Wednesday, December 15, 2010

Video Clip : Ucapan Anwar di Taman Melati

Dalam ucapannya di Tapak Pasar Malam Taman Melati ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam dakwaan pemimpin Singapura bahawa mereka ada maklumat tentang keterlibatan beliau dalam kes liwat dan pada masa yang sama, menggesa perdana menteri menyangkal pendedahan WikiLeaks yang mengaitkannya dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh empat tahun lalu.

Ketua Pembangkang ini mencabar Datuk Seri Najib Razak melawan dakwaan itu sebagaimana dilakukan oleh beliau tanpa hanya mengetepikan pendedahan tersebut atas alasan ia perkara kecil.

“Saya akan mempertahankan diri saya dan integriti saya. Saya mahu tanya Najib, adakah anda boleh mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu. Itu sebabnya media Umno tidak berani melaporkan perkara itu.

“Apabila saya dituduh, saya akan melawan, tetapi apabila Najib dituduh apa beliau kata? Ini hanya perkara kecil,” kata Anwar di hadapan hadirin di Tapak Pasar Malam itu..

Part 1 0f 3



Part 2 of 3

part 3 of 3

Videoclip adalah hasil kerja Saudara Tripodone TKO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails