Sunday, January 31, 2010

Banyak Pemuda UMNO Negeri yang bergolak rupanya.

Ketika mengulas mengenai berita "EXCO Minta Khairy Lepaskan Jawatan Ketua Pemuda", editor MYkmu.net (Gerbang Tempur Maya Kelab Penyokong UMNO) telah mendedahkan banyak Pemuda UMNO Negeri yang gagal berfungsi sejak Khairy mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun lalu.

Antara Pemuda negeri yang bergelut dengan krisis kepimpinan ialah Pemuda UMNO Selangor, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Johor


Oleh MYkmu.net

Kami baru disahkan bahawa punca utama desakan perletakan jawatan Khairy ialah kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Datuk Seri Najib. EXCO Pemuda Hishamuddin Yahya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan pemuda tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya lebih berminat mendesak dan mengugut agar diberi jawatan.

Hishamuddin mencadangkan dua usul iaitu samada Khairy meletak jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh YB Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan EXCO meletak jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru Pergerakan pemuda dibuat secepat mungkin.

Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai. Difahamkan 2/3 EXCO Pemuda bersedia meletak jawatan untuk pemilihan semula Pergerakan tersebut jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.

Drama ala MCA ini dijangka akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO esok. Terdapat suara-suara di dalam MT sendiri yang mahu mendesak diadakan semula Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO berikutan kegagalan sayap tersebut menjadi tunggak parti sebelum ini.

[Nota Editor: Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda UMNO Menyatakan: Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti maka Jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda UMNO Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan Jawatankuasa yang baru dipilih itu.]

[Berita Asal]


Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang baru berakhir sebentar tadi dilaporkan kecoh apabila sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.

Menurut sumber, EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. MYKMU difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul tersebut.

Bukan lagi rahsia bahyawa Pemuda UMNO gagal berfungsi sejak Khairy mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun lalu.Antara yang menimbulkan kemarahan ramai ahli pemuda ialah tindakan Khairy melantik etua-Ketua Pemuda Negeri yang tidak mendapat sokongan majoriti ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri tersebut.

Antara Pemuda negeri yang bergelut dengan krisis kepimpinan ialah Pemuda UMNO Selangor, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Johor. Ini berikutan tindakan Kahiry melantik Ketua Pemuda Bahagian yang menyokong beliau dalam pemilihan lalu sungguhpun mereka ini tidak disukai oleh amjoriti ketua Pemuda Bahagian yang lain.

Pemuda UMNO Selangor misalnya sehingga hari ini gagal mengadakan mesyuarat penuh. Sebanyak 13 daripada 22 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selangor menolak kepimpinan Suhaimi dan mengambil keputusan bergerak secara bersendirian di bahagian masing-masing.

Di Perak juga berlaku kemelut kepimpinan Pemuda yang serius apabila Mesyuarat Pemuda Negeri Perak minggu lalu meminta Ketua Pemuda Negeri berundur secara terhormat. Memorandum 18 Ketua Pemuda Bahagian Perak juga khabarnya telah dihantar kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Di Pulau Pinang, Sdr Norman juga ditolak kepimpinannya oleh majoriti Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Demikian juga yang berlaku di Johor dan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan mereka mengambil keputusan menggerakkan bahagian secara bersendirian bagi memastikan UMNO Bahagian terus kukuh dalam menghadapi pilihan raya.

Selian isu perhubungan Pemuda UMNO Negeri, Khairy juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh Ketua-Ketua Pemuda Bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepada beliau apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir. Daripada itu pula kebanyakannya ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja.

Beberapa EXCO yang bercakap kemudiannya bertindak mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara Pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunaka Pemuda bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada juga yang mempersoalkan alasan Khairy bahawa beliau tiada jawatan menyebabkan beliau tidak boleh menggerakkan Pergerakan Pemuda.

Menurut mereka jika dahulu Khairy berjanji untuk mengorbankan harta bendanya untuk Pergerakan Pemuda jika menang, bila menang lain pula alasannya.

Saudara Hishamuddin Yahya dan beberapa lagi exco yang dihubungi enggan mengulas perbincangan dalam mesyuarat EXCO sebentar tadi buat masa ini. Bagaimanapun kesemua mereka tidak menafikan berita ini.

[Berita ini akan dikemaskini sekiranya ada EXCO yang bersedia bercakap dengan mykmu kemudiannya].

Dato Zahrain sedih...

Tak payah sedih la Dato.. bukan Dato sorang saja yang dirujuk kepada lembaga disiplin PKR..

Selain dari YB Zul, Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaian hasil mesyuarat MPP Selasa lalu, dengan mendakwa MPP tidak serius dalam menangani kes Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin pun kena juga.

Terimalah keputusan itu dengan hati yang terbuka, lain kali janganlah kritik sahabat secara terbuka, Kritik dalam majlis tertutup tak apa.

Dalam mesyuarat atau majlis tertutup tu nak bergaduhpun tak apa, nak baling fail biar bertabur dalam mesyuarat pun tak jadi hal, jangan buat laporan polis pulak lepas tu sudah la..

Tapi kalau Dato kata ,Dato cuma menyampaikan perasaan ahli-ahli parti mengenai Guan Eng tu saya rasa tak berapa betul tu.. Dato sepatutnya berkata saya cuma menyampaikan perasaan pemimpin-pemimpin parti yang tidak berpuashati dengan Guan Eng..

Tak puas hati la.. kan Lim Guan Eng tu tak nak layan sebarang Direct Nego punya project?


Zahrain sedih dirujuk lembaga disiplin

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 31 — Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berkata beliau sedih dengan keputusan PKR yang mahu merujuknya kepada lembaga disiplin berhubung komen pedas terhadap Lim Guan Eng minggu lalu.

Malah kata Zahrain, beliau juga sedih kerana penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, yang Rabu lalu didakwa sebagai “seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis”.

“Saya sedih dengan keputusan parti dan apabila mendapati Anwar (juga) menyokong Guan Eng.

“Saya cuma menyampaikan perasaan ahli-ahli parti (mengenai Guan Eng) ... saya sedih dengan keputusan yang diambil (parti) kerana saya hanya membuat kenyataan berhubung apa yang difikirkan oleh ahli-ahli parti,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sebelum itu The Malaysian Insider telah melapurkan.


Zahrain dihadap lembaga disiplin, Anwar pertahan Guan Eng

Oleh Adib Zalkapli dan Neville Spykerman

PETALING JAYA, Jan 31 — Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mengecam keras kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Rabu lalu akan dirujuk kepada lembaga disiplin PKR.

Sehubungan itu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan kepada Lim yang juga setiausaha agung DAP sambil menyifatkan Zahrain tidak wajar mengeluarkan kritikan pedas ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Keputusan dicapai pada mesyuarat khas empat jam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini.

Mesyuarat itu secara kebetulan diadakan untuk membincangkan hala tuju PKR dan persediaan menghadapi kes liwat Anwar Selasa ini tetapi bertukar tumpuan terhadap isu Zahrain.

Zahrain sekali gus muncul wakil rakyat kedua dirujuk kepada lembaga disiplin PKR dalam seminggu ini.

Beliau tidak hadir mesyuarat MPP hari ini.

Turut akan dirujuk kepada lembaga disiplin ialah Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaian hasil mesyuarat MPP Selasa lalu, mendakwa ia tidak serius dalam menangani kes Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

“Kami menolak dan mengecam pandangan beliau (Zahrain) terhadap ketua menteri Pulau Pinang,” kata Anwar yang juga ketua umum Pakatan Rakyat (PR).

Tawaran ISTIMEWA dari BN buat semua pemimpin PR!!

Pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat!! Sila ambil Perhatian, jangan lepaskan peluang ini!!

Tawaran Istimewa dari UMNO dan Barisan Nasional khas buat semua pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat tak kira samada dari PKR, PAS ataupun DAP.


UMNO kini membuka pintu seluas-luasnya kepada pemimpin-pemimpin dan juga ahli-ahli dari PR untuk menyertainya.

Kepada pemimpin-pemimpin PR yang gagal menjalankan tugas sebagai YB , tidak mahu menjalankan tugas, malas untuk berjumpa dengan masyarakat pengundi, merasakan diri anda mungkin tidak akan dicalonkan semula pada PRU13 nanti dan selepas PRU13 nanti mengharapkan untuk hidup dengan wang pencen sebagai ADUN atau MP sahaja.. anda digalakkan menerima tawaran yang kini terbuka luas itu.

Sila jangan lepaskan peluang keemasan ini.. kerana anda pasti tidak akan dicalonkan semula pada PRU13 nanti andaikata anda gagal menepati KPI Pakatan Rakyat.. dan inilah peluang anda untuk membina kekayaan dalam masa yang ada ini..

Pedulikan dengan rakyat yang mengharap,biar Rakyat kecewa.. janji anda KAYA.. Biar rakyat merana.. janji anda Bahagia!! kerana Rakyat tak boleh menjanjikan kekayaan kepada Anda.. Hanya Najib dan UMNO yang mampu menjadikan anda kaya..

Rebutlah peluang ini.. Dan jangan jadi HIPOKRIT atau MUNAFIK sertailah mereka dengan kadar segera!!!


Ahli Pembangkang Diajak Sertai Umno

Ahad Januari 31, 2010

KUANTAN: Umno dan Barisan Nasional (BN) membuka seluas-luasnya pintu parti itu kepada pemimpin dan anggota parti dari pakatan pembangkang yang meninggalkan parti masing-masing berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan asal mereka.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, Umno mengajak mereka berbuat demikian ekoran kepincangan parti dalam pakatan pembangkang kini semakin terserlah apabila wujudnya beberapa krisis sesama mereka sejak kebelakangan ini.

"Saya menyeru kepada kawan-kawan lain yang tidak lagi bersetuju dengan pembangkang supaya lekas-lekas tinggalkan parti itu dan kita di Umno sentiasa menerima mereka dengan tangan terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Ekspo Pendidikan Program Juara Rakyat Umno Bahagian Indera Mahkota di Balok, di sini hari ini.

Ahmad berkata, krisis yang berlaku di antara beberapa pemimpin parti pembangkang kebelakangan ini bukanlah satu sandiwara tetapi ia benar-benar terjadi yang telah memperlihatkan kepada rakyat tentang ketidaksefahaman yang wujud sesama mereka selama ini.

"Pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP ini bukanlah pakatan pembangkang tetapi merupakan pakatan rapuh dan kita bersedia menerima ahli-ahli pembangkang untuk menyertai Umno dan BN," katanya mengulas kemelut politik antara pakatan pembangkang terutamanya di Pulau Pinang yang semakin serius sejak kebelakangan ini.

Khamis lepas, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai seorang diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

"Apa yang berlaku di antara Zahrain dan Lim Guan Eng memang betul-betul berlakunya gelombang besar dalam pakatan itu dan mereka ini adalah Pakatan Rapuh dari dulu lagi malah Zahrain merupakan satu simbol yang melambangkan ketidaksetujuan oleh pihak PKR dan PAS di Pulau Pinang terhadap Ketua Menterinya," kata Ahmad.

Beliau tidak menolak kemungkinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuduh Umno sebagai dalang terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang pada masa ini.

"Umno dan BN tidak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku dalam pakatan terbabit dan itu memang taktik Anwar yang akan menuduh Umno dan BN sebagai punca berlaku sesuatu masalah walaupun ia terjadi dalam pakatan pembangkang," katanya.


BERNAMA

Mereka menafikan sertai BN, tetapi tidak pula menafikan akan menyertai BN

Penafian oleh tuan punya badan sendiri selepas 2 hari khabar angin bertiup...

Mereka telah menafikan menyertai BN.. mmm menafikan menyertai BN tetapi mereka tidak menafikan akan menyertai BN..

Itu dua ayat yang berbezakan?



Zahrain, 2 lagi MP PKR nafi sertai BN

Oleh G. Manimaran

PULAU PINANG, Jan 31 – Tiga orang daripada sekumpulan ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Datuk Seri Zahrain Hashim, yang disebut-sebut akan meninggalkan parti itu untuk menyokong BN, menafikan khabar angin sedemikian.

Ketiga-tiga wakil berkenaan – masing-masing dari Bayan Baru, Pulau Pinang, Merbok, Kedah dan Indera Mahkota, Pahang menyangkal spekulasi mereka sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Wakil rakyat Merbok dan Indera Mahkota juga mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas PKR di ibu negara pagi ini.

Zahrain tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR Selasa lalu dan hari keesokannya mengeluarkan kenyataan mengecam kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau tidak dapat dihubungi sejak empat hari lalu.

Bagaimanapun dalam temu bual dengan Sinar Harian hari ini Zahrain berkata “belum terlintas” untuk keluar PKR.

“Walaupun saya kurang senang dengan perkembangan yang berlaku dalam PKR, saya belum terlintas untuk keluar parti kerana masih mahu menjayakan agenda perjuangan,” kata beliau.

“Saya akan bersama PKR walaupun banyak perkara yang saya tidak setuju.

“Saya harap akan berlaku perubahan dalam PKR seperti yang dijanjikan kepada rakyat,” kata Zahrain lagi.

Semalam Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengesahkan beliau ada mendengar tiga hingga empat ahli Parlimen akan keluar PKR.

“Tidak betul, tidak betul,” kata Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din ketika dihubungi The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan mengenai desas-desus itu.

Semasa dihubungi malam tadi beliau dalam perjalanan ke ibu negara untuk menghadiri mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat PKR pagi ini.

Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang tawaran daripada Umno dan BN, Rashid berkata, “tidak, tidak.”

Dengan ketawa besar beliau memberitahu; “Saya ada jawatan, saya ada keluarga, saya ada anak isteri, apa lagi saya mahu.”

Dalam pada itu Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail juga menolak tanggapan sedemikian.

“Ia mengarut, tak berasas (spekulasi) sama sekalu, sampah,” kata beliau ketika dihubungi.

Beliau juga mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas pagi ini yang bermula pukul 10 pagi.

Ditanya apakah spekulasi itu dikaitkan dengan keputusannya melepaskan jawatan Timbalana Pengerusi PKR Pahang, Azan memberitahu, beliau telah menjelaskan bahawa ia tiada kaitan dengan kedudukannya di peringkat pusat.

“Saya sudah jelaskan sebelum ini saya mahu memberi tumpuan di pusat, jadi tak timbul isu saya akan keluar parti,” kata beliau yang berulang kali mengatakan desas-desus itu “mengarut”.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof berkata beliau perlu meneliti laporan media sebelum ini membuat sebarang kenyataan.

“Saya baru balik dari luar negara (persidangan di Filipina) dan kurang sihat, saya akan membuat kenyataan kemudian,” kata beliau.

Tiga hari lalu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau tiada hasrat untuk keluar PKR.

Beliau yakin dapat menerangkan kepada lembaga disiplin tentang keputusannya membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad.

Zulkifli akan disiasat oleh lembaga itu dalam tempoh sebulan.

Desas-desus beliau akan keluar PKR sudah kedengaran sejak akhir 2008.


The Malaysian Insider

Exco Pemuda Umno desak Khairy letak jawatan

Nak mampus sungguh Exco ni..

Apa lagi Khairy? Pecat mereka sebelum hang kena pecat.. tapi Kalau hang dah kena pecat pun, hang masih boleh memecat Exco yang memecat hang tu..

Pasai apa pulak tak boleh?? dalam Makkal Sakhti parti India tajaan Najib tu boleh. Presiden yang dipecat pun masih boleh memecat ahli yang memecatnya..


Exco Pemuda Umno desak Khairy letak jawatan

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno malam kelmarin kecoh ekoran terdapat desakan supaya ketuanya, Khairy Jamaluddin berundur untuk menyelamatkan pergerakan itu.


Punca utama desakan beberapa anggota Exco pergerakan itu kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda Umno Malaysia selari dengan kepimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.

Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin.

Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai tetapi difahamkan dua pertiga Exco Pemuda bersedia meletakkan jawatan untuk pemilihan semula pergerakan itu jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.

Mengikut Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda Umno, jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti, maka jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda Umno Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan jawatankuasa yang baru dipilih itu.

Selain isu kemelut yang melanda beberapa Pemuda Umno negeri yang gagal ditangani oleh Khairy, beliau juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh ketua-ketua pemuda bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepadanya apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir.

Pada mesyuarat malam kelmarin juga, beberapa Exco Pemuda turut mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada di kalangan mereka yang membangkitkan jika dahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berjanji mengorbankan harta benda untuk pergerakan Pemuda jika menang, tetapi setelah menang lain pula alasannya.


Harakahdaily

Zahrain pertahan dakwaan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tetap mempertahankan kenyataannya yang mendakwa Ketua Menteri, Lim Guan Eng seorang yang cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya.

Menurut bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu, beliau tidak mempunyai sebarang agenda peribadi apabila mengeluarkan kenyataan tersebut sebaliknya mahu menjaga kepentingan negeri itu.

Tegasnya, jika ada pihak yang cuba menuduh tindakan tersebut bersifat peribadi atau mengaitkan keluarganya dalam pemberian tender bagi pengurusan Kelab Golf Bukit Jalil, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menurutnya, beliau percaya ramai lagi pemimpin dalam pakatan pembangkang yang bersetuju dalam perkara itu sekali gus menggesa mereka supaya tidak lagi berkompromi dengan Setiausaha Agung DAP itu.

‘‘Siapa yang kenal lama dengan Guan Eng pasti tahu apa yang saya cakap itu sememangnya benar, jadi cukup-cukuplah daripada nak terus mempertahankannya.

‘‘Ingin ditegaskan bahawa saya tidak obses dengan pangkat atau sebagainya, saya cakap apa yang betul, Pulau Pinang memang tak perlu orang macam itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau menyeru kepimpinan PKR tidak berkompromi dengan rakan lain dalam pakatan pembangkang semata-mata untuk mengejar jawatan Perdana Menteri.

Tegasnya, pemimpin PKR termasuk Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh lari daripada agenda yang telah dipersetujui sebelumnya, iaitu untuk melakukan reformasi dalam pelbagai bidang di negara ini.


Utusan Malaysia

Takut tidak dicalonkan semula mereka melompat?

Mungkin mereka-mereka yang akan melompat itu telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen ataupun ADUN, dna faktor ini akan menyebabkan mereka tidak akan dipilih semula sebagai calon di masa PRU akan datang.

Jadi jalan selamat sementara buat mereka ialah melompat keluar dari PKR menjadi calon Bebas yang menyokong BN, masyuk pun banyak sikit, sempatlah nak buat harta dalam masa 2 tahun lebih sikit ni..

Atau mungkin juga ada antara mereka telah terlibat dengan RASUAH!! jadi untuk menyelamatkan diri mereka perlu bertukar menjadi calon Bebas yang menyokong BN?


Sebab MP PKR keluar parti kerana ‘KPI’?

Oleh G. Manimaran

PULAU PINANG, Jan 31 – Desas-desus sekumpulan tujuh hingga 10 ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyertai Barisan Nasional (BN) dipercayai ada kaitan dengan langkah parti itu mula menilai prestasi wakil rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Mereka didakwa kemungkinan bimbang tidak akan dipilih semula sebagai calon, sekali gus mencari saluran lain – menyertai parti lain.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh tidak menolak kemungkinan tersebut tetapi menekankan parti mengambil langkah penilaian untuk memperbaiki prestasi, bukannya menghukum mereka.

“Saya khuatir mereka membuat penilaian sendiri dan bimbang akan terkeluar daripada senarai calon lagi ... tapi kita ambil langkah penilaian untuk mencapai tahap yang dikehendaki pengundi,” kata beliau.

“Apa yang kami (pucuk kepimpinan parti) hendak lakukan ialah membantu mereka untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

“Oleh kerana mereka mungkin merasakan mereka tidak akan terpilih lagi, mereka mula pertimbangkan opsyen-opsyen lain... ini kemungkinan satu daripadanya,” kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Fuziah memberitahu pendekatan menilai wakil-wakil rakyat dimulakan sejak sebulan yang lalu.

Penilaian ini menyentuh aspek prestasi wakil rakyat PKR di Parlimen, mendampingi pengundi dan keberkesanan pusat khidmat.

Semalam, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu menunjukkan ‘hasrat’ untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Antara ahli Parlimen yang disebut-sebut akan meninggalkan PKR ialah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Kini PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).

Bagaimanapun Zahrain gagal dihubungi sejak kelmarin untuk mendapatkan pengesahan.

Mansor enggan menyatakan sama ada mereka kesemua dari Pulau Pinang ataupun termasuk ahli Parlimen PKR dari negeri-negeri yang lain.

Difahamkan angka itu mungkin mencecah tujuh hingga 10 orang, membabitkan negeri Selangor dan Kedah – yang boleh membantu BN kembali memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ketika ditanya adakah kemungkinan tujuh hingga lapan orang Ahli Parlimen berkenaan akan keluar PKR kerana penilaian prestasi, Fuziah berkata, “ya kemungkinan tetapi kami mahukan mereka memperbaiki prestasi mereka.”

Sambil merujuk kepada kes Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, Fuziah berkata, wakil rakyat berkenaan keluar PKR apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merujuk kes prestasinya kepada parti.

“Isu ini hampir sama... mereka melihat dari sudut mereka sahaja,” katanya.

Akhir tahun lalu Khalid mengusulkan kepada pucuk pimpinan PKR supaya Adun itu meletak jawatan.

Usul itu dibuat setelah Badrul gagal membela penduduk Pelabuhan Kelang, malah enggan membuka pusat khidmatnya.

The Malaysian Insider

Zambry Menang 9 Februari ini

15 Safar 1431H.

Kelmarin saya dihubungi oleh wartawan dari Konsep Era Pakatan bertanyakan apakah rumus terakhir mengenai kemungkinan yang akan berlaku di Perak dengan dikaitkan dengan pengumuman Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari akan datang.

Sesuatu yang baru saya katakan kepada wartawan itu. maklumlah apapun kita semua boleh jangkakan dan itulah suasana sekarang, macam macam ada.

Saya katakan bahawa antara yang saya jangka selain jangkaan DUN dibubarkan sebelum 9 Februari, namun kita juga kena fikir bahawa Mahkamah juga kemungkinan akan mengumumkan Zambry adalah Menteri Besar yang mewakilinya di Malaysia, maksud saya satu-satunya MB di malaysia yang naik cara mahkamah hanyalah Zambry.

Sesudah itu demi maruah Zambry akan ke Istana dan memohon perkenan DYMM Sultan Perak untuk pembubaran DUN Perak. Yang jelas kerajaan sementara Perak ditangannya dan dia seperti biasa akan pergunakan semua badan dan agensi untuk jadi komponen UMNO dan BN bagi menentang Pakatan Rakyat.

Apa pun hari 9 Februari semakin menghampiri kita, sehari yang berlalu makin dekat sehari dengan tarikh keramat itu.

Namun manakah rumus yang benar, kita tunggu dan lihat.

Saturday, January 30, 2010

MP PKR Lompat Parti : Memang benar, mungkin ada 4 semuanya..

Kalau dua atau tiga hari yang lepas, beberapa orang pemimpin tertinggi PKR menafikan laporan media tentang khabar angin yang mengatakan beberapa orang pemimpin PKR Negeri Pulau Pinang akan keluar parti..

Hari ini Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang sendiri iaitu Dr Mansor Othman tlah mengiayakan khabar angin tersebut..

Kan orang tua-tua dah kata, kalau tak ada angin mana mungkin pokok nak bergoyang kecuali atas ada kera atas pokok tu..

PKR Pulau Pinang akui 4 MP mahu ‘dipikat’ BN

Oleh G. Manimaran

PULAU PINANG, Jan 30 — Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu ada membayangkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional (BN), sekali gus mengukuhkan kedudukannya di Parlimen.

Mereka termasuklah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Kini, PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).

“Saya pun ada dengar, tiga atau empat orang (anggota Dewan Rakyat) yang hendak keluar... BN memang hendakkan dia (Zahrain),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Bagaimanapun Zahrain gagal dihubungi sejak kelmarin.

Mansor enggan menyatakan sama ada mereka kesemua dari Pulau Pinang ataupun termasuk ahli Parlimen PKR dari negeri-negeri yang lain.

Difahamkan angka itu mungkin mencecah tujuh hingga lapan orang, membabitkan negeri Selangor dan Kedah.

Malah ada sumber yang mengatakan jumlah itu boleh sampai 10 orang bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN memerlukan 11 lagi kerusi daripada 222 anggota di Dewan Rakyat untuk mencapai sasaran itu.

Usaha ke arah itu juga disebut-sebut akan menerima sokongan wakil rakyat Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Ahli Parlimen PKR Zulkifli Noordin yang akan dirujuk kepada lembaga disiplin.

“Itu saya tidak tahu (sama ada membabitkan negeri lain)... macam mana anda tahu, saya pun dapat tahu ada wakil rakyat yang menunjukkan hasrat keluar parti,” kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 negeri.

Pada Mac 2008, PKR memenangi 31 kerusi Parlimen, PAS 23 manakala DAP 28.

Kata Mansor walaupun beliau ada sudah lama mendengar hubung tidak mesra Zahrain dengan Lim, tetapi isu hendak keluar PKR “hanya baru didengar.”

Mansor juga berkata isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pagi esok.

The Malaysian Insider difahamkan isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat (PR), juga esok. Pemimpin PR bersidang selepas MPP PKR.

Semalam Mansor berkata beliau kesal dengan kenyataan Zahrain yang juga Parlimen Bayan Baru, yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.

“Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama itu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior,” kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai ketua PKR tahun lalu.

Mansor juga dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti tahun lalu.

Zahrain menyifatkan Lim yang juga setiausaha agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Sehubungan itu Mansor berkata, walaupun Zahrain pernah mengkritik kepimpinan Lim tetapi hanya kali ini ia kelihatan “terlalu keras.”

“Isu ini akan dibincangkan esok, akan dibincang Datuk Seri Anwar dan kenyataan akan dikeluarkan kemudian,” katanya.


The Malaysian Insider

Sambutan Thaipusam Selangor : Tiada Pentas.. Meja pun boleh lah..

Walaupun pentas yang didirikan telah dirobohkan oleh pihak Polis untuk memberi laluan kepada Rosmah dan juga Najib.

Majlis Thaipusam anjuran kerajaan negeri Selangor tetap diteruskan juga biarpun MB Khalid terpaksa berdiri atas beberapa meja yang diatur untuk merasmikan majlis sambutan itu..



Thaipusam : Ribuan Rakyat Selangor Tolak Kekerasan Polis, Hadir Majlis Kerajaan Negeri

Ribuan rakyat Selangor hadir pada majlis Thaipusam anjuran kerajaan negeri Selangor di Batu Caves malam tadi, meskipun polis mengenakan kekangan yang dilihat sebagai cubaan langsung untuk menggagalkan majlis itu.

Polis merobohkan sebuah pentas yang didirikan oleh kerajaan negeri untuk majlis berkenaan, setelah memberi kelulusan terlebih dahulu.

Tindakan polis itu dikaitkan kepada cubaan memastikan rakyat hanya hadir untuk lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke tapak itu malam tadi dan memulau majlis anjuran kerajaan negeri yang di atur jauh lebih awal.

Tindakan polis merobohkan pentas berkenaan memaksa kerajaan negeri membatalkan pertunjukkan kebudayaan yang bertujuan memupuk keharmonian kaum.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan EXCOnya tetap mengambil keputusan untuk hadir merasmikan majlis sambutan itu walaupun mereka terpaksa berdiri atas beberapa meja yang diatur bersebelahan sebuah trak penguasa tempatan.

Meskipun majlis diadakan sejurus selepas Perdana Menteri Najib Razak melawat tapak itu, namun sambutan rakyat Selangor untuk pemimpin kerajaan negeri Selangor tetap hangat, khususnya daripada kaum India.

Tan Sri Khalid menyampaikan bantuan berjumlah RM1 juta, kepada badan amal serta sekolah Tamil di sekitar Selangor dan berjanji kemewahan Selangor akan terus dikongsi bersama dengan rakyat.

Beliau berkata sebarang usaha untuk menyekat kerajaan negeri daripada mendampingi rakyat akan terus ditolak, walaupun ia membabitkan jabatan persekutuan seperti polis.

Beliau juga menyampaikan mesej tajam kepada pemimpin persekutuan yang cuba membelakangkan hak dan kuasa-kuasa kerajaan negeri yang dilantik rakyat.

"Kita bukan menidakaan kehadiran kerajaan persekutuan. Sebagai tuan rumah kita menyambut baik kehadiran mereka. Tetapi mereka bukan tuan rumah di negeri Selangor. Mereka hanya tetamu. Saya harap perkara ini dapat difahami supaya kita dapat meraikan apa sahaja perayaan bersama- sama," kata Tan Sri Khalid.

Polis dilihat sebagai bertindak di luar bidang kuasa apabila merobohkan pentas kerajaan negeri sehari sebelum Najib melawat tapak itu.

Umumnya, hanya penguasa tempatan mempunyai kuasa menentukan kesesuaian mendirikan pentas dalam sesuatu premis seperti Batu Caves setelah mengambil kira kepentingan semua pihak.

EXCO kerajaan negeri Xavier Jayakumar berkata Polis tidak membantah pembinaan pentas kerajaan negeri apabila usul itu dibuat tetapi kemudian mengarahkan supaya ia dirobohkan atas alasan keselamatan.

Beliau berkata alasan itu tidak masuk akal kerana pentas berkenaan tidak mengancam keselamatan mana-mana pihak.

Ratusan ribu orang membanjiri Batu Caves malam tadi dan hari ini untuk bersembahyang dan membayar nazar.

Kerajaan Negeri telah meletakkan perayaan Thaipusam sebagai satu tarikan pelancong sempena kempen pelancongan Selangor Shine sepanjang tahun ini.

Hasil publisiti meluas kerajaan negeri di dalam dan luar negara, ribuan pelancong tempatan dan luar Negara bertumpu ke tapak bersejarah Batu Caves untuk sambutan terbesar Thaipusam di rantau Asia Tenggara.

TVSelangor

Kerana kecewa, Zahrain naik berang dengan Guan Eng ?

PULAU PINANG, Jan 30 — DAP Pulau Pinang berkata bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang naik berang terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng mungkin berpunca daripada sebab peribadi.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata beliau percaya Zahrain kecewa berhubung keenganan Lim untuk tidak menyokong tender bagi pengurusan kelab golf Bukit Jalil kepada sebuah syarikat.

“Lim telah memaklumkan kepada saya bahawa Zahrain kecewa dengan kerajaan negeri kerana enggan menyokong syarikat itu untuk menjalankan pengurusan kelab golf,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chow juga berkata Zahrain juga kecewa berhubung penyingkirannya sebagai pengerusi PKR negeri.

Beliau berkata DAP negeri dan semua wakilnya melahirkan sokongan penuh terhadap LIM bagi meneruskan kepimpinannya sebagai ketua menteri.

Semalam, laporan akhbar menyebut Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru menuduh setiausaha agung DAP itu sebagai seorang diktator dan cauvinis dan berfikiran komunis.

Bernama

Lim Guan Eng Diktator?

Tetapi Lim Guan Eng bukanlah upahan sesiapa pun. Diajuga bukan berada di pejabat untuk menjaga kepentingan UMNO, ataupun menjaga kepentingan bekas ahli UMNO yang merasakan mereka tidak mempunyai masa depan jika terus berada didalam UMNO dan cuba untuk membina semula kepentingan barunya di PKR.....


Ini adalah artikel yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin didalam Malaysia Today yang telah diterjemahkan oleh GoMalaysian dan di edit oleh Anak Sungai Derhaka.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Sekiranya ahli UMNO mengecam orang Cina dari pembangkang, perkataan biasa yang mereka gunakan ialah 'Komunis'. Kepada orang UMNO, orang Cina yang menyerang UMNO adalah penganut Komunis.

Dan inilah perkataan yang digunakan oleh MP Zahrain Mohd Hashim dari PKR untuk mengelar Ketua Menteri Lim Guan Eng dari DAP - 'Berfikiran Komunis'.

Maka Zahrain ialah UMNO. Baiklah, mungkin sekarang beliau berada di dalam PKR. Tapi itupun baru beberapa tahun sahaja. Untuk sekian lamanya beliau telah bersama UMNO, tambahan lagi, beliau merupakan orang penting UMNO di Pulau Pinang yang memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Ringkasannya, Zahrain merupakan salah seorang panglima (warlords) di Pulau Pinang - bertahun-tahun lamanya beliau sudah begitu. Tetapi kini panglima UMNO, atau bekas panglima UMNO itu telah berada di tempat pembangkang, dan tidak lagi mempunyai pengaruh di Pulau Pinang. Inilah yang tidak disenangi oleh mereka seperti Zahrain, dimana dia sudah biasa dengan penguasaannya keatas Pulau Pinang - tapi sekarang dia tidak ada kuasa lagi bahkan menukar langsir di pejabatnya tanpa persetujuan daripada 'ditaktor' Lim Guan Eng.

Yang lebih mengecewakan UMNO, bahkan bekas ahli UMNO yang kini berada di PKR, adalah ketika GERAKAN mentadbir Pulau Pinang, Ketua Menteri Gerakan hanya menjadi upahan UMNO dan berada di dalam pejabat semata-mata untuk menjaga kepentingan UMNO.

Tapi Lim Guan Eng bukan upahan sesiapa pun. Dia bukan berada di pejabat untuk menjaga kepentingan UMNO, ataupun kepentingan bekas ahli UMNO yang merasakan mereka tidak mempunyai masa depan jika terus berada di UMNO dan cuba untuk membina semula kepentingan barunya di PKR.

Bekas ahli UMNO yang berada di PKR, khasnya di Pulau Pinang harus belajar untuk menghadapi 'kebudayaan' baru. Ketika zaman UMNO, orang Cina yang menjadi pentadbir manakala orang Melayu yang berada di sebalik pentadbir itu yang mengarahkan Gerakan dan Ketua Menteri. Sekiranya UMNO menyuruh Ketua Menteri untuk terjun ,dia akan menyoal kembali , "Setinggi mana?"

Lim Guan Eng, bagaimanapun, mempunyai pemikiran tersendiri. Dia tahu apa yang harus dilakukan (Kerajaan Pulau Pinang telah dikategorikan sebagai kerajaan negeri yang paling baik, mengikut Auditor-General). Dia memahami budaya UMNO kuno, dimana budaya itu kini telah 'diimport' ke dalam PKR. Tidak ada seorang pun yang akan memberikan tekanan kepadanya. Dia tidak akan membiarkan dirinya untuk menjadi boneka Ketua Menteri seperti Ketua Menteri Gerakan dahulu ketika UMNO mentadbir Pulau Pinang dengan Gerakan penutup mata.

Jadi, kami akan kehilangan beberapa orang bekas ahli UMNO dalam PKR yang akan kembali kepada UMNO kerana mereka tidak lagi merupakan panglima seperti dulu. Yah, biarkannya. Lebih baik mereka pergi sekarang daripada kita melihat situasi Perak berulang. Pembersihan dalam PKR (dan DAP dan PAS juga) yang sudah terlambat.

Saya muak dengan semua bekas ahli UMNO seperti Hassan Ali, Zulkifli Noordin, Zahrain Mohd Hashim, dan banyak lagi yang menjadi sumber masalah kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Sekiranya saya hendak menyeranaikan nama-nama seperti Ruslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Rozaid Abdul Rahman, Hanafiah Man, dan yang lain yang datang dari UMNO masuk ke PKR, dan kemudian meninggalkan PKR untuk kembali bersama UMNO setelah menyebabkan begitu banyak masalah, artikel ini mungkin akan menjadi 20 atau 30 halaman.

Sudah tiba masanya menelan peluru (tindakan yang keras) dan membersihkan parti, walaupun perlu dengan cara 'tidak demokratik', atau masalah ini tidak akan berakhir. Mungkin Lim Guan Eng boleh mengajar kita cara-caranya yang 'tidak demokratik' supaya kita boleh menggunakanya untuk membersihkan PKR.

********************************************************************************************************************

Krisis Pakatan Rakyat Merebak Ke P. Pinang, Lim Dikritik Pemimpin PKR

PULAU PINANG: Krisis Pakatan Rakyat (PR) semakin serius apabila ia merebak ke negeri ini selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini dikritik keras oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Zahrain melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Malah beliau turut menegaskan, pakatan pembangkang itu harus berhenti bertolak ansur dengan pemimpin dari Melaka terbabit yang gagal melaksanakan janji-janji mereka yang 'ditabur' pada pilihan raya umum lalu.

Bekas ketua perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya sambil berkata beliau bukan menyerang DAP, .

"Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,” dakwanya.

Zahrain berkata antara janji-janji manis pilihan raya itu adalah pilihan raya majlis tempatan dan sistem tender terbuka.

Katanya, Lim keberatan untuk menjalankan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan itu kerana ia mungkin akan mengurangkan kuasanya.

"Dia yang juga berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender.

"Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam," katanya.

Tambahnya, beliau akan dituduh ejen kepada Umno jika mengkritik pemimpin nombor satu negeri ini.

"Saya sudah tentu bukan ejen Umno. Saya tidak mahu melihat PR melupakan janji-janjinya kepada rakyat,"

"Ia amat memalukan apabila projek-projek dianugerahklan kepada kroni," katanya.

Zahrain berkata, Lim tidak sesuai sebagai Ketua Menteri kerana beliau bukan dari kalangan rakyat tempatan dan tidak memahami tentang sentimen tempatan.

"Beliau juga gagal membawa pelabur luar walaupun telah ke seluruh dunia untuk menarik pelabur. Pengundi tahu, rakyat Pulau Pinang sangat teliti dengan perkembangan ekonomi," katanya.

Dalam pada itu beliau mempersoalkan, satu pertiga daripada ucapan Lim ketika konvensyen PR dibuat dalam bahasa Mandarin.

Sebagai seorang pemimpin dalam PR, dia seharusnya menghormati setiap bangsa dan berucap dalam bahasa yang difahami pada setiap majlisnya, katanya.

Serangan oleh Zahrain ini menyusul sebaik Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak sependapat dengan parti dalam isu kalimah Allah.

Kontroversi itu turut melibatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad apabila Zulkifli membuat laporan polis ke atas pemimpin PAS terbabit.

Malah anggota PKR itu turut mencabar sebarang tindakan lembaga displin parti tersebut. - mstar

Perjuangan perlu diteruskan kata Khalid Samad

Kalau benar bagai dikata, Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya masih ada lagi pemimpin yang tidak mementingkan jawatan.

Jangan jadi macam di Pulau Pinang ni sudahlah.. mengaku diri tu pejuang tulin, tak pentingkan jawatan.. tapi bila tidak dilantik semula sebagai Ahli Majlis, terus melompat siap panggil TV3 dan Utusan lagi buat kenyataan.

Kenyataan yang kononnya ada bukti tapi akhirnya terbukti FITNAH...


Khalid: Jawatan tak penting

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad belum membuat keputusan sama ada akan merayu terhadap keputusan Jawatan Kuasa Disiplin PAS yang mengantung jawatannya dalam parti selama 6 bulan.

Antara jawatan itu, termasuk YDP kawasan Shah Alam dan ahli Lujnah Politik PAS Pusat.

Khalid yang menulis di blognya berkata dia sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan.

“Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?” katanya.

Khalid berkata dia menerima penggantungan itu dengan hati terbuka.

Katanya lagi, ramai yang tidak menyedari pada hakikatnya matlamatnya bagi mendedahkan kepincangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali telah tercapai.

“Tindakan Dato PJ (Pesuruhjaya PAS) selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar salah dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi,” katanya.

Khalid juga berikrar dasar perkukuhkan Pakatan Rakyat akan dipertahankan selagi mana PAS bersama gabungan itu.

Beliau juga mengingatkan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir dan menyeru semua supaya bersatu mengasak Umno sehingga mereka tersungkur.


Malaysiakini

Friday, January 29, 2010

Tun Mahathir!! UMNO adalah punca Melayu berpecah, bukan PAS atau PKR!

UMNO adalah salah satu alat untuk memecah belahkan Melayu dan lebih buruk lagi, UMNO memecah belahkan Melayu untuk menjaga kepentingan Inggeris dan menjadi "anjing " Inggeris. Dan sekarang UMNO mengatakan bahawa pembangkang telah memecah belahkan Melayu? Jadi, kepada Dr Mahathir, itu yang berlaku sebenarnya.

Ini adalah artikel yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin didalam Malaysia Today yang telah diterjemahkan oleh GoMalaysian dan di edit oleh Anak Sungai Derhaka. Artikel yang menyanggah kata-kata Tun Mahathir bahawa Melayu telah berpecah kerana PAS dan PKR..

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


Melayu berpecah: Mahathir salahkan PAS, PKR

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Jan 28 — Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menuding jari ke arah PAS dan PKR — dua komponen Pakatan Rakyat dengan mendakwa kedua-dua parti berkenaan telah memecahbelahkan masyarakat hanya kerana kuasa.

Malah bekas perdana menteri itu juga berkata PAS dan PKR sebagai kumpulan serpihan daripada Umno yang bertanggungjawab kepada kerja-kerja menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu.

Ketika bercakap pada majlis “Bicara Perdana” di Perpustakaan Negara di sini, Dr Mahathir berkata adalah satu fakta sejarah Umno merupakan parti politik pertama yang bersatu dan melawan British untuk mempertahankan hak orang Melayu.

Disebabkan kerana perpaduan orang Melayu dalam menyokong Umno menyebabkan British keluar dari Tanah Melayu dan menggugurkan rancangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua.

The Malaysian Insider

********************************************************************************************************



Mustapha Hussain: Malay Nationalism Before UMNO
(Mustapha Hussain: Negarawan Melayu Sebelum UMNO)

Sejarah Mustapha Hussain, 1910-1957

KMM: Kesatuan Melayu Muda (1938)

Dr Burhanuddin Al Helmi

Dr Burhanuddin, satu nama Melayu yang berfahaman haluan kiri, beliau bukan ahli KMM. KMM hanya menghubunginya selepas seminggu kejatuhan Singapura. Ibrahim Yaakub dan saya telah mewawancarainya sebelum Kerajaan Jepun telah menhupahnya sebagai penasihat dalam hal-hal orang Melayu dan agama. Dr Burhanuddin menerima jawatannya itu. Dia menolak, maka KMM akan membawa Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, pengasas lembaga keagamaan, Madrasah Maahad Il Ihyd Assharif di Gunung Semanggul, Perak.

Dr Burhanuddin bekerja di Singapura, tetapi ketika Pemerintah Jepun di Sumatera dan Malaya bergabung, dan Pusatnya berpindah ke Taiping, Perak, maka Dr Burhanuddin juga berpindah. Kita harus memuji Haniff bin Sulaiman, seorang ahli KMM Taiping untuk memperkenalkan Dr Burhanuddin kepada orang awam di Perak melalui perbincangan dan khatbah keagamaan. Hal ini membolehkan Parti Nasionalis Melayu (MNP), penerus KMM, untuk mendapatkan kubu kuat di Perak, ketika Dr Burhanuddin menubuhkannya pada 1945.

Dr Burhanuddin adalah seorang tokoh agama yang luar biasa, yang telah menggabungkan logik ilmu pengetahuan sains dan Islam. Sebelum Perang Dunia II, beliau adalah seorang guru di Singapura dan terlibat dalam politik dari jauh. Beliau telah menulis banyak surat bantah tentang kedudukan Israel di Palestin, dan pernah ditangkap dan ditahan di Balai Polis. Walaupun beliau bukan ahli KMM, beliau sangat terpengaruh dengannya.

Ahmad Boestamam

Menurut kenyataan yang diberikan kepada saya bertarikh 12 November 1975, Ahmad Boestamam, satu lagi nama syohor Melayu yang berhaluankan kiri, menyertai KMM sebelum pencerobohan Jepun. Beliau mengambil alih jawatan Penolong Setiausaha daripada Abdullah Kamil, yang telah meninggalkan Kuala Lumpur. Boestamam menyatakan bahawa walaupun beliau adalah seorang editor daily Majlis, yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakub di Kuala Lumpur, beliau tidak pernah dijemput oleh Ibrahim Yaakub untuk menyertai KMM, walaupun dua editor lain (Abdul Samad Ahmad dan Mohamad Salehuddin) telah menyertainya.

Senarai Nama Ahli KMM Yang Saya Tahu

Kuala Lumpur
Abdul Samad bin Ahmad, Majlis, Kuala Lumpur
Mohamad Salehuddin, Majlis, Kuala Lumpur
Ahmad Boestamam @ Abdullah Thani, Majlis, Kuala Lumpur
Mohd. Yassin bin Salleh, Guru Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
Hamzah bin Alang, usahawan, Kampung Baru, Selangor
Abdul Rahman Tambi, juru tulis, Kampung Baru, Selangor
Mustaffa Yunus, tukang cukur, Kajang Selangor
Saidi Hashim, pemilik kedai buku, Kajang, Selangor
Ahmad, Pejabat Pertanian, Cheras, Selangor
Hashim bin Mat Dali, Pucung, Selangor
Ahmad bin Mohd. Amin, Pejabat Pertanian, Selangor
Johar bin Kerong, Jabatan Pertanian, Selangor
Rais bin Abdul Karim, Jabatan Pertanian, Selangor
Abdul Rauf, Jabatan Pertanian Selangor,
Hamzah Sanusi, Kuala Selangor

Perak
Tuan Haji Ariffin, Kuala Kangsar
Zainal Abidin bin Kassim, mahasiswa Sekolah Teknik, Kuala Lumpur
Mohd. Nor bin Abdul Shukur, Ipoh
Mohd. Mustaffa bin Ali @ Majid, Ipoh
Aminuddin, Ipoh
Isa bin Sulaiman, Agricutural lulusan Sekolah dan guru Bahasa Melayu, Perak
Pak Cik Ahmad, bekerja sendiri, Taiping
Haniff bin Sulaiman, ejen insurans, Taiping
Mohd. Judin, Jabatan Pertanian, Kuala Kangsar
Junid Mahmud, bahasa melayu guru sekolah, Tapah Road
Tuan Haji Mohd. Yusuf, Batu Gajah
Ahmad Shafik, Gunung Semanggul
Che Abdullah Abdullah Dat atau CD, Sekolah Clifford, Kuala Kangsar (ahli KMM termuda di 17)
Abdul Rahman Rahim
Mohd. Hanafiah Abdul Rahman

Pahang
Mohammad bin Baginda Besar, petani, Bentong
Yahaya bin Hussain, Jabatan Pertanian (kakakku)
The Kamarulzaman bin, Jabatan Pertanian, Bentong

Negeri Sembilan
Jaafar Sidek
Haji Achih bin Mas'ud
Thaharuddin Ahmad
Zubir Salam

Pulau Pinang
Putih Badri bin Chek Mat, Al Mashoor guru
Abu Bakar Mohd Noor, Kelawai
Ustaz Abdul Majid

Kedah
Mohammad Ariff

Melaka
Mohd. Isa Mahmud
Ibrahim Endut
Abdul Hamid Abdul

Terengganu
Abdul Majid bin Haji Mohammad
Ibrahim Tahir
Wan Daud Ahmad (Datuk)

Johor
Haji Abdul Hamid Fadzil Tahir
Ilias Karim
Musa, Pejabat Pertanian, Muar

Kelantan
Abdul Kadir Adabi, penulis
Ibrahim Mustaffa, wartawan

Endnotes Untuk Bab 18

Polis Inggeris J. Birch, yang pernah bertugas di Bagan Serai, Perak dihantar untuk menangkap saya di Taiping, tetapi tentera Jepun telah memaksa Birch untuk berundur. Dia menghala ke Teluk Anson (sekarang Teluk Intan), berharap untuk menangkap Raja Yahaya, seorang Pegawai Polis yang tidak menjalankan tugas tanpa izin, tapi Birch tidak berjaya kerana telah berada di haluan tentera Jepun. Dia dibunuh.

Diterjemahkan oleh Insun Mustapha

Edit oleh Jomo K. S.

*************************************************************************************

Baiklah, anda telahpun membaca kuliah tentang sejarah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dimana saya telah paparkan di atas. Sekarang, bandingkan sejarah versi Dr Mahathir dengan sejarah saya. Dan, untuk menyokong versi saya, saya telah memaparkan sedikit daripada buku Mustapha Hussain, Malay Nationalism Before Umno (Semangat Kenegaraan Melayu Sebelum UMNO).

Sekiranya anda membaca seluruh isi kandungan buku (yang saya ada), anda akan mendapati bahawa orang-orang Melayu telah bersatu untuk memperjuangkan kemerdekaan daripada British sebelum Perang Dunia Kedua dan sebelum UMNO lahir pada tahun 1946.

Kemudian, Inggeris 'menubuhkan' UMNO. Saya pernah menulis mengenainya, sekitar sepuluh tahun yang lalu, yang telah diterbitkan di Harakah, ketika saya mewawancarai seorang 'pelajar tua' dari MCKK, Datuk Andika, yang meninggal beberapa tahun yang lalu di Kuala Terengganu pada usia 100.

Datuk Andika menceritakan bagaimana dia didorong dan dibiayai oleh Kerajaan British untuk menubuhkan cawangan UMNO pertama di negeri Terengganu, yang berada di Dungun.

Kerajaan Inggeris membenarkan UMNO untuk berkempen tentang Merdeka. Tetapi ketika orang-orang KMM melakukan perkara yang sama, Kerajaan Inggeris menahan mereka tanpa perbicaraan.

Ringkasannya, Melayu sudah bersatu sejak lama. Dan mereka bersatu untuk melawan Inggeris. Tapi Inggeris telah mencipta UMNO. Dan tujuan mencipta UMNO adalah untuk membahagikan orang Melayu dan membunuh KMM.

Strategi ini sangat pintar. Kerajaan Inggeris juga melakukan hal yang sama di Kerajaan Uthmaniyyah, sekiranya anda mempelajari sejarah Arab. Kerajaan Inggeris mencipta strategi yang luar biasa ini disebut 'pecah dan perintah'. Dan ia berjaya di seluruh tanah jajahan Kerajaan Inggeris.

Jadi, kepada Dr Mahathir, itu yang berlaku sebenarnya. UMNO adalah salah satu alat untuk memecah belahkan Melayu. Dan, lebih buruk lagi, UMNO memecah belahkan Melayu untuk menjaga kepentingan Inggeris dan menjadi "anjing " Inggeris. Dan sekarang UMNO mengatakan bahawa pembangkang telah memecah belahkan Melayu?

Biar Profesor Sejarah Khoo Kay Khim membuktikan saya salah.

Keputusan dari Jawatankuasa disiplin PAS berkenaan Khalid dan Hassan Ali



Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Khalid digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Manakala Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat) dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan.

Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bercakap dalam sidang media selepas dua jam mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut, Tuan Ibrahim berkata, kedua-dua keputusan tersebut dibuat berdasarkan fasal 75 perlembagaan PAS.

'Kesalahan Khalid lebih serius'

Fasal tersebut memperuntukan hukuman amaran, menggantung jawatan, menggantung keahlian atau memecat keahlian dalam parti.

Kedua-dua tokoh itu dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 30 hari bermula hari ini, tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

Mengulas kesalahan yang dilakukan oleh Khalid, Tuan Ibrahim menyifatkannya sebagai "lebih serius".

"Ia berdasarkan kepada pengakuannya sendiri dalam siasatan bahawa (tindakannya) memberi impak kepada parti. Perkara yang sulit (mesyuarat PAS negeri) tidak boleh didedahkan kepada umum," kata Tuan Ibrahim.

Khalid yang tidak hadir kerana berada di Arab Saudi menghantar seorang wakil bagi menerima keputusan bagi pihaknya hari ini.

Tuan Ibrahim berharap hukuman kepada kedua-dua tokoh PAS Selangor itu akan menjadi iktibar kepada ahli dan penyokong agar tidak melakukan perkara yang sama.

"Sebaliknya kita harus menumpukan gerak kerja kita untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 daripada menimbulkan polemik dalaman.

'Guna saluran dalaman'

"Sekiranya tidak berpuas hati, guna saluran dalaman parti, bukan diluar parti," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan menghantar keputusan penghakiman jawatankuasa itu kepada kepada Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dengan segara.

Sementara itu, Dr Hasan yang hadir bersama beberapa kepimpinan PAS Selangor berkata, beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Ini satu proses pendidikan kepada saya dan keputusan itu tidak mencacatkan kerja-kerja saya sebagai ahli PAS, kerja-kerja di negeri sebagai exco... dan atas sifat saya sebagai ADUN Gombak Setia," katanya dalam sidang media di lobi ibu pejabat PAS.

Beliau mengharapkan keputusan tersebut dapat melonjakkan PAS Selangor untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi melalui SMS memberitahu Malaysiakini, beliau akan memutuskan sama ada perlu membuat rayuan selepas pulang daripada luar negara pada 12 Februari ini.


MP PKR Lompat Parti : Adakah ini calonnya?

Sebagaimana yang dikhabarkan melalui khabar angin.. MP PKR akan melompat parti? Adakah ini antara tanda tanda calonnya?

Hanya masa yang akan menentukan.. sama-sama lah kita nantikan..



Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan kenyataan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.

"Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama iu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior," kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang tahun lalu.

Beliau mengulas kenyataan Zahrain hari ini yang menyifatkan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Lim pula enggan mengulas perkara tersebut.

"Oleh kerana saya adalah pihak yang terlibat, saya enggan mengulasnya hari ini sebaliknya saya benarkan Mansor membuat respons," katanya.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Zahrain.

"Kita tidak melihatnya sebagai satu masalah dalam Pakatan Rakyat kerana dia (Zahrain) hanya melahirkan apa yang dia fikir," katanya.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa Pakatan tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Beliau berkata Lim tidak suka dikritik dan melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim. Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti.

Bernama

Serang Gereja : Azmin tuduh tak apa, DAP tuduh, kena siasat..

Undang-undang apa yang negara kita ini pakai ni? Azmin tuduh ahli Umno terbabit dalam insiden serangan ke atas rumah-rumah ibadat, Hishamuddin kata polis tidak akan mengambil kenyataan daripada Azmin berhubung dakwaan itu yang diketepikan sebagai "kenyataan politik."

Tetapi bila Ahli parlimen Teluk Intan M Manogaran dari DAP membuat tuduhan dia dipanggil polis untuk siasatan.

Bukankah Ahli parlimen Teluk Intan itu juga Ahli Politik.. jadi kenyataannya juga ialah "kenyataan politik".

Ada sesuatu yang tak kena disini...


MP DAP disiasat mengikut Akta Hasutan

Ahli parlimen Teluk Intan M Manogaran dipanggil untuk siasatan polis hari ini, dipercayai mengikut Akta Hasutan, berhubung ucapannya pada satu ceramah minggu lalu yang mengaitkan Umno terlibat dalam serangan ke atas rumah ibadat.

Manogaran berkata ucapan itu dibuat dalam satu ceramah bersama beberapa pemimpin PKR termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Teluk Intan pada 22 Jan lalu.

Katanya, pada ucapan berkenaan, beliau secara umumnya mendakwa Umno terlibat dalam siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

"Tapi saya kata begitu dalam konteks Umno sebagai tulang belakang kerajaan. Jadi apa-apa yang berlaku kepada rakyat, Umno mesti bertangungjawab," katanya yang akan memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Setapak petang ini.

Tambahnya lagi, ketika dihubungi Malaysiakini, beliau bagaimanapun tidak mempunyai rekod ucapan berkenaan kerana berucap secara spontan tanpa teks pada ceramah di Cenderiang Balai itu

"Saya bercakap tanpa teks dan tidak mempunyai rekod ucapan tersebut. Polis ada rakaman (ucapan) itu dan saya nampak ada juga beberapa orang yang merakam dengan kamera video," katanya lagi.

Dihubungi tiga hari lalu

Tambahnya, polis Teluk Intan telah menghubunginya sejak tiga hari lalu untuk merakam keterangannya, namun beliau tidak dapat berbuat demikian kerana berada di Kuala Lumpur.

"Hanya hari ini saya lapang untuk bertemu mereka di Kuala Lumpur," katanya lagi yang menyifatkan tindakan polis memanggilnya memberi keterangan itu sebagai "prosedur biasa."

"Cuma, saya harap ini bukan bermotifkan politik semata-mata sebab saya sebut Umno terlibat (dalam insiden serangan ke atas rumah ibadat)," katanya lagi.

Manogaran merupakan individu pertama yang disiasat polis kerana mengaitkan Umno dalam insiden serangan ke atas rumah ibadat.

Naib presiden PKR, Azmin Ali turut membuat kenyataan serupa kelmarin dengan mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa ahli Umno terbabit dalam serangan 8 Jan itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata polis tidak akan mengambil kenyataan daripada Azmin berhubung dakwaan itu yang diketepikan sebagai "kenyataan politik."


Malaysiakini

Tembelang Najib Pecah



Tembelang Datuk Seri Najib Tun Razak kini pecah, baunya sangat busuk, sekaligus melambang busuknya hati pimpinan BN.

Sekarang ini terbongkar sudah mengapa `Najib and the geng' dan Kerajaan BN Pusat bermati matian untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan berani oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak berjumlah RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya. Wow!, Kerajaan PAS Kelantan kaya .

Ini yang Najib tidak mahu lihat, dia tidak mahu Kelantan menjadi negeri yang terkaya, lebih kaya dari negeri negeri yang BN perintah. Jauh lebih kaya dari negeri kelahirannya Pahang.

Pemimpin pemimpin BN bukan mahu lihat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kaya dari negeri negeri yang dikuasainya. Kalau boleh mereka mahu negeri negeri yang Pakatan Rakyat perintah miskin, jadi peminta sedekah kepada kerajaan BN Pusat. Inilah yang `Najib and the geng' mahu.

Pendedahan Tengku Razaleigh itu jelas menunjukkan Kerajaan Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak berjumlah RM2 billian. Tengku Razaleigh bercakap berdasarkan fakta kerana beliau adalah bekas Pengerusi Petronas.

Tetapi jenis specis yang `busuk hati' dan rasa tidak senang hati melihat negeri lain kaya daripadanya. Sikap mazmumah menghantaui fikiran dan hati mereka, kerana itu wang royalti minyak untuk Kelantan tidak diberikan.

Apa pasal Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Jawapannya mudah sahaja. Sabah dan Sarawak dikuasai BN. BN Pusat kena jaga sungguh sungguh Sabah dan sarawak kerana kedua dua negerilah penyelamat Umno/BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Jika tidak kerana calon BN dari Sabah dan Sarawak menang besar, alamatlah BN sudah tersungkur menyembah bumi pada pilihanraya umum yang lalu. Oleh kerana itu BN Pusat kena jaga sungguh sungguh kedua dua negeri ini, saperti `menatang minyak yang penuh' kerana di kedua dua negeri ini minyak banyak, kalau tidak dijaga sungguh sungguh nanti minyaknya tumpah, alamat Pakatan Rakyat pula yang dapat.

Jika hak royalti minyak itu tarik balik oleh BN Pusat terhadap Sabah dan Sarawak, jadi isu besarlah, pilihanraya di kedua dua negeri nanti BN `bungkus macam lepat pisang' di negeri itu.

Bayangkan Kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak RM2 billion, pastinya banyak pembangunan dapat dibuat. Kelantan jadi negeri termaju, lebih maju dari negeri yang BN kuasai.

Inilah Najib takut. Najib tak mahu negeri Pakatan Rakyat banyak wang, negeri dikuasai BN yang miskin papa kedana. Sudahlah negeri yang maju dan banyak hasil itu Selangor sudah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, nanti Kelantan pula jadi negeri terkaya jika royalti diberikan, ``tobat lahom' Najib tidak akan bagi royalti kepada Kerajaan PAS Kelantan

Jenis pesis busuk hati ini bukan mahu lihat orang lain senang dan kaya, mereka mahu puak puak dan negeri negeri yang dikuasai mereka sahaja yang kaya.

Negeri negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat biar papa kedana dan hidup merempat dan meminta minta, macam peminta sedekah di kaki lima kedai. Begitulah busuknya hati mereka.

Sekarang ini tembelang Najib dan pimpinan BN serta Kerajaan Pusat sudah pecah, baunya busuk, sebusuk perangai mereka. Rakyat sudah tahu kenapa Kerajaan BN Pusat tidak mahu royalti itu diberikan kepada Kelantan.

Pemimpin pemimpin BN tidak perlu lagi mencari seribu alasan. Orang sudah tahu apa yang ada dalam `perut dan hati' mereka. Kerajaan BN Pusat telah menzalimi rakyat Kelantan, tetapi ingat sampai bila Kerajaan BN Pusat hendak kaut untung dari hasil minyak dan menafikan pemberian royalti kepda Kerajaan Kelantan.

Rakyat yang dizalimi pastinya berdoa, doa orang dizalimi pasti Allah terima. Tunggullah nanti `Najib and the geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Jika `Najib and geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum akan datang `baunya lebih busuk' lagi, lebih busuk dari air najis dan air longkang. Ketika itu selayaknya BN dicampakkan ke longkang.

HarakahDaily

Gambar-gambar sekitar Solat Hajat menuntut Royalti Minyak..



Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.











Seluruh gambar-gambar adalah hasil kerja Topeng Perak

YB Zul : Puad Zarkashi hang simpan la pintu tu..

Ha.. Ha.. Ha.. Puad Zarkashi hang simpan la pintu tu.. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong..

UMNO tak payah buang masa atau terhegeh-hegeh nak buka pintu atau nak jual pintu atau nak bagi pintu sekalipun pada YB Zul , tak laku.. hangpa pi juai kat kedai barang-barang buruk la..

Zulkifli: Tidak Pernah Terfikir Nak Sertai Umno

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dengan tegas menolak pelawaan Umno untuk menyertai parti itu sekiranya Parti Keadilan Rakyat memecat keahliannya.

Mengulas pelawaan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr.Mohd Puad Zarkashi yang mengatakan UMNO sedia membuka pintu untuknya, beliau berkata Umno tidak perlu membuang masa kerana perjuangan mereka berbeza.

“Tak payalah UMNO buang masa nak buka pintu, nak jual pintu, atau nak jual pintu pada saya sekalipun," katanya.

Beliau berkata, prinsipnya adalah memperjuangkan Islam dan di dalam PKR, dia masih boleh menyuarakan pendapatnya berbanding jika di dalam UMNO.

“Saya punya perjuangan, perjuangan Islam. Dalam Pakatan Rakyat saya masih lagi boleh bercakap tentang Islam. Saya masih lagi diberi ruang untuk mengemukakan pandangan malahan membawa beberapa usul di dalam Parlimen yang saya rasa saya tak boleh buat begitu di dalam UMNO," tegasnya.

Sehubungan itu katanya, tidak timbul isu beliau ingin menyertai UMNO. Sebagai ahli, beliau tetap menghormati apa saja keputusan yang bakal diambil PKR terhadapnya.

Zulkifli kini sedang menunggu hukuman daripada PKR berikutan pendiriannya yang tidak sehaluan dengan dasar parti.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kawan saya Puad Zarkashi, tapi simpan la pintu tu” katanya.

TVSelangor

Ku Li: Kelantan berhak dapat royalti minyak



KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

HarakahDaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails