semalam dalam suatu kenyataan media di kediaman Aminul.

Menjawab soalan pemberita, Surendran berkata, insiden yang menimpa Aminul sama motifnya dengan yang berlaku kepada Norizan Salleh yang ditambak lebih lima das tembakan oleh polis pada Oktober lalu.

"Ya, kes ini lebih kurang sama dengan kes tembak Norizan Salleh tahun lepas," tambahnya lagi.

Menyifatkan kes itu sebagai berat, polis katanya tidak cukup hanya mengeluarkan kenyataan sedang menyiasat, sebaliknya mahu polis mengambil tindakan tegas kepada anggota polis yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau yang juga peguam bagi pihak Norizan berharap polis dan Menteri Dalam Negeri supaya tidak mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap kes Aminul sebagaimana yang dilakukan mereka ke atas kes Norizan sebelum ini.

"Kita juga minta semua polis yang terlibat dikenakan tindakan yang tegas," katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan bahawa pasukannya sedang menyiapkan persiapan penghujahan sebelum memfailkan kes pembunuhan Aminul di mahkamah.

"Sekarang ini, kita sedang berbincang dan mendapatkan maklumat penuh," jelasnya beliau lagi.

Turut menyertai Surendren, Latheefa Koya (peguam, Ketua Penerangan PKR) dan Cik Puspawati (Peguam Muda).

Ekoran memandu kereta tanpa mempunyai lesen memandu Isnin lalu, juvana terbabit dilaporkan media ditembak di kepala sehingga mati oleh polis.

Bagaimana pun, seorang juvana yang turut bersama Aminul ketika insiden tersebut berlaku berjaya melepaskan diri.

Dalam laporan polis semalam, juvana terbabit yang kini dianggap sebagai saksi utama kes pembunuhan tersebut, mendakwa polis menendang beliau walaupun pada asalnya beliau telahpun bertindak untuk menyerah diri.


Salinan report..

Report Aminulrasyid
klik image to enlarge view


Berita dari : HarakahDaily
Salinan report dari : instinctive-stage G3.0

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails