Wednesday, December 8, 2010

Tok Guru Sakit? Menate Beruk mana punya kerja ni??

Memang ianya satu laporan yang tidak bertanggungjawab oleh blog-blog dari seberang sana.. tapi nak kata apa.. memang mereka tak bertanggungjawabpun.. tapi koordinasi mereka aku akui baik, amat tersusun dan hampir serentak..

'Tok Guru sakit tenat tu tak betul'

Khabar angin yang mendakwa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat sakit tenat dan dikejarkan ke hospital adalah tidak benar.

Perkara tersebut disahkan oleh setiausaha akhbarnya Ahmad Fadhli Shaari ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

"Dakwaan yang menyatakan beliau sakit tenat dan dikejarkan ke hospital itu tidak betul," katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Fadhli bagaimanapun berkata petang semalam Nik Aziz (kanan) ada mengadu sakit pinggang.

"Beliau solat subuh pagi ini. Hari ini beliau cuti rehat kerana ada sedikit keuzuran," katanya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai desas desus tersebut malam semalam dan akan menziarahi Nik Aziz untuk mendapatkan perkembangan berhubung kesihatan tokoh PAS itu tengah hari ini.

Sementara itu, penulis blog Merah Tinta, Mohd Sayuti Omar turut menulis perbualannya dengan salah seorang anggota keluarga Nik Aziz yang memberitahu bahawa "Tok Guru sakit tenat tu tak betul".


"Semalam ayah ada mengurut dengan tukang urut baru. Entah guana (macam mana) dia urut kuat ba'kali (barangkali) mungkin kerana tak serasi tangan, ayah sakit urut.

"Dia jadi tidak boleh bergerak... tetapi Alhamdulilah pagi tadi sudah solat Subuh tetapi tak jadi tok imam," coret Mohd Sayuti dalam blognya hari ini.-Malaysiakini

Menurut MSO.. Tok Guru Sihat, Cuma Sakit Urat..

ALHAMDULILAH ternyata Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menjadi pujaan dan disayangi ramai. Sejak tengah malam tadi hingga ke saat ini telefon saya tidak habis berdering untuk bertanya khabar tentang keadaan Tok Guru. Semuanya berpunca dari laporan blog liar mengatakan Tok Guru sakit dan kini terlantar di hospital.- sepenuhnya sila baca di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails